Friday, May 29, 2009

Sebuah Lagi Projek Membalun Harta Rakyat...

LAPORAN PKFZ DI DEDAH HARI JAM 3.30


Laporan audit Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) akan didedahkan kepada umum hari ini.

Pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang (LPK), Lee Hwa Beng mengesahkan bahawa beliau akan mengumumkannya dalam satu sidang akhbar hari ini..

Dalam emelnya kepada media, beliau berkata, sidang akhbar tersebut akan diadakan di LPK pada jam 3.30 petang ini.

Sementara itu, Menteri Pengangkutan, Ong Tee Keat berkata beliau akhirnya telah mendapatkan lampu hijau Kabinet untuk mendedahkan keseluruhan laporan tersebut.

BENDANYA PKFZ INI:

Pertama: Seperti biasa rampas tanah orang kampong.

Satu kompeni beli paksa tanah rakyat 3 ringgit untuk satu kaki persegi.

Lepas itu tanah yang sama di jual kembali kepada Port Kelang Authority dengan harga 25 ringgit untuk satu kaki persegi.

Mangkuk hayun penyamun ni dah rembat 22 ringgit setiap kaki persegi.

Luas tanah ialah 405 hektar.

Port Kelang Authority itu ialah duit rakyat.

Kelentong nak buat gudang, nak buat bangunan pejabat, nak buat hotel bertaraf 4 bintang.

Mulanya belanja dicadangkan RM 2.5 bilion. Songlap punya songlap sudah jadi RM.4.6 bilion.

SOALAN :

1 – Siapa lanun-lanun pelabuhan Klang ini ?
2 – Macam mana projek tipu rakyat ini di luluskan?
3 – Gedebe politik mana yang cekup duit ini?

APA YANG AKAN TERJADI?

Taraaaaaaaaaaak kes…. kah kah kah. Semua tutup kes. Tidak di temui apa-apa bahan bukti kerana semua duit telah licin. Kah kah kah.

SATU LAGI PROJEK MEMBALUN HARTA RAKYAT

(TT)

Wednesday, May 27, 2009

Revolusi '48


Saya berasa pelik bilamana isu komunis ini dibangkitkan semula dalam situasi Kerajaan Barisan Nasional telah kurang mendapat kepercayaan daripada sebilangan besar rakyat Malaysia. Namun setelah difikirkan kembali, sentimen anti komunis inilah yang akan menjadi satu pemangkin untuk mendapatkan sokongan rakyat (terutamanya bagi waris-waris anggota keselamatan Malaysia) untuk meneruskan kesinambungan pemerintahan Barisan Nasional yang dilihat sedang berada dalam situasi “seperti telur dihujung tanduk”.

Didalam mana-mana peperangan, pastilah ada yang menjadi mangsa. Begitu jugalah apa yang berlaku di didalam negara. Jika kita ambil situasi “Perang Dunia Kedua” antara Britain dan Jerman, tentulah kita boleh lihat bagaimana tentera Jerman membunuh ramai rakyat Britain. Namun kini Britain dan Jerman telah bersahabat dibawah naungan Kesatuan Eropah. Oleh itu cuba kita bayangkan, adakah masih ada lagi rakyat Britain yang berdendam dengan rakyat Jerman?

- Ketua Perusuh


Dalam masyarakat Malaysia ni, masih tinggal sedikit lagi golongan bodoh dan buta sejarah yang terperangkap dengan propaganda anti komunis anjuran penjajah British.

PKM jelas melawan penjajahan. Sedangkan Umno, MCA dan MIC pada ketika itu memilih untuk menjadi talibarut British dan menghalalkan tindakan jahat yang dilakukan oleh British kepada pejuang-pejuang kemerdekaan tulen seperti Dr. Burhanuddin Helmy, Chin Peng, Ahmad Boestamam, Shamsiah Fakeh, Suriani dan ramai lagi.

- Amin 'Black' Iskandar



Blog Pembikinan Revolusi '48

Selingan Dokumentari Revolusi '48


Di petik dari Amin Black Iskandar

Presiden pertama Indonesia, Soekarno pernah berkata dalam pidatonya ketika menyambut ulang tahun kemerdekaan Indonesia ke-19:

"Sejarah adalah sebahagian dari diri sebagai bangsa, dia tidak boleh dipisahkan apalagi dilupakan. Melupakan sejarah - apalagi meninggalkan sejarah - sama ertinya dengan kehancuran sebuah bangsa." (Soekarno, 17 Ogos 1966)

amin iskandar article 291008 sukarnoBegitulah pentingnya sejarah dari kaca mata presiden pertama Indonesia sehinggakan dia mengatakan jika sejarah ditinggalkan ertinya sama seperti kehancuran sesuatu bangsa.

Akan tetapi sejarah seringkali dimanipulasi dan dibolot oleh orang-orang yang memegang kekuasaan – seperti yang berlaku di negara kita Malaysia.

Dalam buku-buku teks sejarah sekolah, perjuangan kemerdekaan negara hanyalah milik Umno dan Perikatan. Hanya perjuangan mereka ditonjolkan, sementara perjuangan orang-orang kiri pelbagai bangsa digelapkan dan dipropagandakan sebagai pengganas dan penjahat.

Akan tetapi, kerja-kerja menyembunyikan sejarah bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Kebenaran pasti akan terbongkar jua. Apa lagi di zaman internet apabila manipulasi sejarah dan maklumat dapat dipecahkan dengan pelbagai pendapat dan fakta daripada pelbagai sumber.

Sebelum Revolusi 48

Selepas berjaya dengan dokumentari Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka, Fahmi Reza muncul dengan dokumentari terbaru bertajuk Revolusi 48.

Pengarah filem ini membongkar kembali peristiwa bersejarah pada 1948 yang telah memainkan peranan penting dalam usaha-usaha memerdekakan negara daripada penjajahan British.

Peranan orang-orang kiri daripada Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan Parti Komunis Malaya (PKM) dalam memerdekakan Malaya tidak boleh dinafikan.

Malahan jika dikaji kembali sejarah, mereka inilah perintis perjuangan untuk memerdekakan negara. Ketika Umno yang ditubuhkan pada 1946 bangga dengan slogan “Hidup Melayu”, mereka (baca: golongan kiri) telah melaungkan slogan “merdeka”.

amin iskandar article 291008 posterPak Mamat, Mak Minah, Pak Chou Tong dan Pak Waimin menceritakan kembali apa yang sebenarnya berlaku pada ketika Malaysia berada di zaman pra-kemerdekaan bermula dari zaman penjajahan Jepun, kembalinya British selepas ketewasan Jepun, darurat diisytiharkan dan golongan kiri mengangkat senjata.

Peranan Lai Teck

Jika Khalid Jaafar, setiausaha akhbar Anwar Ibrahim sewaktu beliau masih timbalan perdana menteri menganggap bahawa Lai Teck yang berasal dari Vietnam sebagai penyelamat agung kepada negara dari pengaruh komunis, filem Revolusi 48 menceritakan sebaliknya.

Chou Tong menceritakan dengan jelas dalam dokumentari ini tentang peranan Lai Teck yang digunakan oleh British untuk menggagalkan usaha memerdekakan negara selepas Jepun menyerah kalah.

Chou, atau nama sebenarnya Au Heng Fong, berkata Lai Teck pernah berkhidmat dengan Perancis ketika di Vietnam sebagai ejen perisikan. Selepas diketahui tentang peranannya sebagai tali barut penjajah oleh rakyat Vietnam, beliau menyusup ke Singapura untuk membantu British.

Di Singapura, Lai Teck pada mulanya menjadi buruh dan kemudian aktif di kesatuan buruh. Dari situlah beliau berjaya menyusup masuk dalam gerakan kiri dan sekali gus rapat dengan PKM.

Apabila Jepun menjajah Tanah Melayu dan Singapura, Lai Teck menjadi tali barut kepada penjajah Jepun pula. Beliaulah yang banyak membongkarkan rahsia kepada Jepun mengenai gerakan anti-Jepun.

Namun apabila Jepun menyerah kalah, dengan cepat Lai Teck bertukar kiblat kepada British. Antara tugasan pentingnya ialah menggagalkan pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu selepas Jepun menyerah kalah.

Jika tiada Lai Teck, Malaya akan merdeka sepuluh tahun lebih awal!

Gerakan bersenjata

Dalam dokumentari ini juga, keempat-empat penggerak PKM ini menceritakan latar belakang bagaimana dan mengapa mereka menyertai gerakan bersenjata untuk melawan penjajah British.

Pada 1948, British mengisytiharkan darurat. PKMM, API, AWAS dan PKM yang sebelum ini bergerak secara sah diharamkan dan ramai pemimpin parti-parti tersebut ditahan.

Jika British tidak menghalang kebangkitan gerakan kiri, mereka akan dihalau oleh rakyat dari Malaya seperti rakyat Indonesia menghalau Belanda.

British tahu gerakan menuntut kemerdekaan menjadi semakin popular. Mahu tidak mahu, mereka terpaksa akur untuk memberi kemerdekaan kepada Malaya.

amin iskandar article 291008 konfrantasiJika orang-orang kiri berjaya dalam perjuangan menuntut kemerdekaan, kepentingan British akan hilang seratus-peratus.

Maka British terpaksa menyokong Umno dan Perikatan yang lebih menjamin kepentingan mereka. Apabila darurat diisytiharkan pada 1948, maka revolusi pun bermula.

Ramai pemuda dan pemudi dari golongan buruh dan petani menyertai perjuangan mengangkat senjata untuk melawan British.

Selepas penjajah meninggalkan Malaya pada 1957, kerajaan yang dipimpin Tunku Abdul Rahman meneruskan perang terhadap golongan kiri dan PKM.

Tindakan ini telah menyebabkan perjuangan bersenjata berterusan sehinggalah Perjanjian Damai Haadyai ditandatangani antara Malaysia, Thailand dan PKM pada 1989.

Contohi Megawati

Dokumentari Revolusi 48 satu usaha membongkar kembali sejarah-sejarah yang telah disembunyikan selama separuh abad. Pada masa akan datang, lebih banyak lagi yang akan terbongkar.

Penulisan sejarah haruslah adil kepada semua pihak. Yang benar tetap benar. Yang salah tetap salah. Fakta ini tidak dapat diubah.

amin iskandar article 291008 funeralSebelum ini, serikandi negara Shamsiah Fakeh pulang ke rahmatullah. Apa yang menyedihkan, pemergiannya tidak mendapat penghormatan yang sepatutnya oleh pemerintah dan aktivis-aktivis politik di Malaysia.

Perkara ini saya khabarkan kepada seorang teman di Indonesia yang kini aktif dengan gerakan Islam. Beliau turut bersedih dengan cara Malaysia melayan tokoh bangsa.

Beliau memberitahu, ketika acara pengebumian bekas diktator Jeneral Soeharto, ramai hadirin yang hadir termasuklah bekas presiden Megawati Soekarnoputri.

Ketika zaman kegemilangan Soeharto, Megawati ditindas teruk oleh Soeharto. Parti PDI-P yang dipimpinnya pernah dipukul oleh jeneral tentera itu.

Bukan itu sahaja, ayah Megawati iaitu presiden pertama Indonesia, Soekarno dijatuhkan oleh rampasan kuasa yang dipimpin oleh Soeharto.

Malaysia harus mencontohi Megawati. Tidak kira apa ideologi politik sekalipun, tokoh tetap tokoh.

Jasa yang besar harus diberi penghargaan dan penghormatan.

Bila Najib diusir dari Seri Perdana - Mesti Baca

Bila Najib diusir dari Seri Perdana
Oleh Mohamed Hanipa Maidin

Jam menunjukkan pukul 2.30 pagi awal Januari 2010, Najib Tun Razak yang baru pulang ke kediaman rasminya di Putrajaya tiba-tiba dikejutkan dengan satu surat dari Duli Yang Mulia Yang di-Pertuan Agong bahawa beliau hendaklah mengosongkan rumah rasminya kerana baginda telah melantik orang lain sebagai Perdana Menteri menggantikan beliau.

Alasan baginda di dalam surat tersebut adalah ahli-ahli Dewan Rakyat khususnya dari Pakatan Rakyat dan beberapa ahli BN yang mula menyokong Pakatan Rakyat telah berjumpa baginda di Istana Negara dan menyatakan bahawa mereka tidak lagi yakin dengan Najib dan mahu orang lain sama ada Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang atau Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Surat baginda juga menyatakan bahawa jika Najib tidak meletak jawatan, beliau hendaklah dipecat dari jawatannya sebagai Perdana Menteri.

Najib merengus marah dan berang lantas memohon menghadap Tuanku. Sebaik diizinkan menghadap Najib berkata:

“Macam mana Tuanku dengan sewenang-wenangnya memecat patik sedangkan Parlimen tidak mengadakan apa-apa sidang atau membawa apa-apa usul atau undi tidak percaya kepada patik. Patik tidak nampak mana?mana peruntukan di bawah Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan yang member kuasa kepada Tuanku untuk memecat patik sebagai Perdana Menteri.

“Macam mana patik boleh dengan mudah dipecat dan sebagai ganti dilantik orang lain sebagai Perdana Menteri sedangkan tidak ada sebarang undi tidak percaya diluluskan di Parlimen ke atas patik.”

Keluhan Najib didengar dengan tenang oleh Yang di-Pertuan Agong. Baginda dengan senyum berkata kepada Najib:

“Adakah memanda tua sudah lupa bahawa pada 22 Mei 2009 iaitu pada hari Jumaat jam 3.30 petang di tingkat bawah Palace of Justice, Putrajaya tiga Hakim Mahkamah Rayuan iaitu Yang Arif ( Y.A ) Dato’ Raus Sharif, Y.A Dato’ Ahmad Maarop dan Y.A Dato’ Zainon Ali telah sebulat suara memutuskan antara lain bahawa:

a. Seorang Menteri Besar (di peringkat negeri) atau Perdana Menteri (PM) di peringkat Pusat secara tersirat boleh dipecat atau diminta letak jawatan jika Sultan atau Yang di-Pertuan Agong memutuskan bahawa MB atau PM tidak lagi mendapat sokongan majoriti Adun atau Ahli-Ahli Parlimen.

b. Perkara 16(6) Perlembagaan Perak atau Perkara 43 (4) Perlembagaan Persekutuan tidak menyebut bahawa kaedah bagi menentukan bahawa seorang MB atau PM hilang keyakinan majoriti Adun atau ahli-ahli Parlimen adalah melalui undi tidak percaya (votes of no confidence).

c. Kes Stephen Kalong Ningkan (1966) iaitu kes yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi di Sarawak yang memutuskan bahawa Governor atau Sultan tidak ada kuasa memecat Ketua Menteri atau MB dan satu-satunya cara menentukan seorang MB atau PM hilang keyakinan ahli-ahli Dewan adalah melalui undi tidak percaya tidak boleh lagi dipakai.

Yang di-Pertuan Agong seterusnya menambah:

“Bukankah keputusan Mahkamah Rayuan tersebut yang memanda tua inginkan bagi meraih keuntungan politik jangka pendek tuan hamba dan parti tuan hamba? Bukankah memanda tua yang berkeras tidak mahu mendengar keluhan rakyat dan pemimpin partai komponen memanda tua sendiri supaya krisis di Perak diselesaikan secara aman dan melalui amalan demokratik iaitu dengan kembali kepada rakyat melalui pilihan raya semula di Perak.

“Maaf memanda tua, Beta terikat dengan keputusan tersebut dan tidak boleh buat apa-apa. Maka Beta dengan ini memerintahkan memanda tua sekeluarga keluar dari rumah rasmi Perdana Menteri kerana memanda bukan lagi Perdana Menteri Malaysia.”

Najib tersentak dan lemah segala sendi manakala Rosmah pula terkaku dan jatuh pengsan. Tiba-tiba mereka sedar keputusan Mahkamah Rayuan hari ini kini telah makan diri.

Jika keputusan yang paling wajar dan munasabah oleh Y.A Hakim Mahkamah Tinggi iaitu Y.A Dato? Aziz Abdul Rahim yang memutuskan bahawa satu-satunya cara menentukan seorang MB atau PM hilang keyakinan ahli-ahli Dewan adalah melalui undi tidak percaya sekaligus mengekalkan doktrin Raja Berperlembagaan (Constitutional Monarchy), keputusan Mahkamah Rayuan pula ditafsirkan oleh ramai cendekiawan undang-undang telah melahirkan doktrin baru iaitu Raja Mutlak (Absolute Monarchy).

Jika Raja Berperlembagaan melahirkan kesejahteraan sudah tentu doktrin Raja Mutlak akan melahirkan suasana yang tidak menyenangkan.

Sketsa di atas adalah bagi saya, cara terbaik untuk memahamkan para pembaca tentang kesan keputusan Mahkamah Rayuan pada hari ini.

Sebagai seorang anggota pasukan peguam Nizar, saya menghormati keputusan Mahkamah Rayuan tersebut. Tapi saya tidak pasti keputusan tersebut akan diterima dengan baik oleh rakyat khususnya rakyat di Perak.

Dalam keadaan keyakinan rakyat kepada institusi kehakiman masih belum pulih sepenuhnya sudah tentu keputusan Mahkamah Rayuan tersebut tidak dapat lari dari cemuhan rakyat. Inilah masalahnya apabila sesebuah institusi dalam sebuah negara sudah hilang keabsahan (legitimacy).

Di negara ini apabila BN memerintah terlalu lama dan keabsahan parti tersebut dipertikaikan, turut sama terpalit adalah institusi keadilan seperti Mahkamah, Peguam Negara dan polis. Apabila rakyat hilang keyakinan kepada sistem keadilan, maka sebarang keputusan Mahkamah apatah lagi keputusan seperti keputusan Mahkamah Rayuan pada hari ini sudah tentu tidak akan mudah diterima sebagai satu keputusan yang adil dan telus.

Sejak dari awal rakyat sudah nampak macam ada sesuatu yang tidak kena kepada cara kes rayuan Zambry dikendalikan. Zambry kalah di Mahkamah Tinggi pada 11 Mei 2009. Mahkamah Tinggi menolak permohonan Zambry bagi menggantungkan perlaksanaan penghakiman.

Pada 12 Mei 2009 di sebelah pagi, Zambry membuat permohonan bagi menggantung perlaksanaan penghakiman. Mahkamah Rayuan menetapkan tarikh pendengaran permohonan Zambry pada pagi hari yang sama. Tarikh pendengaran yang diberikan dengan tergesa-gesa sudah tentu memprejudiskan Nizar dan pasukan peguamnya bagi membuat persiapan yang teliti dan mendalam.

Pada tengah hari 12 Mei itu juga Y.A Hakim Dato’ Ramly membenarkan permohonan Zambry dan perintah diberikan tanpa sebarang syarat.

Nizar membuat permohonan bagi membatalkan perintah penggantungan yang diberikan kepada Zambry. Mulanya permohonan Nizar ditetapkan pada 18 Mei 2009 tetapi kemudiannya ditangguhkan pada 21 Mei 2009 iaitu pada hari yang sama rayuan Zambry didengar. Sudah tentu permohonan Nizar tidak lagi relevan untuk didengar atau seperti yang sering dikatakan ianya menjadi akademik.

Pada 21 Mei rayuan Zambry didengar dengan hujah lisan dan bertulis dikemukakan oleh pihak ?pihak secara mendalam. Mahkamah hanya mengambil masa satu hari sahaja untuk diputuskan. Memang hebat apabila Mahkamah boleh buat keputusan dalam masa satu hari. Tetapi cuba kita bayangkan jika kita menghantar baju untuk dijahit dan tukang jahit siapkan baju kita dalam satu hari; saudara boleh bayangkanlah tahap kualiti baju tersebut.

Suatu yang amat mengharukan kami (pasukan peguam Nizar) adalah meskipun Nizar kalah namun sambutan rakyat kepada kami di Mahkamah Rayuan hari ini seolah-olah menunjukkan Nizar yang menang dan bukannya Zambry.

Untuk rakan pasukan peguam Nizar iaitu Sulaiman Abdullah, Philip Khoo, Ranjit Singh, Razlan Hadri, Nga Hock Cheh, Chan Kok Keong, Leong, Edmond Bon, Amir Arshad dan Zulkarnain Lokman; ingatlah keputusan hari ini tidak akan mematahkan semangat kita, sebaliknya ia memberi semangat baru kepada kita untuk terus berjuang menentang kezaliman dan menegakkan keadilan.

Kita jumpa lagi di Mahkamah Persekutuan, insya Allah.-

oleh Hanipa Maidin


[BONUS]

Sinar Bubar DUN

oleh mamamat

Betui ker idak ini weh? Heboh dikampung teman yang DUN Perak akan dibubarkan. Sebelum tu dalam blog ada ditulih yang Husam kata DUN Perak akan dibubar dalam minggu ini. Deme tanya teman betui ker? Teman jawab ikut kata Husam, betui ler. Lepaih tu ade pulak sorang pak cik kata, betui ler tu.

Pak cik tu kata macam ini. Setelah Mahkamah Tinggi kata MB NIzar adalah MB Perak yang sah, pihak istana rasa malu. Malu kerana MB DPulau bukan MB Perak yang sah. Pihak istana telah setuju nak bubarkan DUN, tetapi bukan di bawah pentadbiran MB Nizar. Maluler istana jikalau memperkenankan kehendak MB Nizar. Takkan istana nak jilat balik ludahnya. Takkan istana nak terima balik MB yang telah dilucutkan jawatannya. Takkan istana nak ngaku akan kesilapannya. Lalu berundingler istana dengan UMNO. Pihak PRpun telah dimaklumkan akan kehendak istana itu.

Bincang punya bincang, maka kata putuspun diambil. MB DPulau akan kekal sebagai MB Perak. Sebaik sahaja Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi, MB DPulau akan memohon perkenan istana untuk bubarkan DUN Perak. Sebab itulah UMNO melalui jentera KEMASnya telah menyusun gerak kerja pilihanraya. PRpun sibuk bermesyuarat mengatur rentak mengekalkan kemenangan dalam PRU Perak.

Tapi UMNO tetap UMNO. UMNO masih nak bermain dengan janjinya. Mahkamah Rayuan tidak menetapkan tarikh sebutan penangguhan sehinggalah MB Nizar memfailkan kesnya di mahkamah yang sama. Mahu tak mahu Mahkamah Rayuan terpaksa juga menetapkan tarikh pendengaran dan keputusan status MB Perak. Dan keputusannya adalah seperti kehendak istana.

Sehingga ke hari ini MB DPulau masih belum memohon perkenan istana untuk membubarkan DUN Perak. Pada waktu yang sama juga Mahkamah Rayuan belum mengemukakan alasan kehakiman bagi membolehkan MB Nizar memfailkan kesnya di Mahkamah Persekutuan. Kata hari Isnin, tetapi udah nak masuk Rabu takde apapun perkembangan sama ada di istana ataupun di Mahkamah Persekutuan.

Mungkin PR melanjutkan tempoh janji itu sehingga Khamis ini agaknya. Hari Khamis adalah tarikh akhir puasa sunat dan mogok lapar di Perak. Lapan AP dan ADUN Perak telah ditahan oleh polis pagi tadi. Nak jimat duit tak makan 72 jampun salah.

MB Nizarpun masih sabar untuk memfailkan rayuannya di Mahkamah Persekutuan. Pada waktu yang sama juga semua ketua kampung di Perak menyaman MB DPulau. Hanya pembubaran DUN sahaja yang boleh menamatkan tindakan-tindakan berstrategi PR ini.

Kalo betuiler keputusan itu atas kehendak istana berdasarkan kata putus antara UMNO dan PR, MB DPulau mesti menyegerakan pembubaran DUN Perak. Kalo MB DPulau sengaja melewatkannya, MB DPulau adalah penderhaka kelas pertama bersama Satu Malaysia.

Minggu ini ada tiga hari lagi hari bekerja. Sabor ler weh.


Tuesday, May 26, 2009

Terpaksa Merdeka Melalui UMNO?

Acap kali tertanya-tanya, apakah benar sejarah kemerdekaan sepertimana yang dibaca dalam buku sejarah sewaktu berada di alam persekolahan?

Jika UMNO sanggup berbuat apa sahaja, jika UMNO sanggup melakukan apa sahaja asalkan mereka menang dalam semua aspek, maka tidak mustahil buku sejarah yang kita baca suatu masa dulu telah diaturkan ceritaranya supaya UMNO dilihat sebagai parti yang membawa kemerdekaan. Sedangkan parti lain yang menentang British diharamkan di kala UMNO yang pro-British diberi ruang yang cukup besar untuk Merdeka bersama syarat2 yang membolehkan Tanah Melayu dijajah ekonominya.

Rejemen ke-10, atas kapasiti sayap komunis mereka berjuang menuntut kemerdekaan. Satu blog menceritakan segalanya. klik sini

Berikut adalah sedutan dari blog yang dimaksudkan;

Sebelum itu, kecuali United Malays National Organisation (UMNO), badan-badan lain seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Pembela Tanah Air (PETA), Barisan Tani Malaya (BTM) dan sebagainya adalah pertubuhan politik Melayu yang berjuang atas hasrat murni untuk memerdekakan Malaya dan melepaskannya daripada belenggu British.

Dan, apabila kesemuanya (kecuali UMNO) diharamkan pada Jun 1948 di bawah apa yang dinamakan ‘Undang-Undang Darurat’, pertubuhan-pertubuhan tersebut terpaksa mengambil jalan perjuangan bersenjata yang bermandi darah.

Justeru itu, Rejimen Ke-10 yang pada mulanya terdiri daripada 17 orang telah berkembang dan mendewasa dengan cepat dalam kancah perang rakyat melawan British – sehinggalah ia menjadi satu-satunya pasukan gerila Melayu anti-British yang bukan saja digeruni tetapi dihormati oleh pihak lawan.


Thursday, May 21, 2009

Apakah Kita Sokong Hindraf? Apakah Hindraf Anti-Melayu?

Pernyataan di bawah ialah tulisan GOMO di blognya yang begitu racist dan menyemai sentimen perkauman yang melampau - itulah modal BN dan gerombolanya. Antaranya ialah ;

KEBIADAPAN PERTUBUHAN HARAM KELING HINDRAF INI JUGA TELAH MENYATAKAN PERMINTAAN PUNDEK MEREKA PADA KERAJAAN MALAYSIA. DUN DAP KOMUNIS KELING PARIA KOTA ALAM SHAH M.MONOHARAMJADAH BERKATA UNTUK BERJUMPA PM DATO SERI NAJIB BAGI MEMINTA SEMUA YANG LAHIR SELEPAS31 OGOS 1957 DIBERI STATUS BUMIPUTERA.

PERGH...BETAPA BANGSAT NYA ANAK HARAMJADAH KELING PARIA NI CUBA UNTUK MENCABUL KEDAULATAN UNDANG-UNDANG NEGARA. BETAPA CELAKA KELING PARIA NI UNTUK MENGAMBIL HAK MILIK ORANG ISLAM, MELAYU, BUMIPUTERA SABAH DAN SARAWAK BAGI DIAGIHKAN KEPADA PARA PENDATANG.


Ini reply saya, sila membaca sambil sedikit berfikir ;

Kalau orang india ini bijak, mereka tidak akan banyak bersuara kerana by ratio, mereka cuma lebih kurang 10% dari bilangan rakyat Malaysia.

Jika diikutkan, tiada satu kawasan pun yang majoritinya orang india tetapi mengapa mereka ada di parlimen? mengapa mereka masih bertanding sedangkan tiada majoriti dalam satu-satu kawasan? sebab kita rakyat Malaysia bertolaransi.

Hindraf dihimpun kerana pertubuhan yang bertanggungjawab(MIC) bagi membela nasib kaum india di negara ini gagal melaksanakan agihan bahagian mereka dengan baik.

Hindraf akan lawan BN habis-habisan kerana MIC di bawah naungan BN. Atas sebab ini saya sokong hindraf asalkan mereka memperjuangkan nasib dan hak bangsa mereka, jangan kita lupa mereka juga manusia dan mereka juga makhluk Allah.

Hindraf menimbulkan huru-hara? kerana apa? kerana kerajaan tidak mengendahkan nasib kaum india terutamanya melalui MIC yang begitu korup.

Apa yang saya perkatakan di atas adalah kenyataan benar dan fakta. TETAPI apa yang berlaku ialah, BN melalui propagandanya cuba menyemarakkan sentimen perkauman dengan melagakan hindraf dan melayu. Tanpa sentimen ini, UMNO dan BN kehabisan isu bagi mengelak isu penindasan kaum minoriti.

Hindraf memperjuangkan nasib bangsa mereka yang terlalu daif sehingga menimbulkan masalah sosial-jenayah melampau. Apa salahnya mereka memperjuangkan nasib bangsa mereka? mereka juga nak makan, mereka juga nak hidup...

Cuba kita fahami dan teliti tentang nasib bangsa lain yang kebanyakkan kalanya lebih ketinggalan. Jangan asyik mementingkan bangsa sendiri semata-mata.

Sudahlah mereka cuba memperjuangkan nasib mereka, diharamkan pulak pertubuhan yang kini menjadi satu nadi alternatif untuk kaum india. hindraf berhimpun di jalanan sepertimana Pakatan Rakyat berhimpun, sepertimana UMNO-BN berhimpun dengan sepanduk, APAKAH MASALAHNYA?? APAKAH PERBEZAANYA?? cuma tidak dinafikan mereka sedikit agresif daripada kita.

Hanya orang india yang kurang akal sahaja memikirkan tentang perang di negara ini sedari mereka hanya minoriti. Mengapa kita memilih jalan negetif sedangkan Pakatan Rakyat menawarkan keadilan untuk mereka dikala BN hanya menawarkan penindasan yang berterusan.

Saya percaya hindraf tidak sama sekali memusuhi orang melayu malah mereka menagih dari orang melayu supaya bertindak adil. Dalam masa yang sama, saya percaya hindraf memusuhi BN termasuklah UMNO.

PS: Mengapa termasuk UMNO?? anda boleh sendiri fikir. Cluenya ialah PWTC.


EDYES

Wednesday, May 20, 2009

Husam : Pembubaran DUN Perak Kian Hampir

Saya telah menemui Tengku Razaleigh Hamzah, Dr Chua Soi Lek dan Tan Sri Abu Talib awal minggu ini, seperti dipersetujui Presiden dan Dewan Harian PAS Pusat. Perjumpaan seterusnya adalah bersama seorang pimpinan Gerakan.

Dr. Chua telah menjelaskan sebahagian inti perbincangan kami dalam blognya.

Apa yang saya dapat tangkap ialah, dari segi prinsip, semua ketiga pimpinan yang saya temui, bersetuju, DUN Perak harus dibubarkan.

Dr. Chua memberikan saranan, pembubaran dilakukan melalui undi percaya di DUN terlebih dahulu, baik oleh BN atau PR, selepas siapa diputuskan menang sebagai MB yang sah pada 21 Mei ini. Itu adalah pandangan beliau. Tetapi akhirnya, pembubaran adalah perkara pasti yang perlu dilakukan oleh kedua-dua pihak, jika ingin dilihat bermaruah.

Dr. Chua berjanji membangkitkan isu ini dalam mesyuarat Majlis Tertinggi BN malam selepas perjumpaan kami, Isnin lepas. Saya difahamkan Dr. Chua benar-benar membangkitkannya dan pada keseluruhannya, parti komponen yang lain menuju pandangan pembubaran sebagai jalan survival politiik BN di Semenanjung. JIka tidak, penolakan terhadap BN akan berlaku di seluruh Semenanjung.

Pembubaran DUN Perak juga akan mengimbangkan langkah BN tidak meletakkan calon di Penanti. BN tidak gentar. Buktinya, BN bertindak berani membubarkan DUN Perak sedikit masa lagi dan BN berani menghadapi pilihanraya di Perak dan dengan itu, tidak menyertai Penanti adalah atas sebab prinsip semata-mata.

Jika maklumat saya ini hendak dijadikan kenyataan, langkah pertama ialah Mahkamah Rayuan perlu membuat keputusan yang menyebelahi Zambry, Khamis ini. BN sangat memerlukan keputusan itu untuk BN akan dilihat bertindak menasihati Sultan untuk pembubaran itu dan bukan PR. Mereka juga mempunyai kelebihan sebagai care taker government sepanjang tempoh kempen.

Saya membuat tekaan, Khamis ini, Mahkamah Rayuan akan menyebelahi Zambry. Ini hanya tekaan saya. Untuk membolehkan tekaan saya selanjutnya menjadi kenyataan.

Pengunduran dari Penati hendaklah juga dibaca sebagai satu strategi membuat kejutan reverse iatu pilihanraya mengejut di Perak.

Terima kasih pada semua pimpinan BN yang membawa versi berbeza dalam pandangan politik mereka.

PR, pada pendapat saya, bersedia dengan pilihan ini kerana krisis Perak perlukan penyelesaian segera dan muktamad. Jika tidak, satu lagi institusi yang sebelumnya dilihat terhormat iaitu Istana, juga akan menghadapi kepudaran kepercayaan rakyat sama seperti hampir keseluruhan institusi di negara ini.

Bersedia!

HUSAM MUSA

H.Rais : Perak Jadikan Emas

PERAK JADIKAN EMAS

Apa yang sedang berlaku di Perak ini amat baik sekali. Kelam kabut dan kacau bilau yang sedang kita lihat berlaku di Perak ini sekali imbas dilihat tidak mendatang faedah kepada orang ramai. Ini satu pandangan yang salah.

Apa yang berlaku di Perak ini adakah satu rahmat untuk seluruh warga Malaysia. Hujan emas sedang turun mencurah-curah di Perak.

Untuk pertama kalinya seluruh rakyat Malaysia telah melihat contoh yang amat jelas tentang peranan monarki. Monarki yang selama ini amat lunak dengan ucapan-ucapan yang molok-molok telah mendodoikan orang ramai. Hasilnya, orang ramai telah terlena dan terlalai. Tetiba monarki telah diduga – sama ada berdiri tegak menjadi payung rakyat atau bersama kuasa kezaliman.

Tindakan dan keputusan yang diambil oleh monarki di Perak memperlihat sifat asli monarki dengan jelas. Tingkah laku dan tindakan monarki ini telah melahirkan sentimen republikan dikalangan orang Melayu. Sentimen republikan ini memang sedia wujud dalam hati dan sanubari orang ramai – tetapi tidak meluas.

Apa yang terjadi di Perak telah mengembangkan lagi sentimen republikan ini. Apa yang menarik ialah sentimen republikan ini bukan lahir kerana kempen dan propaganda tetapi kerana tingkah laku monarki itu sendiri.

Orang ramai yang selama ini melihat monarki sebagai simbol kesaksamaan dan ketelusan telah mendapat satu pendidikan politik yang amat berharga. Kini Perak sedang menjadi sekolah politik yang terunggul. Raja adil raja di sembah – raja zalim raja di sangkah telah menjadi realiti di Perak.

Sekolah politik yang sedang berjalan di Perak ini juga sedang mendidik warga seluruh Malaysia untuk lebih waspada agar mengetahui hak-hak mereka didalam Perlembagaan. Untuk pertama kalinya warga Malaysia telah disedarkan untuk bangun membaca dan memahami beberapa fasal dalam Perlembagaan Perak.

Hasil dari krisis ini, warga Perak khususnya telah mengetahui peranan Raja, peranan Menteri Besar, peranan Tuan Speaker dan had-had yang diwujudkan melalui Perlembagaan. Selama kini tidak ramai warga yang ingin mengambil tahu secara terperinci tentang hal-hal perundangan ini. Mereka lalai dan membiarkan para peguam untuk mentafsir hal perundangan. Apa yang sedang berlaku di Perak telah mendidik rakyat agar mereka sendiri wajib mengetahui dan memahami hak dan kuasa sebenarnya berada dalam tangan mereka.

Najib Razak berniat merancang ‘rampasan kuasa’ di Perak kerana ingin memperlihatkan bahawa dirinya bukanlah lembik seperti Abdulah Badawi. Rampasan yang dilakukan sebelum peralihan kuasa ingin dijadikan sebagai tiupan sangka kala untuk menghapuskan pengaruh Pakatan Rakyat. Tiupan sangka kala ini diharap-harapkan dapat membangunkan kembali semangat United Malays National Organisation yang telah pecah bertaburan sesudah 8 March. Harapan ini jelas telah pancet.

Dari hari ke hari Perak sedang menjerut leher United Malays National Organisation. Pemanjangan krisis ini amat baik untuk Pakatan Rakyat. Lagi lama Perak menanah lagi subur sokongan orang ramai terhadap Pakatan Rakyat. Hari ini MCA, Gerakan dan PPP – komponen Barisan Nasional – telah mula bersuara seirama dengan nada Pakatan Rakyat. Ini adalah tanda-tanda politik sehat dimana elemen-elemen demokrat didalam Barisan Nasional telah mula bersuara.

Badan-badan NGO seperti Suhakam dan Majlis Peguam juga telah mula bersuara. Lembaga-lembaga ini telah menyatakan pandangan mereka untuk menolak tindak tanduk yang dilakukan oleh United Malays National Organisation dalam usaha mereka untuk mengambil alih kuasa pentabiran di Perak.

Malah dari dalam United Malays National Organisation sendiri kita telah mula mendengar suara-suara yang tidak mempersetujui langkah dan tindak tanduk yang telah diambil oleh Najib Razak. Ini adalah tanda-tanda bahawa masih wujud elemen sehat dan sentimen demokrat di dalam United Malays National Organisation. Suara-suara ini bukan suara musuh tetapi suara sahabat.

Krisis adalah dugaan. Krisis di Perak telah menduga Pakatan Rakyat. Dugaan ini telah memperkukuhkan lagi setiakawan diantara parti Pas, Parti Keadilan Rakyat dan DAP. Semangat setiakawan yang kukuh dan berpanjangan akan lahir dalam kancah perjuangan. Perak adaklah medan tempur yang menduga tiga buah parti politik untuk mengenepikan ajenda sampingan dan menerkam kepada ajenda induk. Kebijaksaan berpolitik di Perak akan dapat membezakan yang mana kayu dan yang mana hutan.

Setiakawan ini telah dilihat dengan amat jelas sekali didalam pilihanraya kecil Bukit Gantang. DAP yang selama ini dimomokan sebagai parti keCinaan telah diterima oleh orang Melayu. Pas yang selama ini dimomokan dengan hukum hududnya telah menerbus masuk ke dalam kawah Cina. Ini adalah perkembangan yang amat menakutkan untuk United Malays National Organisation.Justify Full

Dua buah parti ini selalu digunakan sebagai senjata ampuh oleh United Malays National Organisation untuk memecah belahkan orang ramai. Di Perak orang Melayu tidak lagi waswas dan gentar untuk menerima DAP. Di Perak orang Cina tidak lagi takut untuk menerima Pas. Setiakawan seperti ini pasti akan menakutkan sesiapa sahaja yang mengamalkan politik rasis dan perkauman.

Dalam kancah pertempuran pucuk pimpinan juga akan diduga. Krisis di Perak telah memunculkan dua ikon kepimpinan yang unggul – Nizar dan Siva. Kalau di permulaan era Reformasi dahulu yang muncul hanya Anwar Ibrahim yang pada mulanya masih dilihat sebagai perwakilan ikon Melayu. Anwar mengambil masa yang agak lama untuk menyakinkan warga bukan Melayu bahawa Reformasi adalah agenda untuk semua.

Berbanding dengan krisis Perak secara sepontan Nizar dan Siva telah dilihat sebagai pemimpin yang mewakili semua bangsa. Tidak timbul apa-apa persoalan atau waswas seperti yang terjadi kepada Anwar Ibrahim. Ini membuktikan telah ada anjakan dan kedewasaan pemahaman politik untuk semua warga Malaysia.

Apa yang berlaku di Perak ini tidak banyak bezanya dari apa yang berlaku pada tahun 1998 dahulu. Pada malam 20 September 1998 Anwar Ibrahim telah di tangkap di rumahnya. Episode penangkapan ini telah menjadi ombak besar yang membuka gelombang Reformasi. Pada malam itu mata rakyat Malaysia telah terbuka untuk melihat kezaliman yang diwakili oleh Mahathir Muhamad.

Di Perak episode ini berulang lagi. Pada 7 Mei yang lalu sekali lagi mata rakyat terbuka apabila melihat Sivakumar diheret keluar dari kerusi Tuan Speaker dan dikurung agar kuasa dapat dirampas. Kini sekali satu Malaysia telah terbuka mata untuk melihat penerusan kezaliman yang di wakili oleh Najib Razak.

Sama ada Dun dibubar atau tidak dibubar bukan lagi persoalan. Sekolah politik yang sedang dibuka di Perak wajib disebarkan ke seluruh negara. Aktivis dan angkatan muda dari Pakatan Rakyat wajib menjelajah ke seluruh pelusuk untuk membawa sekolah politik ini.

Ombak Perak ini wajib terus di kembangkan. Bara kemarahan rakyat jangan dipadam-padamkan malah wajib terus dikipas dan di bakar. Musim menuai hanya akan sampai apabila pilihanraya umum di adakan. Perak sedang membawa hujan emas kepada Pakatan Rakyat. Lebih lama hujan ini lebih subur politik Malaysia. (TT)

Hishamuddin Rais


Tuesday, May 19, 2009

1000 Ahli UMNO Kangar Keluar Parti...

Tindakan ahli-ahli Umno yang didakwa melompat parti untuk menyertai PKR secara terbuka di Perlis, khususnya di Kangar, menimbulkan tandatanya apakah ianya tanda membantah pelantikan Menteri Besar, Datuk Seri Md Isa Sabu sebagai pengerusi Umno negeri yang baru.

Dr Md Isa yang juga ADUN Bintong, merupakan ketua Umno bahagian Kangar.

Malaysiakini difahamkan seorang bekas pemimpin Umno bahagian Kangar telah mengisytiharkan keluar parti itu bersama-sama kira-kira 1,000 ahli parti itu untuk menyertai PKR, bulan lalu. -mkini


edyes wrote:

Tidak kiralah parti mana yang mereka masuk, samada PKR atau PAS mahupun DAP, asalkan mereka meninggalkan UMNO walau dengan seribu pertanyaan.

Tidak kiralah sebab-musabab ahli-ahli tersebut meninggalkan partai, samada sebab Shahidan, atau sebab Md Isa, atau sebab kepimpinan UMNO yang semakin celaru, atau sebab UMNO tidak lagi menjanjikan keadilan di dalam dan di luar parti, atau sebab UMNO tidak lagi mempunyai sebab untuk disokong kerana sudah terlalu lemah... tidak kiralah apa sebab sekalipun, berita sebegini kian didengar-dengar menjelang pilihanraya umum ke-13.

Kita akan melihat orang ramai kini menjauhi UMNO yang sangat tebal syndrom penafinya. Orang kebanyakkan melihat UMNO sebagai sebuah parti yang akan tewas teruk pada PRU akan datang, jadi untuk apa mereka menyokong parti negetif yang begitu negetif?

Sejak sekian lama, saya begitu tertarik untuk mengatakan UMNO dan BN sebagai parti jahat yang hanya disokong oleh orang-orang yang jahat. Kini yang jahat itu kian lemah kerana panggilan kebaikkan disambut oleh segelinap masyarakat. Kita mahu yang positif dan semua mahu yang positif. InsyaAllah negara juga akan positif, bersama parti pembela agama dan nusa bangsa.


Friday, May 15, 2009

Ceramah Perdana Stadium Melawati - 16 Mei, 9 Malam



Ayuh bersama kita rapatkan Pakatan !

Jumpa di sana... Stadium Melawati Shah Alam

SUMBER TT : DUN PERAK BAKAL BUBAR!

LAWAN YEOP.... LAWAN

Berita telah mula tersebar bahawa Dun Perak akan dibubar. Masih belum soheh.

Pemilihan wakil rakyat baru akan diadakan di Perak.


BERITA KHABAR ANGIN TAHAP LAWAS KENCANG !!!



refer pendapat edyes di sini


Bubar DUN Perak : Satu Khayalan Atau Kebetulan ?

Pilihanraya adalah satu-satunya jalan yang boleh menyelesaikan kemelut politik di Perak dan seterusnya menamatkan krisis politik negara buat seketika.

Seharusnya, waktu ini kita bekerja kuat dalam peranan masing-masing untuk kemajuan diri dan ummah. Namun apa yang berlaku di Perak menarik tumpuan perhatian rakyat di seluruh pelusuk negara yang akhirnya merugikan bangsa.

Tiga bulan negeri perak dirampas menyebabkan segala urusan, urusniaga, transaksi, pembangunan dan pelbagai program yang telah diatur menjadi terencat tergendala. Bayangkan sekiranya negeri Perak tidak pernah dirampas BN, sudah pasti ada kemajuan di sebalik tiga bulan.

Kini, setelah rakyat, negeri dan negara kerugian masa tiga bulan lamanya, barulah perkataan bubar diungkap. Apakah pembubaran DUN Perak akan berlaku begitu sahaja? atau setelah kerakusan 5 Februari diklasifikasi sebagai perbuatan yang haram-jadah? Keputusan mahkamah pada 11 May 2009 memberi gambaran betapa Najib dan UMNO telah melakukan rampasan kuasa yang ternyata tidak diiktiraf. Ini melambangkan satu perbuatan jahat yang tidak wajar disokong sekiranya kita ber-agama.

Satu khayalan atau kebetulan, DUN Perak akan dibubarkan. Khayalan bagi pihak Pakatan Rakyat menjadi kebetulan apabila fakta yang merujuk kepada Undang-Undang Tubuh Negeri Perak menjadi penghalang utama kepada Barisan Nasional bagi merampas Perak walaupun dengan bantuan Sultan.

Dan apabila nampak gayanya seperti tiada peluang bagi UMNO untuk menukar kerajaan MB Nizar kepada kerajaan Mandela-Ghandi melayu, maka seperti yang kita sedia maklum, Najib akan bermuka-muka untuk berbicara mengenai pembubaran DUN Perak.

Semua ini kita dah baca. Bubar salah tak bubar pun salah, kerana merembat negeri Perak cara 'itu' sememangnya salah.


Thursday, May 14, 2009

Najib Perdana Menteri Rakyat ?

Kita kini bukan sahaja mempunyai "Pakatan Rakyat", tetapi juga "perdana menteri rakyat" apabila Datuk Seri Najib Razak juga mahu semangat perkataan "rakyat" digabungkan dengan jawatannya - melambangkan seorang pemimpin yang mesra rakyat dan memahami mereka.

"Saya sentiasa bersama-sama dengan rakyat dan akan terus bersama-sama dengan rakyat," kata perdana menteri.

Tegasnya, tidak sepatutnya wujud anggapan bahawa beliau merupakan anak golongan bangsawan.

"Kita mesti lihat kepada hala tuju negara, kita mesti faham, mesti merasai denyutan nadi rakyat, nadi negara, kuasa rakyat, kita mesti merasainya," beliau dipetik berkata ketika menyampaikan amanat pada majlis perhimpunan Hari Pekerja Sektor Awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.

Majlis itu yang bertema "1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan Presiden Cuepacs Omar Osman.

Menurut Bernama, Najib berkata sebaik sahaja beliau mengambil alih
pentadbiran negara, agenda pertama yang dilakukan ialah "turun padang" yang disifatkannya sebagai tinjauan mesra seperti di Puduraya.

"Saya melawat Puduraya kerana sebahagian besar rakyat menggunakan Puduraya, terutama nak balik kampung, cuti raya.

"Saya tengok, dan bukan sahaja tengok dengan kepala dan mata saya sendiri keadaan di situ, tetapi juga dapat menghidu udara dan bau di situ.

"Saya katakan berbeza dengan taklimat yang diberikan oleh Datuk Bandar berbanding (apabila) turun dan melihat keadaan sebenar di Puduraya.

"Banyak bezanya, macam bumi dan langit," katanya lagi.

Oleh sebab itu, tambahnya, beliau mahu turun padang dan tidak mahu sebarang formaliti seperti hamparan merah, bunga manggar dan tanpa krew tv (media).

Katanya lagi, beliau akan tetap turun padang kerana mahu meninjau sendiri bagi menyelesaikan masalah rakyat.


edyes wrote:

UMNO kini sudah dilanda zaman syndrom perasan tahap kronik apabila Perdana Menterinya sendiri mendakwa dirinya sebagai Perdana Menteri Rakyat di sebalik usaha menaikkan harga minyak RON97 sebanyak 20sen.

Sebelum ini, tindakkan Dr Zambry mendakwa dirinya adalah jelmaan lagenda Mahatma Ghandi dan Nelson Mandela menguatkan lagi hujah bahawa UMNO dan BN berada di zaman perasan. Apakah Zambry pernah disumbat dalam penjara selama belasan tahun dalam menegakkan keadilan sepertimana yang dilalui oleh Mandela? Atau pernah menahan lapar yakni tidak makan selama beberapa hari seperti yang dilakukan Ghandi? Sungguh perasan orang ini.

Kita juga telah sedia maklum bahawa UMNO itu telah lemah dan tidak lagi berupaya untuk tegak berdiri tanpa bantuan dari polis, mahkamah, spr dan pelbagai agensi lagi. Jika UMNO itu seperti seorang manusia, pastinya waktu ini sedang menggunakan alat bantuan pernafasan.

Justify FullTernyata sekali, UMNO tidak lagi releven di mata rakyat. Mungkin hanya releven di mata pengejar tender...

Wednesday, May 13, 2009

Ayuh Bersama Tumbangkan Barisan Nasional !

Ulasan edyes di blog x-pkr , bagi membalas tohmahan dan menyedarkan segelintir umat betapa perlunya BN ditumbangkan.

Bagus blog saudara nie, walaupun masih baru tetapi dah ramai peminat.

Blog edyes pun ada zaman macam nie jugak, tapi sejak tahun 2009 nie, tak banyak masa untuk update blog, dah jadi suram skit.

Kalau Anwar itu lebih dari keruh, kita masih ada PAS yang kian dikuasai ulamak profesional. Keperibadian Nik Aziz seharusnya menarik perhatian mereka2 yang inginkan perubahan positif terhadap Kerajaan Malaysia baru.

Kaum lain pun yakin dengan PAS, kerana bagi mereka PAS juga memperjuangkan keadilan semua kaum kerana itulah yang dituntut oleh Islam.

Walaupun saya bukan ahli PAS, namun saya menyanjung perjuangan PAS dalam menegakkan syiar Islam di negara ini. Di samping memberi ruang keadilan terhadap bangsa lain, hak keistimewaan orang melayu juga tetap dijaga kerana ia merupakan kontrak sosial yang telah dipersetujui sewaktu negara kita mencapai kemerdekaan.

Kenapa kita harus bersama UMNO lagi setelah melihat kerakusan yang mereka lakukan, setelah melihat pelbagai penipuan dan pelbagai tekanan yang dikenakan terhadap rakyat. Harga minyak akan naik RM2 seliter bulan September nanti, dan harga barang akan naik lagi sedangkan sewaktu harga minyak turun, harga barang melekat di atas sana.

kenapa harus bagi UMNO peluang lagi selepas 50tahun peluang telah diberi? Jika benar UMNO memperjuangkan bangsa, setakat mana harta kita bangsa melayu? apa yang kita ada selain hutang kereta dan hutang rumah? Siapa punya bangunan pencakar langit di kuala lumpur? siapa punya kilang-kilang di negara ini? siapa punya syarikat gergasi di negara ini? kebanyakkan aset dan harta di Malaysia milik melayu??

Jumlah tanah rezab melayu merundum dari 3juta hektar kepada 1.7 juta hektar. Jika UMNO sebuah wadah penyelamat bangsa, jumlah tanah rezab melayu harus bertambah! bukan berkurangan dengan pelbagai alasan pembangunan.

Jadi, kenapa harus kita sokong sebuah kerajaan yang sudah kita sedia maklum, hanya menjaga kepentingan segerombolan umat sahaja? sebuah kerajaan yang tidak menjatuhkan hukuman setimpal terhadap menteri peraba, ketua bahagian yang racist, menteri besar perasuah, ketua pemuda yang rasuah, demi kerana menyelamatkan kepentingan tersendiri.

Ikutlah gerak hati. kenapa kita menyokong kezaliman. Umpama kita menyokong zamrud pada zamannya, umpama kita menyokong kerajaan Firaun yang ditentang Musa.

Kita mewakili diri kita untuk mencipta satu sejarah, tumbangnya sebuah kerajaan rakus untuk digantikan kepada kerajaan negara kebajikan. kita ikhtiar, kita usaha... bukan UMNO sahaja yang boleh memerintah...

Tuesday, May 12, 2009

Tinta DS Nizar...


Syukur alhamdulilah kepada semua warga dan rayat Perak khususnya dan Malaysia amnya yang telah sabar dan mendoakan untuk kemenangan dan keselamatan seluruh Rakyat Perak. Selama 3 bulan kita dalam suasana krisis perlembagaan oleh kerana perbuatan rakus merampas hak rakyat negeri Perak pada 5 Feb. 2009 lalu.

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah berkerjasama dan mendoakan kejayaan ini. Marilah kita bertenang, terus memuji kebesaran Allah SWT serta memohon kempunan dari Allah SWT.

Semua rakyat harus bertenang dan Pakatan Rakyat akan meneruskan khidmat kami membantu rakyat serta membela rakyat yang memerlukan banyak perhatian dan pertolongan dari kerajaan. Sesungguhnya kami akan meneruskan dasar serta janji demi kebaikan rakyat dan melaksanakan diatas prinsip keadilan dan kesaksamaan.

Semua rakyat Perak beragama Islam mesti menunaikan solat sebagai tiang agama dan kembali kepada ajaran nabi Mohammad SAW. InsyaAllah kita akan banyakan lagi program kebaikan dan membenteras kemungkaran demi berhasrat menyelamatkan bangsa , negara dan agama oleh kerana gejala sosial seperti dadah, rokok, ragut, rempit, zinah , mabuk , tak sembahyang, jahil dan lain-lain.

Maka marilah semua kaum dan rakyat Perak kita ikut dan patuh kepada perlembagaan dan undang-undang tubuh serta mengikut Rukun Islam, Rukun Iman dan Rukun Negara supaya dapat kita bangunkan balik tamaddun Islam yang telah lama tidak di beri perhatian wajar.

Sebagai Ahli Parlimen P059 Bukit Gantang pula saya ajak seluruh warga parlimen tersebut mengemukakan segala masaalah mereka melalui pusat khidmat masyarakat yang telah saya dirikan di DUN Cgkt Jering, Kuala Sepetang dan dua pejabat di Trong.

Kapada semua kakitangan Kerajaan disemua peringkat, marilah kita laksanakan khidmat kepada rakyat dengan menganggap semua titik peluh kita sebagai amalan membantu rakyat agar mereka tidak menuntut hak mereka di hadapan Allah SWT diakhirat kelak. Marilah kita ambil kesempatan memberi sumbangan kepada rakyat yang cukup terhimpit akibat krisi ekonomi global kini.

Kepada semua media ,marilah kita bebaskan diri kita dari belenggu fitnah dan sindrom enggan melapurkan yang benar. Kepada semua bloggers dan media kerajaan, saya pohon keampunan atas kesilapan dan ketelanjuran saya. Saya turut memaafkan serta mengampunkan kesilapan kalian.

Kepada semua pegawai dan penjawat awam , jangan lagi menyebelahi mana-mana pihak, sebaliknya buat kerja dengan penuh tanggungjawab dan amanah. Kepada RTM FM Perak, berlaku adilah kepada saya dan Pakatan Rakyat untuk suara saya didengari oleh rakyat Perak kerana saya cuma mahu mengajak kaum saya bersolat dan berilmu. Saya bertemu dengan Menteri Penerangan ketika itu, Dato' Shabery Chik dan merayu berilah saya setengah jam seminggu untuk mengajak orang Melayu supaya patuh pada Allah dan jangan lalai. Hendaklah serious beragama. Maka berilah ini kepada saya. Namun tiada layanan darinya dan warga Perak FM di Ipoh. Tolonglah kami kerana kami difitnah dan danayai. Belalah Islam!.

Kepada semua warga tani, peladang, penternak dan nelayan, saya sayang kepada kalian semua dan akan membantu melegakan kehidupan yang terik sekarang.

Kepada semua ketua JKKK yang telah diberi surat watikah oleh saya sebagai MB tempoh hari, teruskan usaha baik tuan tuan kerana saudara dipilih oleh rakyat. Ini telah diperkenan oleh kebawah duli yang teramat mulia Raja Muda semasa saya mengesyurkan usaha memilih ketua JKKK. RM cukup gemar dan berkenan dengan tindakan ini.

Saya kembali dengan hasrat memberikan hak kepada rakyat Perak pilih kerajaan yang kuat dan wibawa. Saya akan cuba sedaya upaya memohon perkenan Kebawah DYMM untuk bubarkan DUN Perak dan adakan pilihanraya seluruh negeri kita.

HIDUP RAKYAT. ALLAHU AKBAR

YAB DATO' SERI IR HJ MOHAMMAD NIZAR JAMALUDDIN
MENTERI BESAR PERAK DARUL RIDZUAN

13 Mei 2009 - Dari Kaca Mata Kickdefella

“Jika Nizar digulingkan menerusi undi tidak percaya dari Sidang DUN yang dipanggil oleh speaker yang dilantik BN, apa akan terjadi jika kemudiannya mahkamah memutuskan Sivakumar masih speaker yang sah, sama seperti Nizar.”

“Ini kerana Baginda telah menolak nama Idris Jusoh yang dicadangkan oleh Perdana Menteri Najib yang mahu mengangkat Idris ke dalam kabinet Malaysia. Tujuan Najib ialah untuk menenangkan Idris dan penyokongnya setelah Idris diketepikan oleh Istana dari terus menjawat jawatan MB Terengganu.”

YB. Dato’ Seri Mohamed Nizar Jamaluddin, Menteri Besar Perak yang sah akan mengadap YTM Raja Muda Perak jam 8.30 pagi ini, 12 Mei 2009.

YB. Nizar akan memaklumkan keputusan mahkamah dan berkemungkinan besar akan memohon agar Dewan Undangan Negeri Perak dibubarkan.

Berkemungkinan Dewan Undangan Negeri Perak akan dibubarkan dan berkemungkinan pada 13 Mei 2009, SPR akan mengesahkan bahawa telah menerima makluman pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak.

Jadi, mungkin 13 Mei 2009, satu nafas baru kepada demokrasi apabila melihat urusan pemilihan sesebuah kerajaan dikembalikan kepada rakyat.

Tapi mungkin 13 Mei 2009, BN akan cuba memanggil satu sidang DUN tergempar menerusi Speaker yang dilantik oleh ADUN BN, Dato’ Ganesan supaya satu usul undi tidak percaya dapat dibuat terhadap YB. Nizar. BN pasti menang.

Tetapi apakah ini akan menyelesaikan masalah? Speaker asal, YB. Sivakumar yakin dia masih Speaker yang sah. Bererti Sivakumar pasti akan mendapatkan perintah mahkamah bagi memastikan kepentingannya dan Pakatan Rakyat terbela.

Jika Nizar digulingkan menerusi undi tidak percaya dari Sidang DUN yang dipanggil oleh speaker yang dilantik BN, apa akan terjadi jika kemudiannya mahkamah memutuskan Sivakumar masih speaker yang sah, sama seperti Nizar.

Persoalan pertama, sanggupkah BN hidup dengan persepsi suka bertindak mengikut undang-undang rimba sehingga menyusahkan semua pihak.

Kedua, sanggupkah bekas MB haram BN, YB. Zambry terus bergelumang dengan lawak borianya dan berdepan dengan kemungkinan kehilangan jawatan MB kali kedua menerusi proses perundangan?

Keputusan untuk menamatkan segala ketidak ketentuan ini terletak pada kuasa istana Perak.

Krisis UMNO Terengganu dengan YDP Agong

Istana tidak boleh mengharapkan UMNO untuk membelanya. Lihat sahaja apa yang sedang berlaku di Terengganu.

Dikhabarkan, Idris Jusoh amat geram dengan DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong.

Ini kerana Baginda telah menolak nama Idris Jusoh yang dicadangkan oleh Perdana Menteri Najib yang mahu mengangkat Idris ke dalam kabinet Malaysia. Tujuan Najib ialah untuk menenangkan Idris dan penyokongnya setelah Idris diketepikan oleh Istana dari terus menjawat jawatan MB Terengganu.

Akibat penolakkan oleh Istana itu, Idris nekad mahu menggulingkan Ahmad Said Menteri Besar pilihan Istana Terengganu. Maka berlakulah apa yang kita semua tahu sehinggakan hari ini waran tangkap dikeluarkan ke atas bekas setiausaha politik Idris Jusoh sewaktu beliau menjadi MB Terengganu.

Sekali lagi polemik politik UMNO telah mencemarkan Istana.

Mengapa UMNO tidak mengambil tindakan kepada Idris Jusoh dan YB-YBnya yang tidak henti-henti menderhaka. Tidak cukup memanggil Tuanku YDP Agong sebagai ‘Natang’ atau ‘animal’, hari ini mereka mahu pula mengajar Tuanku.

Raja Nazrin perlu mengambil langkah penting mempertahankan sendiri kedaulatan Raja-Raja dengan menyerahkan hak kembali kepada rakyat. Insyaallah, istana Terengganu akan menyusur kemudian jika ada yang berani memulakannya.

Kedaulatan sebenar terletak pada kesetiaan dan cinta rakyat pada Baginda Tuanku.

Yang patut harus disegerakan. Yang muda memimpin yang tua.


edyes wrote:

Bagaimana sidang usul tidak percaya akan berlaku bersama speaker yang haram? Kalau MB yang dilantik hasil dari undang-undang rimba itu haram, sudah tentu speaker undang-undang rimba juga HARAM!

UMNO dan Najib dah salah langkah. Mengheret speaker yang masih sah adalah satu daripada undang-undang rimba barbarian !

Monday, May 11, 2009

Pemecah Berita : Keluar kau Zambry dari pejabat MB !

Mahkamah memutuskan menteri besar BN Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan enam exconya mengosongkan dengan kadar segera pejabat mereka - di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh.

Penting : Mahkamah Berat Sebelah?


Biasanya barua-barua UMNO akan reply dengan satu ayat yang menyakitkan hati berikutan kemenangan Nizar di Mahkamah Tinggi.


Mereka akan katakan bahawa kita telah menuduh mahkamah berat sebelah dan bias kepada kerajaan.

Harus mereka ingat, Perak adalah tempat di mana satu kerajaan negeri telah dijajah sesuka hati mengikut acuan rekaan yang membelakangkan fakta, sejarah dan undang-undang tubuh negeri DENGAN di bantu oleh Sutan-sutan yang punya kepentingan tersendiri.

Tertubuhnya kerajaan Pakatan Rakyat negeri perak dengan demokrasi. Bagaimana pula tertubuhnya kerajaan BN di Perak tanpa melalui pembubaran DUN dan tanpa melalui apa-apa persidangan DUN. Jadi adakah saudara nampak perbezaan antara demokrasi sebenar dan demokrasi ikut suka hati?

Apabila di mahkamah, hujah perhitungan di antara dua MB adalah melibatkan fakta yang termaktub, iaitu merujuk kepada undang-undang tubuh negeri yang sah. Bukan sekadar menunjukkan surat pengambilan kuasa yang ditandatangani oleh sutan-sutan. Sudah tentu apabila undang-undang tubuh negeri dirujuk, kita akan dapat melihat di mana satu pihak itu mempunyai cubaan rampasan kuasa secara kasar dengan bantuan sutan Gamuda. Akhirnya Nizar dinobat oleh Mahkamah Tinggi sebagai MB Perak yang sah.

Berbanding dari kes-kes kelabu seperti pembunuhan Alhantuya, sudah tentu tiada fakta yang tidak direka. Dalam kes perebutan kuasa di Perak, fakta undang-undang tubuh negeri yang tidak boleh direkayasa itu dirujuk sepenuhnya

Walaupun mempunyai majoriti sokongan di dalam DUN Perak, namun tanpa persidangan dan tanpa usul tidak percaya, bagaimanakah sebuah kerajaan dan seorang MB itu dapat dijatuhkan?

Fikir-fikirlah, negara ini bukan mak bapak UMNO yang punya, bagaimana mereka boleh buat undang-undang ikut suka?


Nizar MB Perak Yang SAH!!!

Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan Nizar sebagai MB Perak yang SAH !

Takbir !!

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini mengisytiharkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah, bukannya Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Keputusan itu dibacakan Hakim Mahkamah tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas), Datuk Abdul Aziz Abd Rahim, di sini, sebentar tadi.

Nizar sebelum ini mengemukakan semakan kehakiman untuk mendapatkan pengisytiharan mahkamah bahawa beliau masih Menteri Besar Perak yang sah.

Bagaimanapun, keputusan itu masih belum muktamad kerana pihak yang kalah boleh mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan.

Mohammad Nizar memfailkan semakan kehakiman itu pada 13 Februari lalu, memohon perintah injunksi bagi menghalang Zambry, yang dilantik Menteri Besar pada 6 Februari lalu, atau ejennya daripada menjalankan tugas sebagai Menteri Besar.

Mohammad Nizar juga memohon perintah supaya Zambry memberikan tunjuk sebab bagaimana dan mengikut dasar atau kuasa apa beliau berhak memegang jawatan itu.

Beliau turut memohon perisytiharan mahkamah, Zambry bukanlah Menteri Besar Perak dan tidak berhak menjawat jawatan itu.

Selain itu, Mohammad Nizar juga memohon mendapatkan takrif mengenai Perkara 16 (6) Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak (UTKP) sama ada jawatan Menteri Besar boleh dikosongkan.

Pada 6 Februari lalu, Zambry mengambil alih pucuk pimpinan negeri Perak selepas Barisan Nasional (BN) mendapat sokongan 31 Adun berbanding 28 Adun bagi Pakatan Rakyat (PR).

Sokongan kepada BN bertambah selepas Jamaluddin Mohd Radzi (PKR-Behrang), Mohd Osman Mohd Jailu (PKR-Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (DAP-Jelapang) keluar parti masing-masing untuk menjadi Adun Bebas serta menyokong BN.




yang haram tetaplah haram.. dari MB haram sampai speaker haram!

KITA HERET SPEAKER GANESEN KELUAR !!!!

tapi baru saya tersedar, kita bukan bangsa barbarian macam UMNO... kita jangan heret ganesan, just halau ajer.... ok tak?

Friday, May 8, 2009

Pemimpin Hindraf Antara yang dibebas dari ISA

Terima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana prihatin terhadap rakyat dan wakil rakyat di negara ini.

Selepas digugat dengan beberapa siri pilihanraya, keputusan yang positif akhirnya diambil oleh kerajaan Najib.

Sememangnya pembebasan ini adalah bagi mengelak sebuah lagi pilihanraya selepas PRK Penanti. Ini adalah salah satu kebijaksanaan pemimpin bernama Anwar. Strategi serampang beberapa mata yang akhirnya membuahkan hasil.

Apapun, terima kasih kerana membebaskan mereka yang ditahan tanpa bicara. Baik orang PR mahupun BN, tidak sepatutnya disumbat tanpa bicara...


Undang-Undang Persetubuhan Negeri Perak


Penahanan 64 orang termasuk 4 ahli parlimen dan 5 ahli dewan undangan negeri di Ipoh akan selama-lamanya dirakamkan dalam lipatan sejarah negara ini sebagai lambang kepada perjuangan rakyat menegakkan demokrasi dan menjaga keluhuran Perlembagaan di negara ini. Kepada Tuan Speaker Sivakumar dan semua Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat Negeri Perak, riwayat perjuangan anda semua akan selamanya tercatat dalam episod perjuangan menuntut Perubahan. Keberanian tuan-tuan semua berdepan dengan kekuasaan sesungguhnya menyempurnakan makna sebenar seorang wakil rakyat.

Saya nukilkan bait sajak ini sebagai tanda kagum kepada saudara seperjuangan semua:

“…Dan bara kagum menjadi api
Di depan sekali tuan menanti
Tak gentar. Lawan banyaknya seratus kali.
Pedang di kanan, keris di kiri
Berselempang semangat yang tak bisa mati.”

Hari ini rakyat menjadi saksi betapa rakusnya kerajaan barisan nasional-umno untuk terus kekal berkuasa, sehingga sanggup mencemar kemuliaan sidang Dewan Undangan Negeri serta mencabuli sistem Raja Berperlembagaan. Maka terbuktilah, bukan sahaja kepada rakyat Perak, malah kepada seluruh rakyat Malaysia, dendangan perubahan perdana menteri yang baru tidak lebih dari sandiwara lapuk. Justeru mereka bergantung kepada kekerasan sehingga sanggup mengheret keluar Speaker Sivakumar keluar dari dewan. Apabila terdesak dan mengetahui rakyat tidak bersama mereka, Demokrasi dan keluhuran Perlembagaan diinjak-injak sedemikian rupa.

ANWAR IBRAHIM


Thursday, May 7, 2009

Kenapa Kejadian Ragut Makin Menjadi-Jadi?

A) Sebab pakcik polis berkumpul beramai-ramai di Ipoh perak?

B) Sebab pakcik polis sibuk dok heret speaker DUN Perak keluar dari dewan?

C) Sebab UMNO dah tak releven untuk memerintah negara ini?

D) Sebab inilah tanda-tanda akhir zaman pemerintahan zalim Barisan Nasional?

E) Semua di atas


sila jawab soalan objektif ini dalam masa beberapa detik dari sekarang...

( tips: jawapan paling tepat adalah yang paling HITAM sekali)

BUBARKAN DUN PERAK SEGERA!!


Kami rakyat benci dengan apa yang telah berlaku !!!

Kami rakyat sudah mual dengan sandiwara cilaka yang dimainkan demi merebut kuasa!

Mengapa Perak yang sebelum ini aman diperintah Pakatan Rakyat kini menjadi huru hara?

BUBARKAN DUN PERAK SEGERA!!!! INI SAHAJA JALANYA !!!

YA ALLAH, IZINKAN AKU MELIHAT KEHANCURAN UMNO DAN BN, DAN TUMBANGNYA PEMERINTAHAN ZALIM PEMIMPIN RASUAH, DALAM HAYATKU!

AMIN


HIDUP YANG SEKALI INI BIARLAH BERBALOI!


Cis !! dah ada yang bertumbuk !! SIAL punyer BN!

IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pembangkang tidak menghormati Pemangku Sultan Perak, Raja Dr Nazrin Shah, semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini.

Malah, kata Zambry, Adun pembangkang bersikap samseng dengan menumbuk ahli Exco, Datuk Dr Mah Hang Soon, semasa di dalam Dewan.

Beliau memberitahu pemberita demikian ketika ditemui selepas sidang DUN Perak berhenti rehat selama sejam sebentar tadi.



BN dan UMNO adalah punca pergolakkan Negeri Perak !!!


Kuasa Speaker DUN ? NEGARA IKUT SUKA BN !!!

Tindakan tersebut bermakna Speaker - yang mempunyai kuasa tersendiri dalam cabang legislatif - tidak mengiktiraf keputusan mahkamah yang telah membatalkan penggantungan yang dibuat oleh DUN.

Persidangan DUN Perak yang dinanti-nantikan - menentukan hidup mati pentadbiran menteri besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan kestabilan kerajaan pencabarnya Datuk Zambry Abd Kadir - bermula seawal menjelang subuh hari ini apabila sekumpulan penyokong PAS mengadakan solat hajat di Manjoi, beberapa kilometer dari pusat bandar Ipoh.

Berikut perkembangan terkini di Perak:

11.59am Tidak pasti bila Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah akan masuk ke dewan untuk merasmikan pembukaan persidangan DUN Perak.

Kedua-dua kumpulan wakil rakyat BN dan Pakatan sedang menunggu di dalam dewan. Tiada lagi pertikaman lidah seperti sejak dua jam lalu. Mereka sedang menunggu.

11.22am V Sivakumar, speaker Pakatan, memulakan semula persidangan DUN walaupun R Ganesan, speaker BN, menangguhkannya sebentar tadi.

perak state assembly chaos in the assmbly between speakers and state reps 070509 04Walaupun tanpa mikrofon, Sivakumar tetap meneruskan arahannya yang awal agar tujuh ADUN BN termasuk menteri besar mereka Zambry dan tiga wakil bebas meninggalkan dewan.

Jika mereka enggan berbuat demikian, beliau enggan memulakan persidangan tersebut.

Kedua-dua pihak bertikam lidah sekali lagi dari tempat duduk masing-masing, tidak seperti tadi.

Wakil-wakil rakyat Pakatan berkumpul di sekeliling menteri besar mereka Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan berbincang dengan mereka tindakan selanjutnya.

Kedua-dua pihak masih bertegang leher tetapi tidak sehangat tadi.

11.13am Zambry membawa usul agar persidangan dewan ditangguhkan dan ia diluluskan. Persidangan dewan ditangguhkan, kata Ganesan.

Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah yang dijadualkan membuka secara rasmi persidangan hari pertama belum boleh memasuki dewan.

11.01am Wakil-wakil BN berdiri mengelilingi timbalan Speaker, Hee Yit Fong dan menteri besar mereka Zambry.

Mikrofon Speaker kini dimatikan tetapi mikrofon depan Hee dan Zambry masih berfungsi walaupun telah dimatikan sebelumnya.

Dengan perlindungan kumpulan ADUN BN itu, Hee mengumumkan beliau kini sebagai pemangku Speaker dan mengarahkan pengawal keselamatan dewan menghalau V Sivakumar daripada kerusi Speaker.

Mereka bagaimanapun tidak bertindak mematuhi arah tersebut.

Kemudian Zambry mengusulkan Sivakumar digugurkan sebagai Speaker dengan sokongan tangan semua ADUN BN. Zambry kemudian membawa usul melatikan R Ganesan sebagai Speaker baru.

Dengan cepat Ganesan datang dan menerima pakaian rasmi Speaker, memakainya, mengangkat sumpah dan menandatangani beberapa dokumen berkaitan di tempat ADUN BN.

Sivakumar masih duduk bertahan di kerusinya, sambil menjerit "Speaker (Ganesan) ini haram", "selagi Speaker ada di sini, Speaker ini (Ganesan) adalah haram" dan "Perak ada Speaker haram."

Ganesan kini cuba mengambil alih perjalanan dewan dan wakil-wakil BN membawa beberapa usul lagi.

Sivakumar kemudian bangun semula dan mengumumkan - tanpa mikrofon - semua usul yang dibawa sebentar tadi ditolak oleh beliau sebagai Speaker.

ADUN Pakatan bersorak gembira. Kumpulan wakil rakyat BN mengabaikan arahan Sivakumar, dan meneruskan dengan usul bahawa perhimpunan di bawah pokok, pada awal Mac, anjuran Pakatan Rakyat sebagai tidak sah.

10.35am Kedua-dua kumpulan wakil rakyat BN dan Pakatan terus bertegang. Speaker terus mengulangi bahawa usul yang dibawa Zambry untuk menggantikan beliau terbatal dan tidak sah, sementara menteri besar BN itu tetap bertegas Speaker itu telah diganti.

perak state assembly chaos in the assmbly between speakers and state reps 070509 02Speaker mengarahkan pengawal keselamatan dewan menghalau keluar tujuh wakil rakyat BN, termasuk Zambry, dan tiga bebas. Pengawal bagaimanapun enggan berbuat demikian.

Kedua-dua pihak berkerumun di kerusi menteri besar di dalam dewan dan terus bertikam lidah. Setiausaha dewan cuba campur tangan tetapi ADUN Pakatan mengawalnya, sementara Speaker tidak melayannya.

Zambry cuba mengumumkan Speaker telah ditukar tetapi tetapi semua mikrofon ADUN telah dimatikan kecuali di depan Speaker. Setiap kali Zambry cuba bersuara, ADUN Pakatan Rakyat membuat bising.

Suasana tegang berlanjutan.

Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah yang dijadualkan membuka secara rasmi persidangan tersebut belum boleh memasuki dewan akibat ketegangan tersebut.

10.20am Suasana kecoh di dalam dewan apabila kedua-dua kumpulan wakil rakyat BN dan Pakatan Rakyat masing-masing bangun untuk campur tangan keputusan Speaker, V Sivakumar.

perak state assembly chaos in the assmbly between speakers and state reps 070509 01Sekumpulan ADUN Pakatan menghalang setiausaha dewan Abdullah Antung - yang juga digantung tugasnya - duduk di depan Speaker untuk memulakan persidangan.

Mereka menggesa Abdullah agar tidak campur tangan dengan alasan beliau hanya seorang kakitangan kerajaan.

Tindakan itu mendorong wakil-wakil rakyat BN bangun dan turut berhujah. Kedua-dua pihak saling bertengkar dan menjerit-jerit. Suasana dewan menjadi tidak tentu hala.

Bagaimanapun tiada pergaduhan fizikal berlaku.

Menteri besar BN Datuk Zambry Abd Kadir cuba berkata sesuatu tetapi Speaker menjawab bahawa beliau enggan mendengarnya. ADUN-ADUN Pakatan juga cuba menghalang Zambry bercakap.

Menteri besar BN cuba membawa usul menggantikan Speaker tetapi ditolak.

mujahid rawa10.19am Dua ahli parlimen Pakatan Rakyat ditahan polis berdekatan DUN Perak kerana memasuki kawasan larangan polis 500 meter dari bangunan tersebut.

dr jeyakumar 180108Wakil rakyat PAS bagi Parit Buntar, Mujahid Yusof Rawa dan wakil PSM bagi Sungai Siput, D Jeyakumar antara ADUN dan ahli parlimen pembangkang yang telah ditahan.

9.55am Speaker DUN V Sivakumar mengarahkan Menteri besar BN Datuk Zambry Abd Kadir dan enam exconya - yang digantung oleh jawatankuasa khas dewan tersebut - keluar.

Beliau enggan memulakan persidangan jika ketujuh-tujuh itu enggan mematuhi arahannya. Wakil-wakil Pakatan Rakyat menepuk meja sebagai tanda sokongan.

Tindakan tersebut bermakna Speaker - yang mempunyai kuasa tersendiri dalam cabang legislatif - tidak mengiktiraf keputusan mahkamah yang telah membatalkan penggantungan yang dibuat oleh DUN.

Sivakumar, yang mengetuai jawatankuasa hak dan kebebasan DUN Perak, juga mengarahkan tiga ADUN bebas meninggalkan dewan.

Ketiga-tiganya dianggap telah meletakkan jawatan awal Februari lalu, sebelum rampasan kuasa BN.

Wakil-wakil Pakatan Rakyat menepuk meja dan menjerit "keluar" ke arah 10 ADUN tersebut, tetapi mereka masih berdegil.

ADUN Pakatan dan BN masing-masing menjerit ke arah satu sama lain.

Speaker DUN terus mengarahkan 10 ADUN itu meninggalkan dewan. Kedua-dua pihak BN dan Pakatan masih saling jerit-menjerit ke arah satu sama lain.

salahuddin ayub 019.45am Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub, yang juga ahli parlimen Kubang Kerian, ditahan polis di belakang bangunan utama pentadbiran Perak - yang menempatkan DUN.

9.30am Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah tiba untuk memeriksa perbarisan di luar dewan DUN.

Kedatangan baginda disambut dengan rasa hormat semua ADUN Pakatan Rakyat, mereka semua berdiri, tidak seperti sikap mereka terhadap Menteri besar BN Datuk Zambry Abd Kadir yang tidak menerima penghormatan itu.

ampang mp zuraida arrested ipoh 070520099.24am Menteri besar BN Datuk Zambry Abd Kadir tiba untuk memeriksa perbarisan di luar dewan DUN sebelum pembukaan rasmi sidang.

Beliau berjabat tangan dengan Speaker DUN V Sivakumar, juga seorang ADUN DAP bagi Tronoh.

9.23am Bilangan anggota polis yang kebanyakan berpakaian biasa - dalam vest kuning bertulisan "polis" - semakin ramai di bangunan Umno.

Suasana tenang, helikopter kelihatan mengawal dari udara.

9.00am Ahli parlimen PKR-Ampang, Zuraida Kamaruddin [foto, serba hitam] dan ADUN Ayer Keroh (Melaka) Khoo Poay Tiong - yang ditahan - dibawa di dalam trak polis.

Mereka menjerit "1Black Malaysia", "bubar DUN" dan "reformasi."

janice lee smiling arrested ipoh 070520098.50am Sekurang-kurangnya 11 orang ditahan polis, termasuk ahli parlimen PKR-Ampang, Zuraida Kamaruddin, ADUN Teratai (Selangor) Janice Lee [foto, tersenyum] dan ADUN Ayer Keroh (Melaka) Khoo Poay Tiong.

8.40am Semua lebih kurang berada di perkarangan lobi bangunan Umno Perak, beberapa kilometer dari bangunan DUN. Sepanduk yang direntang berbunyi, antaranya, "kami anti penderhaka, pertahankan hak rakyat, biarkan DUN bersidang dengan aman."

Mereka juga melaungkan "daulat tuanku."

8.35am Mohamad Nizar dan semua ADUN Pakatan masuk ke Bangunan Perak Darul Ridzuan. Semua pengawal peribadi mereka disekat masuk di pintu utama. Pemandu dibenarkan masuk.

perak state assembly police blockade and arrest of opposition mps and ngo reps 070509 138.30am Semua ADUN Barisan Nasional tiba di Bangunan Perak Darul Ridzuan dalam sebuah bas. Mereka disambut oleh sekumpulan penunjuk perasaan yang berpakaian hitam di luar bangunan tersebut - yang menempatkan DUN Perak.

Tiga orang ditahan polis, termasuk ADUN Ayer Keroh (Melaka) Khoo Poay Tiong.

7.55am Kira-kira 100 penyokong BN berkumpul di bangunan Umno, beberapa kilometer dari bangunan DUN Perak.

7.45am Kawalan keselamatan ketat di Bangunan Perak Darul Ridzuan - yang menempatkan DUN Perak - bagi menghadapi sebarang kemungkinan pada hari pertama persidangan yang akan dibuka secara rasmi oleh Raja Muda Perak.

sumber malaysiakini

Wednesday, May 6, 2009

Kickdefella : Kepimpinan Ulamak Perjuangan Hidup Mati UMNO

oleh sheikh kickdefella

Tetapi cita-cita Tok Guru Nik Aziz amat merisaukan UMNO dan mesti digagalkan. UMNO mesti memastikan supaya imej PAS tetap sebagai imej Tok Lebai Kampung. UMNO mahu PAS terus dengan imej penceramah agama yang bercakap bersembur-sembur dan menakutkan orang yang belum tinggi pengetahuan agamanya dari mendekati mereka.

UMNO akan pertahankan bermati-matian Kepimpinan Ulamak di dalam PAS demi masa depan UMNO dan Barisan Nasional. Atas tujuan itulah, Utusan Malaysia diarahkan menjadi lidah rasmi bagi golongan Pro UMNO di dalam PAS.

Tiada perpecahan di dalam PAS dan PAS tidak berpecah kepada golongan Ulamak dan golongan Profesional seperti yang digembar-gemburkan. Meminjam kata-kata Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz, apa yang ada hanyalah Ulamak-Profesional. Iaitu, golongan ulamak yang juga berkebolehan tinggi dalam profesion masing-masing dan golongan profesional yang juga ulamak didalam bidang mereka.

Apakah itu ulamak dari sudut bahasa? Apakah itu definasi ulamak dari sudut agama? Jadi jelaslah jika di ambik dari konteks jawapan Tok Guru Nik Aziz, para pemimpin PAS hari ini bukanlah pemimpin yang jahil dan tidak berpengetahuan terutama di dalam bidang agama dan hukum walaupun itu bukanlah kepakaran mereka.

Tidak seperti di dalam UMNO dimana hanya pemimpin mereka yang berpendidikan formal dalam bidang agama sahaja berpengetahuan luas dalam bidang agama dan boleh diharapkan untuk bercakap soal agama tetapi, di dalam PAS, tak kira apa kelayakan ijazah pertama, atau ijazah sarjana pemimpinnya, semua telah melalui satu proses yang sungguh rejimental dan menjadikan mereka amat luas pengetahuannya didalam bidang agama.

Sebab itulah kadang-kadang Tuan Guru sendiri secara peribadi meminta pemimpin PAS yang bukan berkelulusan bidang agama menggantikannya mengajar agama di kuliah Jumaatnya di Medan Ilmu.

Di dalam ucapan-ucapannya, Tuan Guru sering mengulangi bertapa dia bercita-cita mahu pegawai-pegawai tertinggi Kerajaan Negeri Kelantan kelak dipimpin oleh profesional yang juga al hafiz dan dalam ilmu pengetahuan agamanya. Sehinggakan Tok Guru sendiri memuji seorang Pegawai Tinggi Polis Kelantan kerana membaca khutbah Jumaat.

Maka amatlah gembira dan sejuk hati Tok Guru bila pemimpin-pemimpin PAS yang berkelulusan undang-undang, perubatan dan ekonomi boleh mengajar agama kepada masyarakat. Maka lahirlah generasi Ulamak-Profesional, Profesional-Ulamak didalam PAS.

Tetapi cita-cita Tok Guru Nik Aziz amat merisaukan UMNO dan mesti digagalkan. UMNO mesti memastikan supaya imej PAS tetap sebagai imej Tok Lebai Kampung. UMNO mahu PAS terus dengan imej penceramah agama yang bercakap bersembur-sembur dan menakutkan orang yang belum tinggi pengetahuan agamanya dari mendekati mereka.

UMNO takut PAS akan keluar dari kepompong imej itu. UMNO mahu PAS hanya terus disokong oleh golongan yang mahu ke ‘syurga’ semata-mata.

Oleh yang demikian, UMNO perlu pastikan Ulamak-Profesional, Profesional-Ulamak yang dikata Tok Guru tidak berjaya melangkah ke puncak kepimpinan PAS. Apalagi jika Ulamak-Profesional, Profesional-Ulamak ini dilihat sebagai tokoh yang berkaliber oleh semua lapisan masyarakat baik Melayu atau bukan Melayu, baik Islam atau bukan Islam.

Hanya dengan memastikan golongan ini tidak menerajui jawatan-jawatan tertinggi dalam PAS, UMNO akan dapat mengekalkan kedudukannya sebagai parti induk orang Melayu.

Sejak 8 Mac 2008, PAS buat pertama kalinya telah berjaya menikmati sokongan kuat pengundi-pengundi bukan Melayu dan pengundi-pengundi Melayu urban dan muda. Dua faktor utama mengapa ini berlaku ialah pertamanya imej yang dibawa oleh Tok Guru Nik Aziz dan kepimpinannya telah mula tersebar keluar menerusi jaringan teknologi komunikasi moden hari ini. Kalau sebelum ini UMNO berjaya memberi persepsi bahawa kepimpinan PAS di Kelantan amat daif dan amat mengerikan kepada bukan Islam dan anak-anak muda, dengan kemodenan teknologi komunikasi hari ini, UMNO tidak lagi mampu menyekat pengaliran informasi tulen dari terus ke khalayak. Orang-orang bukan Islam dan anak-anak muda mula jatuh hati dengan Tok Guru yang bagi mereka suatu ciptaan yang indah di dunia ini.

Faktor keduanya ialah bangkitnya pemimpin-pemimpin baru dari PAS yang berjaya memberi persepsi segar kepada masyarakat massa. Pemimpin yang bagi mereka bijak, bertamadun tinggi dan bersikap terbuka. Pemimpin-pemimpin ini telah berjaya membuat mereka tidak lagi takut kepada Islam seterusnya menerima PAS bukan sebagai parti yang terdiri daripada golongan ektremis dan fanatik agama sebaliknya, Parti yang akan membawa harapan baru kepada mereka yang mahukan kerajaan yang bersih, jujur dan bertanggungjawab.

Jika orang-orang bukan Islam sudah boleh mempercayai PAS, sudah tentu lebih mudah bagi orang-orang Islam dan Melayu untuk menerima PAS. Ini tidak mungkin boleh dibenarkan berlaku oleh UMNO. Oleh itu UMNO perlu membantu segelintir dalam PAS untuk mendefinasikan semula Kepimpinan Ulamak dan UMNO perlu memberi persepsi kepada Masyarakat bahawa PAS adalah parti yang kolot.

Cerdik pandai dalam ilmu dunia tidak akan mungkin meneraju PAS kerana PAS adalah parti untuk akhirat semata-mata. Itulah slogan yang UMNO mahu dari PAS. Oleh itu, mereka yang masih mahu hidup di dunia ini seperti mereka akan hidup seribu tahun lagi tidak akan mengundi PAS. Hanya mereka yang merasakan mereka akan mati esok hari sahaja yang perlu mengundi PAS. Itulah tugas Utusan Malaysia.

Muktamar PAS pada Jun ini adalah peluang terakhir bagi UMNO untuk mengekalkan ketuanan UMNO mereka. UMNO perlu menyakinkan perwakilan PAS untuk mengekalkan status quo dan melantik mereka yang ‘UMNO friendly’ and ‘Malay Unity friendly’ ke singgahsana.

Sebabnya ada dua. Pertama ialah kemungkinan penyatuan antara UMNO dan PAS boleh berlaku tidak kira didalam apa bentuk demi mengekalkan ketuanan UMNO. Jika ada persefahaman antara UMNO-PAS, UMNO akan dapat mengelak daripada bersemuka dengan PAS didalam PRU 13 kelak. Oleh itu berterusanlah status quo. UMNO selamanya akan lebih besar dari PAS dan selamanya agenda Melayu akan lebih besar dari agenda Islam.

Namun, jika ini tidak perlaku, tidaklah satu kerugian bagi UMNO, kerana UMNO telah berjaya membantu mengembalikan jenama lama kepada PAS. PAS bukan lagi tempat harapan masa depan bagi mereka yang tidak berpendidikan formal agama. Maka imej lama PAS sebagai parti ustaz dan lebai akan kembali semula. Mana-mana pemimpin muda yang istimewa bakatnya tetapi tidak berpendidikan formal dalam bidang agama juga mungkin merasakan PAS bukan parti yang sesuai untuk mereka masuki kerana masadepan mereka takkan ke mana.

Hari-hari yang akan datang merupakan detik-detik penting didalam proses pemulihan semula UMNO dan hari-hari yang amat meletihkan kepada wartawan dan penyunting Utusan Malaysia.


[Bonus]

Imam dipecat setelah seru kerajaan berlaku adil !

kemaskini 5.49pm Seorang imam di Bukit Damansara dipecat setelah menyampaikan khutbah Jumaat yang menyeru kepada "pemerintahan adil, telus dan cara yang betul" pada Februari lalu.

Shamsul Firdaus menerima surat pemberhentian kerja semalam setelah mengambilnya di pejabat pos berdekatan.

Dalam surat bertarikh 30 April, imam itu ditamatkan perkhidmatannya mulai 1 Mei kerana majikan berhak berbuat demikian menurut Seksyen 12 (1) Akta Pekerjaan.

Tiada alasan pemecatan dinyatakan dalam surat tersebut yang ditandatangani pengerusi Masjid Saidina Omar Alkhattab, katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Sebelum ini, beliau digantung daripada menyampaikan khutbah antara 1 Mac hingga 30 April oleh pentadbiran masjid itu tanpa sebarang siasatan dalaman walaupun beliau memohon berbuat demikian.

Beliau difahamkan, tindakan tersebut diambil susulan bantahan seorang ahli parlimen BN yang menetap berhampiran masjid tersebut - beberapa ratus meter dari rumah lama Datuk Seri Anwar Ibrahim di Jalan Setiamurni 8 - yang mendengar khutbah.

Shamsul juga mengucapkan terima kasih kepada Anwar yang menghubungi seorang ahli jawatankuasa masjid itu semalam, yang tidak dinamakan, dan meninggalkan pesan kepadanya supaya bersabar.

Mengulas lanjut isi khutbah yang dipertikaikan itu, Shamsul berkata, beliau hanya "menambah sedikit" mesej "pemerintahan adil, telus dan cara yang betul" dalam khutbah kedua kerana perkara itu biasa dilakukan oleh khatib.

Tambahnya, dalam khutbah pertama, beliau membacakan teks penuh yang dibekalkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berjudul "Petunjuk dari Kesesatan" tanpa sebarang tokok tambah.

Selama kira-kira 10 tahun berkhidmat di masjid berkenaan sejak 1 Disember 1998, Shamsul mendakwa tidak pernah mendapat teguran daripada ahli kariah kawasan itu.

Beliau juga berkata tidak pernah aktif dalam politik pembangkang yang mungkin menyebabkan beliau dikenakan tindakan.

"Sokong-sokong itu biasalah," tambahnya, sambil mendakwa inilah kali pertama imam dipecat di masjid itu.

Ditanya sama ada beliau berhajat merayu atau mengambil tindakan undang-undang terhadap majikannya kerana "yakin berada di pihak yang benar", Shamsul berkata:

"Saya tidak hendak panjangkan lagi (perkara ini). Saya pun bercadang hendak buat kerja lain."

Bapa kepada dua anak itu dikehendaki mengosongkan rumah imam di Medan Damansara -milik masjid itu – yang didudukinya dalam tempoh tiga bulan. Beliau bagaimanapun bercadang berpindah Jun ini.

Shamsul berstatus imam lantikan masjid dan bukannya kakitangan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) seperti dua lagi imam di masjid itu. - mkini

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan