Friday, July 31, 2009

Mengundi Lagi di Permatang Pauh !

BN pasti meletakkan calon untuk PRK kali ini..

GEORGETOWN: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir di Pulau Pinang, Datuk Hamdan Abdul Rahman meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur pagi ini kerana sakit jantung.

Adun Pas itu dilaporkan menghembuskan nafas terakhir, kira-kira jam 6.30 pagi tadi.

Permatang Pasir adalah satu daripada tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Permatang Pauh.- bhairan

Thursday, July 30, 2009

Demonstrators For Dummies


PERINGATAN DAN PANDUAN



PENTING ! PANDUAN BAGI PESERTA PERHIMPUNAN AMAN MANSUHKAN ISA

Himpunan Mansuhkan ISA pada 1 Ogos 2009 di Kuala Lumpur bakal mencipta sejarahnya yang tersendiri selepas Himpunan Bersih dan PPSMI. Uniknya pada hari yang sama akan ada satu lagi himpunan lain yang Menyokong ISA.

Kami menjangkakan pelbagai kaum akan muncul, pelbagai ideologi akan hadir, pelbagai agama dan kepercayaan akan berhimpun untuk menyatakan pandangan mereka khususnya dalam mendesak Kerajaan Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Oleh itu bagi melancarkan perhimpunan ini, pihak kami mengeluarkan satu garis panduan yang diharapkan dapat membantu anda dan kami diperingkat penganjur dalam memastikan perhimpunan ini dapat berjalan dengan lancar dan aman.

PERKARA YANG PERLU ANDA BAWA/SEDIAKAN

1. Kad pengenalan, lesen memandu, satu kad ATM sahaja.
2. Duit-maksimum RM 100 sahaja.
3. Memakai pakaian yang sopan-Baju berwarna Hitam/Merah-Sebaiknya ada logo Mansuhkan ISA
4. Setiap peserta diwajibkan memakai kasut.
5. Aksesori kempen-Button, riben, topi, kopiah arm band, bendera kecil, banner dan placard yang ada Logo atau Slogan Mansuhkan ISA boleh digunakan.
6. Bendera Malaysia atau negeri masing-masing.
7. Air mineral, sedikit makanan ringan atau gula-gula.
8. Sedikit garam-ia penting dan boleh dimakan sedikit (bukan sapu dimuka) bagi mengembalikan tenaga terutamanya jika Pihak Polis sembur air dari Water Canon atau Gas pemedih mata.
9. Kain tuala kecil basah untuk tutup mata dan hidung untuk elak terkena gas pemedih mata.
10. Digalakkan memakai penutup mulut dan hidung jenis N100 Respirator, N95 Respirator dan Surgical facemask untuk mengelak penularan wabak Influenza H1N1 dan juga menghindarkan sedutan gas pemedih mata yang melampau.
11. Jika anda mempunyai asma atau alahan sila bawa inhaler atau ubat sendiri.
12. Sila bawa beg plastik sampah kecil bagi mengelakkan anda membuang sampah merata-rata.
13. Sila bawa pen dan kertas (mini note pad) bagi mencatat nama dan no. pengenalan Polis atau perkara-perkara yang mencurigakan.
14. Jangan lupa bawa kamera, video cam atau handphone berkamera bagi merakamkan suasana himpunan - gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email Setiausaha GMI-enalini_elumalai@yahoo.com untuk rekod dan disiarkan.

PERKARA YANG TIDAK DIBENARKAN

1. Jangan bawa kad matrik pelajar bagi student atau pass kakitangan bagi pekerja Kerajaan dan Swasta.
2. Jangan bawa terlalu banyak wang atau kad kreadit untuk elakkan penyeluk saku, tercicir atau hilang semasa perhimpunan atau ditahan.
3. Jangan memakai pakaian yang menjolok mata dan tidak sopan.
4. Jangan memakai selipar, kasut tumit tinggi atau sandal untuk memudahkan pergerakkan.
5. Jangan memakai kain atau skirt, digalakkan memakai seluar.
6. Jangan memakai barang kemas atau aksesori yang tiada kaitan dengan kempen mansuhkan ISA
7. Jangan bawa sebarang banner, placard, bendera yang melambangkan logo parti dan organisasi.
8. Sebarang slogan yang tiada kaitan dengan Kempen Mansuhkan ISA tidak dibenarkan.
9. Jangan bawa sebarang benda tajam kecuali pen.
10. Jangan bawa bahan-bahan yang boleh meletup atau mudah terbakar seperti, mancis, molotov cocktail dan mercun.
11. Tidak dibenarkan merokok semasa perhimpunan kerana akan menganggu orang lain.
12. Jangan bawa sebarang senjata seperti kayu, besi, rantai besi, pistol dan yang merbahaya.
13. Bagi yang membawa anak-anak, anda tidak dibenarkan membawa permainan yang berupa seperti senjata seperti pistol, senapang atau pisau mainan.
14. Jangan bawa anak-anak yang berumur 10 tahun ke bawah bagi mengelakkan sebarang masalah.

PERKARA YANG PERLU ANDA LAKUKAN SEBELUM PERHIMPUNAN

1. Servis kenderaan dan periksa peralatan yang perlu dibawa.
2. Jangan makan atau minum terlalu banyak sebelum perhimpunan.
3. Pastikan anda telah menunaikan 'hajat' sebelum memasuki perhimpunan.
4. Bagi yang Islam, Lakukanlah solat taubat dan hajat, semoga Allah berkati perhimpunan ini dan yang bukan Islam boleh berdoa mengikut ritual masing-masing.
5. Pastikan anda telah mengunci rumah atau meninggalkan pesanan-pesanan penting kepada keluarga atau jiran anda yang tidak pergi perhimpunan.
6. Maklumkan mereka tujuan anda keluar.
7. Maklumkan mereka nombor telefon sahabat lain yang bersama anda jika handphone anda tidak dapat dihubungi nanti.
8. Jangan lupa charge bateri handphone dan kamera.
9. Pastikan anda berniat kerana Allah (bagi yang muslim) sebelum keluar rumah.
10. Pastikan anda tahu arah tuju anda iaitu tempat berkumpul yang ditetapkan; Sogo, Masjid Jamek, atau Masjid Negara.
11. Pastikan anda datang awal untuk elakkan kesesakan jalan raya atau terpaksa berbaris panjang untuk beli tiket tren LRT atau Komuter.
12. Datang secara berkumpulan, jangan bersendirian.
13. Sekiranya perjalanan anda dihalang dari memasuki pusat bandar anda boleh meletakkan kenderaan dan berjalan kaki ke Sogo, Masjid Jamek, atau Masjid Negara (Jangan terus ke Istana Negara bersendirian).
14. Jangan memakai baju Mansuhkan ISA sebelum perhimpunan bermula.

SEMASA PERHIMPUNAN DAN PERARAKAN

1. Berkumpul di tempat pertemuan yang ditetapkan (Sogo, Masjid Jamek, atau Masjid Negara) dan tunggu arahan dari Field Commander yang dilantik.
2. Ikutilah arahan dari Unit Amal atau Field Commander sepanjang program. Jangan pedulikan arahan lain tanpa merujuk kepada Field Commander.
3. Jangan berganjak dari tempat perhimpunan melainkan dengan arahan Field Commander.
4. Laporkan pada Unit Amal bertugas jika terlihat sesuatu yang mencurigakan.
5. Jangan tolak menolak sepanjang perhimpunan dan perarakan.
6. Elakkan mencerca, memaki hamun atau menunjukkan isyarat lucah semasa perhimpunan berlaku.
7. Raikan perhimpunan ini dengan aman dan harmoni.
8. Pastikan anda memberikan keutamaan laluan kepada kenderaan yang lalu lalang dan tidak melintas sesuka hati dijalanraya.
9. Pastikan anda memberikan keutamaan, membantu dan melindungi warga emas, orang kurang upaya atau kanak-kanak yang hadir bersama.
10. Maklumkan sahabat anda jika anda ingin keluar dari perhimpunan disebabkan hal kecemasan atau kerana ingin ke tandas bagi mengelakan masalah lain.
11. Pastikan anda dapat duduk semasa pimpinan berucap.
12. Pastikan anda tidak bersembang semasa pimpinan berucap kerana kemungkinan bunyi sound system akan tenggelam dengan suara ratusan ribu peserta.
13. Ikutilah laungan pimpinan jika perlu.
14. Jangan buang sampah merata-rata sepanjang perhimpunan. Masukan dalam beg plastik yang anda bawa.
15. Rakamkan suasana himpunan - gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email Setiausaha GMI-enalini_elumalai@yahoo.com untuk rekod dan disiarkan.
16. Kalau boleh rakamkan sekali wajah-wajah polis yang bertugas atau tragedi-tragedi penting seperti keganasan atau provokasi Polis jika ada.

SELEPAS PERHIMPUNAN

1. Pastikan anda bersurai secara perlahan-lahan dan dengan aman selepas diberikan arahan bersurai.
2. Pastikan sahabat atau saudara dan anak-anak anda ada bersama selepas perhimpunan. Jika tiada, sila datang ke Pejabat Agung PAS untuk membuat laporan dengan Unit Amal bertugas.
3. Jika ada sahabat atau saudara anda ditahan, jangan terus balik. Dapatkan maklumat di Pejabat Agung PAS atau ke Balai Polis berkaitan untuk bebaskan mereka.
4. Jangan tinggalkan apa-apa sampah ditempat perhimpunan. Pastikan semuanya dibuang ke tong sampah atau dibawa balik dan dibuang dirumah.
5. Berikan ucapan terima kasih kepada pasukan Keselamatan bertugas jika perhimpunan berjalan lancar.
6. Jangan lupa sebarkan gambar dan berita perhimpunan kepada semua sahabat-sahabat terutamanya yang tidak hadir. Segala info dan maklumat bolehlah diemailkan kepada kami di email Setiausaha GMI-enalini_elumalai@yahoo.com.

APA ANDA PERLU BUAT JIKA KUMPULAN PRO-ISA BUAT PROVOKASI

1. Jangan pedulikan mereka, diam dan teruskan mengikut arahan Field Commander Unit Amal.
2. Jangan menyahut provokasi mereka, jangan baling apa-apa, jangan tunjukkan isyarat apa-apa pada mereka. Anggap mereka tidak wujud pada hari berkenaan.
3. Jangan hampiri mereka.
4. Jika mereka bertindak agreasif secara tiba-tiba, tahan, jangan pukul tetapi serahkan mereka pada pihak Polis.
5. Jangan lupa buat laporan Polis terhadap mereka jika anda dicederakan atau diganggu.
6. Buat rakaman wajah-wajah mereka jika perlu.

APA ANDA PERLU BUAT JIKA POLIS BUAT PROVOKASI DAN SERBUAN

1. Jangan lari atau keluar dari perhimpunan melainkan dengan arahan pimpinan, anda akan mudah ditangkap jika keluar dahulu.
2. Jangan bersendirian, pastikan anda bergandingan tangan dan berdiri rapat-rapat bila polis acah nak buat serbuan atau tembakan water canon.
3. Duduk jika pimpinan arahkan.
4. Basahkan tuala anda dengan sedikit air, dan tekup dimuka bila gas pemedih mata dilepaskan. Basuh muka anda dengan air dan makan sedikit garam jika terkena air water canon berwarna kuning.
5. Jangan melawan atau cuba bertikam lidah dengan polis bila mereka provoke…hanya diamkan diri.
6. Ambil gambar mereka jika sempat.
7. Buat laporan Polis jika anda dikasari.

APA YANG ANDA PERLU BUAT JIKA DITAHAN

1. Jangan banyak cakap dengan polis. Diamkan dan tenangkan diri.
2. Minta nama dan nombor polis yang menahan anda dan tanya dia sebab anda ditahan, seksyen berapa yang digunakan.
3. Berikan maklumat asas sahaja jika diminta seperti nama, no kad pengenalan, alamat rumah (berikan ikut alamat dalam IC sahaja).
4. Jika mereka tanya soal pekerjaan, jawap yang ringkas sahaja. Jangan bagi maklumat yang lengkap.
5. Anda mempunyai hak untuk berdiam diri dan sebarang soalan daripada polis anda boleh beritahu bahawa ”saya akan jawab di Mahkamah”
6. Bagi kakitangan Kerajaan jika mereka tanya tempat kerja anda, jawab ”Saya kerja swasta atau kerja sendiri”. Biar mereka siasat sendiri jika mereka perlukan maklumat lanjut. Jangan jawab soalan yang tidak perlu.
7. Minta berjumpa dengan peguam sebelum beri apa-apa keterangan. Peguam akan menunggu diluar balai jika anda ditahan.
8. Kalau boleh jangan beri terlalu banyak keterangan, anda hanya perlu jawab "saya akan bagi keterangan di Mahkamah sahaja". Ingat! Apa yang anda cakap di Balai Polis boleh dijadikan bahan bukti di Mahkamah. Anda berhak untuk tidak memberikan sebarang keterangan kepada Polis melainkan di Mahkamah.
9. Semasa ditahan, jangan pedulikan provokasi polis atau jangan mudah cair bila mereka berlembut.
10. Pastikan anda ingat semua yang berlaku, termasuklah pegawai polis yang tahan dan soal siasat anda.
11. Jangan terlalu risau kerana, diluar balai telah disediakan orang-orang yang akan jamin dan bela anda.

APA YANG ANDA BUAT SELEPAS DIBEBASKAN

1. Pastikan semua barang-barang anda dikembalikan oleh Polis.
2. Buat pemeriksaan kesihatan jika ada kecederaan.
3. Buat laporan Polis jika anda dikasari semasa perhimpunan atau semasa ditahan.
4. Ceritakan dan rakamkan pada peguam dan media jika anda dianiaya polis.
5. Jangan lupa catatkan semua yang anda ingat bila balik ke rumah untuk memudahkan anda mengingatinya bila dibawa ke Mahkamah kelak.
6. Pastikan anda ingat dan ambil nombor perhubungan orang yang jamin anda dan juga peguam yang terlibat.
7. Serahkan pada peguam segala maklumat dan gambar yang anda ada tentang himpunan bagi memudahkan pembelaan.
8. Jangan menyepi dari perjuangan selepas melalui pengalaman ditangkap kerana itu secara semulajadi akan menyebabkan motivasi anda akan menjadi lemah dan anda akan rasa keseorangan.
9. Teruskan perjuangan bersama sahabat-sahabat lain.
10. Sesungguhnya anda akan rasa lebih hebat dan berani lagi selepas ditangkap kerana tidak semua orang berpeluang merasai apa yang anda lalui ketika ditahan.

PERHATIAN !

1. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesalahan atau pelanggaran undang-undang yang tidak ada kena mengena dengan perhimpunan ini.
2. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang provokasi atau tindakan ganas yang dilakukan oleh mana-mana pihak secara berkumpulan atau individu.
3. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kecederaan yang disebabkan oleh kecuaian atau tindakan diluarkan arahan penganjur.
4. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang penangkapan yang dibuat kerana pergaduhan atau aktiviti agreasif yang tiada kaitan dengan arahan himpunan ini

Pastikan anda mengikuti arahan-arahan yang diberikan. Sebarang masalah anda boleh rujuk kepada Field Commander atau Unit Amal yang bertugas pada perhimpunan ini.

dicilok dari ttiub

Sekembali Dari Kundasang, Sabah...




Gambar di atas bukan hasil tangkapan edyes sewaktu berada di Kundasang. Gambar dalam kamera tu entah bila nak masuk dalam PC, dah tentu ambik masa yang lama sebab keadaan sekarang yang tak berapa sihat plus terlalu sibuk.

Alhamdulillah, akhirnya lepas hajat nak bawak orang tua ke seberang laut. Sejak mula bekerja, edyes selalu travel ke Sabah dan Sarawak dan sedikit sebanyak membuatkan mama edyes teringin nak ke sana.

Kini salah satu impian tercapai sudah. Betapa seronoknya melihat kegembiraan mak kita sewaktu berada di sana. Dengan view yang cantik, suasana sejuk di Kundasang dan shopping sakan di Sinsuran.

edyes ada banyak cerita mengenai pengalaman 6hari 5malam di seberang sana bersama 12 adik beradik ipar duai. Ada masa nanti edyes akan luahkan semua yang terpendam selama tidak berblog sejak beberapa minggu ini.

Terima kasih Air Asia, terima kasih Tony Fernandez, di atas revolusi tambang murah yang dibawa. Kerana ia sedikit sebanyak memberi ruang kepada golongan sederhana seperti saya merealisasikan impian.

Tuesday, July 21, 2009

Gambar Menarik Minggu Ini - United Dalam Kecemasan


United dalam kecemasan - Masukkan Gigs untuk lawan under-23 Malaysia?

gambar oleh : xbeskotx

CCTV hanya berfungsi ketika masuk, tidak berfungsi ketika keluar?


Saya blogmaster edyesdotcom, sangat-sangat bersetuju dengan pernyataan di bawah. Amatlah diterima logik akal!



Jangan Biarkan diri anda diselubungi
misteri Kematian Teoh...


01. Kalau Teoh dah
dibebaskan mengapa kelengkapan beliau termasuklah Handphone masih berada ditangan SPRM???? ( Sepatutnya.. setiap individu yang telah dibebaskan selepas sesi soal siasat,akan dipulangkan segala barang kepunyaannya )

02. CC TV hanya dapat merakamkan gambar beliau jam 5.30 petang semasa berjalan masuk ke pejabat SPRM,CC TV tidak dapat mengesan Teoh keluar dari pejabat SPRM,maksudnya beliau masih berada dalam pejabat itu sehingga mayatnya dijumpai????

03. Sekira Teoh ingin membunuh diri, sudah pasti beliau akan terjun terus kebawah,untuk maut secara total.. Mengapa pula beliau perlu terjun ke tingkat lima sahaja yang mayatnya tersorok dan tidak dilihat oleh orang ramai.???

Sendiri Mau Ingat ma......

nangkubai

Monday, July 20, 2009

Kemana Hilang Undi PAS Dalam PRU 12

Kemana Hilang Undi PAS Dalam PRU 12

Di dalam PRU 12, PAS menang dengan majoriti 1,352 undi. Kini majoriti itu tinggal hanya 65 undi. Apakah yang menyebabkan ini berlaku? Rumusannya adalah seperti berikut,

  • Di dalam PRU 12, sentimen pengundi terutamanya pengundi di perantauan dan pengundi-pengundi muda ialah untuk mempertahankan Negeri Kelantan daripada ditadbir oleh UMNO Barisan Nasional.
  • Mereka tidak mahu Negeri Kelantan turut menjadi Negeri yang bergelumang dengan rasuah, maksiat dan kemungkaran seperti negeri-negeri lain yang ditadbir oleh UMNO Barisan Nasional.
  • Satu cara untuk menyekat UMNO BN ialah dengan secara beramai-ramai mengundi PAS.
  • Majoriti mereka ini bukanlah ahli mana-mana parti politik.
  • Ahli-ahli UMNO dan pimpinan UMNO Kelantan sendiri sebenarnya lebih suka UMNO terus gagal merampas Kelantan kerana dengan cara demikian, wang pembangunan untuk rakyat Kelantan terus menerus akan disalur menerusi Parti dan Agensi-Agensi seperti KADA, KESEDAR, Majlis Tindakan Pelancongan dsbnya yang mana ahli-ahli politik UMNO adalah pengerusinya.
  • Dengan UMNO terus kecundang, mereka akan terus menjadi orang-orang penting dengan peruntukan yang berpuluh-puluh juta ringgit.

Namun di dalam berhadapan dengan Pilihanraya Kecil, sentimennya adalah berbeza,

  • Pengundi senyap tahu bahawa undi mereka tidak akan memberi Negeri Kelantan kepada UMNO.
  • Ini kerana PAS sebagai kerajaan mempunyai majoriti besar di Dewan Undangan Negeri.
  • Oleh yang demikian mereka mengundi BN dengan harapan Kerajaan PAS akan lebih sensitif terhadap kehendak penduduk tempatan.
  • Mereka juga mengundi BN sebagai protes kepada ketidakpuasan hati mereka, jika ada terhadap pentadbiran Tuan Guru Nik Aziz.


Analisis di atas adalah salah satu kompartment daripada analisis penuh sheih kickdefella mengenai PRK Manik Urai.

klik sini untuk menghayati analisis penuh kickdefella

Ibunda M3M Kembali kerahmatullah

Ibu kepada salah seorang blogger seperjuangan Pakatan Rakyat, Motherof3Mohd (M3M) telah kembali kerahmatullah. Jenazah Puan Rahmah, 80 tahun, akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Taman Mewah, Batu Gajah petang ini.

Al-Fatehah

Baju Pengantin Teoh... (Wajib Baca!!)


Anak muda itu bukan Melayu…

Ada “pelampau” (extremist) yang beranggapan darahnya halal. Karena anak muda itu bukan Islam, maka darahnya halal. Karena namanya Teoh Beng Hok, maka darahnya halal…

Ini manusia jenis apa? Entah ajaran mana yang diikut? Ugama mana yang diturut? Bajingan kalau semua hal, termasuk soal nyawa dan kemanusiaan, diperhitung sebagai memenuhi percaturan politik-kekuasaan.

Tak ada sebab Teoh perlu bunuh diri. Hanya selang sehari, dia akan mendaftarkan perkahwinannya dengan Soh Cher Wei; si gadis berjarak umur 4 tahun lebih muda, yang juga seorang guru. Dia dirundung nestapa bukan kepalang, menanti kepulangan kekanda yang ditahan aparat pemerintah. Tak pulang-pulang.

Mereka sudah menempah dan menetapkan warna baju pengantin. Menelefon saudara-mara dan kawan-kawan memaklumkan tarikh bersandingan, dengan bangga. Juga sesi foto yang mahu diambil di taman bunga, tasek atau pantai waktu mentari jingga. Juga anak dalam kandungan kekasehnya… zuriat mereka berdua.

Teoh tentu tak pernah menduga, rupa-rupanya yang mengkehendakinya ke pejabat tingkat 14 itu adalah jemputan maut…

Kita tak dapat menerima sama sekali kemunafikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang sekonyong-konyong mengutus ucapan takziah kepada keluarga Teoh atas tragedi tersebut. Ucapan takziah yang diutus dari Arab Saudi tak lebih seumpama usaha untuk cepat-cepat cuci tangan dan melindungi sesuatu.

Andai saya ahli keluarga mendiang Teoh, saya akan menginjak-injak kalungan takziah dari Najib.

Kematian Teoh bukan kematian ‘biasa’. Dikatakan terhumban dari tingkat 14, ke bumbung pada aras 5–sewaktu Teoh sepatutnya berada dalam pengawasan pehak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Takkan sesiapa yang waras akan menerima dalih SPRM yang kononnya mendakwa sudah ‘membebaskan’ Teoh sekitar jam 4.30 pagi–hari di mana Teoh kemudiannya ditemui mati kira-kira 9 jam kemudian.

Tak akan siapa boleh menerima dalih bahawa selepas dibebaskan, Teoh tak segera pulang dan konon dikatakan telah menumpang tidur di sofa pejabat SPRM. Takkan siapa percaya Teoh mengingau, atau tergelincir jatuh. Apatah lagi bunuh diri.

Kes kematian anak muda ini diselubungi kesangsian. Maka, Najib atau mana-mana menteri Umno-BN tak perlulah menasehatkan rakyat untuk tidak merasa sangsi.

Mereka tidak berhak dan tidak punya wibawa sama sekali menghalang kewarasan rakyat yang merenung betapa memang wujud sesuatu yang tak kena kepada bukan sahaja pegawai SPRM, cara pengendalian soal-siasat, malah menjurus kepada SPRM itu sendiri.

SPRM kini diragui, sangat-sangat diragui. Kematian misteri Teoh hanya mengesahkan bagaimana tuduhan sebelum ini yang SPRM merupakan salah-satu jejari kekuasaan Umno-BN untuk mencemar dan mematahkan satu-persatu tengkok para pemimpin Pakatan Rakyat.

Sehingga esei ini ditulis, SPRM masih tidak menafikan dakwaan Ahli Majlis Perbandaran Kajang, saudara Tan Boon Hwa yang dilaporkan diperlaku tidak umpama oleh pegawai penyiasat SPRM–diugut, dipaksa berdiri berjam-jam dan membuat pengakuan palsu, diancam nyawa serta keselamatan anak-isteri dan keluarga beliau.

Kes penyelewengan jutaan dan ratusan juta dipendamkan, sementara ke arah Pakatan Rakyat disasarkan serangan. Bayangkan bagaimana siasatan tegas yang melibatkan ahli majlis perbandaran Kajang hanyalah atas tuduhan membeli 1, 500 helai bendera Malaysia. Inilah apa yang dinamakan sebagai “lawak seram”!

Kini jelas nyata SPRM adalah laksana serigala lapar yang mahu menerkam, menggugat dan merampas kerajaan-kerajaan Pakatan Rakyat.

Contohnya sudah ada di Perak, dengan dua ADUN Keadilan yang pada mulanya diseret dengan tuduhan menerima suapan berbentuk tunai dan habuan seks, tiba-tiba beralih menyokong Umno-BN di dalam DUN.

Kerajaan Pakatan Rakyat Perak dirampas dengan cara culik dan ugut. Juga serangan di Kedah sehingga menyaksikan pilihanraya kecil Bukit Selambau terpaksa diadakan.

Serangan komplot ini sempat terhala ke Pulau Pinang dalam kes yang melibatkan bekas timbalan ketua menteri yang dituduh menerima rasuah. Perangkap juga pernah dipasang di Bandar Tun Razak yang melibatkan Menteri Besar Selangor dalam kes “46 ekor lembu.”

Keadilan-Pas-DAP sekian lama serius untuk membenteras rasuah. Selama ini, rasuah adalah barah di dalam Umno, dan bukannya di dalam Pakatan Rakyat. Kerajaan Kelantan tidak tercemar oleh rasuah, meski sudah 15 tahun memerintah, dan memang 3 kali pilihanraya umum.

Pakatan Rakyat terus tegas melawan dan menentang rasuah, tetapi bukan dengan sandiwara mahupun merekayasa bukti dan pertuduhan. Lihat sahaja daripada kes “Pelabuhan Klang” sehinggalah “mahligai Khir Toyo” adalah kes berprofail tinggi. Ya, di mana SPRM?

Bagi yang dekat dan biasa dengan papan catur politik Umno-BN, agak mudah untuk membaca siapa yang membiayai plot-plot sandiwara ini–justeru tak satupun yang terlepas daripada pengetahuan dan restu Presiden Umno.

Tentulah bukan beliau sendiri yang perlu ke sana ke mari. Juga, siapa pula yang merendahkan harga diri bertindak sebagai macai (operator) penggerak dan bersumpah untuk menjayakannya.

Ceh! Betapa jelek dan jijiknya politik elit Umno!

Dalam sessi sidang parlimen awal tahun ini, satu isu dan konspirasi besar dibongkar ketua Pakatan Rakyat di parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ianya melibatkan “blue-print” khusus yang dikeluarkan pehak yang mahu merampas Selangor daripada tangan Pakatan Rakyat. Plot dan projek itu dengan biaya ribu juta ringgit.

Menteri Kewangan Kedua waktu itu tidak dapat menjawab soalan YB Azmin Ali berhubung peruntukan besar kepada beberapa jabatan dan agensi kerajaan yang akan digunakan di Selangor.

Broker politik Umno-BN yang lazimnya bising membebel sesama mereka mengutuk MP Pakatan, khususnya Anwar waktu bersembang di cafe, terdiam. Cuba buat-buat tidak mendengar apabila rahsia jahat bos-bos mereka cobor.

Selepas mengenali bagaimana SPRM dan sekian banyak agensi kerajaan diperkuda, ada asasnya untuk kita mempercayai kes kematian Teoh akan mendapat pembelaan yang adil. Sama seperti kes pembunuhan Altantuya Sharibuu… tak akan siapa yang waras dapat mengerti mengapa dua anggota polis berpangkat rendah itu perlu meragut nyawa Altantuya?

Ya, melihat kedudukan pangkat mereka, tak ada ‘faedah’-nya mereka melakukan pembunuhan itu. Untuk apa? Tapi, skrip ini adalah skrip di zaman Najib sebagai PM. Barangkali memang begitu. Modus operandi takkan jauh berbeda.

Bagi pemimpin Umno-BN, riuhnya hanya dua-tiga hari dengan sejuta janji manis… kemudian disenyapkan. Dialih pandangan rakyat dengan entah apa lagi gula-gula baru.

Sesungguh kita akan mengenang nasib anak muda yang dibaham nyawanya oleh segelintir yang terdesak dan desperado untuk kekal berkuasa. Kematiannya itu pula akan didiamkan sebagai satu “strategi politik” oleh puak pelampau dan menganggap darah orang yang berbeda bangsa, berbeda ugama dan berbeda faham politik adalah halal.

Politik cara Umno-BN inilah apa yang saya ungkapan sebagai “politik intrik” atau “politik gelap.” Lawannya adalah “politik idea” atau “politik pencerahan” yang jauh memberi manfaat kepada rakyat.

Julung kali perjuangan Reformasi selepas lebih sedekad, akhir telah memakan korban nyawa! Seluruh anak muda wajar mengirim sahabat kita ke pusara dengan baju pengantin yang kekal, sehingga rakyat bangun. Bangkit membela.

oleh Hasmi Hashim (melalui Perak Express)


Jangan Ada Seorang pun Terlepas Clip Ini ! Mesti Lihat !!

And JUSTICE for ALL....


Halls of Justice Painted Green
Money Talking
Power Wolves Beset Your Door
Hear Them Stalking
Soon You'll Please Their Appetite
They Devour
Hammer of Justice Crushes You
Overpower

The Ultimate in Vanity
Exploiting Their Supremacy
I Can't Believe the Things You Say
I Can't Believe
I Can't Believe the Price You Pay
Nothing Can Save You

Justice Is Lost
Justice Is Raped
Justice Is Gone
Pulling Your Strings
Justice Is Done
Seeking No Truth
Winning Is All
Find it So Grim
So True
So Real

Apathy Their Stepping Stone
So Unfeeling
Hidden Deep Animosity
So Deceiving
Through Your Eyes Their Light Burns
Hoping to Find
Inquisition Sinking You
With Prying Minds

The Ultimate in Vanity
Exploiting Their Supremacy
I Can't Believe the Things You Say
I Can't Believe
I Can't Believe the Price You Pay
Nothing Can Save You

Justice Is Lost
Justice Is Raped
Justice Is Gone
Pulling Your Strings
Justice Is Done
Seeking No Truth
Winning Is All
Find it So Grim
So True
So Real

Lady Justice Has Been Raped
Truth Assassin
Rolls of Red Tape Seal Your Lips
Now You're Done in
Their Money Tips Her Scales Again
Make Your Deal
Just What Is Truth? I Cannot Tell
Cannot Feel

The Ultimate in Vanity
Exploiting Their Supremacy
I Can't Believe the Things You Say
I Can't Believe
I Can't Believe the Price We Pay
Nothing Can Save Us

Justice Is Lost
Justice Is Raped
Justice Is Gone
Pulling Your Strings
Justice Is Done
Seeking No Truth
Winning Is All
Find it So Grim
So True
So Real

Seeking No Truth
Winning Is All
Find it So Grim
So True
So Real

Friday, July 17, 2009

Keghairahan SPRM Mengundang Padah

Keghairahan SPRM Mengundang Padah

Semalam di perkarangan Mahkamah Tinggi, saya menyelar keras tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selaku alat pimpinan UMNO.

Kenyataan tersebut dikeluarkan satelah menyaksikan betapa ghairah SPRM bertindak terhadap ADUN Pakatan Rakyat Selangor. Walhal rasuah yang melibatkan dana berbilion ringgit saperti skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), pembelian senjata, dan lain-lain cuba dilenyapkan!

Dan hari ini, akibat tindakan kasar terhadap petugas Pakatan Rakyat, menyaksikan tragedi kematian pembantu YB Ean Yong Hian Wah iaitu mendiang Teo Beng Hock.

Apakah SPRM akan menjelaskan keadaan sabenar, dan siapa yang mengarah tindakan rakus terhadap Pakatan Rakyat? Dan apa peranan pimpinan kerajaan UMNO-BN dalam percaturan SPRM kini?

Keputusan Mahkamah Tinggi

Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan agar pihak pendakwaan membekalkan bukti serta dokumen kepada barisan peguam kecuali bukti yang saya kira amat penting; sampel asal DNA penuduh.

Ramai yang melihat keputusan tersebut merupakan petanda positif, namun pengalaman difitnah lebih 10 tahun lalu seraya mengingatkan saya agar sentiasa berwaspada. Jika benar keadilan mahu ditegakkan, gugurkan pertuduhan fitnah jahat kali kedua ini dan tak perlu berdolak-dalih lagi.

Pimpinan UMNO-BN Gagal Tangani Kemelut Ekonomi

Sayugia diingatkan, kenyataan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) hari ini mengesahkan kebimbangan saya berhubung kedudukan ekonomi negara. Sungguhpun beberapa langkah pemulihan ekonomi yang disaran olih Pakatan Rakyat diterima pakai kerajaan, kedudukan ekonomi rupanya tidak akan pulih dalam masa terdekat ini.

MIER menyatakan ekonomi negara memerlukan sekurang-kurangnya tambahan RM 8 bilion bagi meransang kembali ekonomi akibat penguncupan yang mencecah 4.2%. Perkembangan ini memperlihatkan kelemahan pimpinan negara dalam menangani isu mendesak dan berkepentingan umum.

Sikap tunggu dan lihat pastinya tidak membantu membawa negara ini keluar dari kelembapan. Retorik dan omong kosong perubahan pastinya menjadi jenaka andai tidak disusuli dengan tindakan bermakna.

ANWAR IBRAHIM


Berkaitan SPRM dan Rasuah BN;


Apakah status siasatan terhadap ADUN BN boros RM26.6 juta wang rakyat selangor?

Tahun lalu jawatankuasa pilihan khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor telah dilaporkan sedang menyiasat pemborosan semua wakil rakyat BN sebanyak RM 26.6 juta dalam tempoh dua bulan pertama tahun 2008.

Menurut seorang anggota Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat), siasatan terhadap perbelanjaan besar ini antara dua kes yang dijalankan olehnya.

Satu lagi kes, yang sudah siap siasatan awal, melibatkan sumbangan jutaan ringgit kepada Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Selangor (Balkis) yang disalurkan oleh enam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri sejak penubuhannya pada 1985.

Menurut YB Haniza Talha, salah seorang Exco kerajaan Selangor, jawatankuasa khas itu masih lagi menyiasat penggunaan RM26,634,844 juta atau 90.6 peratus peruntukan untuk wakil rakyat di negeri itu menjelang pilihanraya umum Mac tahun 2008.

Siasatan itu mengambil masa kerana membabitkan 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN sesi lepas, tambahnya.

Selcat dibentuk oleh DUN Selangor tidak lama selepas Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri, antaranya untuk menyiasat kes pemborosan ini.

Dalam persidangan pertama dewan itu Mei 2008, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendedahkan butiran pemborosan tersebut (lihat carta di atas) yang ditegur oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sewaktu majlis perasmian.

Peruntukan sebanyak RM500,000 bagi seorang wakil rakyat hanya berbaki RM2.9 juta sewaktu kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri, katanya.

Abdul Khalid dilaporkan berkata, Speaker DUN lalu Tan Sri Onn Ismail yang bukannya seorang wakil rakyat BN sesi lepas turut membelanjakan RM600,000.

Jawatankuasa khas Selcat bertujuan memantau selia dan memeriksa kecekapan, kebertanggungjawaban dan ketelusan dalam pentadbiran kerajaan Selangor.

Speaker DUN Teng Chang Khim bertindak sebagai pengerusi badan itu.

Selain Haniza, jawatankuasa itu dianggotai lima lagi ahli DUN – Mohamed Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa), Saari Sungib (PAS-Hulu Kelang), Edward Lee Poh Lin (DAP-Bukit Gasing), Sulaiman Abdul Razak (BN-Permatang) dan Ismail Sani (BN-Dusun Tua).



Thursday, July 16, 2009

Bakaq : Kenapa PAS menang ciput?

Kenapa menang ciput oleh brader Bakaq;


Saya janji nak tulis kenapa PAS menang ciput mengalahkan Barisan Nasional (BN) di Manek Urai? Ni nak tulislah ni. Tapi, ni bukan analisa pilihan raya. Ni hasil tanya-tanya dan bersembang sana-sini ja.

1. Tak jejas dua pertiga PAS di Kelantan

Sehari dua sebelum pilihan raya tersebut, saya bersembang dengan beberapa kawan yang berasal dari Kelantan. Kesemua mereka penyokong PAS. Bila sampai ke tajuk Manek Urai, ting tong, ting tong, bersembanglah bab jambatan baru yang dijanjikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin - jambatan bagi menghubungkan Manek Urai Lama dan Manek Urai Baru.

"BN berjanji hari ini dengan disaksikan oleh semua bahawa menang sahaja BN, kita akan terus memulakan kerja-kerja pembinaan, ini janji BN dan akan dikotakan," kata Timbalan Presiden Umno itu.

Salah seorang dari mereka berkata, "Kalau aku, aku bagi jah BN mene sekali. BN mene pun, buke nak jatuh kerajae Tok Guru. Tak dak apa satu. Dua pertiga tak jejas".

Terus seorang lagi kawan menyambut, "Betul, betul. Buke kita nak pejatuh Tok Guru. Kita nak suruh dia buat hok yang dia kata nak bagi sangat tu. Pilihan raya umum kita beri balik ke PAS".

Saya tak setuju. "Tak boleh. Takkan kerana nak ke benda hampa nak pelingkup momentum BN kalah. Setakat ni (pilihan raya kecil) di Semenanjung dah 5-0 dah (BN kalah atau tak berani bertanding). Umno nak sangat menang ni. Dia nak tunjuk Melayu sokong dia lagi (lihat posting bertajuk 'Mentalkinkan Melayu')".

Persoalannya, berapa ramai pengundi Manek Urai yang mempunyai pemikiran sedemikian dan berapa ramai anak Manek Urai di perantauan yang balik mengundi yang mempunyai pemikiran sedemikian?

Saya diberitahu, hujah itu adalah antara hujah popular Umno di Manek Urai.

2. Power kepala Agong

Suka tak suka terima, taburan duit juga menentukan pola pengundian. Kepala Agong (duit) memang power. Ada beg misteri?

Seorang pekerja pilihan raya PAS bercakap sendiri dengan anggota keluarga salah sebuah rumah di dalam kawasan Manek Urai. Mereka sendiri memberitahu beliau, jumlah yang diterima oleh seluruh anggota keluarga itu, orang ni dapat sikit dan orang nu dapat sikit, adalah RM5,000!

Hampa nak kata apa? Hampa larat nak bagi RM5,000? Duit tambang kepada yang tinggal di luar Manek Urai tak payah cakap la...

Bukan bagi saja-saja. Ada yang mengaku disuruh bersumpah waLlahi, wabiLlahi, wataLlahi akan mengundi parti yang diwakili oleh pihak pemberi. Ada yang mengaku tak nak pergi mengundi kerana tak mahu mengundi parti yang memberi duit itu. Dia kata gitu la. Mana kita tau dia pi undi ka, dak ka.

3. Hantu ciptaan Umno

DAP menjadi hantu (bogeyman) ciptaan Umno. Dalam kempen bisik-bisik, ditaburkan pelbagai hasutan yang mengaitkan DAP. PAS pulak dah berkawan dengan DAP. Saya dah hint siap-siap sebelum ni dalam posting bertajuk "'Pantang Melayu' akan kalahkan PAS di MU?"

Anda rasa pengundi termakan dak dengan kempen lagu tu? Saya tak boleh kata ya atau tidak. Belum sempat bertanya-tanya lagi untuk kaji benda tu.

Apa nak heran Umno guna isu tu. Pemimpin tertinggi PAS pun dok jaja merata rumah kenduri bahawa "DAP agen Singapura". Dia lahap sungguh dakyah BTN tu. Dia tak peduli pun hakikat bahawa Umno menjadikan negara ini tanah jajahan Singapura.

Cerita Karpal Singh suruh langkah mayat dia dulu sebelum laksana hudud turut ditabur. Takkan depa nak cerita Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata:
Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan (Kenyataan Najib pada 20hb April 1983 kepada para wartawan).

Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawabkan jika berlaku huru-hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu. Rakyat harus menyoal perlaksanaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan, pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu (Kenyataan Najib pada 20 April 1992 kepada para wartawan).
4. Rakyat merasa jauh hati

Ada juga yang menyatakan rakyat Kelantan jauh hati. Tahun lalu, saya pernah dengar seorang tokoh politik Kelantan berkata, "Dah berapa bulan dah (berlalu) pilihan raya umum. Program kebajikan tak berjalan lagi. Banyak sangat politiking sesama sendiri".

Saya tak tau betul atau tidak apa dia kata. Tetapi itulah yang saya dapat ingat dia kata.

Laa, kalau longkang tersumbat ka, jalan kampung berlubang berlopak ka, jangan la buat bodo ja. Cepat-cepat la selesaikan.

Orang miskin atau orang terdesak nak minta bantuan empat lima puluh ringgit, jangan la tahaq dia (biar dia tunggu terlampau lama) sebelum dihulur apa yang dihajati. Nak habaq bagi, kami orang miskin ni selalunya sensitif terlebih!

Lama dahulu, hampir setiap kali muktamar tahunan PAS, mesti ada gesaan supaya para pemimpin turun ke bawah. Harap la ni ada lagi gesaan lagu tu.

Kalau orang lain tak dan nak panas punggung dah terterap hangit kerana imej "gong", janganlah berlaku benda yang sama di Kelantan. Terterap tu loghat utara - tertiarap.

5. Kempen rumah ke rumah tak menyeluruh

Yang ni tak payah ulaslah. Dah berpuluh ribu kali dah orang dok sebut.

6. Umno dan PAS satu bendera

Umno memainkan isu Umno dan PAS tak lama lagi akan ada satu bendera.

Setakat itu sahaja yang saya dapat dengar punca-punca yang menyebabkan PAS menang ciput di Man U. Kalau maklumat yang saya dapat tak betul, this kutu takes full responsibility.

Wednesday, July 15, 2009

Manik Urai Mahu Jambatan Baru !

Nampak gayanya taktik ugut Barisan Nasional telah membawa hasil yang agak lumayan. Mengurangkan seribu majoriti adalah bukan satu perkara yang boleh di ambil mudah. Swing untuk pilihanraya kecil Manik urak melebihi 10% dan keputusan ini tidak boleh dipandang enteng oleh kepimpinan PAS dan Pakatan Rakyat.

Kini rakyat Manik Urai menguji Pakatan Rakyat dengan kemenangan nyawa-nyawa ikan seorang pemborong ikan. Ingin saya katakan juga, seorang pemborong ikan itu juga mengalahkan calon hebat dari Barisan Nasional.

Saya percaya rakyat di Manik Urai amat terpengaruh dengan janji jambatan oleh TPM. Oleh demikian, saya amat berharap agar kerajaan negeri Kelantan mempertimbangkan untuk membina sebuah jambatan baru di Manik Urai. Biarpun kosnya tidak cecah 10juta, asalkan jambatan dua hala dapat dibangunkan.

Tahniah Abe Uji, malam tadi sungguh teruji.

Tuesday, July 14, 2009

Live dari MU - (Backup dari bloggers)

8.00 am: Manek Urai mula sesak. Pengundi mula keluar untuk menunaikan tanggungjawab.

8.30 am: Calon PAS Abe Uji di Pusat Pengundian Peria. Penyokong PAS lebih kurang 1000 orang. BN pula dalam 300 orang.

8.4o am: Suasana sedikit tegang apabila penyokong BN membantah penyokong PAS yang memenuhi pintu hadapanpusat pengundian di Peria.

9.15 am: Pengerusi SPR tiba di Pusat Pengundian Peria.

9.30am: Suasana kembali tegang apabila penyokong PAS dan BN hampir bertumbuk tetapi dapat ditenangkan oleh PDRM.

9.45am: Kelihatan beberapa orang dibelakang bangunan berhampiran beratur seolah-olah sedang menyemak daftar pengundi kemudian masuk kedalam bangunan. Ambik duit upah kot.....

10.30am: Seorang lelaki dan berkepala botak cuba memprovokasi penyokong dan dihalang PDRM. Suasana kembali tegang. Konvoi motosikal berkuasa tinggi PAS telah melepasi Pusat Pengundian.

11.00: peratus mengundi di semua peti undi adalah lebih kurang 30%.

Serbuan pihak petugas PR
11.15: Sebuah pusat yang disyaki menjadi pusat pembahgian wang telah diserbu oleh petugas PR di Peria. Pintu rumah dikunci dari dalam. Pihak PDRM untuk masuk tidak mendapat kerjasama dari mereka yang berada dalam rumah tersebut. Disyaki 30 orang sedang bersembunyi didalam rumah berkenaan.

Suasana menjadi tegang! botol2 berterbangan!
11.30 am: Pihak BN telah mengaku yang mereka telah memberi 'wang' kepada pengundi2 yang balik dari rantau dalam istilah duit tambang. Jadi, ini sudah jelas mereka telah melanggar akta SPR. Kedua-dua penyokong telah saling baling-membaling objek2 seperti bom air, botol, kayu... Suasana menjadi tegang.

12.00 pm: Peratusan keluar mengundi sekitar 46%

Penyokong PAS dibelasah!
12.30: Penyokong PAS dibelasah oleh penyokong BN. Lebih kurang 5 orang penyokong PAS cedera dibelasah dan dibaling dengan objek keras sehingga mencederakan kepala.

Najib ke Mesir?
1.00pm: Peratusan keluar mengundi dalam 70%. MU telah mencatat sejarah dimana tidak pernah mana2 Pilihanraya negara kita mencapai peratusan berkenaaan sebelum jam 1.00 pm. Najib juga dikhabarkan telah menaiki pesawat keluar keluar negara menuju Mesir. Kebiasaannya sekiranya mereka (UBN) merasakan kemenangan akan memihak kepada mereka, mereka tidak sekali-kali akan meninggalkan negara.


Backup di laman edyesdotcom dibawakan oleh PerisikRakyat, Al-banjari dan Perakekspress.


Monday, July 13, 2009

Esok Cuti di Kelantan !!

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, sebentar tadi mengisytiharkan cuti peristiwa esok sempena pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai.

Nik Aziz berkata, pemberian cuti itu bagi memudahkan pengundi dan keluarga mereka menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih.

"Untuk kemudahan pengundi dan ahli keluarga mereka maka saya bercadang untuk mengisytiharkan cuti peristiwa esok," katanya pada sidang media di Pejabat Menteri Besar di sini. - bharian.

edyes wrote:

Bukan salah kepada rakyat Kelantan untuk bercuti pada hari esok (selasa 14 Julai). Kalau BN nak komplain, sila komplain pada SPR kerana meletakkan hari bekerja sebagai hari mengundi.

Terima kasih Nik Aziz.

Muhyiddin: Undi BN Dapat Jambatan Baru ?

Kerajaan pusat menawarkan untuk membina jambatan baru yang dianggar berharga RM7 juta hingga RM10 juta, sekiranya pengundi memilih BN dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai Selasa ini.

NONETawaran untuk membina jambatan baru di Manek Urai Lama itu, dibuat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga presiden Umno petang tadi.

Bagaimanapun, katanya, ia hanya akan dibina sekiranya pengundi DUN tersebut memilih calon BN Tuan Aziz Tuan Mat.

"Kita boleh bagi (jambatan baru), insya-Allah, tetapi ada syarat. Yang itu senang saja, pangkah saja (BN). Kita nak beritahu semua, mu (kamu) nak lalu sini, mu kena pangkah BN.

"Kalau tidak, esok dia tak dapat jambatan. Nak jambatan, pangkah BN," katanya di hadapan 200 penyokong BN petang tadi.

Muhyiddin berkata demikian di majlis pemimpin bersama rakyat di sebuah sekolah di Manek Urai Lama. Selain Tuan Aziz, turut hadir ialah Timbalan Menteri Kewangan II, Datuk Dr Awang Adek dan Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Mustapha Mohamad.

NONEManek Urai Lama merupakan sebuah kawasan dalam Manek Urai yang terletak kira-kira 30 kilometer dari pusat bandar Kuala Krai. Bersempadan dengan Manek Urai Lama, ia dihubungkan sebuah jambatan satu lorong sejauh 300 meter.

Tidak ada jalan alternatif lain bagi penduduk kawasan tersebut untuk keluar ke jalan besar yang menghubungkan bandar Kuala Krai dengan Gua Musang.

Kejutan PAS esok

Menurut penduduk kampung, jambatan sekarang dibina kerajaan pusat pada awal tahun 90-an dan mengambil masa beberapa tahun untuk disiapkan. Kosnya dipercayai hampir RM5 juta.

Mengulas lanjut rancangannya itu, Muhyiddin berjanji akan membina jambatan baru itu sejurus sahaja Tuan Aziz menang dalam pilihanraya kecil 14 Julai ini.

"Saudara jadi saksi, saya akan bangunkan jambatan itu selesai saja kita menang dalam pilihanraya pada 14 haribulan ini," katanya.

NONEPengumuman Muhyiddin mengenai jambatan baru itu dibuat selepas diwar-warkan beliau akan membuat pengumuman penting petang ini.

Dalam ucapannya itu, Muhyidin turut berjanji akan menjadikan Manek Urai sebagai model "anak emas" kerajaan pusat, dengan menjadikannnya pusat "agropolitan" bagi memajukan penghasilan hasil taninya.

Daripada lebih 12,000 pengundi di Manek Urai, sebahagian besar mereka bergantung rezeki kepada sumber pertanian, terutamanya menoreh getah.

Esok, PAS pula dijadual membuat "kejutan besar" mereka. Kedua-dua tindakan tersebut dilihat sebagai "modal terakhir" kedua-dua pihak bagi memenangkan calon masing-masing. - Malaysiakini


edyes wrote:

Macam tak percaya kata-kata ini hadir dari mulut seorang Timbalan Perdana Menteri. Adakah ini ugutan? atau percubaan untuk rasuah? atau inikah yang dikatakan cubaan 'membeli' manik urai? Apa salahnya kalau TPM kata "BN menang atau kalah, jambatan baru tetap di bina".

Muhyiddin memperlekeh pengundi di Manik Urai. Ini bukan permainan untuk menawarkan jambatan baru bagi memperoleh undi.

Ahli politik UMNO tidak boleh sewenangnya dipercaya. Kalau menang BN sekalipun, saya pasti jambatan tersebut hanya akan mula di bina sejurus sebelum PRU13 kelak. Kita kenal modus operandi BN.

Dengan berita seumpama ini, dapatlah kita klafikasikan BN sebagai sebuah kerajaan dan parti yang sangat teruk, kotor dan korup.

PAS juga akan buat kejutan hari ini. Mungkin salah seorang ADUN BN akan menyertai PAS. Namun berita ini adalah bertaraf khabar angin, sila jangan simpan harap.

Thursday, July 9, 2009

Teksi oh Teksi : Inilah kisahnya... (mesti baca) - Malaysiakini


Saya sering naik teksi. Sekurang-kurangnya dalam seminggu mesti ada sekali naik teksi, untuk memudahkan isteri menaiki kereta terus ke tempat kerja.

Setiap teksi yang saya langgan, pasti ada cerita. Cuma saya tidak punya masa untuk compile semua ceritera teksi yang diperbualkan. Namun, topik yang paling selalu saya kemukakan kepada pemandu teksi, adalah seperti cerita di bawah.

Saya sangat terharu membaca cerita di bawah, kerana saya juga selalu mengenangkan nasib bukan saja si pemandu teksi, tetapi semua buruh yang dipaksa bekerja melebihi apa yang diperoleh. Kerana negara ini penuh dengan kerja-kerja yang memerah keringat tanpa pendapatan setimpal. Dan pendapatan yang tidak setimpal itu juga, tidak 'setimpal' untuk dibelanjakan demi sabuah kehidupan di Malaysia.

Sila baca cerita di bawah, membaca itu pelita ilmu...


CERITA TENTANG DIA

Aku pun berdiri di bibir jalan menunggu teksi. Sebuah teksi sampai - aku membuka pintu untuk masuk. Masuk ke dalam sebuah teksi samalah seperti memasuki sebuah dunia yang baru. Dua susuk yang tidak pernah berkenalan sepanjang hidup tiba-tiba akan bekongsi untuk sementara waktu dalam sebuah ruang yang sempit.

Seperti Stagecoach filem John Ford – manusia sering terperangkap dalam ruang dan waktu dimana mereka tidak memiliki pilihan – jika apa-apa berlaku.

Bila memasuki ke dalam teksi mata aku sering liar memerhati untuk meneliti siapakah susuk yang akan memandu aku pulang ke rumah. Mata akan perpandangan. Pemandu dan penumpang – dua susuk ini akan menilai baik budi manusia sebaik sahaja pintu kereta dibuka dan ditutup kembali.

Seenak sahaja punggung aku di atas tilam pandak maka mata aku liar mencari - apakah ada tasbih Masehi yang bergantungan sebagai cara untuk mejauhi diri dari diganggu oleh mata-mata yang sering bekeliaran mencari kesalahan. Adakah Patong Biksu yang berperut gendut terpaku di jubin kaca sebagai doa pembuka pintu rezeki yang lumayan. Atau tulisan-tulisan Jawi yang penuh dengan kata-kata Arab yang akan membawa harapan agar terselamat dari kemalangan.

Mungkin ada terselit gambar Gautama atau Isa anak Mariam dari Nazareth di tepi laci kereta. Semua ini adalah bahasa yang membawa tanda dan makna. Inilah kata-kata pengenalan dari pemandu kepada penumpang.

Sebuah teksi adalah sebuah dunia untuk si pemandu. Dalam ruang kecil ini dia menjadi saksi alam – dia melihat – dia makan – dia minum dan dia berehat. Ingatkan kembali kesah si pemandu yang benama Travis Bickle yang dimainkan oleh De Niro. Si Pemandu ini melayari seluruh kota New York di waktu malam ketika matanya menolak tidur. Travis meligari malam sehingga jatuh cinta dengan Jodie Foster.

Bila aku masuk ke dalam teksi aku melihat si pemandu – agak telah berumur – rambutnya setengah puteh. Aku cukup senang sekali apabila bersama dengan pemandu yang ramah. Tapi yang ini belum aku kenali ramah bahasanya. Jika pemandu ramah ertinya – perjalanan kami akan selesa walau pun jalan berasak-asak.

Biasanya - akulah yang akan memulakan surah dengan bertanya – dari mana tadi? Sebaik sahaja soalan ini keluar ertinya aku ingin berkenalan. Juga pertanyaan ini adalah tanda yang menyatakan bahawa aku tidak memiliki niat jahat - untuk menyamun atau merompak.

Dari cermin pandang belakang Dia memerhati muka aku. Dia menjawab. Lalu kami mesra bersembang. Dia telah memandu teksi selama 25 tahun. Dulu pernah menjadi pemandu kereta Tuan Mat Salleh – ini ketika Tanah Melayu baru merdeka. Mencuba kerja-kerja lain tapi gagal. Kota ini adalah dunianya. Memandu adalah ilmunya. Ada lima anak – tiga telah berumah tangga. Dia telah menjadi Datuk. Kini tinggal dengan isteri dan dua anak di Puchung.

Dia bertanya tentang aku. Lalu aku terangkan – aku tinggal dengan tiga ekor kucing dan saekor anjing. Dia ketawa. Setiap kali aku mendapat soalan ini maka inilah jawapan yang akan aku berikan. Biasanya jawapan aku ini akan disusul dengan satu lagi petanyaan – kenapa tidak kahwin. Maka aku akan menjawab – aku belum cukup modal. Dia ketawa lagi.

Lalu aku pula bertanya apakah ini teksi sendiri. Dia menerangkan - bukan. Dia menyewa teksi ini. Dia tidak memiliki permit untuk memiliki sebuah teksi. Setiap hari Dia wajib membayar 35 ke 40 ringgit kepadaa tuan empunya. Lalu Dia bercerita – empat jam awal kerjanya - ke hulu ke hilir di sekeliling kota - bukan untuk dirinya. Dia wajib menyediakaan 40 ringgit dahulu sebelum dirinya sendiri mendapat upah.

Kini Dia menyatakan kerisauan – harga minyak naik – harga barang makanan naik. Dan bila hujan datang rezeki bertambah sempit. Kereta yang berpusu-pusu di dalam kota akan menjadikan Dia kehilangan banyak waktu. Pernah dan semakin selalu Dia hanya mendapat 15 ke 50 ringgit sehari. Tetapi si empunya teksi masih wajib dibayar sewanya dengan penuh. Ertinya Dia terhutang.

Banyak teksi yang aku naiki – semua pemandu berkesah sademikian. Amat jarang aku temui si pemandu yang juga si pemilik. Siapakah agaknya si pemilik teksi ini. Syarikat siapakah tuan empunya teksi-teksi yang berselirat dalam kota kita ini. Alangkah lumayannya hidup tuan empunya teksi – tidak perlu bekerja – tidak perlu berhempas pulas. Hanya mengutip sewa.

Di jubin kereta aku ternampak wajah Ganesha - terlekat. Ketika aku kecil aku cukup hairan dengan wajah ini – lelaki berhidungkan belalai gajah. Kali pertama aku melihat muka ini – ketika aku belum bersekolah lagi. Ketika itu tanah melayau ini masih dimiliki oleh orang puteh. Aku ternampak ‘manusia-gajah’ ini di kotak bedi – rokok daun – dari India. Bila aku mendewasa barulah aku sedar bahawa nama ‘manusi-gajah’ ini ialah Ganesha - jelmaan seorang dewa yang akan membantu umat manusia dalam kesusahan.

Demi Zeus – inilah sifat manusia – mereka menyatakan terima kaseh dengan pelbagai cara. Di dalam bilik teksi yang sempit pun mereka bersujud kepada Yang Esa. Lorong-lorong hidup di bumi ini berselirat dan berselerak - semuanya menuju ke kota yang sama.

Kemudian aku teringat tentang satu berita yang baru aku baca: bahawa kerajaan telah menghebahkan satu dasar teksi yang baru. Semua teksi akan menjadi – pemandu/pemilik. Lalu aku surahkan berita baik ini kepada Dia.

‘ Sekarang umur telah 62 tahun… apa saya boleh buat lagi. Kalau saya muda dahulu… bagus… sekarang nak pandu lima jam satu hari pun susah.’

Aku senyap apabila mendengar jawapan dari Dia. Bayangkan selama 25 tahun Dia memburuh – membanting tulang – tidak pernah mendapat kesenangan. Baru aku sedar umurnya telah 62 tahun. Dia lahir sebelum negara ini wujud. Dia lah warga asli pribumi tanah ini. Tapi Dia masih lagi mewajibkan dirinya memandu untuk mencari makan.

Teksi membelok ke lorong rumah aku. Aku pun sampai. Membayar tambang dan Dia beredar. Apabila teksi itu meluncur maka disitulah berakhirnya persahabatan kami. Aku jarang akan menoleh lagi. Sesudah membayar tambang aku menapak pulang.

Aku sedar tidak mungkin aku akan bertemu sekali lagi dengan Dia. Aku cukup yakin yang kemungkinan untuk bertemu sekali lagi cukup tipis kerana selama lebih sepuluh tahun - aku sering menggunakan khidmat teksi - hanya sekali aku berpeluang memasuki kembali teksi yang sama.

Aku tidak tahu berapa jumlah teksi dalam kota kita ini. Pasti banyak. Ini menjadikan pertemuan kali kedua amat susah. Mungkin juga si pemandu beralih pekerjaan. Mungkin beralih kawasan. Atau seperti Dia – jika umur telah larut - memandu teksi - adalah satu pekerjaan yang maha berat.

Bila aku menaiki tangga rumah aku teringat bagaimana sebahagian besar hidup Dia adalah di dalam teksi. Lapan jam atau dua belas jam sehari Dia beligar-ligar dalam teksi. Kalau di campurkan semua waktu itu berapa tahun agaknya dari jumlah 62 tahun hidupnya di atas bumi ini.(TT)

Wednesday, July 8, 2009

Pecah Berita: Perbicaraan Anwar Tangguh Lagi???

Aduhai...
Takkan pihak DSAI yang tangguh?


Opposition Leader Anwar Ibrahim's sodomy trial has been adjourned to next Wednesday as his lead counsel Sulaiman Abdullah is unwell. - mkini


Mahkamah memutuskan untuk mendengar pertuduhan seksyen 377B pada 15 Julai 2009. Kes ditangguhkan.
Pembetulan:pertuduhan sek 377B dan permohonan mengenepikan pendakwaan hanya akn didngr selepas mahkamah mndgar permohonan mendptkan dokumen. - twitter Anwar

Tuesday, July 7, 2009

Beg Misteri di Kuala Krai !!


Sumber : BuletinOnline

KUALA KRAI – Satu gambar misteri penuh tanda Tanya telah diterima oleh Buletin Online lewat hari ini. Apakah agaknya isi beg yang sedang dipunggah dari sebuah kereta Proton Perdana itu?


http://www.buletinonline.net/images/stories/berita7/mungkinkah1.jpg
Gambar ini dikatakan telah diambil di hadapan bangunan UMNO Kuala Krai pada jam 7.30 pagi, hari ini 6 Julai, 2009, sejurus selepasTimbalan Perdana Menteri, Tan Seri Muhyidin Yassin serta para menteri kabinetnya tiba.

Sekiranya beg-beg tersebut adalah beg pakaian, mengapa ia agak berat, jika dilihat dari cara orang yang mengangkatnya.

Dan jika diperhatikan betul-betul, dalam bonet Proton Perdana tersebut juga mengandungi beg-beg yang hampir serupa dan sama saiznya!


Nota yang dihantar kepada Buletin Online ialah;

”Pada mulanya orang yang berbaju biru kelabu itu mahu menurunkan beg-beg tersebut. Mungkin ia beg pakaian Pak-Pak Menteri. Namun mengapa mahu diturunkan beg-beg Pak Menteri di bangunan UMNO, adakah Pak-pak Menteri mahu bermalam di bangunan UMNO Kuala Kerai.

”Sedangkan seorang polis trafik memaklumkan bahawa Timbalan Perdana Menteri telah bertolak dari Kota Bharu, maka sudah pasti Pak-Pak Menteri lainnya turut menginap di Kota Bharu.

”Apabila sahaja ia (baju biru kelabu) mahu menurunkannya, beberapa orang disekelilingnya berkata…’biar dulu….biar dulu…’ lalu beg tersebut dimasukkan semula ke dalam bonet Proton Perdana.

Penghantar gambar serta nota itu juga menyoal “ kalau sekiranya ia adalah beg-beg pakaian, mengapa sampai 4 orang yang berada menjaga beg-beg pakaian itu ???....

Jadi, kalau bukan beg pakaian, itu beg apa ??


http://www.buletinonline.net/images/stories/berita7/mungkinkah.jpg

edyes wrote:

Ini bukan beg budak sekolah nie...

Adakah beg-beg ini penuh dengan kertas undi 'dummy' yang telah siap dipangkah lambang dacing? Atau beg tersebut penuh dengan note RM50 untuk membeli Manik Urai? wallahualam.

Bila Muhyiddin mencanang "Nasib malang BN bakal berakhir", maka keraguan makin terserlah kerana sudah dijangka BN akan kalah. Maka, adakah BN tidak kalah kali ini ?

Suspen betul lah!


Nasib Malang BN Berakhir ?

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu pilihanraya kecil DUN Manek Urai 14 Julai ini menandakan berakhirnya "nasib malang" BN dalam pilihanraya kecil selama ini.

muhyiddin yassin universiti malaya 020609Inilah mesej yang disampaikan beliau yang juga timbalan presiden Umno, dalam satu mesyuarat tertutup semalam, demikian menurut pemimpin parti yang menghadirinya.

"Rakyat berkata Umno dan BN sudah mati selepas kalah dalam pilihanraya kecil sebelum ini. Semuanya berakhir di sini. Kita mahu menang pilihanraya kecil kali ini," kata Muhyiddin dalam mesyuarat tersebut.

Daripada tujuh pilihanraya kecil yang diadakan selepas pilihanraya umum 8 Mac tahun lalu, BN hanya menang di Batang Ai, Sarawak.

BN tewas di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan Bukit Selambau.

Dan Mei lalu, BN memutuskan tidak bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Penanti yang merupakan kubu kuat Pakatan Rakyat.

'Gandakan usaha'

manek urai by-election nomination 060709 tuan aziz tuan mat with muhyiddinMenurut pemimpin parti tersebut, Muhyiddin turut menegur pekerja parti itu yang lambat tiba sebelum BN berarak ke pusat penamaan calon semalam.

Muhyiddin mengetuai perarakan mengiringi calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat semalam. Pilihanraya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya dari PAS, Ismail Yaakob.

Muhyiddin juga mahu pemimpin semua sayap Umno supaya menggandakan usaha mereka bagi memastikan peningkatan sokongan kepada calon BN.

"Kita tidak seharusnya bertumpu berkempen di kubu kuat Umno sahaja, tetapi juga di kubu kuat PAS bagi memenangi hati rakyat," katanya.

Muhyiddin dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan slogan 'Rakyat Didahulukan, Manek Urai Diutamakan' untuk menarik sokongan pengundi. - Malaysiakini


edyes wrote:

aduhai...

Malang UMNO berbau...

Bau macam, ada ramai askar akan mengundi di Manik Urai... betul ke?

Bau macam, polis dan askar yang ke Manik Urai ada dua IC untuk setiap seorang?

Aduhai... Malang UMNO berbau...

InsyaAllah UMNO kalah...

Bagilah BN Peluang ?

Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta pengundi di Manek Urai - yang majoritinya Melayu - supaya memberi peluang kepada BN untuk meneruskan agenda pembangunan di kawasan itu.

Katanya, BN akan menekankan bahawa pembangunan fizikal perlu selari dengan konsep pembangunan Islam yang dibawa PAS selaku kerajaan negeri Kelantan sejak 1990.

Seramai 99.2 peratus daripada 12,293 pengundi di kawasan DUN Manek Urai adalah orang Melayu.

Sehubungan itu, katanya, peranan jentera BN untuk memberi penerangan kepada pengundi, amat penting bagi menjelaskan hasrat dan harapan BN kepada rakyat di Manik Urai, lapor Bernama.

"Kita kena damping dengan pengundi untuk betulkan pandangan serong yang dibangkitkan lawan termasuk oleh Menteri Besar (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat)," katanya
kepada pemberita di pusat penamaan calon di Dewan Petra, Sekolah Menengah Sultan Yahya Petra 1, di Kuala Krai hari ini.

Pilihanraya kecil itu menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat, 39, dengan calon PAS Mohd Fauzi Abdullah, 50.

Tuan Aziz ialah bekas pegawai Kesedar manakala Mohd Fauzi ialah seorang pemborong ikan. - Malaysiakini


edyes wrote:

Wehh... mana boleh bagi peluang kat BN. Tak boleh kasi can, tak boleh bagi muka. Nanti satu Manik Urai dia jual !

Agenda apa yang BN ada di Manik Urai? Agenda minyak Kelantan? Tiada yang memberi harapan kepada BN untuk menang, malah trend pengundi atas pagar dan pengundi lalang pasti memberikan undi kepada pihak yang dijangka menang iaitu PAS. Ini supaya apa yang mereka sokong beroleh kemenangan dan ia membuahkan kepuasan, fenomena yang lumrah.

UMNO dan BN nak berdamping dengan rakyat? masa PRK boleh la buat, abis PRK kampung Manik Urai akan kembali sunyi sepi. Banyangkan masalah BN apabila hanya membuka klinik percuma sepanjang tempoh pilihanraya, bukankah lebih baik klinik itu dibuka sepanjang tahun? Inilah politik jangka pendek UMNO.

Pilihanraya Kecil Manik Urai merupakan satu pilihanraya yang unik kerana ia mempunyai hampir 100% pengundi melayu. Jika selama ini UMNO dan BN mendakwa bahawa Pakatan Rakyat hanya menang pilihanraya dengan bantuan pengundi bukan melayu, Manik Urai akan menjadi penentu betapa Pakatan Rakyat juga disokong kuat oleh orang melayu.

Berkenaan calon, saya rasa rakyat kelantan di Manik Urai akan lebih selesa untuk mengundi peraih ikan yang sering berkeliaran daripada mengundi seorang pengarah yang lazimnya mempunyai kedudukan tinggi dalam satu-satu komuniti.

Marilah kita undi peraih ikan. Ini rasanya lebih mulia.

[Bonus]

Khairy jadi pemandu teksi ?? Tak percaya??? Lihat di sini

Monday, July 6, 2009

UMNO Bagi Rasuah Kepada Budak Sekolah - Malaysiakini

Seramai 6,142 pelajar sekolah rendah, menengah dan sekolah Arab di Manek Urai mendapat perhatian Kementerian Pelajaran yang akan memberikan mereka bantuan uniform dan beg sekolah secara percuma.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Mustapa Mohamed berkata pemberian itu telah dinyatakan oleh Muhyiddin Yassin kepada beliau beberapa hari lalu sebagai tanda ingatan kementerianberkenaan."

Muhyiddin telah menyatakan kepada saya untuk memberikan bantuan itu kepada semua pelajar di Manek Urai tanpa seorang pun terkecuali."Ini sebagai tanda ingatan daripada kementerian dan juga dapat meringankan beban rakyat di sini," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di Pusat Operasi BN di Manek Urai hari ini.


edyes wrote:

Punyalah terdesak puak-puak UMNO, sampai budak-budak pun diberi rasuah?

Kenapa edyes kata rasuah? Sebab betapa pemberian beg kepada pelajar-pelajar di Manik Urai dan 'kebetulan' terdapat PRK yang bakal berlangsung juga di Manik Urai. Edyes takkan sebut rasuah dalam isu ini sekiranya semua pelajar 1MALAYSIA termasuk sabah sarawak dapat beg yang sama. Satuju?

Dikatakan juga semua pelajar tidak kira siapa bapanya, tak kira parti mana yang bakal dibuang undi oleh bapanya, menjadi penerima beg tersebut. Sahihlah kalau beg tersebut diberi hanya kepada pengundi tegar UMNO, confirm kalah gamaknya.

Ini taktik kain pelekat dah tak boleh beli orang melayu cina india iban kadazan lagi ! Pengundi semua dah cukup matang untuk menghadapi sekian bentuk modus operandi yang dilancarkan oleh UMNO. Apalagi yang rakyat boleh buat melainkan menerima pemberian UMNO ini dengan hati terbuka, tatkala rakyat harus berkata "Terima kasih atas pemberian, undi tetap milik dan kuasa rakyat, walau terima beg emas sekalipun".


Beri salah, tak beri kalah... jadi UMNO serba salah, dan lagi kalah.
Rezki jangan ditolak, UMNO jangan diundi.

Saturday, July 4, 2009

Apa Yang Sebenarnya Berlaku Di Perak (Mesti Baca)

Artikel panjang lebar di bawah adalah apa yang berlaku di Perak sejak berakhirnya PRU12 oleh sumber Abang Mat Saman Kati. Logik untuk difikirkan, namun kepastian terpulang pada diri sendiri.

Menarik untuk dibaca sampai habis. Silakan, membaca itu amalan mulia ;


Mengapa Jamal dan Osman melompat keluar dari PKR dan menjadi ADUN Bebas? Tidak seperti Hee yang melompat keluar DAP kerana tak dapat Camry, Jamal dan Osman memberikan pelbagai alasan. Diantaranya kerana memperjuangkan Bangsa Melayu…Nizar Boneka DAP…blah..blah..blah.

Semua itu adalah alasan-alasan untuk menutup kisah sebenar.

Jamal dan Osman keluar PKR kerana balak, duit dan kes rasuah mereka. Itu saja. Jamal marah kepada Nizar kerana enggan meluluskan beberapa konsesi balak yang mereka pohon…manakala Umno menjanjikan kes mereka akan diselesaikan.

Sekitar Jun atau July, kerajaan negeri PR meluluskan beberapa konsesi balak. Jamal dan Osman telah menggunakan nama PKR untuk memohon beberapa lot melalui Misbah. Misbah percaya kepada Jamal dan Osman bahawa permohonan itu adalah untuk PKR Perak…tanpa merujuk kepada PKR Negeri. Apabila diluluskan…semua konsesi yang di”berikan” kepada PKR Perak telah disapu oleh Jamal dan Osman. Malah ada beberapa lot konsesi tersebut diberikan kepada pemimpin Umno. Diantaranya Raja Ahmad Zainudin. Ini adalah kesilapan Nizar yang pertama…terlalu percaya kepada orang disekelilingnya.

Ramai orang-orang PKR tahu siapa pemimpin Pas yang mendapat konsesi balak…dari pemimpin utama hingga kepada Pemuda Pas…tetapi apabila orang-orang PKR merasa terpinggir dan melihat bahawa balak telah disapu oleh orang-orang Pas…baru rahsia ini terbongkar.

Tetapi ketika membincangkan untuk meluluskan konsesi berikutnya sekitar Oktober 2008, Nizar sudah berpengalaman. Hasilnya, beberapa permohonan Jamal dan Osman di’tangguhkan’. Inilah yang menyebabkan Jamal menjadi marah…malah Jamal dan Osman pernah berjumpa sendiri Timbalan Pengarah Perhutanan untuk meminta permohonan mereka diluluskan…walau dengan apa cara sekalipun.

Kalau Jamal dan Osman benar-benar mahu membela bangsa Melayu, semasa mereka menjadi EXCO, banyak perkara yang boleh dilakukan oleh mereka…tetapi mereka sibuk menambah bini daripada membantu orang-orang Melayu yang susah dikampung.

Selain daripada Nizar…Jamal dan Osman marah kepada Ketua PKR Perak pada masa tersebut..Tuan Hj. Ismail. Hj. Ismail marah kerana nama beliau telah digunakan dalam permohonan balak tersebut…sedangkan PKR Perak tidak mendapat satu sen pun.

Lantaran itu, Jamal dan Osman berusaha menyingkir Hj. Ismail dari Ketua PKR Perak dan meminta Anwar membawa balik Hj. Osman ke Perak. Jamal dan Hj. Osman memang akrab dari dulu..kini dan mungkin selamanya. Malah Jamal pernah menyebut, sekiranya Hj. Osman bertanding di kawasan beliau di Behrang…beliau sedia memberi laluan.

Anwar tunduk kepada kemahuan Jamal dan menggantikan Hj. Ismail dengan Hj. Osman. Tetapi seperti biasa…Anwar sering diperangkap oleh orang-orang yang dipercayaainya. Dan didalam kes Perak..Anwar tertipu oleh permainan Jamal dan Hj. Osman.

Hj. Osman gagal membawa PKR Perak menjadi lebih baik…malah beliau sepatutnya bertanggungjawab diatas keruntuhan Pakatan Rakyat Perak. Beliau jarang berada di Perak…hanya muncul kalau Anwar datang kePerak. dan beliau gagal mengawal tingkah laku Jamal dan Osman.

Ketegasan Nizar telah menyebabkan Jamal dan Osman menyimpan dendam. Dan apabila Hamdan Taha datang berjumpa beliau untuk menawarkan pakej Umno untuk berpaling tadah…Jamal dan Osman terliur.

Umno menjanjikan kepada Jamal dan Osman satu pakej istimewa. Kes mereka akan ditarik balik, jawatan EXCO yang mereka pegang semasa didalam Pakatan Rakyat akan dikekalkan dan bonus sebanyak tiga juta ringgit seorang.

Bukan setakat Jamal dan Osman sahaja yang ditawarkan…malah Kesavan dan Yunus Jamhari juga mendapat tawaran pakej istimewa Umno ini…tetapi Kesavan dan Yunus lulus ujian moral ini dengan menolak tawaran tersebut.

Jamal dan Osman menerima tawaran untuk menyertai Umno…dan runtuhlah Pakatan Rakyat Perak.

Tetapi Jamal dan Osman tidak mengetahui bahawa Hee juga akan menyertai pembelotan tersebut kerana Hee diuruskan oleh Vincent Tan. Apabila mengetahui bahawa Hee mendapat 20 juta ringgit yang dibayar melalui Berjaya Corporation, Jamal meletakkan syarat. Bahawa dia akan kekal sebagai calon bebas…sehinggalah semua pakej tawaran dipenuhi.

Selepas melompat…Jamal dan Osman tinggal di sebuah apartmen mewah, Duta Vista, bilik no 343 dan 344. Dan semua perbelanjaan mereka ditanggung oleh Umno yang diuruskan oleh Hamidah Osman. (Dr. Khairudin membuat akuan bersumpah tentang hal ini. Kalau nak saman…saman Dr. Khairudin. Akuan bersumpah Dr. Khairudin boleh dilihat disini.)

Umno merasakan bahawa rampasan kuasa yang dilakukan itu akan dapat diselesaikan dengan cepat dan tidak menjangka tentangan yang akan dibuat oleh Nizar dan Pakatan Rakyat Perak. Akibatnya mereka terpaksa mengatur strategi.

Dengan menunaikan semua janji yang dibuat kepada Jamal dan Osman, akan menyebabkan Umno akan teruk dihina oleh rakyat Perak. Lantas mereka mempermainkan Jamal dan Osman untuk mengembalikan imej Umno di Perak.

Jamal dan Osman merupakan liabiliti kepada Umno. Kalau Jamal dan Osman boleh meruntuhkan Pakatan Rakyat…mereka juga boleh meruntuhkan Umno. Lantas Umno cuba mengekalkan Jamal dan Osman…dengan melambat-lambatkan proses menunai janji yang mereka buat.

Bayaran kepada Jamal dan Osman dibuat secara beransur…RM100,000.00 sebulan. Kes mereka pula tidak diselesaikan dengan menarik balik tuduhan yang dibuat…tetapi cuba melengahkan perbicaraan. Dengan harapan…kes tersebut akan berpanjangan sehinggalah DUN Perak dibubarkan. Dan apabila Pilihanraya DUN diadakan, Jamal dan Osman tidak akan dicalonkan oleh Umno…dan Umno akan cuci tangan. Kalau PKR mencalonkan mereka…bermakna PKR menempah maut. Maka…Jamal dan Osman akan hanyut dengan sendiri.

Jamal dan Osman sudah tersepit. Umno dilihat memungkiri janji-janji mereka. Jamal dan Osman dijanjikan akan dilantik sebagai EXCO lebih awal, tetapi Umno menggunakan PRK Bukit Gantang sebagai alasan untuk menangguhkan perlantikan Jamal dan Osman. Dan Umno kecewa kerana Jamal enggan turun keBukit Gantang untuk berkempen bagi pihak mereka …manakala Osman gagal menarik penyokong-penyokong PKR untuk berubah kepada Umno. Tidak sampai 30 ahli-ahli PKR Bukit Gantang yang mengikut Osman. Kebanyakannya adalah sanak saudaranya sahaja.

Umno tidak melantik Jamal dan Osman sebagai eXCO seperti yang dijanjikan iaitu selepas PRK Bukit Gantang…sebaliknya menangguhkan sehinggalah selesai Hari Keputeraan Sultan Perak.

Tetapi sekali lagi Umno memungkiri janji terhadap Jamal dan Osman dengan alasan DUN Perak masih belum dikuasai oleh BN. Dan apabila rampasankuasa DUN berjaya dibuat oleh Umno..masih ada lagi halangan mereka..iaitu tentang siapakah Speaker yang sah. Lantas..perlantikan EXCO ditangguhkan lagi kepada 1 Julai 2009.

Sementara itu, kes rasuah mereka terus didengarkan dimahkamah dan tiada tanda bahawa Umno akan menarik balik tuduhan yang dibuat terhadap Jamal dan Osman. Osman mula ketar lutut. Dan dalam perbicaraan awal, Osman sudah mula meletakkan kesalahan kepada Jamal. Osman mengatakan bahawa dia hanya menurut arahan Jamal.

Osman sudah mula menghampiri pemimpin-pemimpin PKR dan menyatakan kekesalannya. Malah diberitakan bahawa Osman telah berjumpa Nizar dan meminta maaf terhadap apa yang berlaku.

Semua orang tahu…Osman hanyalah budak suruhan Jamal. Osman bukanlah seorang yang boleh membuat kerja-kerja EXCO…malah pernah menubuhkan sebuah syarikat dengan menggunakan namanya sendiri untuk mendapatkan projek-projek dibahawa EXCO Pelancungan Perak. Apabila diberitahu bahawa sebagai penjawat awam…dia tidak boleh memegang jawatan dalam syarikat, maka dia menggunakan nama seorang perempuan..yang kemudiannya menjadi isteri keduanya. Samaada ‘perkahwinan’ mereka sudah disahkan oleh JAIP…wallahualam.

Kini…Osman sudah mempunyai (isteri ketiga). (perkataan didalam kurungan kerana tidak dapaat disahkan sama ada benar itu isteri beliau. Tetapi semasa berjumpa dengan dua pemimpin PKR Bukit Gantang pada 29/6 lalu di Taiping, beliau bersama ibunya dan seorang perempuan yang diperkenalkan sebagai isteri’nya). Kehadiran ibu dan isteri ketiganya adalah sebagai ‘camourflage’ kerana dia sentiasa diawasi.

Dalam pertemuan tersebut…beliau menyatakan kekesalan terhadap apa yang berlaku. Dan seperti biasa, dia menyalahkan Jamal kerana memperdayanya. Beliau juga menyatakan sesal kerana beliau tidak lagi boleh kembali kekampung seperti biasa…tidak mendapat habuan yang dijanjikan oleh Umno…sedangkan beliau sekarang terpaksa menanggung tiga bini.

Umno Perak menyedari hal ini lantas mengadakan satu mesyuarat tergempar keesokan harinya (30/6) di Ipoh. Dan hari tersebut, mereka gempar kerana Jamal dan Osman tidak dapat dihubungi. Malah panggilan kepada Osman telah dijawab oleh mesin..”nombor yang anda hubungi belum diberi perkhidmatan!”

Dalam kekalutan itu…mereka cuba membuat apa yang dibuat oleh Nizar dulu..iaitu dengan cuba membubarkan DUN Perak.

Osman ‘hilang’. Jamal masih berada di Tanjung Malim pada hari Selasa 30/6 tetapi tidak mahu menjawab panggilan dari Umno. Beliau berbincang dengan orang perantaraan PKR tentang bagaimana untuk membalas dendam terhadap Najib yang gagal menunaikan janji. Malah Najib cuba mencuci tangan dengan menyerahkan semuanya kepada Zamry.

Apa yang dilakukan oleh Jamal terhadap Umno sekarang…sama dengan apa yang dilakukan olehnya terhadap Anwar dan PKR semasa tawar menawar dengan Najib dulu. Kalau Jamal boleh menjatuhkan PKR dan Pakatan rakyat Perak…Jamal juga boleh meruntuhkan Umno di Perak.

Apakah tingkah laku Jamal ini kerana mahu membela bangsa Melayu yang ditindas oleh DAP ataupun Nizar Boneka? Apakah yang telah dilakukan oleh jamal sejak menjadi boneka Umno? Sudah berapa ramai orang-orang Melayu yang dibantunya selama beliau menjadi boneka Umno?

Yang nampak…beliau hanya menambah B1N1. Dari dua selepas PRU 12, sekarang sudah empat.

Begitulah berkuasanya katak di Perak.

1.2 juta pengundi Perak ditipu oleh Jamal. Anwar yang dikatakan bijak..juga ditipu oleh Jamal. Malah Sultan Perak dan Raja Muda yang dikenali sebagai Sultan yang paling bijak…juga ditipu oleh Jamal.

Jamal menurunkan tandatangan dihadapan Sultan menyatakan sokongan terhadap Pakatan Rakyat dan Nizar sebagai Menteri Besar. Jamal juga menurunkan tandatangan dihadapan Sultan sebagai tanda menyokong Umno Barisan Nasional. Apakah Jamal akan menurunkan tandatangan sekali lagi…kali ini untuk meletakkan jawatan sebagai ADUN Behrang?

Semalam…pemimpin PKR Perak bermesyuarat. Najib sudah tidak berani keluar negeri. Rakyat Perak resah gelisah. Semuanya kerana kuasa politik Perak terletak ditangan seorang penipu… seorang yang tidak berprinsip.

I feel sorry for Perakians.


Friday, July 3, 2009

Re-harsel Michael Jackson 2 Hari Sebelum Beliau Meninggal

Michael Jackson masih lagi mampu mempersembahkan konsert dua hari sebelum beliau menghembus nafas terakhir. Ini menunjukkan beliau masih kuat dan sepatutnya tiada masalah untuk membuat konsert bulan ini.

Boleh lihat video re-harsel tersebut di sini.

LOS ANGELES (AFP) – A video released Thursday showed Michael Jackson vigorously practicing a song-and-dance routine days before his death, supporting accounts he had been in good health.

In footage obtained by AFP, the pop legend performed at the Staples Center in Los Angeles on June 23, two days before he died, as he prepared for a 50-date set in London starting in July.

Jackson, while thin, is seen dancing with energy in a tightly choreographed sequence with a group of performers. Jackson sings on a headset and at one point pushes back his jacket to reveal his red shirt underneath.

In the footage, Jackson switches sharply in styles in a medley of some of his hits. The video starts with Jackson dancing wildly in front of a rock 'n' roll guitarist before a pause for dramatic effect.

Jackson then shifts to a snippet of "Billie Jean," one of his greatest hits, before singing, "They Don't Care About Us," one of his most controversial tracks in which he brought in a hip-hop influence.

The set ends with a sample of a car horn. The stage then fades to black as an outside voice instructs, "Hold for applause."

Associates of Jackson have described the 50-year-old pop star as being in good form, including at another rehearsal just hours before his death.

Jackson collapsed and died on June 25 at his rented Los Angeles mansion. Speculation has focused on whether Jackson was taking painkillers or other medication.

Jackson's voice coach Dorian Holley said Jackson was in an upbeat mood in the days before his death, joking around with his wardrobe and makeup staff.

"My friends call and ask, 'Was Michael sick? Was he weak? Was he ill?' It's the absolute opposite of that," Holley told CNN.

"He was very energetic, he was happy. He was even more playful than he normally was at rehearsal," he said.

Holley said Jackson, 50, did not show his age.

"I'm sure that he was in pain after some rehearsals. But I got to tell you something -- the guys and girls dancing with him were all in their 20s," he said.

"When Michael was on stage with them, there was only one person that you could watch and that was Michael Jackson," he said.

A similar account came from Kevin Mazur, who was attending the rehearsal sessions as a photographer.

"He was like an expectant father pacing up and down the stage," Mazur told Britain's Sun tabloid.

"He was just so focused. Between songs, he burst into laughter and joked around with his dancers and the director. I have never seen him so happy," Mazur said.

Jackson had planned a series of concerts at London's O2 Arena starting on July 13, part of a comeback for the King of Pop whose personal and financial life had sharply deteriorated in the past decade.

Concert promoters AEG Live, who released the video, are offering full ticket refunds for the concerts.

British media reports said about 50 million pounds (59 million euros, 83 million dollars) has been spent on 750,000 tickets.


Wednesday, July 1, 2009

Lagi Berita Bubar DUN Perak ??

Khabar angin yang bertiup kencang, jangan disusul seribu harapan.

Ini berita yang sedikit menakutkan, sepertimana yang berlaku sewaktu YB Nasa melompat ke PKR. Waktu itu kita berasa semua akan memihak pada kita namun akhirnya Perak tumbang! Harap peristiwa sama tidak berulang.


Berikut adalah berita dari perak express ;

Berita tersebar luas, ada Adun BN akan berpaling tadah menyokong Pakatan. Umno buat meeting tergempar. Dan didapati Osman dan Jamal tak hadir.

Maklumat daripada sumber kuat, BN melalui Muhyiddin Yassin akan jumpa dengan Sultan Perak esok untuk dapat perkenan untuk bubarkan DUN. Maklumat itu juga ada menyebut bahawa Osman ada berjumpa dengan Nizar pada minggu sudah dan beliau memohon maaf sambil menyalahkan Jamal dengan apa yang terjadi di Perak sekarang. Beliau juga turut menyalahkan Jamal atas kesalahan mereka di mahkamah.


Diharap kemenangan akan bersama orang-orang yang benar dan bersabar.

Namun begitu, jangan percaya kepada sebarang berita yang melibatkan 'pembubaran DUN Perak', cukup sudah menaruh harapan.


Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan