Monday, March 15, 2010

GST Ditangguh Hingga Selepas PRU-13 ??

Tindakan kerajaan untuk tidak meneruskan bacaan kedua pembentangan rang undang-undang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) apabila Parlimen bersidang hari ini dengan alasan memerlukan lebih banyak masa, membuktikan kegusaran kerajaan Barisan Nasional melaksanakan dasar yang mungkin menimbulkan kemarahan rakyat.

Menurut beberapa penganalis politik berdasarkan perkembangan itu, besar kemungkinan GST tidak akan diperkenalkan sehingga selepas pilihan raya umum ketiga belas nanti.

Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, kerajaan juga telah menangguhkan pengumuman tarif elektrik baru dan menarik balik rancangan mereka untuk menghentikan subsidi petrol.

Inilah sebabnya kita perlu bersatu sebagai rakyat yang bijak. Kita bukan menentang dasar-dasar kerajaan bagi melaksanakan sebarang bentuk pembangunan dan kemajuan, malah kita akan menyokong sekiranya dasar tersebut menguntungkan semua pihak, bukan hanya segelintir pihak. Biarlah kemajuan itu selaras dengan taraf kehidupan lantas ia tidak membebankan golongan yang sedikit ketinggalan arus.

Sekiranya kerajaan benar-benar berada dalam keadaan defesit yang begitu memaksa untuk melaksanakan GST, terlebih dahulu kerajaan harus menilai keperluan GST dari pelbagai sudut. Adakah kerajaan telah melakukan yang terbaik sebelum terjerumus dalam defesit negetif ?

Ketirisan yang berlaku dalam menguruskan perbendeharaan negara begitu berleluasa dan tidak terkawal. Tatacara pengurusan yang acap kali menyebabkan kerugian di pihak kerajaan pastinya menjadi faktor utama kepada masalah kewangan dalam kantung kerajaan. 

Adakah dengan perlaksanaan GST ini kerajaan akan menjadi lebih baik dan terurus? atau akan lebih banyak ketirisan yang berlaku setelah berpusu-pusu wang kocek rakyat ditarah masuk terus ke kantung kerajaan ?

Semalam kita telah saksikan pasukan F1 1Malaysia bertarung dalam sukan termahal dunia.  Sungguh kelas sekali kereta Lotus berenjen proton corsworth. Apakah hasilnya kepada rakyat dengan keputusan hampir tercorot tersebut ? Sekiranya pasukan Lotus tersebut menduduki podium sekalipun, apakah benefitnya kepada rakyat, kepada penoreh getah, kepada pemandu lori, peniaga pasar tani dan pasar malam, kepada kerani bank?

Saya merumuskan ini sebagai satu pembaziran secara terang-terangan dan kita harus berasa kecewa terhadap kerajaan yang memerintah kerana cadangan GST telah dibincangkan disebalik berlakunya pembaziran yang bukan sedikit dalam sukan lumba Formula satu.

Banyak lagi pembaziran, ini termasuklah membeli jet pejuang pakai buang, membeli kapal selam yang tidak boleh menyelam, menghantar pasukan bolasepak kebangsaan untuk menjadi badut di slovakia dan banyak lagi. Begitu juga dengan ketirisan yang berlaku, termasuklah yang termahal sekali iaitu PKFZ yang langsung tidak dikaitkan dengan perompak sebenar.

Ketirisan dan pembaziran yang berlaku dalam kerajaan, adakah rakyat yang membanting tulang, berpenat lelah dan berhempas pulas mencari sesuap nasi dipaksa untuk menanggungnya?

Kini kerajaan telah dikatakan bercadang untuk menangguhkan perlaksanaan GST. Saya percaya dengan penangguhan GST, penangguhan kenaikkan tarif letrik serta penangguhan kenaikkan harga minyak, kerajaan akan menamakan tindakan ini sebagai 'kerajaan prihatin' sedangkan kerajaan sendiri yang mengusulkan GST. Inilah permainan mereka untuk menjadi juara rakyat. 

Menurut penganalis politik berikutan perkembangan semasa, kerajaan akan menangguhkan GST sehingga selepas PRU-13 demi untuk menyelamatkan saki-baki undi yang terarah kepada BN, demi untuk Pilihanraya terpenting dalam sejarah. Tetapi tidakkah kerajaan terfikir bahawa rakyat semakin bijak dan matang? Di manakah rasionalnya seorang pengundi bijak untuk memangkah BN setelah mengetahui GST bakal dilaksanakan sekiranya BN menang? Percayalah bahawa bilangan pengundi bijak kian bertambah dari semasa ke semasa.

Saya ucapkan selamat berjaya kepada kerajaan BN untuk melaksanakan GST selepas PRU-13. Saya percaya ketika itu Barisan Nasional mencadangkan GST sebagai pembangkang dengan Ong Tee Kiat sebagai ketua pembangkangnya.

No comments: