Tuesday, June 30, 2009

Himpunan Perdana Pakatan Rakyat - 30 Jun (Hari Ini)




Pakatan Rakyat akan mengadakan Himpunan Perdana di Stadium MPPJ Kelana Jaya malam Ini. Berikut adalah butiran acara tersebut:

Tempat: Stadium MPPJ Kelana Jaya

Tarikh: Hari Selasa, 30hb Jun 2009

Masa: 8.30 malam

Pejabat Dato’ Seri Anwar Ibrahim


Antara yang telah menyatakan persetujuan untuk hadir pada malam tersebut; Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Penasihat KeADILan Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Tokoh DAP Lim Kit Siang dan pemimpin-pemimpin utama ketiga-tiga parti.


edyes wrote:

Marilah sama-sama kita berkumpul untuk mendengar sebarang penjelasan berkenaan isu liwat yang dihadapi oleh Anwar Ibrahim. Di sini kita berpeluang memahami dengan lebih lanjut betapa bagaimana penipuan berlaku demi menjatuhkan Anwar Ibrahim buat kali kedua.

Difahamkan, penjelasan kekalutan isu Kerajaan Perpaduan juga akan disampaikan oleh ketiga-tiga ketua parti Pakatan Rakyat.


Jumpa di sana...

Friday, June 26, 2009

Micheal Jackson Meninggal Dunia


Salam semua,

Sedara kita Micheal Jackson sudah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada umur 50 tahun. Beliau meninggal sejam yang lalu iaitu 7pm waktu Malaysia 26June09. Mengikut sumber uncle yahoo, beliau ditemui mati dirumahnya dalam keadaan tidak boleh bernafas.

Pada bulan January lalu, terdapat satu lapuran yang mengatakan bahawa MJ hanya boleh bertahan selama 6 bulan sahaja kerana beliau mengalami masalah penyakit yang genetik yang jarang dialami. Ternyata ramalan lapuran tersebut adalah tepat.

Rujuk di sini dan sepenuhnya di sini

Setahu edyes, MJ sempat memeluk agama Islam. Jika benar bagai dikata, Al-fatihah.

edyes cukup meminati beliau, dengan lagu2nya yang membuatkan sesiapa pun terhibur...

Berikut adalah berita penuh;


LOS ANGELES – Michael Jackson, the sensationally gifted child star who rose to become the "King of Pop" and the biggest celebrity in the world only to fall from his throne in a freakish series of scandals, died Thursday. He was 50. Jackson died at UCLA Medical Center in Los Angeles. Ed Winter, the assistant chief coroner for Los Angeles County, confirmed his office had been notified of the death and would handle the investigation.

The circumstances of Jackson's death were not immediately clear. Jackson was not breathing when Los Angeles Fire Department paramedics responded to a call at his Los Angeles home about 12:30 p.m., Capt. Steve Ruda told the Los Angeles Times. The paramedics performed CPR and took him to UCLA Medical Center, Ruda told the newspaper.

Jackson's death brought a tragic end to a long, bizarre, sometimes farcical decline from his peak in the 1980s, when he was popular music's premier all-around performer, a uniter of black and white music who shattered the race barrier on MTV, dominated the charts and dazzled even more on stage.

His 1982 album "Thriller" — which included the blockbuster hits "Beat It," "Billie Jean" and "Thriller" — remains the biggest-selling album of all time, with more than 100 million copies worldwide.

The public first knew him in the late 1960s, when as a boy he was the precocious, spinning lead singer of the Jackson 5, the music group he formed with his four older brothers. Among their No. 1 hits were "I Want You Back," "ABC," and "I'll Be There."

He was perhaps the most exciting performer of his generation, known for his feverish, crotch-grabbing dance moves and his high-pitched voice punctuated with squeals and titters. His single sequined glove, tight, military-style jacket and aviator sunglasses were trademarks second only to his ever-changing, surgically altered appearance.

"For Michael to be taken away from us so suddenly at such a young age, I just don't have the words," said Quincy Jones, who produced "Thriller." "He was the consummate entertainer and his contributions and legacy will be felt upon the world forever. I've lost my little brother today, and part of my soul has gone with him."

Jackson ranked alongside Elvis Presley and the Beatles as the biggest pop sensations of all time. In fact, he united two of music's biggest names when he was briefly married to Presley's daughter, Lisa Marie.

But as years went by, Jackson became an increasingly freakish figure — a middle-aged man-child weirdly out of touch with grown-up life. His skin became lighter, his nose narrower, and he spoke in a breathy, girlish voice. He surrounded himself with children at his Neverland ranch, often wore a germ mask while traveling and kept a pet chimpanzee named Bubbles as one of his closest companions.

In 2005, he was cleared of charges he molested a 13-year-old cancer survivor at Neverland in 2003. He had been accused of plying the boy with alcohol and groping him. The case took a fearsome toll on his career and image, and he fell into serious financial trouble.

Jackson was preparing for what was to be his greatest comeback: He was scheduled for an unprecedented 50 shows at a London arena, with the first set for July 13. He was in rehearsals in Los Angeles for the concert, an extravaganza that was to capture the classic Jackson magic: showstopping dance moves, elaborate staging and throbbing dance beats.

Singer Dionne Warwick said: "Michael was a friend and undoubtedly one of the world's greatest entertainers that I fortunately had the pleasure of working with........we have lost an icon in our industry."

Hundreds of people gathered outside the hospital as word of his death spread. The emergency entrance at the UCLA Medical Center, which is near Jackson's rented home, was roped off with police tape.

"Ladies and gentlemen, Michael Jackson has just died," a woman boarding a Manhattan bus called out, shortly after the news was announced. Immediately many riders reached for their cell phones.

In New York's Times Square, a low groan went up in the crowd when a screen flashed that Jackson had died, and people began relaying the news to friends by cell phone.

"No joke. King of Pop is no more. Wow," Michael Harris, 36, of New York City, read from a text message a friend sent to his telephone. "It's like when Kennedy was assassinated. I will always remember being in Times Square when Michael Jackson died."

Tuesday, June 23, 2009

Najib The Twister...

Pendapat dari seorang pembaca Malaysiakini :

Derek:
Pakatan Rakyat has now officially rejected unity talks with BN. The PM says it’s no big deal, BN and Umno can go it alone as ‘we still have the numbers to control the federal government.

Isn’t it amazing how Najib can twist and turn his words just to suit the situation and save face for Umno?

Just a few days back, our DPM was practically bending over backwards to accommodate PAS.

Didn’t our DPM say that he wanted the unity talks to be ‘speeded up’ and there would be no conditions from Umno to talk with PAS?

Now our DPM is as quiet as a mouse because the talks have been rejected outright by Pakatan. I am sure he, too, now will change his tune when just like his boss.

To top it all, Koh Tsu Koon said it was a ‘wayang kulit’ by Pakatan Rakyat all along. Koh should really wake up.

Umno was ready to abandon and trample on its coalition partners’ (essentially MCA, MIC and Gerakan) feelings just days ago to accommodate talks with PAS on Malay unity. T

This general election loser made a senator made a cabinet minister is so beholden to the PM that he can no longer appreciate the reality of the political situation and make an objective assessment and sensible comments.

MCA and Gerakan should seriously reconsider their partnership with Umno and become independent. Umno does not give a hoot about its junior partners.

Please wake up and smell the coffee.

Menteri BN Banyak Turun Padang

Ini adalah berita yang cukup baik untuk rakyat Malaysia. Sekurang-kurangnya rakyat akan lebih didekati oleh menteri-menteri yang bertanggungjawab terhadap portfolio masing-masing.

Fenomena ini berlaku tatkala Kerajaan BN telah diasak hebat oleh pembangkang dari pelbagai sudut dengan PRU13 menjanjikan perubahan total bakal berlaku. Rakyat akan memilih pembangkang untuk sekurang-kurangnya satu penggal berbanding memilih BN yang telah diberi mandat selama 11 penggal. Walaupun telah 11penggal menguasai negara ini, BN masih dengan syndrom denialnya serta tidak bertanggungjawab terhadap nasib golongan miskin dan sederhana. Apa yang mereka lakukan hanyalah untuk kepentingan kroni dan mengkayakan golongan tertentu.

Sekarang kita dapat bagaimana pemimpin-pemimpin BN gigih untuk memenangi hati rakyat. Mereka tidak sedar bahawa tindak-tanduk mereka sebelum ini seumpamanya tidak mudah dilupakan oleh rakyat marhaen. Pemimpin Pakatan Rakyat juga boleh mengambil kesempatan untuk bersaing demi memenangi hati rakyat. Diharap ada inisiatif daripada kepimpinan Pakatan Rakyat untuk memastikan semua Adun dan Ahli Parlimen memberi komitmen serta lebih kerap turun kepada masyarakat setempat. Di samping itu, YB-YB seharusnya dikerah untuk lebih peka terhadap masalah yang dihadapi oleh rakyat dan pastikan tidak terlepas pandang bagi kes-kes yang melibatkan golongan miskin tegar.

Rakyat bijak yang memberikan undi kepada pembangkang pada PRU-12 Mac tahun lalu kini mendapat hasilnya apabila kerajaan yang memerintah sedikit sebanyak mulai tunduk kepada rakyat dan mula menyedari kuasa rakyat. Suasana ini tidak akan dapat dilihat sekiranya BN mengekalkan majoriti 2/3 seperti kebiasaanya.

Mengikut trend pasca PRU-12, rakyat semakin menolak BN. Ianya diambil kira dari beberapa siri pilihanraya kecil yang telah dimenangi oleh Pakatan Rakyat secara berturut-turut dengan majoriti yang bertambah-tambah. Oleh kerana itu BN menggunakan segala helah termasuklah talian hayat mengaitkan Kerajaan Perpaduan dengan segelintir pimpinan Pas bagi mengeruhkan hubungan antara pemimpin di Pakatan Rakyat.

Kini UMNO dan BN akan berusaha lagi untuk memenangi hati rakyat setelah helah UG terkubur dek istiqomah pemimpin berkaliber Pakatan Rakyat. Janganlah kita khuatir kerana setiap usaha UMNO itu akan membuahkan hasil terhadap rakyat. Setiap lawatan Menteri itu pastinya ditabur serba sedikit 'ekonomi' kepada persekitaran yang dilawat. Perkara sebegini pastinya suatu yang baik jika berterusan dan ianya pasti akan berganda lebih baik apabila Pakatan Rakyat diberi mandat menjadi sebuah kerajaan yang baru pada pasca PRU13.

Marilah kita bersama memberi dokongan padu terhadap gugusan Pakatan Rakyat yang dipercayai bakal memberikan keadilan, kebajikan menyeluruh dan penambahbaikan taraf hidup terhadap semua golongan masyarakat di negara ini dan keutamaan seharusnya dianugerah kepada rakyat yang dikenalpasti sebagai golongan bawahan dan pertengahan.

Kita tidak perlukan Kerajaan Perpaduan tajaan BN. Kita akan bersama membentuk Malaysia baru di bawah sebuah kerajaan pusat. Ayuh marilah bersama dalam membentuk Kerajaan Kebajikan Rakyat yakni sebuah kerajaan yang menitikberatkan kebajikan rakyat keseluruhanya.

RE-FOR-MA-SI !

TAKBIR !!

Monday, June 22, 2009

Pakatan Sepakat Tolak K'jaan Perpaduan

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat sepakat menolak perbincangan kerajaan perpaduan dengan Umno atau Barisan Nasional, demikian diputuskan dalam suatu mesyuarat petang ini.

Pemimpin tiga parti tersebut PKR, DAP dan PAS mengulangi pendirian mereka untuk meneguhkan kerjasama dalam gabungan pembangkang dengan hasrat mengambil alih kerajaan persekutuan suatu masa nanti.

Kenyataan bersama mereka ditandatangani oleh penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, tokoh utama DAP Lim Kit Siang dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.-mkini


edyes wrote:

UMNO gila talak !

Demi survival sebuah parti yang selama ini menggunakan segala bentuk penindasan, penipuan, penyalahgunaan kuasa dan pelbagai helah untuk kekal berkuasa, mereka ingin bergabung atas dasar perpaduan.

Setelah rentetan kekalahan demi kekalahan dialami oleh UMNO, kini mereka kembali dengan memporak-perandakan Pakatan Rakyat dengan memanipulasi idea Kerajaan Perpaduan kononya ia muncul dari parti Pas.

Kini termaktub sudah, muktamad sudah keputusan kepimpinan Pakatan Rakyat menolak segala bentuk perbincangan mahupun kerjasama dengan UMNO led BN dalam membentuk Kerajaan Perpaduan.

Marilah kita bersyukur kerana tidak lagi terperangkap dengan UMNO yang selama ini ingin menghancurkan sebarang gerakan untuk merampas kerajaan pusat pada pasca PRU13. Mari kita bersyukur kerana sudah jelas, kepimpinan PR sebulat meja menolak Kerajaan Perpaduan tajaan UMNO dan bonekanya.

Kini, marilah kita beramai-ramai mengucapkan selamat tinggal kepada Kerajaan Perpaduan yang penuh penipuan itu. Selamat tinggal UMNO, boleh survive ke..?

Intipati Rundingan Kerajaan Perpaduan


Untuk gambar banner di sekitar Parlimen Bachok, sila ke sini.

Oleh: Kickdefella

Bila pemimpin bijak berunding, perundingan tidak perlu berlaku menerusi perjumpaan dalam gelap. Bila pemimpin pintar berunding, perundingan tidak perlu berbentuk dua hala. Bila pemimpin hebat berunding, tiada siapa pun menyangka dia sedang berunding.

Tetapi, semua akan terkejut dengan keputusannya. Pantas dan tepat seperti dimahukan.

Muhyiddin hari ini telah membuka laluan seluas-luasnya buat PAS untuk berunding dengan UMNO. Ramai terkejut dan merasakan ianya adalah satu perangkap atau satu petanda betapa desperadonya UMNO. Tetapi semua silap.

Ini adalah petanda betapa jujur dan seriusnya UMNO mahu berunding dengan PAS.

Timbalan Presiden UMNO hari ini berkata,

“We will not impose any conditions and we accept whatever terms set by PAS. As far as I’m concerned, we have to be open,”(di sini)

Muhyiddin mengajak pemimpin, ahli dan penyokong PAS lupakan yang lalu, let bygones be bygones katanya. Muhyiddin dengan ikhlas bersetuju untuk UMNO tidak meletakkan sebarang syarat tetapi sebaliknya bersedia menerima sebarang syarat dari PAS supaya rundingan ini berjaya.

Syukur kepada yang Maha Kuasa, akhirnya dianugerahkan kepada UMNO seorang messiah yang akan membuka pintu kebenaran buat UMNO.

Keikhlasan Muhyiddin pasti bersambut, kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan.

Memandangkan Muhyiddin bersedia menerima sebarang syarat, saya mencadangkan kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz untuk mengusulkan syarat-syarat berikut sebelum rundingan bermula.

  • Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia harus mengambil cuti dan serahkan kedua-dua jawatan tersebut kepada Muhyiddin Yassin sebagai Pemangku sepanjang tempoh perundingan.
  • Suruhanjaya DiRaja perlu ditubuhkan segera menyiasat kes pembunuhan Altantunya dan mencari segala jawapan yang tidak terjawab didalam perbicaraan di Mahkamah dengan tujuan membersihkan nama Najib Razak buat selamanya. Sesiapa yang didapati bersubahat didalam kes ini harus didakwa segera.
  • UMNO dan BN harus mengundurkan jenteranya dari Manek Urai segera dan bukan sahaja tidak bertanding tetapi tidak akan meletakkan calon-calon bebas di situ. PAS wajib diberi kemenangan tanda bertanding.
  • Muhyiddin Yassin terus mengetuai perundingan bagi pihak BN sehingga nama Najib dibersihkan.
  • Kedua-dua parti, UMNO dan PAS perlu memanggil EGM segera bagi mendapatkan mandat perundingan.

Dengan persetujuan UMNO menerima syarat tersebut, rundingan boleh dimulakan segera.

Berikut adalah saranan intipati rundingan.

  • UMNO dan PAS hendaklah dibubarkan.
  • Sebuah parti baru ditubuhkan yang menggabungkan ahli kedua-dua parti tersebut. Ini supaya parti yang lebih besar tidak menekan parti yang lebih kecil untuk tujuan politik.
  • Parti baru hendaklah mengangkat Al Quran dan Hadith sebagai pedoman dan intisari perlembagaannya.
  • Parti baru hendaklah ditadbir berlandaskan pertadbiran yang Islamik dari segenak aspek.
  • Parti baru hendaklah diterajui berdasarkan konsep kepimpinan Ulama iaitu, ianya dikawal oleh sebuah Majlis Perundingan Ulama-ulama tertinggi di dalam parti tersebut. Ini tentu tidak menjadi masalah kepada ahli-ahli dan pemimpin UMNO kerana beberapa bulan kebelakangan ini mereka berpegang teguh kepada Ulama memimpin parti.
  • Parti baru perlu komitted untuk menjaga kebajikan dan mempertahankan kebebasan mereka yang bukan Islam dan bukan Melayu.
  • Parti baru hendaklah komitted mempertahankan pengagihan kekayaan negara secara adil kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan bangsa keturunan.
  • Barisan pimpinan parti hendaklah di pilih terus menerusi pengundian oleh ahli-ahli dengan menghapuskan kuasa perwakilan bagi memastikan segala elemen yang memakmurkan politik wang dalam UMNO dahulu tidak merebak ke parti baru.

Selamat bersatu umat Melayu dan selamat melangkah sebagai ummah.


edyes wrote:

Idea perpaduan dengan membubarkan UMNO dan PAS telah difikirkan sebelum ini. Namun tahap logik penerimaan kedua-dua pemimpin begitu terbatas dek pemikiran kita yang serba serbi ini.

Apabila parti UMNO dibubar, Parti PAS dibubar, maka kita tubuhkan sebuah parti baru untuk Islam dan Melayu. Di sini kita jana kekuatan, di sini kita rombak segala kepincangan dalam pemerintahan, ketandusan, birokrasi melampau, kebocoran yang merugikan bangsa kita selama 50 tahun. Dengan parti baru, kita angkat Islam dan Melayu ke satu tahap yang menang dalam banyak faktor terutamanya dalam bentuk kebajikkan rakyat dan kerohanian bangsa.

Kita baik pulih sosial yang begitu sial di kalangan anak-anak melayu. Kita akan pastikan pengorbanan untuk mewujudkan parti baru berbaloi dengan berubahnya segala mentaliti busuk yang terkandung dalam bangsa kita. Dengan mentaliti yang berubah ini, anak-anak melayu akan lebih terbela, akan lebih terpelihara, akan lebih bertanggungjawab terhadap negara dan akhirnya generasi yang berkualiti akan terhasil demi masa depan negara.

Parti yang baru, untuk membentuk sebuah negara harimau sebenar. Semua berganding bahu untuk sebuah perubahan total yang menguntungkan bangsa. Sebuah kerajaan yang berteraskan kebajikkan dengan cubaan survival meninggalkan kapitalis dari muka bumi ini. Melayu dan Malaysian akan lebih hebat dengan acuan sendiri.

Namun begitu, adakah UMNO dan PAS bersedia untuk bergabung di bawah satu parti yang baru. Adakah Najib sanggup melepaskan jawatan PM yang baru disandangnya. Jika di sebut Kerajaan Perpaduan, inilah satu-satu jalan yang ikhlas demi PERPADUAN.


Friday, June 19, 2009

UG Tidak Relevan Bawah Pentadbiran Najib. Muktamad !

Semalam satu Malaysia heboh TGNA marahkan Ust. Nasha kerana bahana UG. Ramai yang terkejut, sampai tahap tu marahnya Mursyidul Am. Ada yang kata tak patut, ada yang terkedu jadinya.

Jika dibaca dan difahami dari penjelasan Presiden TGHH berkenaan UG, sepatutnya isu ini dah selesai. TGHH kata UG dah tak relevan zaman Najib. Jadi apasal bising-bising lagi.

Kalau ikut ahli-ahli memang ramai yang berhenti bercakap isu UG ini sebab mereka pun tak berapa nak faham. Masalahnya, masih ada pimpinan tertinggi yang masih bercakap pasai UG ini.

Bila media tanya, pimpinan-pimpinan ini berselindung dengan berkata, " PAS terbuka, boleh berbincang dengan sesiapa sahaja".

Semasa Muktamar, Ketua Ulama tak jawab persoalan dalam perbahasan. Pembahas tak setuju bergabung dengan umno. Ketua Ulama jawab, kalau tak berdakwah dengan orang umno macam mana mereka nak menyokong PAS.

Tak ada pun dalam ucapan dasar Presiden perkara tentang UG ini. Pembahas dan perwakilan pun tak sentuh banyak pasai UG. Kalau ada pimpinan tertinggi teringin dengan UG, kenapa tak masukkan perkara berkaitan UG ini dalam ucapan dasar.

Masa itu baru kita tahu pembahas dan perwakilan setuju atau tidak dengan UG. Tapi bila muktamar selesai, berbunyi pula dari pimpinan tertinggi tentang UG.

Bila ramai ahli marah tak setuju dengan UG, penyokong UG ini berkata, perwakilan dah bagi mandat kepada pimpinan tertinggi sebab itu mereka terpilih semasa pemilihan. Ahli kena wala' kepada pimpinan.

Sebelum muktamar, bising untuk pertahankan ulama sebagai pemimpin. Tak sebut pasal UG. Perwakilan hanya mahu kepimpinan ulama, bukan UG. Selesai pemilihan lain pula jadinya.

Jangan salahkan TGNA bila dia marah. Penulis yakin TGNA tahu cerita yang penulis dan ramai ahli jamaah tak tahu. Kalau kita tahu apa yang TGNA tahu, kita pun akan marah.

Bukan TGNA sahaja yang terpaksa menjawab dan melayan ahli yang datang bertanya serta mengadu tentang UG. Penulis yakin pimpinan jamaah seluruh negara terpaksa mencari jawapan akibat pertanyaan bertalu-talu dari ahli dan rakyat.

Kami di Parit Buntar juga terpaksa melayan soalan-soalan tentang UG, yang kami sendiri tak berapa nak faham.

En. Hamdan Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional terpaksa menutup handphone kerana tak tahan nak menjawab soalan orang Cina dan India yang menjadi ahli Kelab Penyokong.

Kata En. Hamdan, sampai bila dia nak jawab " semua itu mainan media ". Orang Cina akan jawab balik " tapi itu Nashaludin sendiri cakap dalam tv, Nik Ajis punya cakap, pelibadi ooo.bukan PAS punya cakap".

Kami di Parit Buntar sejak 1999 buat kerja masuk dalam komuniti Cina untuk perkenalkan PAS. Dah berpuluh biji bas kami bawa orang Cina ke Kelantan untuk buka minda orang Cina. Orang Cina di Kuala Kurau dan Tanjung Piandang dah tak takut dengan PAS.

Sebelum pilihanraya ke 12, satu bas orang Cina pi jumpa Ust. Nasha bagi memorandum minta calon PAS bertanding di DUN Kuala Kurau. Tapi PAS Perak tetap beri kepada PKR.

Orang Cina tunjuk protes, buktinya majoriti calon PKR hanya 400 tapi majoriti calon PAS Parlimen di DUN Kuala Kurau lebih 4000.

Baru-baru ini, Kelab Penyokong PAS Parit Buntar tolong bawa dua bas orang Cina dari Kuala Sepetang, Bukit Gantang ke Kelantan. Pi rumah TGNA, jumpa TGNA , pi tokong budha besar, jumpa orang Cina Kelantan. Akhirnya, rombongan orang Cina Kuala Sepetang ni kata " Itu MCA, banyak tipu ooo".

Apabila timbul isu UG, bukan sahaja TGNA risau, semua ahli jamaah risau. Risau dah banyak kerja dibuat, dah banyak program disusun untuk yakinkan orang bukan Islam kepada PAS. Namun, sekelip mata keyakinan ini akan berubah dengan isu UG ini.

Harapan penulis, Jika TGHH kata UG dah tak relevan zaman Najib. Jangan bercakap lagi mengenainya.

oleh : Tulahan


Wednesday, June 17, 2009

Stapa Ali : Libatkan PKR dan DAP dalam Kerajaan Perpaduan

Perbincangan mengenai kerajaan perpaduan antara PAS dengan Umno akan melibatkan juga dua lagi rakan kongsinya dalam Pakatan Rakyat, kata setiausaha agung PAS.

"Najib bercakap tentang Unity Government (kerajaan perpaduan), maka tidak boleh bercakap dengan PAS (sahaja), tetapi mesti bersedia untuk bercakap dengan PKR dan DAP.

mustafa ali pas pc 170609“Jika Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Razak tidak bersedia dengan syarat terbaru itu, "kami tidak akan mengadakan perbincangan dengan Umno," kata Datuk Mustafa Ali.

Kenyataan PAS ini dilihat sebagai usaha meredakan bantahan daripada PKR dan DAP yang sebelum ini menyatakan idea tersebut tidak pernah dibangkitkan dalam mesyuarat gabungan pembangkang dan juga menolak saranan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Bantahan terhadap cadangan kerajaan perpaduan juga muncul dalam PAS, khususnya Mursyidul Amnya Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Mustafa mengumumkan sikap terbaru PAS itu dalam satu sidang media khas bagi menjawab kenyataan Najib, yang juga perdana menteri, semalam yang menyatakan beliau percaya parti Islam itu ikhlas untuk berbincang.

Menurutnya lagi, beliau juga telah memaklumkan sikap terbaru PAS itu kepada Abdul Hadi yang kini berada di luar negara.

“Tidak akan khianati kawan’


Menurut Mustafa, sepanjang rekod PAS dalam politik, ia sentiasa menghormati perjanjian kerana ia merupakan salah satu dasar perjuangan parti tersebut.

"PAS bersama dengan PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat. (Jadi) PAS tidak akan mengkhianati kawan-kawan.

"PAS tak akan tinggal Pakatan Rakyat, tidak akan khianati rakan-rakan kita," tegas Mustafa.

Bagaimanapun, kata Mustafa, perbicangan berhubung isu-isu tertentu yang melibatkan kepentingan negara, diteruskan walaupun tidak disertai oleh PKR dan DAP.

Katanya, ini kerana setiap parti mempunyai pendirian masing-masing berhubung sesuatu isu yang timbul.

Beliau memberi contoh berhubung cadangan membawa pulang bekas setiausaha agung Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng dan isu Sekolah Agama Rakyat (SAR)

"PKR dan DAP bersetuju (bawa Chin Peng pulang) tetapi PAS tak setuju.

"Isu SAR, takkan nak bincang dengan DAP dan PKR, maka bincanglah dengan PAS," kata Mustafa.

Ulas cadangan KPP

Beliau juga menjelaskan penglibatan PAS dalam perbincangan kerajaan dalam Majlis Pembangunan Ekonomi Negera pada tahun 1989-1990.

"Ketika itu, pada zaman (Tun) Dr Mahathir (Mohamad). Saya mewakili PAS bersama lima orang lagi. Kita berbincang, tidak bererti kita bersama dengan Umno,” katanya.

Ditanya sama ada sikap terbaru PAS ini akan dimaklumkan kepada Nik Aziz, untuk menghilangkan salah faham, Mustafa berkata:

"Saya terang hari ini, kalau media terang perkara (sikap terbaru) ini, insya-Allah mereka boleh fahamlah. Kalau buat penjelasan yang betul, saya tidak khuatir, orang akan faham."

Ditanya adakah sikap terbaru ini akan dibincangkan dalam mesyuarat Pimpinan Pakatan Rakyat minggu depan, Mustafa berkata;

"Mungkin akan dibincangkan dalam mesyuarat itu sebab ia perkara besar," katanya.

Menjawab soalan pemberita berhubung gesaan Kelab Penyokong PAS (KPP) Kelantan kepada penyokong kerajaan pepaduan supaya tidak berkempen di pilihanraya kecil Manek Urai, Mustafa berkata:

"Dia tidak boleh wakil PAS. Dia kelab penyokong. Itu pandangan dia sahaja. Kita pun tak larang orang nak bercakap apa pun."-mkini


edyes wrote:

Pada pandangan edyes, kita TIDAK PERLU SAMA SEKALI Kerajaan Perpaduan.

Kita boleh nyahkan UMNO dan BN pada PRU akan datang. UMNO led BN tidak lagi relevan!!!

50 tahun boleh bersabar, takkan 4-5 tahun tak boleh tunggu. Demi kerajaan kebajikkan, demi sebuah kerajaan yang berlandaskan Islam !

sila refer di sini(TGNA desak Nasha keluar PAS)

di sini (Kickdefella : Racun Lipas dan Gam Tikus)

dan di sini (Kerajaan Perpaduan Boneka UMNO)


TGNA Gesa Nasha Keluar PAS?

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abduk Aziz Nik Mat menggesa timbalan presidennya Nasharudin Mat Isa meninggalkan parti itu dan meletakkan ahli parlimen Bachok jika masih ingin kerajaan perpaduan.

"Isu kerajaan perpaduan bukannya datang daripada PAS, ia adalah lontaran (idea) peribadi. Perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam kertas sebagai agenda PAS mahupun dalam kertas Pakatan Rakyat.

"Kalau benar Nasharuddin nak setuju (dengan kerajaan perpaduan) lebih baik dia masuk Umno, letak jawatan timbalan (presiden Pas) dan di Bachok.

"Apa buat sampah, menyusahkan," menteri besar Kelantan dipetik berkata selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di Kota Bharu hari ini.

Nik Aziz diminta mengulas kenyataan Datuk Seri Mohd Najib Razak semalam yang yakin terhadap keikhlasan PAS berhubung cadangan tersebut seperti yang dicetuskan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini, lapor Bernama.

Kenyataan tokoh ulama PAS ini yang paling keras pernah dikeluarkan selepas menuduh beberapa pemimpin atasan PAS yang bersetuju dengan idea tersebut sebagai "boneka Umno."

Khamis lalu, mengulas isu kerajaan perpaduan yang semakin bercelaru dalam PAS susulan kemunculan semula isu tersebut ketika muktamar awal bulan ini, Nik Aziz berkata:

"Saya tak boleh lari daripada keputusan Muktamar PAS di Ipoh tahun lalu... keputusannya ialah menyokong Pakatan Rakyat.

"(Yang sokong) perpaduan ini boneka Umno, terang dan jelas.

"Suara sumbang dari PAS untuk buat kerajaan perpaduan ini adalah boneka Umno."

Dalam kenyataannya hari ini, Nik Aziz dilaporkan berkata "beliau kesal dengan pendirian Nasharuddin kerana PAS Kelantan menerimanya sebagai calon di parlimen tersebut" pada pilihanraya umum 2008.

Menurut agensi berita itu lagi, beliau juga berkata PAS dan Pakatan Rakyat kini "telah masuk perangkap Umno" berhubung isu berkenaan sehingga menimbulkan pecah-belah dalam kalangan mereka.

"Orang Umno sekarang ini sedang berpesta kerana PAS sedang berpecah dan Pakatan Rakyat sedang berpecah," katanya.

Beliau juga dilaporkan berkata jika agenda kerajaan perpaduan itu benar-benar ingin dijadikan satu realiti, BN seharusnya melantik pemimpin daripada gabungan pembangkang untuk jawatan menteri.

"Kalau semua setuju...PAS jadi menteri, DAP jadi menteri dan Keadilan jadi menteri," katanya.

oleh malaysiakini


edyes wrote:

HIDUP TG NIK AZIZ !!

Kickdefella : Racun Lipas dan Gam Tikus...

Dua malam lepas, bapa saudara saya yang tinggal di kampung Tikat dekat Penambang meninggal dunia. Sewaktu menziarahinya, kenangan semasa kecil menyentuh hati saya. Di situlah saya belajar turun ke sawah padi dan terjun ke dalam sungai.

Kampung Tikat, tak lebih 10 kilometer dari pusat bandar adalah sebuah daripada kampung yang paling mundur di Kelantan satu ketika dulu iaitu sejak BN merampas semula Kelantan daripada PAS setelah PAS diusir dari BN.

Sepupu-sepupu saya yang tamat persekolahan semuanya gagal mendapat pekerjaan dalam perkhidmatan awam. Mohon untuk menjadi rekrut tentera pun tidak dapat kerana alamat rumah mereka di Kampung Tikat.

Penduduk kampung Tikat di diskriminasikan oleh Kerajaan Barisan Nasional sama ada dari segi pembangunan, pembahagian baja, biasiswa dan jawatan di dalam perkhidmatan awam. Nasib penduduk di situ sama seperti beberapa kampung lain kerana penduduk di situ secara bulat mengundi PAS di dalam pilihanraya negeri 1977.

PAS tewas teruk dan hanya mampu memenangi 2 kerusi DUN setelah berlaku perpecahan di dalam parti itu yang berpunca dari penyertaannya ke dalam BN pada tahun 1971.

Di dalam pilihanraya pertama setelah 13 Mei 1969, iaitu pada tahun 1974 menyaksikan PAS bertanding di atas label BN dan menentang beberapa pemimpin mereka yang keluar parti dan menamakan diri mereka Bebas Bersatu.

Setelah memenangi Kelantan di atas label BN, PAS hilang kuasa didalam menamakan calon mereka sebagai Menteri Besar sebaliknya keputusan itu dibuat oleh pemimpin UMNO. Akibatknya Mohd Nasir dari PAS di angkat menjadi MB walaupun dia bukan pilihan PAS. Akibatnya berlaku undi tidak percaya kepada Mohd Nasir dan dia ditumbangkan pada tahun 1977.

UMNO kemudiannya mengusir PAS keluar dari BN. PAS yang masih mempunyai majoriti di dalam Dewan Negeri Kelantan memohon perkenan Pemangku Sultan Kelantan supaya dilantik Menteri Besar baru dari nama yang dicadangkan oleh PAS. Istana Kelantan bagaimanapun memilih untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Kelantan dan ini membangkitkan kemarahan rakyat.

Akibat dari rentetan insiden yang berlaku, Ibrahim Ali dan beberapa pemimpin UMNO telah mengapi-apikan keadaan sehingga berlaku rusuhan. Akibatnya, Parlimen mengisytiharkan Kelantan diperintah di bawah akta Dharurat.

Sepupu-sepupu saya ketika dibesarkan oleh ayah mereka menerusi pendapatan dari bergatih beca. Usaha mereka untuk membantu ayah mereka dengan berkerja di dalam perkhidmatan awam atau tentera tidak tercapai kerana diskriminasi politik.

Akhirnya, sepupu perempuan saya yang juga anak yang sulung dikahwinkan dengan seorang pekerja di Restoran Nasi Sumatera Osman Laring. Selepas Osman Laring meninggal, si suami membuka kedai makan sendiri. Adiknya yang gagal mendapatkan perkerjaan ataupun melanjutkan pelajaran walaupun lulus MCE akhirnya menjadi tukang basuh pinggan di restoran abang iparnya.

Bagaimanapun, dua hari lepas di saat ayah kesayangan mereka menghembuskan nafas terakhir, 4 dari sepupu saya tidak dapat berada disini ayah mereka kerana mereka kini memiliki lebih dari 10 buah rangkaian kedai Nasi Ayam Kampung di sekitar Lembah Kelang.

Kalau dahulu mereka dilahirkan di sebuah pondok kayu usang, saat ayahnya meninggalkan mereka, rumah itu sudah berganti banglow batu sederhana. Kalau dahulu ayah mereka hidup tertekan dan mereka mengharapkan derma dan sumbangan, kini mereka adalah antara penderma utama termasuk sumbangan politik kepada PAS.

Saya menggelarkan mereka jutawan Nasi Ayam Kampung. Tetapi mereka tidak pernah berubah. Mereka terus setia kepada resam hidup mereka sewaktu miskin dahulu dan mereka terus setia bersama parti politik yang mengajar mereka ilmu dunia dan akhirat.

Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS tidak berasal dari Kelantan. Dia juga tidak berasal dari Kedah. Tetapi hari ini, tentu sekali dia adalah manusia paling gembila mendengar kenyataan Perdana Menteri Malaysia dan Presiden UMNO.

Dato’ Seri Najib Tun Razak, hari ini mengakui keiklhasan PAS di dalam mengesyorkan Kerajaan Perpaduan bersama UMNO. Kenyataan Najib hari ini seharusnya di baca begini,

“Keikhlasan kerjasama Nasharuddin Mat Isa dan Leftenan Jeneral Wan Abu Bakar untuk melupakan usaha mempertahankan kepimpinan Pak Lah dan kini berusaha mengembalikan legasi Tun Abdul Razak di terima Najib”.

Setelah sekian lama bermain secara rali di mana bulu tangkis dipukul ke sana ke mari di kedua-dua belah gelanggang tanpa maklamat yang jelas, akhirnya Najib memberikan bola tanggung.

Nasharuddin yang sudah lama menantikan peluang itu akhirnya menerkam untuk smash. Nasharuddin segera menjawab kepada media, “terima kasih atas kesudian Najib berbincang pelbagai isu yang dihadapi negara tetapi berkata PAS tidak akan jadi boneka kerajaan”.

Pertama kali dilihat seolah-olah Najib dengan Nasha bercakap macam itik dengan ayam. Apakah mereka sebenarnya bermain badminton di gelanggang berlainan?

Berikut adalah laporan The Star,

When asked if he thought PAS was sincere about the talks, Najib said: ”I sense that they are sincere.”

Pressed further whether he was confident that such talks would transpire, he said : “Ini baru titik permulaan. Kita kena risik dulu lah. Macam kita nak kahwin. Risik-risik dulu. Jadi, jadilah, takdir menentukan. Apa bentuk kita tak tahu. (This is just the starting point. We have to make inquiries first. It’s like when we want to get married. We make inquiries first. If happens, it happens, let fate decide. What form (of unity government) we do not know.”

“We have an open mind. We will see what sort of cooperation is suitable and after that we can discuss. There is no problem to it,” he said.

In an immediate response, PAS deputy president Nasharudin Mat Isa welcomed Najib’s willingness to talk on issues affecting the country.

However, he stressed that PAS would not be the Government’s puppet.

Memang jelas bahawa PAS tidak akan menjadi boneka UMNO. Yang jelas akan menjadi bahkan sudah lama menjadi boneka UMNO ialah Nasharuddin Mat Isa, begitu juga Mustaffa Ali, Harun Din, Hassan Ali dan kawan-kawan mereka dari Terengganu.

Apabila datang ke Kelantan minggu lepas ternyata Nasha lebih selesa diselimuti hawa dari penghawa dingin di hotel paling hebat di Kota Bharu daripada dibakar bahang melawat kawasan parlimennya di Bachok.

Mengapa tidaknya, di serata persimpangan jalan ke Kota Bharu, bahkan di pintu masuk utama ke Kompleks Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, terpampang jelas banner-banner yang menyokong Tuan Guru Nik Aziz di dalam usaha menentang gagasan Kerajaan Perpaduan bersama BN.

Kalau dibandingkan diantara sepupu-sepupu saya dan Nasharuddin Mat Isa, saya yakin sepupu-sepupu saya jauh lebih kaya baik dari segi harta maupun wang tunai. Tetapi mereka tidak memilih untuk hidup di dalam ‘Gated Community” di dalam kawasan esklusif yang hanya menempatkan 30 buah banglow sahaja seperti Timbalan Presiden PAS.

Mereka juga tidak pernah mengumpul kekayaan dengan memohon projek dari Kerajaan Negeri Kelantan seperti Nasharuddin Mat Isa. Apalagi mengaut untung atas angin menerusi projek perumahan rakyat?

Mungkin sebab itulah, sepupu-sepupu saya tidak perlu berbaik dengan UMNO dan bercerita pasal agenda Melayu. Kejayaan mereka bukan kerana UMNO dan bukan melaui MARA. Sebagai warganegara Malaysia, sepupu saya menjunjung Rukun Negara yang pertama iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan.

Sepanjang hidup mereka, mereka berserah kepada Yang Maha Kuasa dan mereka buktikan bahawa untuk orang Melayu berjaya, orang Melayu tidak perlu berserah kepada UMNO.

Nasharuddin Mat Isa sebagai pemimpin kanan gerakan Islam, seharusnya belajar dari penderitaan sepupu saya. Allah lebih berkuasa daripada UMNO Barisan Nasional.

- sheikh kickdefella


Sah, Kerajaan Perpaduan Boneka UMNO!



Lihatlah apa yang terjadi. Adakah anda rasa ini kerja puak 'Erdogan'? Atau cetusan hati anda lebih kurang dengan hati saya dengan mengatakan ini adalah kerja puak UMNO yang ingin menghancurkan, memecahbelahkan, mengelirukan dan melaga-lagakan Pas dan Pakatan Rakyat.

UMNO akan cuba buat 'comeback' di bawah pemerintahan Najib Razak setelah beberapa kali dimalukan dalam PRK. Tidak terfikirkah anda semua bahawa Najib akan cuba sedaya upaya untuk dilihat dalam lipatan sejarah sebagai seorang wira UMNO yang berjaya mengembalikan kegemilangan parti itu setelah jatuh tersungkur di bawah Pak Lah. Untuk mencapai hasrat tersebut, Najib akan berbuat apa sahaja termasuklah apa yang berlaku pada hari ini, Pas digambarkan terhegeh-hegeh meminang UMNO untuk Unity Governtment.

Setakat ini, UMNO dilihat sebagai sebuah parti yang jahat. Namun sekiranya UG menjadi kenyataan, Pas akan dilihat sebagai sebuah parti yang LEBIH jahat kerana membelakangkan akurjanji bersama Pakatan Rakyat. Meninggalkan janji adalah perkara yang keji dalam Islam. Jadi dengan alasan ini, UMNO dengan kepakaran propagandanya merempuh Pas dan Pakatan Rakyat dengan seribu macam helah sepertimana yang berlaku hari ini, kita bertelagah!

Kita mahu memperkukuhkan Pakatan Rakyat dan menolak Umno, Itu adalah perkara pokok dalam mengekalkan keharmonian Pakatan Rakyat. Umno sedar perkara itu, dan mereka mahu mencetuskan kekeliruan bagi menimbulkan keraguan mengenai halatuju PAS.

Oleh demikian, secara baik sekali lagi saya menyeru kepada Pakatan Rakyat supaya menggempur UMNO dan BN habis-habisan termasuklah dalam menangani isu UG dengan cara paling bijak iaitu memalukan UMNO dengan kata "menolak" dari kepimpinan tertinggi semua komponen Pakatan Rakyat.

Kita bertelagah kerana UG? Kita berbalah kerana UMNO? Sangat tidak berbaloi...

Tuesday, June 16, 2009

Bisul-Bisul Dalam Serban Pas



Orang Pas kata kepada Umno, busuk ikan bermula di kepala, bukan ekur. Ertinya kebobrokan Umno, kotor dan kelamkabutnya Umno adalah kerana pemimpin.

Pengikut Pas bertepuk tangan. Semua kata betul. Tetapi bagaimana pula kalau Umno kata, bisul-bisul Pas berada di kepala yang memakai ketayap atau serban?

Memang pun bisul tidak seperti ikan busuk yang bermula di kepala. Bisul boleh muncul dan bernanah di mana-mana, hata di kepala yang memakai serban.

Saya di antara pengikut dan ahli Pas sejak berusia 14 tahun, yang berkempen waktu itu sampai kena baling telur ayam kemuruk. Pemimpin yang saya ikuti dulu semua berserban, berketayap putih. Semua bermatlamat satu; berjihad menegak agama Allah dengan motto; Negara yang baik yang mendapat keampunan Allah.

Kini setelah 56 tahun hidupnya Pas, serangan demi serangan terhadap Umno diteruskan. Dikatakan Umno berkepentingan duniawi, rasuah, tidak adil, kepentingan pribadi, mengaut kekayaan, bertokak sama sendiri, melarikan wang, melarikan perempuan, banglo besar, kereta besar, munafik malah sampai kepada taghut, maha firaun dan lain-lain.

Apabila kemasukan cerdik pandai, peguam, profesor dan lain-lain ahli profesional ke dalam Pas, maka sedikit sebanyak nampak semacam sedikit tergugat golongan ulama. Lalu mereka pun bangkit dengan memberi alasan betapa ulama sebenarnya penting dalam perjuangan Pas. “ Jangan tinggalkan kami” , kata mereka.

Memang satu ketika dulu golongan profesional tidak ada tempat dalam Pas. Tetapi kini ulama pula nampak macam tergugat. Seperti dibimbangi akan ujud satu fenomena baru di mana Pas akan dikuasai oleh golongan profesional.

Secara peribadi, saya melihat golongan ulama di dalam Pas ialah golongan yang hanya bijak dalam soal-soal kupasan perkara ukhrawi, haram halal dan sunah makruh. Mereka tidak profesional. Beremosi. Pembakar semangat tetapi tidak mampu menyelesaikan masalah. Ia tidak bersifat profesional keagamaan. Jadual atau atur cara antara golongan profesional dengan golongan ulama, golongan ulamalah yang paling tercorot. Jadual majlis jam 9, majlis bermula jam 10. Perkataan Insyaallah hanya sandaran menutup kelemahan.

Maka apabila dilihat golongan profesional ini semakin ramai, kemungkinan satu ketika lubang-lubang jawatan di dalam parti akan dimasuki oleh golongan profesional, lalu timbul tanda tanya, ke mana hendak pergi golongan ulama?

Di Pinggir Neraka?

Sebenarnya, sebelum ini pertanyaan patut dikemukakan: Mengapa harus ada golongan ulama dan profesional? Dalam satu jamaah Islamiah, bagi saya tidak penting adanya ulama dan profesional. Jamaah Islamiah yang mengambil politik sebagai landasannya dan sebagai dasar perjuangan ke arah jihad, apa pentingnya membahagi kepada dua kategori? Apakah ulama itu lebih baik dari profesional? Apakah gologan profesional, ilmu mereka tidak berguna? Apakah profesional tidak ada aqidah?

Istilah ‘walak, setia kepada pemimpin, wali,ulama’ menjadi satu kegerunan, seolah-olah siapa yang tidak membuktikan arah ini, ia sedang berada di pinggir neraka.

Kemunculan golongan profesional menjadikan sebahagian besar ulama merasa fobia. Sehingga ada kawasan dan negeri sangat mencurigai hendak melantik golongan profesional menjadi pemimpin. Kemudian apabila tiba muktamar tahunan, hal ini pun ditimbulkan. Akibatnya bergemalah puak profesional dan ulama. Ada yang meragui dan berkata, profesional saja tidak memadai dalam perjuangan Pas dan ulama juga tidak memiliki kecekapan dalam petadbirannya.


Wadah Pas ialah perjuangan dan dakwah, satu wadah yang meletak dasar tertinggi Al-Qur`an dan Hadis, Ijmak dan sebagainya. Mereka yang memasuki Pas ialah mereka yang yakin dengan dasar ini. Maka apabila seorang jurutera yang belajar bertahun-tahun, apakah ia seorang komunis atau athis ketika ia memohon menjadi ahli Pas dan perlukah kita bertanya, pengajian agama kamu setinggi mana? Tidak pernah terjadi, sebaliklnya kita berbangga.

Begitu juga kita berbangga sekarang ini bilamana ramai mereka yang bukan Islam, terutama golongan Cina yang sudah mulai mendekati Pas. Malangnya Pas yang dianggap kepimpinan ulama tidak pernah mengambil kata putus bagaimana kaedah untuk menerima mereka. Yang dilakukan ialah satu rancangan yang tidak disukai ramai, iaitu ‘Pemerintahan perpaduan.’

Kita hairan tentang gagasan yang tidak diterima ramai ini. Ada jalan atau uslub membolehkan Pas menjadi kuat dengan sokongan bukan Islam, tiba-tiba mahu melakukan sesuatu yang dibenci oleh ramai orang. Pas tidak pernah belajar sejarah. Kaedah apa yang dipakai, jika dulu, kini dan selamanya Umno dianggap musuh, tiba-tiba presidennya pula menganggap, di sanalah jalan perpaduan.

Apa Kayu Ukur Ulama?

Maka bergema dan berkumandanglah di media bagaimana pentingnya perpaduan tetapi malang Pas melalui pucuk pemimpinnya tidak sedar, setiap rancangan yang disiar, Pas menjadi batu loncatan, Pas diperbodoh dan Pas dimomok-momok.

Atas nama ulama, kita diajar sangka baik. Maka apapun tohmahan dan senda, kita menerimanya.

Apa kayu ukur ulama? Ini pun satu hal. Di dalam Pas, ukuran ulama berlainan dari ukuran biasa. Masakan sekadar lulus Azhar atau belajar di Jordan kita sudah boleh namakan ulama? Sekarang ini begitulah ukuran ulama di dalam Pas, selain dari syarat tersembunyi mesti berserban atau berjubah dan mesti ada sedikit janggot. Diperbesarkan soal janggut lalu ditekan sebagau Sunnah Nabi.

Maka sebab itu Pemuda dengan senang hati menerima Hasan Tantawi, kerana ia 100% berwatak ulama. Tetapi apakah ukuran ini, termasuk keluar dari universiti agama atau lulus syariah maka ia harus kita lebalkan sebagai ulama? Apapun yang terkesan sekarang, kita tersangat cepat melebalkan ulama terhadap seseorang yang pulang dari Mesir atau Timur Tengah dari seorang PhD agama di UKM atau di UIA.

Inilah satu tanggapan yang silap. Sehingga kini orang Pas tidak mengakui Tan Sri Hamid Othman, Nakhaie, Noh Gadot dan terakhir Hj Hairussani yang baru menerima anugerah Tan Sri sebagai ulama. Malah mufti-mufti sendiri bagi Pas, hanya Dato’ Ishak Baharum sahaja yang diakui ulama.

Inilah kesilapan kita.

Ulama Bukan Penghurai Masalah?

Maka atas kepercayaan ulama mempunyai bidang tersendiri, apabila ulama melakukan sesuatu, atau melontarkan idea sesuatu yang bersifat sekular, bersifat keduniaan maka orang tidak berapa ambil peduli hendak mempertikaikan, menolak atau menyanggah. Sebaliknya jika golongan profesional yang ingin melakukan sesuatu yang bersifat agama ia dipertikaikan.

Ulama mestilah berhati-hati dan tidak boleh memandai-mandai dalam semua hal atas status ulamanya. Di awal tadi telah dikatakan, kebanyakan ulama ialah mereka yang hanya mampu dan bijak mentafsir dasar, bukan menjalankan dasar. Mereka mampu menghurai syarah dan tafsir Qur`an juzuk demi juzuk, tetapi mereka belum tentu mampu melaksanakan mengikut tafsir itu. Mereka mampu melihat isu dan masalah tetapi mereka bukan penghurai masalah.

Maka kerana itu, ulama yang sudah berada di peringkat atas, ia mestilah bijak mengawasi dasar dan ia perlu memelihara dasar, bukan mengubah dasar atau memandai-mandai menyimpang dari dasar.

Ingatlah, pemimpin ialah orang yang memelihara dasar, melaksanakan dasar tetapi bukan mengubah dasar, memandai-mandaikan dasar.

Kerajaan perpaduan

Presiden Pas, dalam ingatan saya sudah membuat percubaan pertama bagaimana hendak merealisasi ‘kerajaan perpaduan’ tetapi ia disanggah oleh ramai ahli dan pemimpin. Maka selepas muktamar beliau mengulangi lagi dan mencari celah dan ruang untuk menerangkannya.

Tetapi Presiden ini lupa dan tidak nampak bagaimana pengikut-pengikutnya melompat dan gelisah, bagaimana mereka menangis dan meraung sedih, menyumpah dan maki hamun kerana:
1. Itu bukanlah dasar Pas yang ditubuhkan sekian lama.
2. Apapun istilah, seakan nampak satu hambatan pelangi beberapa pemimpin Pas untuk duduk sama taraf dengan pemimpin Umno/BN.
3. Seakan nampak semakin hilang teras perjuangan Pas. Dinyatakan oleh mereka, perjuangan Pas bukan untuk menang bersama Umno/BN tetapi ialah perjuangan menegakkan dasar Pas itu sendiri dan mereka percaya dasar Pas akan diterima juga pada satu hari nanti.

“Apa untungnya mewujudkan ‘Pemerintahan Perpaduan?’ jika dengan Pakatan Rakyat sendiri kita sudah ada acuan perpaduan?” Begitu yang lain bertanya pula.


Oleh : Hj Azizi Abdullah

http://aziziabdullah.blogspot.com/


Monday, June 15, 2009

Bubar DUN Perak? Udah-udah lah tu...

Saya tahu betapa rakusnya kerajaan BN merampas sebuah negeri yang telah sah mendapat amanat rakyat untuk memerintah. Rakyat juga tahu betapa Najib dan gerombolannya telah membuat onar mengakibatkan segala transaksi, program pembangunan, program kemasyarakatan yang telah diatur menjadi tergendala.

Orang-orang yang selama ini menyokong UMNO pun ramai yang sudah sedar akan tamak haloba pemimpin UMNO dalam merampas dan mengekalkan kuasa. Mereka (kerajaan BN) akan berbuat apa sahaja termasuklah menggunakan semua institusi berkecuali untuk kepentingan mereka. Kita tahu perkara ini dan semua telah jelak dengan kerakusan UMNO. Kerajaan BN tidak akan bubar DUN Perak, itu muktamad.

Kita di Pakatan Rakyat bukan seperti mereka. Saya berpendapat adalah tidak wajar untuk melepaskan kemarahan dengan mengganggu Parlimen. Memang benar bahawa UMNO telah membuat Onar dalam Dewan Negeri Perak, namun kita bukan seperti mereka. Tidak patut kita membuat kekecohan di Parlimen seraya menyalahkan UMNO kerana memulakan kekecohan di Perak. UMNO bukan guru kita, bahkan kita semua tahu UMNO itu terlalu teruk untuk dibandingkan dengan apa sahaja.

Saya sedar, betapa UMNO kejam dalam kejadian 5-6 Februari dan 7 May yang lalu. Mereka buat apa yang mereka mahu, itu yang mereka mahu maka kita berundur demi nasib bangsa yang semakin melara terutamanya rakyat negeri Perak. Sekarang adalah masanya untuk kita bekerja dengan lebih gigih, sekarang masanya untuk kita berusaha. Kepada pemimpin, sekaranglah masanya untuk berbakti kepada rakyat dengan saki baki kesempatan yang ada.

Tunduk bukan mengalah, berundur setapak tidak salah demi mengatur langkah. Kita yakin dengan kebenaran maka kita bertawaqal dengan kesabaran. Turunlah ke bawah bersama rakyat kerana rakyat masakini sentiasa mendokong perjuangan Pakatan Rakyat. Lepaskanlah negeri Perak untuk seketika, nescaya Perak akan menjadi Kelantan yang kedua selepas era PRU13 kelak.

Kepada MB Nizar, bersabarlah. Artikel ini diakhiri dengan sebuah pantun empat kerat hasil nukilan edyes sendiri. Demi Agama, Demi Rakyat.


Kalau besar resam tuah, lagi tinggi semangat jebat
Jangan dipandang lemah, api kemarahan rakyat
Jika dihadang rebah, bangkit selagi berhayat
Kalau besar ku belah, kalau tinggi ku kerat


Jangan Tahan Kencing

Ingin saya nasihatkan kepada semua rakan-rakan seperjuangan dan juga kepada semua pengunjung edyesdotcom, agar cuba sedaya upaya untuk tidak menahan kencing.

Jika berada di pejabat, jangan segan untuk berulang-alik ke bilik air. Begitu juga ketika berada di rumah, dan ketika berada di shoping complex. Jika sedang memandu, sebolehnya carilah tandas awam dan sekiranya berada di highway, jangan terlepas hentian rehat seterusnya. Masalah buang air di lebuhraya seharusnya lebih mudah untuk lelaki.

Jika ingin menonton wayang, pastikan anda ke tandas terlebih dahulu sebelum panggung bermula dan pastikan juga anda tidak minum banyak air sewaktu menonton untuk mengelakkan rasa hendak kencing itu kembali.

Saya telah ditahan di ward hospital pantai dari hari Ahad sampai hari Rabu minggu lepas angkara molekul-molekul kencing yang telah bertukar menjadi sel batu karang. sekependudukan batu karang tersebut di celah saluran urea dan buah pinggang telah mengganggu sistem kumbahan kecil saya dan ia mengakibatkan kesakitan yang membuatkan saya atau sesiapa sahaja yang sedang memandu akan berhenti ke bahu jalan.

Nasib saya baik kerana mempunyai seorang isteri yang pandai memandu SAMBIL menjaga anak. Dengan bantuan anak sulung yang berumur hampir 4 tahun, menghalang adik daripada terus cuba untuk mendapatkan mamanya yang sedang memandu di kala papanya berguling di belakang.

Walaupun serangan sakit di bahagian pinggang akibat batu karang itu tidak sehebat serangan sakit jantung, namun ia cukup menyedarkan kita betapa apabila sedikit nikmat itu di tarik, kita akan berasa seperti tidak mahu bernafas kerana setiap nafas itu mengundang sakit. Apabila nikmat hidup sihat itu sedikit di tarik, makan pun dalam was-was dan tidak berselera.

Saya percaya kesakitan yang saya alami beberapa hari dalam minggu yang sudah adalah sebuah ujian yang tersangatlah kecil yang seharusnya memberikan serba sedikit kesedaran kepada saya dan ingin saya kongsi kesedaran itu bersama pengunjung. Ramai lagi orang yang lebih menderita dan bersabar terhadap dugaanNya. Dugaan saya hanyalah sebutir pasir di celah pinggang sahaja.

Bersyukurlah terhadap nikmat hidup sehat yang dikurniakan. Saya pun dah sehat sekarang walaupun pinggang sedikit berdenyut-denyut. Beringatlah kepada Allah yang memberi nikmat kehidupan.

Akhir sekali, selagi boleh, janganlah tahan kencing.

Friday, June 5, 2009

Merdeka Dengan Darah - Sejarah yang Tersorok-perok




Darah rakyat masih berjalan

Menderita sakit dan miskin
Bila datangnya pembalasan
Rakyat menjadilah hakim
Ayuh! Ayuh!
Berjuang sekarang
Kemerdekaan sudah datang
Merah panji-panji kita
Merah warna darah rakyat
Merah warna darah rakyat


Berikut adalah antara komen-komen berkenaan kemerdekaan sebenar;


Sekarang semau orang tahu, UMNO adalah agen Inggeris. menjadi tali barut Inggeris untuk terus mengekalkan penjajahannya walaupun telah turun bendera Union Jack pada tahun 1957.
Inggeris tidak mahu golongan nasionalis Melayu menguasai politik Malaya.
Onn Jaafar adalah agen utama mereka.

Apabila Onn Jaafar kelaur dari UMNO pulak, Ingegris emmastikan Tunku, anak Sultan Kedah pula menjaga kepentingan Inggeris.

Mereka tidak mahu Mustapha Hussein memimpin UMNO. Mereka mahu golongan bangsawan termasuk Abdul Razak Hussein orang besar 4 Pahang menguasai parti ini bagi emngekalkan kehendak dan kepentingan Inggeris berterusan.

Mereka takut orang-orang kampung dan terpelajar memimpin Malaya. Mereka tidak mahu anak-anak kampung yang terpelajar dari memimpin gerekan kemerdekaan. KMM PKMMAPI AWAS adalah sebenarnya pejuang kemerdekaaan.

Mereka ini disumbat ke penjara dengan bantuan Special Branch dari bangsa Melayu. Inilah sebenarnya anjing-anjing Inggeris yang berterusan menjadi hamba Inggeris dan sanggup memasukkan anak bangsa sendiri ke dalam penjara kerana nakkan pangkat dna kedudukan yang diberi Inggeris.

Golongan ini banyak di semua Asia dan Afrika. Mentaliti Uncle Tom ini masih wujud di Malaysia sehingga kini.


- Anonymous



JANGAN PERCAYA BULAT-BULAT APA YANG DIKATAKAN OLEH PEMIMPIN UMNO!
Mereka dalam proses hendak menggahkan semula Umno terutama dikalangan Melayu sebab sudah hilang sokongan dari orang Melayu sendiri!

Mengapa tertumpu kepada Chin Peng? Mengapa tidak disebut Abdullah CD? Shamsiah Fakeh? Dr. Burhanuddin? Ahmad Boestama? Musa Ahmad? Rashid Maidin?

Sebab Chin Peng, Cina. Chin Peng seorang sahaja yang komunis! Yang mengungkit hal Chin Peng pun Cina juga. Umno takut kepada sekutu Cinanya.

Baca tulisan Mahathir, beberapa perkara hanya andaiannya sahaja dan belum pasti akan berlaku sekiranya PKM dapat mengalahkan Inggeris. Diktator? Malayu pupus? B. Melayu jumud? Belum pasti berlaku tetapi telah dikatakan akan berlaku kerana hendak menakutkan orang Melayu dan membodohkan orang Melayu. Umno menjadi juara orang Melayu konon dapat elakkan perkara itu berlaku!

Awas orang Melayu! Jangan biarkan diri ditipu, dibohongi dan diperbodohkan oleh pemimpin Umno!

-Cerita Kita


Ibrahim Chik adalah salah seorang daripada sekian banyak pemuda Lubuk Kawah di Temerloh yang masuk ke hutan mengangkat senjata melawan penjajah dalam gerakan kebangsaan berhaluan kiri. Kebanyakan pemuda Melayu pada ketika itu begitu tebal dengan semangat patriotiknya.

Ibrahim dan rakan-rakan seperjuangannya yang rata-rata kuat dengan latar belakang pendidikan agama dari sekolah pondok telah berkorban jiwa dan raga demi cinta mereka kepada tanah air. Dalam tubuh mereka mengalir darah pejuang Pahang yang terkenal gagah berani seperti Tok Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau.

Pada masa negara masih huru hara dan darurat, mereka tidak mempunyai banyak pilihan. Kebanyakan gerakan antipenjajah termasuk Kesatuan Melayu Malaya (KMM), Angkatan Pemuda Insaf (API) dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS) telah ditekan pergerakannya, United Malays National Organisation (UMNO) yang baru ditubuhkan pula dipenuhi golongan elit dan bangsawan. Parti Komunis Malaya (PKM) yang pada mulanya dibenarkan juga telah diharamkan. Sebagai rakyat bawahan yang muda dan bersemangat, tak mungkin Ibrahim dapat memberikan sumbangan besar kepada gerakan kemerdekaan Tanah Melayu dalam UMNO yang berjuang dengan slogan ‘Hidup Melayu.’ Dalam API, Ibrahim sudah sebati dengan ‘Merdeka dengan darah!’

Pilihan yang ada hanyalah bergabung dengan rakan-rakan dalam Rejimen ke-10 yang menjadi sayap PKM seperti Abdullah C. D., Rashid Maidin, Shamsiah Fakeh dan lain-lain yang sudah bersedia menerima kedatangan beliau. Ibrahim yang begitu petah berpidato kemudiannya diangkat mengetuai bahagian perang saraf dan propaganda PKM.

Dengan tanggungjawab itu, Ibrahim berusaha memenangi hati rakyat untuk turut sama dalam perjuangan bersenjata dan berdarah menuntut kemerdekaan. Beliau ingin melihat Malaya merdeka dan bebas dari cengkaman penjajah British. Dalam memoir ini, Ibrahim mengimbau kembali pahit getir pengorbanan beliau dan rakan-rakan seangkatannya selama empat dekad dalam PKM.

- Memoir Ibrahim Chik


MB Selangor Khir Toyo dalam Utusan Malaysia hari ini menyatakan bahawa Umno sebenarnya tidak ditubuhkan di Johor sebagaimana yang difahami ramai tetap di Kelab Sultan Sulaiman, Kg Bharu yang ketika itu berada di bawah Selangor. Tarikh kongres Melayu itu diadakan adalah dari 1 hingga 4 Mac 1946.

Benar Persatuan Melayu Selangor yang ketika itu dipimpin Yunus Hamidi, bekas Pengarang akhbar Majlis turut serta dalam kongres yang melahirkan Umno itu. Tetapi antara 41 buah pertubuhan dan persatuan Melayu yang hadir, yang paling besar perwakilannya adalah dari satu-saunya parti politik Melayu terawal iaitu PKMM atau Parti Kebangsaan Melayu Malaya yang pada ketika itu Yang Dipertuanya adalah Dr Burhanuddin al Helmy yang kemudiannya menyertai PAS dan menjadi Yang Dipertua Agungnya.




Memang sejarah Umno ini banyak cuba disorok-sorok dari umum kerana sesungguhnya pembentukannya itu dahulu bukan atas daya usaha seorang dua tetapi seluruh kekuatan bangsa Melayu seluruh Malaya. Pokok penyatuan sehingga terbentuknya Umno adalah hasil dari penentangan orang-orang Melayu terhadap gagasan Malayan Union.

Bermakna Umno adalah sebuah komponan parti-parti dan persatuan Melayu ditubuhkan oleh orang-orang Melayu dari segenap fahaman dan aliran ketika itu, termasuklah yang kemudiannya menyokong dan menyertai Parti Kominis Malaya. (Shamsiah Fakeh di dalam bukunya Memoir Shamsiah Fakeh – Dari Awas ke Rejimen ke 10 mengakui mula bergerak dan mengikuti Umno sebelum menyertai PKMM dan kemudiannya PKM). Hakikat ini dihapuskan dari kamus sejarah Umno seolah mahu mengambarkan Cuma kelompok tertentu sahaja yang menyumbang ke arah perjuangan nasionalisma Melayu ketika itu.


Malah kalau kita membaca tulisan Ahmad Boestamam, bendera Umno, yang berasal dari bendera atau sang saka merah putih itu asalanya merupakan cadangan dari PKMM dalam sidang pertama Umno setelah ditubuhkan pada Jun 1946 di Dewan Bandaran Ipoh (sila lihat Memoir Ahmad Boestamam: Merdeka Dengan Darah dalam API (UKM)). Sang Saka Merah Putih untuk pengetahuan kawan-kawan dalam Umno, adalah benedera PKMM. Bermakna bendera Umno kini berasal dari cadangan bendera PKMM (parti Melayu yang Inggeris cop sebagai kiri!) Yang bulatan kuning dan keris hijau telanjang dimasukkan kemudian.

Umno hari ini menidakkan sumbangan semua yang pernah menyertai komponan Umno 1946 itu. Yang tinggal hanyalah nama Dato Onn yang kebetulan adalah Presidennya yang pertama. Kiranya Dato Onn tidak memegang jawatan itu barangkali nama beliau pun dihapuskan kerana beliau kemudiannya menentang Umno melalui IMP dan Parti Negara.

Kalau benar Khir mahu mengesan dan menjejak sejarah sebenar penubuhan Umno maka perlulah beliau ikhlas membongkar dan menyelongkar buku-buku tulisan tokoh-tokoh seperti Ahmad Boestamam dan lain-lain.

Khir menyebut DYMM Sultan Selangor ketika itu Sultan Hishamuddin Alam Shah telah menyumbang RM15,000 ketika itu untuk menjayakan kongres penubuhan Umno di Kg Baru itu. (Kongres tersebut menurut rekod diresmikan oleh Almarhum Tuanku sendiri) Percayalah Almarhum Tuanku bebrbuat demikian kerana yakin yang bangsa Melayu perlu bersatu dan berpadu tenaga. Sebagaiman Khir menyebut yang Baginda penah beritah bahawa persatuan itu akan kekal lama jika mengambil kira dua perkara sebagai asas penyatuan bangsa Melayu iaitu:

PERTAMA:
Perjuangan agama Islam yang akan mengikat hati nurani bangsa

KEDUA:
Berani dan terus membela dan memperjuangkan hak orang Melayu

Rupanya Umno 1946 itu tidak kekal lama. Beberpa tokoh berpengaruh termasuklah PKMM kemudiannya bertindak meninggalkan Umno. PKMM ini yang merupakan parti Melayu pertama yang membawa slogan Merdeka, telah diharamkan British pada tahun 1948 dan kebanyakkan pimpinannya ditangkap dan merengkok dalam penjara. Umno di bawah Dato Onn kekal dan bebas bergerak.

Begitu juga kemudiannya golongan agama ketika itu bertindak keluar sehingga lahirnya PAS pada tahun 1951. Harus diingati bahawa antara jawatankuasa penajanya adalah:

Ustaz Haji Ahmad Fuad Hassan - Pengerusi
Ustaz Haji Ahmad Maliki - Setiausaha
Tuan Haji Ahmad Badawi Abdullah - Anggota (ayahanda PM Dollah Badawi)
Tuan Haji Ahmad Ghazali Abdullah - Anggota
Tuan Haji Ahmad Tuan Hussein - Anggota
Tuan Haji Mansor J.P - Anggota
Dua tiga orang ulama yang menjadi ahli dari Selangor dan Negeri Sembilan.

(Shamsiah Fakeh menulis: Sejarah telah membuktikan bahawa dalam perjuangan menuntut kemerdekaan tidak ada ahli Umno yang ditangkap atau yang dipenjarakan oleh kerajaan penjajah British. Apatah lagi tiada seorang pun yang mati ditali gantung)

Berbalik kepada titah Almarhum Tuanku Sultan Selangor ketika itu, ternyata kesatuan Umno yang ditubuhkan pada Mac 1946 dengan persepakatan semua golongan Melayu tidak mampu bertahan. Dan solanya hari ini adalah Umno masih berpegang kepada dua perkara yang dititahkan Almarhum itu? (Untuk makluman Almarhum Tuanku Sultan Hishamuddin ini adalah merupakan antara Sultan Selangor yang paling warak dan sering membaca khutbah solat Jumaat)

Saya akan cuba membawa beberapa aspek sejarah kemerdekaan negara dan Umno itu sendiri sebelum 31 Ogos ini insyallah.

-Roslan SMS Corner


Dalam Sejarah Darurat Malaysia... Diceritakan secara detail mengenai Penubuhan Rejimen ke 10 Malayan People's Liberation Army yang dalam buku Sejarah menyebutnya sebagai Parti Komunis Malaya yang ditubuhkan pada 1930... Semasa pendudukan Jepun, parti ini lebih dikenali sebagai Malayan People's Anti-Japanese Army dan telah dibiayai serta dilatih oleh British serta dijanjikan hak untuk berpolitik di Tanah Melayu secara adil.

Pada Jun 1948, 3 orang pengurus Ladang berbangsa Eropah telah dibunuh di Perak akibat mogok pekerja yangakhirnya memuncak kepada kegiatan militari, Pentadbiran British mengisytiharkan darurat. Parti Komunis Malaya diharamkan dan kebanyakkan pemimpinnya melarikan diri ke hutan dan menubuhkan Malayan People's Liberation Army atau dikenalai juga sebagai Malayan National Liberation Army.

Pada 17.10.1945 iaitu dua bulan selepas Jepun menyerah kalah, Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) telah ditubuhkan. Parti ini lahir dari ruangan Jabatan Pengarang dan pentadbiran akhbar Suara Rakyat dan menjadikannya parti politik Melayu yang pertama ditubuhkan selepas pendudukan Jepun di Tanah Melayu.

PKMM diasaskan oleh Mokhtaruddin Lasso. Dalam pucuk pimpinan awal parti itu, beliau telah dilantik menjadi Yang Dipertua. manakala Naib Yang Dipertua - Dr. Burhanuddin Hilmy, Setiausaha - Dahari Ali, Bendahari - Arshad Ashaari, Ahli Jawatankuasa - Ahmad Boestamam

Matlamat utama perjuangan PKMM ialah menuntut kemerdekaan penuh bagi Tanah Melayu dan menentang sebarang bentuk penjajahan Inggeris. PKMM juga berusaha mengatasi masalah orang Melayu di segi pelajaran, sosial dan ekonomi serta kebebasan mencetak dan bersuara.

Sebulan selepas kelahirannya, PKMM telah menubuhkan cawangannya di beberapa buah negeri iaitu di Pulau Pinang, Perlis, Selangor, Perak, Melaka dan Singapura. PKMM menyebarkan pengaruhnya melalui akhbar-akhbar hariannya iaitu Suara Rakyat, Pelita Malaya dan Semboyan Baharu dan terbitan bulanan iaitu Majalah Berjuang dan "Voice of the People"

Sesiapa yang pernah membaca novel Tulang-tulang Berserakan karya Sasterawan Negara Allahyarham Datuk Usman Awang, akan tau betapa bersemangatnya PKMM menuntut kemerdekaan. Betapa berapinya Shamsiah Fakeh berpidato...

Siapa yang tau sejarah sebenarnya.... Shamsiah Fakeh ialah Hero Kemerdekaan....

Apakah yang membezakan UMNO dan PKMM???

PKMM terpengaruh dengan ideologi Soekarno iaitu "semua harta penjajah dimilik negarakan" selepas kemerdekaan... Ini bermaksud, semua ladang-ladang, lombong-lombong dan sebarang perusahaan British akan dimilik negarakan selepas Kemerdekaan.. Ini merunsingkan British... Jika kegiatan ini tidak dibendung, kemungkinan British akan diusir dari bumi Malaya sama seperti Belanda diusir dari Indonesia - secara bersenjata...

British telah menggesa Datuk Onn Jaafar menubuhkan sebuah Parti Politik yang boleh mengaburi pengaruh PKMM, dan pihak British akan menggunakan satu helah iaitu dengan memperkenalkan satu gagasan yang untuk menjatuhkan Ketuanan Melayu... Gagasan itu akhirnya dikenali sebagai Malayan Union.

UMNO tidak ditubuhkan untuk menuntut Kemerdekaan pada awalnya... UMNO ditubuhkan untuk menentang Malaysan Union. Mengapa perlu menentang Malayan Union sedangkan PKMM tengah berapi-rapi menuntut kemerdekaan? Semasa Kongres Melayu Pertama, PKMM terbabit secara langsung tanpa menyedari politik British pada masa itu... British perlu menghapuskan pengaruh PKMM demi untuk mengelakkan harta mereka dimilik negarakan selepas memerdekakan Tanah Melayu. Bagaimanakah caranya??? Naikkan satu parti Politik yang Pro-British.. Bagai mana nak naikkan Parti tu... mainkan sentimen orang melayu terhadap Ketuanan Melayu dan Raja-Raja..... Bagaimana??? Malayan Union!!!....

Pada tahun 1948, selepas Kongres di Temerloh, British telah mengharamkan PKMM, API, AWAS dan PUTERA dan dengan bersandarkan gambar Kongres di Temerloh itulah, British memburu pemimpin-pemimpin PKMM, API, AWAS dan PUTERA. Ada yang lari ke Indonesia, Ahmad Boestamam sendiri telah dipenjarakan selama 7 tahun semasa operasi ini. Shamsiah Fakeh, Rashid Maidin dan beberapa orang lagi tidak sempat lari ke Indonesia, mereka lari masuk ke hutan.. setelah 13 hari didalam hutan.. Chin Peng menemui mereka dan menawarkan perlindungan, makanan, pakaian dan lain-lain kepada mereka... Tidak lama selepas itu tertubuhlah Rejimen ke-10 Parti Komunis Malaya yang hanya dianggotai oleh orang melayu.

UMNO tidak pernah memperjuangkan Kemerdekaan sehinggalah Almarhum Tunku Abdul Rahman mengetuai UMNO dengan penyingkiran Dato Onn Jaafar... Dengan jasa Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak lah, perjuangan menuntut kemerdekaan berlansung semula!!!

UMNO ditubuhkan untuk menentang Malayan Union semasa PKMM berjuang menuntut Kemerdekaan!!!

-kernalstackdump (pembawa sumber)

Thursday, June 4, 2009

Kickdefella : Jalan ke Putrajaya Sudah Tiba


Sebuah kajian-statistik yang menunjukkan betapa Barisan Nasional akan tumbang pada PRU-13 kelak. Terima kasih dan tahniah kepada origin artikel ini; Sheikh Kickdefella


Tukar

STATUS AGAMA PENDUDUK MALAYSIA – BACAAN POLITIK SEPINTAS LALU

pecahan kaum

Sebagai sebuah Negara berbilang kaum, penduduk Malaysia juga menganut pelbagai agama. Penganut Agama Islam adalah yang terbesar di Malaysia dengan 59.1% penduduknya beragama Islam.

Parti Islam SeMalaysia (PAS) merupakan satu-satu parti politik di Malaysia yang berteraskan agama. Bagaimanapun, sejak awal penglibatan parti ini di dalam politik, PAS sudah mengamalkan dasar PAS untuk semua dengan menekankan perjuangan kebajikan untuk semua lapisan masyarakat. Ini bersandarkan kenyataan Timbalan Presiden PAS kepada Majalah Belia Bilangan 16 Tahun 1, 27 Julai 1955 sewaktu berkempen untuk kerusi Parlimen Selangor Tengah.

Namun agenda Islam yang dibawa PAS seringkali digunakan oleh parti lawannya untuk menjadikan PAS sebuah parti yang sempit perjuangannya atau parti untuk perjuangkan orang-orang Islam sahaja.

Islam

Walaubagaimanapun, jika dilihat dari skop sempit sekalipun, perjuangan PAS mempunyai pasaran yang lebih besar kerana penduduk Malaysia beragama Islam adalah lebih besar jumlahnya daripada penduduk Malaysia dari kumpulan etnik Melayu. Iaitu Islam sebanyak 59.1% dan Melayu pula ialah 50.3%.

TABURAN PENDUDUK ISLAM DAN MELAYU – BACAAN POLITIK SEPINTAS LALU

Taburan Islam dan Melayu

Walaupun jumlah penduduk Malaysia beragama Islam adalah lebih ramai daripada kumpulan etnik Melayu, bagaimanapun dari segi politik, PAS sentiasa lebih lemah dari UMNO dalam banyak aspek seperti terutamanya,

  • Jumlah keahlian, cawangan dan kawasan.
  • Jumlah kerusi di Parlimen.
  • Jumlah negeri yang ditadbir.

Namun begitu PAS sentiasa menunjukkan prestasi yang membanggakan di Kelantan di mana ia pernah memerintah semenjak merdeka sehingga 1978 (1974-1977 PAS di dalam Barisan Nasional). PAS berjaya menawan semula Kelantan pada 1990 dan mentadbirnya sehingga ke hari ini.

Terengganu, negeri yang mempunyai bilangan penduduk Islam dan Melayu terbesar juga pernah ditadbir oleh PAS dan kali terakhir ialah selama satu penggal dari tahun 1999 hingga 2004.

Pada Pilihanraya Umum ke 12, PAS juga dapat menawan Negeri Kedah dari BN.

Perlis, sebuah lagi negeri yang mempunyai peratus penduduk beragama Islam yang tinggi juga sering dilihat sebagai berpotensi di tawan oleh PAS, namun masih gagal. Pilihanraya 2008 bagaimanapun menampakkan peningkatan yang memberangsangkan.

Di negeri-negeri dan wilayah lainnya PAS gagal menyaingi UMNO dan BN. Ini kerana sebelum 2008, UMNO sering mampu meraih sokongan daripada pengundi bukan Melayu. Sokongan ini diantara lain disebabkan faktor hubungan UMNO dengan parti-parti komponen BN yang mewakili lain-lain etnik.

Politik berteraskan ras sebelum ini juga dilihat sebagai sesuatu yang perlu dan penting bagi mengekalkan kerhamonian masyarakat berbilang kaum.

Segregasi politik mengikut ras juga adalah senjata utama BN yang telah bertahun-tahun menanam ke dalam masyarakat bahawa keseimbangan dan kestabilan politik negara hanya akan tercapai menerusi sokongan kepada parti-parti politik berteraskan ras.

Oleh yang demikian, pengundi-pengundi merasakan perlu mereka mengundi mengikut garisan perkauman kerana takut etnik mereka kehilangan suara dan pengaruh di dalam Kerajaan.

Bagaimanapun sebelum pilihanraya 2008, perlahan-lahan arus perubahan sudah mula dapat dirasai. Arus itu pada mulanya datang bersama gerakan reformasi pada tahun 1998 tetapi reda setelah Tun Dr. Mahathir Mohamed meletakkan jawatan.

Bagaimanapun, gerakan reformasi 1998 membawa keprihatinan di dalam generasi baru tentang peranan mereka dalam menentukan hala tuju politik negara.

Sebelum 2008, kebanyakan masyarakat Malaysia semakin resah dengan corak pentadbiran UMNO dan BN yang antara lain dilihat semakin berleluasa dengan

  • Amalan korupsi
  • Kronisma
  • Nepotisme
  • Diskriminasi kaum dan agama

Beberapa insiden pemusnahan rumah ibadat pelbagai agama mendapat liputan meluas terutamanya dengan berkembangnya teknologi informasi.

Lahirnya web portal dan laman-laman blog serta jaringan penetrasi jalur lebar yang lebih meluas memudahkan audio dan video dipamer dan ditonton.

Perkembangan teknologi informasi ini akhirnya menamatkan cengkaman kerajaan didalam penyebaran maklumat.

Akhirnya, Pilihanraya Umum 2008 menyaksikan satu trend baru pengundian yang melampaui batasan agama dan etnik.

ANALISA PEMILIH DALAM PRU12

pemilih

Menurut statistik pengundian yang didapati dari laman web Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia jumlah pemilih dalam PRU12 ialah 10,740,277 orang. (Daftar pemilih yang diwartakan pada 5 Februari 2008 jumlah pemilih sekarang ialah 10,922,141 orang).

PRU 12 menyaksikan jumlah pemilih keluar mengundi yang tinggi iaitu 76%. Laporan dari parti-parti politik juga memaklumkan kadar pengundi saluran muda yang tinggi (tiada data rasmi dari SPR).

Didalam forum-forum pasca PRU12, para penganalisa politik dan pemerhati pilihanraya berpendapat, PRU12 adalah penamat kepada trend pengundian menerusi garisan ras.

Pilihanraya-pilihanraya kecil selepas PRU12 juga membenarkan kesimpulan itu apabila parti yang tidak berteraskan ras memenangi 4 daripada 5 kerusi yang diadakan pilihnaraya semula.

ANALISA UNDI YANG DITERIMA OLEH PARTI-PARTI BERTANDING

undi dan peratusan dlm pru12

Di dalam PRU12, BN yang bertanding di kesemua 222 kerusi parlimen menerima hanya 51% undi popular. Dalam erti kata lain, daripada sejumlah 7.9 juta kertas undi yang dipulangkan, 3,861,688 tidak mengundi BN.

Malangnya pihak SPR mengeluarkan statistik undi yang diterima oleh setiap parti komponen BN sebaliknya ianya disatukan dibawah satu sahaja,

Walaupun tidak mustahil, tetapi ia akan mengambil masa untuk secara tepat mengumpulkan semua undi-undi yang BN terima menurut parti komponennya. Bagaimanapun adalah menarik untuk menghitungnya bagi melihat undian yang dibuat berteraskan garisan ras.

PAS adalah parti kedua yang menerima undi popular terbanyak dan merupakan parti pembangkan yang memperolehi undi popular paling banyak di Parlimen.

PAS bertanding sejumlah 66 kerusi parlimen dan memperolehi 19.3% undi popular. Ini diikuti oleh PKR yang bertanding di sejumlah 97 kerusi dan memperolehi 14.8% undi.

DAP pula bertanding sejumlah 66 kerusi parlimen dan memperolehi 13.8% undi popular.

Walaupun begitu dari segi kerusi Parlimen, PKR memperolehi 31 kerusi, DAP 28 dan PAS 23 (termasuk kerusi PAS yang ditandingi oleh bukan ahli).

PAS memperlehi tambahan satu kerusi apabila berjaya merampas kerusi Parlimen Kuala Terengganu dari UMNO BN di dalam Pilihanraya Kecil yang diadakan pada Januari 2008.

ANALISA KEPUTUSAN PILIHANRAYA DEWAN RAKYAT / PARLIMEN – SEPINTAS LALU

Keputusan Pilihanraya Umum ke 12 mengejutkan semua pihak. Buat pertama kali di dalam sejarah, BN kehilangan majoriti 2/3 nya di Parlimen.

Barisan Nasional memenangi sebanyak 140 (sekarang 139) kerusi di Dewan Rakyat. Gabungan PAS, PKR dan DAP yang bergelar Pakatan Rakyat memperolehi sejumlah 82 (Kini 83) kerusi di Parlimen. Bagaimanapun satu kerusi Pakatan Rakyat yang dimenangi oleh PAS di Pasir Mas di kira sebagai kerusi Bebas.

Daripada jumlah tersebut, BN hanya memenangi 85 kerusi (kini 84) kerusi di Semenanjung Malaysia manakala Pakatan Rakyat memperolehi 80 (kini 81) kerusi.

Dalam erti kata lain, Semenanjung Malaysia bukan lagi kubu bagi BN. Harus diingat bahawa UMNO adalah parti tunjang bagi BN dan agenda UMNO adalah agenda Melayu.

Adalah ironi bila Malaysia Timur menjadi kubu kuat BN sedangkan UMNO parti tunjang BN hanya bertapak di 26 daripada 57 kawasan Parlimennya.

Dan di 25 daripada kawasan Parlimen tempat UMNO dibenarkan wujud ini, iaitu di Negeri Sabah, peratus penduduk Melayu hanyalah 15.3%.

Jika suasana politik dan sentimen yang membuak dikalangan rakyat di Semananjung berterusan, BN berkemungkinan akan menjadi minoriti di Semenanjung Malaysia.

Parti politik berteraskan ras di Semenanjung seperti Gerakan, MCA, MIC dan PPP berkemungkinan untuk pupus di Parlimen.

UMNO juga tidak terlepas untuk kehilangan tapaknya di Semenanjung.

APA AKAN JADI PADA MELAYU SELEPAS PRU 13?

Pasca PRU 12, keresahan dikalangan segelintir orang-orang Melayu mula membuak-buak. Melayu dilihat bukan sahaja semakin mengecil dari aspek komposisi kaum tetapi juga semakin kehilangan ketuanannya dalam politik Malaysia.

Perangkaan 2003 menunjukkan etnik Melayu adalah 50.3% sahaja. Jumlah ini diambil berdasarkan kelahiran seseorang itu daripada etnik Melayu, iaitu tidak mengambil kira sama ada individu tersebut membesar dengan mengamalkan budaya dan cara hidup Melayu.

Bancian dibuat setiap 10 tahun dan ia akan dilakukan semula pada tahun 2010. Kemungkinan besar perangkaan baru selepas 2010 akan menunjukkan bahawa etnik Melayu akan kurang dari 50%.

Secara langsung ini akan menjadi masalah utama bagi UMNO yang memperjuangkan agenda Melayu. Ia kerana pasaran bagi mereka semakin menguncup.

ISLAM SEMAKIN BERKEMBANG

Hampir 60% penduduk Malaysia beragama Islam. Tidak seperti masalah menguncupnya etnik Melayu di Malaysia, Islam sebagai sebuah agama boleh terus dikembangkan.

Adalah mustahil untuk meMelayukan orang bukan Melayu tetapi tidak mustahil untuk mengembangkan Islam di kalangan bukan Melayu.

Perangkaan terkini menunjukkan hampir 10% penduduk Islam di Malaysia adalah bukan dari etnik Melayu. PAS sebagai gerakan Islam telah memainkan peranan dan perlu terus memainkan peranannya untuk mengembangkan umat Islam di Malaysia.

Pas dapat mengembangkan Islam bukan sahaja menerusi dakwah tetapi menerusi dasar pentadbiran Islam.

PERANAN BARU PAS

PAS perlu bersedia untuk mengambil alih peranan UMNO sebagai parti induk etnik Melayu.

Adalah amat sukar bagi UMNO untuk mengikis persepsi masyarakat terhadapnya sebagai sebuah parti politik yang korup, mengamalkan dasar diskriminasi kaum, kronisme dan nepotisme.

Sebahagian orang Melayu telah menolak UMNO dalam PRU12. Namun begitu, itu bukanlah kerisauan utama. Apa yang merisaukan UMNO ialah majoriti penduduk bukan Melayu telah menolaknya.

Mungkin UMNO berpeluang mengembalikan sokongan sebahagian orang Melayu yang menolaknya, tetapi adalah mustahil untuk UMNO melaksanakan satu polisi yang boleh berjaya dalam jangka masa pendek untuk menarik orang Melayu dan bukan Melayu serentak kembali kepadanya dan BN.

Tambahan pula isu rampasan Kerajaan menerusi jalan belakang oleh UMNO dan BN di Perak terus membuat orang-orang bukan Melayu jauh hati dengannya.

UMNO memerlukan sokongan padu bukan Melayu untuk mempertahankan kekuasaannya di negeri-negeri di Pantai Barat. Tanpa sokongan orang-orang bukan Melayu, UMNO dan BN akan berdepan dengan cabaran getir di Johor, Negeri Sembilan dan Melaka.

Untuk mengambil alih teraju UMNO sebagai parti induk Melayu, PAS harus memperkukuhkan kedudukannya di dalam Pakatan Rakyat.

Tetapi untuk tujuan itu, PAS harus terlebih dahulu meperkasakan hubungannya dengan parti-parti lain di dalam Pakatan.

MENGAPA PAKATAN RAKYAT ADALAH PILIHAN YANG LEBIH BAIK DARI BN?

Sekiranya PAS bersama BN pada hari ini, PAS akan menjadi parti kedua terbesar di dalam BN. Tetapi, PAS akan selamanya menjadi parti yang lebih kecil dari UMNO.

Ini bermakna UMNO akan sentiasa boleh mengawal perkembangan PAS.

Memandangkan kebanyakan kerusi Parlimen yang ditandingi PAS adalah menentang UMNO, sudah tentu berlaku perebutan kerusi ini dalam pilihanraya akan datang.

UMNO mungkin bersedia memberi PAS lebih kerusi tetapi sudah tentu ia tidak akan melakukan sesuatu yang boleh melemahkan kekuasaan dan ketuanannya dalam BN.

Menerusi pembahagian kerusi Parlimen sahaja UMNO sudah boleh melemahkan PAS. Sudah tentu keutamaan bagi UMNO ialah untuk memberikan kepada PAS kerusi-kerusi parlimen yang tidak selamat untuk UMNO tandingi.

Akibatnya, UMNO akan sentiasa lebih besar dan PAS akan sentiasa lebih kecil.

Implikasinya, agenda PAS untuk melaksanakan pentadbiran berlandaskan ajaran Islam akan tidak tercapai kerana UMNO akan sentiasa lebih besar dari PAS.

Bagaimanapun, jika PAS bersama PR, peluang untuk PAS mengambil alih kedudukan UMNO terbuka luas. PAS hanya perlu menewaskan UMNO di kubu-kubu terakhirnya.

Dengan itu, PAS akan terus berkembang dan mempunyai harapan menjadi parti yang terbesar pengaruhnya dan dengan itu ia akan dapat melaksanakan agenda-agendanya.

Menewaskan UMNO di kubu-kubu kuat UMNO adalah bukan tugas mudah tetapi ianya juga bukanlah tugas yang mustahil dilaksanakan.

Keputusan PRU12 dan keputusan-keputusan pilihanraya kecil membuktikan kenyataan di atas.

ANALISA KONSTITUENSI PARLIMEN PAS TEWAS DALAM PRU 12

Daripada 66 kerusi Parlimen yang ditandingi, PAS tewas 43 buah kerusi. Bagaimanapun ia berjaya merampas Kuala Terengganu dalam pilihanraya kecil.

Dalam PRU12 PAS telah bertanding di 30 konstituensi di negeri-negeri penduduk Melayunya lebih 60%. Daripada jumlah tersebut, PAS telah menang di 17 konstituensi dan tewas di 18 konstituensi lain. Prestasi PAS di Terengganu adalah amat mengecewakan memandangkan secara keseluruhan PAS mendapat peningkatan besar undi popular di negeri-negeri lain.

PAS tewas di kesemua 2 konstituensi yang ditandinginya di Perlis tetapi ia telah mendapat undi yang memberangsangkan. Di Arau PAS tewas dengan majoriti kurang dari 1% manakala di Padang Besar PAS tewas dengan majoriti kurang dari 5,500 undi.

Di Kedah PAS menang 6 dari 8 kerusi yang ditandinginya manakala di Kelantan, PAS menang 9 kerusi dan tewas di konstituensi Gua Musang dan Jeli.

Di negeri Perdana Menteri Malaysia, PAS melihat harapan untuk melakukan sesuatu walau tewas kesemua 6 konstituensi Parlimen yang ditandinginya. Di konstituensi Jerantut, Bera, Lipis dan Kuala Krau, kesemuanya PAS tewas dengan peratusan majoriti kurang dari 20% atau jumlah undi kurang dari 5,300 undi.

Prestasi PAS di Negeri-Negeri Melayu Kurang 60%

PAS meletakkan calonnya di 31 konstituensi di 9 negeri dan wilayah yang majoriti penduduk Melayunya kurang dari 60%. PAS telah berjaya meraih 7 kerusi Parlimen iaitu 1 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dua di Perak dan 4 di Pahang.

Terdapat 7 konstituensi di mana jika diteruskan momentum PRU12, PAS mempunyai harapan untuk merampasnya. Konstituensi tersebut ialah,

  • Larut
  • Kuala Kangsar
  • Sepang
  • Tasek Gelugor
  • Parit
  • Tanjong Karang
  • Sungai Besar
  • Lenggong

Calon-calon PAS tewas dengan peratusan minima 6% dan undi maksimum 5,000 undi sahaja.

Di dalam konteks PRU 12, prestasi PAS paling corot adalah di Johor dan Wilayah Persekutuan Labuan. Bagaimanapun, jika sentimen yang di lihat di Bukit Gantang berterusan, PAS ada harapan menawan 3 kerusi Parlimen di Johor.

Kesimpulan

Berdasarkan momentum PRU12 dan sentimen semasa hari ini, harapan PAS untuk melangkah sebagai parti induk orang Melayu memang cerah. Bahkan, tidak mustahil untuk PAS akan berjaya mengambil alih peranan UMNO jika langkah yang tepat diambilnya.

Bagaimanapun, PAS perlu belajar dari UMNO, iaitu, kekuatan UMNO sebagai parti induk orang Melayu bukanlah pada konstituensi yang majoriti Melayunya tinggi. Tetapi UMNO menjadi parti induk Melayu di arena politik Malaysia untuk sekian lamanya ialah kerana ia berjaya meraih sokongan dari pengundi-pengundi bukan Melayu.

Kejayaan UMNO adalah kerana ia bertanding di bawah banner Perikatan dan kemudiannya Barisan Nasional.

PAS hari ini sudah berada dilandasan yang betul bersama Pakatan Rakyat. PAS hari ini sudah berjaya meraih undi bukan Melayu. Apa yang perlu ialah memperkukuhkan kedudukannya dan komitmennya didalam Pakatan Rakyat.

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan