Wednesday, February 25, 2009

Atuk Rantau Meninggal

(gambar budak adalah gambar anak sulung saya)

Assalamualaikum,

Saya berasa amat sedih kerana kehilangan seorang atuk.

Saya ada banyak atuk, tapi inilah atuk yang paling saya sayang sekali... atuk ini adalah adik ipar wan saya (yang juga telah meninggal dunia). Tinggallah seorang lagi wan saya iaitu isteri kepada Atuk yang meninggal ini.

saya ada banyak atuk, tapi atuk ini lah yang paling saya sanjung. Namanya Khamis, bin nya saya lupa. Tok Siak(bilal?) di Masjid di rantau.

Saya nak balik kampung, rantau. Alfatihah...


[UPDATE]

Semalam saya balik, jenazah baru nak dimandikan... sempat saya mandikan sekali... saya lihat jenazah atuk yang tersenyum... seperti mana arwah tersenyum setiap kali saya balik rantau...

Sedih... atuk sebut nama saya 2 hari sebelum dia pergi... pagi dia meninggal tu pun dia sebut lagi, rindu...

Saya hutang banyak cerita dengan atuk, pasal kemenangan Pakatan do PRK K.Terengganu, pasal kejadian rampasan kuasa di Perak. Saya selalu update pada atuk saya yang tiada access internet tu...

Anak dia, orang kuat Tok Mat. Selalu kalau anak dia ada, kami bercerita tentang perkara lain, bila anak dia ke depan, baru kami cerita fasal politik... Sedih... atuk tak sempat merasai kejatuhan UMNO dan BN, tapi sekurang-kurangnya melihat kebangkitan luar biasa 8 Mac...

Masuk waktu Asar, Azan berkumandang.... suasana menjadi semakin sedih, tok imam tak dapat menahan perasaan, teresak di mimbar... suasana pilu kerana, tiada lagi azan oleh atuk saya selepas ini...

Ramai yang hadir... exco pun ada... sewaktu talkin dibacakan, hari mendung seribu bahasa... hujan turun sebaik sahaja orang mula beredar....

aku redho... rasa bersalah tetap ada... membiarkan atuk kerinduan... aku redho...

Semoga Allah mencucuri rahmat kepadanya... dan semoga Allah menempatkan beliau di tempat yang dikasihiNya...

Al-Fatihah...

Tuesday, February 24, 2009

Risiko Kerajaan Mee Segera - Malaysiakini


Oleh Mohd Rashidi Hassan

Walaupun Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dirampas jawatannya, dihalang masuk ke pejabat, disuruh memulangkan kereta dan rumah rasmi, belum tentu Dato’ Dr Zambry Abdul Kadir dapat mentadbir dengan selesa.

Zambry tidak akan selesa kerana beliau sedar kerajaan pimpinannya, didirikan secara instant noodle (mi segera), tidak demokratik dengan bantuan pihak yang defect (berpaling tadah) dan bias (berpihak).

Pada kedudukan sekarang Pakatan Rakyat mempunyai 28 kerusi Dewan Undangan Negeri, Barisan Nasional juga ada 28. Dengan tiga orang Adun yang defect sebagai bebas tapi menyokong BN.

Media pro BN, cuba mempamerkan persepsi baik kononnya kerajaan baru yang haram itu ditegakkan secara demokratik.

Media pengampu juga memainkan isu ketuanan institusi Raja, kononnya Umno pembela ulung Raja-Raja Melayu, manakala Pakatan Rakyat cuba dilabel sebagai golongan penderhaka.

Malangnya mereka tidak boleh menipu sejarah. Banyak kes-kes penderhakaan Umno terhadap Raja. Bukan sekadar derhaka enggan meletak jawatan, malah derhaka Umno sehingga membuat pertabalan ‘Raja Palsu’.

Kes-kes penderhakaan Umno ini, insya Allah jika ada masa, akan diperincikan dalam artikel yang lain.

Apapun yang berlaku, apapun tuduhan dilemparkan ke atas Pakatan Rakyat sebagai golongan yang dipersalahkan kerana enggan patuh kepada Raja, hakikat di Perak, adalah sebaliknya.

Gambaran one sided media pengampu, tidak dapat menutup fakta dan hakikat bahawa rakyat Perak sedang menghukum pihak-pihak yang defect dan bias.

Rakyat membenci dan menempelak mereka. Adun-Adun yang berpaling tadah tidak berani menzahirkan diri dikhalayak.

Mereka dibelenggu dengan rasa bersalah sendiri kerana mengkhianati amanah rakyat dan mengheret Perak ke kancah kemelut politik yang berpanjangan.

Tiada siapa yang menggangu mereka sebenarnya, tetapi rakyat menganggap mereka seperti “anjing-anjing kurap yang memakan bangkai”.

Malah keluarga Adun DAP yang berpaling tadah turut menerima padah.

Diceritakan, ketika bapa beliau ke pasar untuk membeli sayur, peniaga-peniaga enggan menjual kepadanya.

“Dia punya luit talak laku ma..kita cakap sama dia..wa tak mau BN punya luit ma..kita tau mau juai,” kata seorang peniaga Cina yang ditemui penulis.

Mungkin sukar untuk membuktikan wujudnya rasuah sama ada dalam bentuk wang, jawatan, penghapusan kes atau saham kepada pihak yang defect dan bias ini.

Namun, media pengampu dan BN sendiri, gagal untuk menghapuskan persepsi bahawa wujud rasuah dalam proses pengambilan kuasa secara haram di Perak.

Kata lah apa pun, nafikan lah apa pun! Rakyat percaya bahawa mereka yang defect dan bias ini mempunyai kepentingan tertentu, demi kepentingan peribadi, sehingga sanggup menggadaikan prinsip perjuangan dan keluhuran undang-undang.

Tiada siapa yang menyuruh rakyat membenci mereka atau mempunyai persepsi yang sebegitu. Rakyat yang faham sendiri. Kesedaran rakyat adalah gelombang yang sukar dibendung.

Dalam kes rampasan kuasa di Perak, rakyat turut menempelak Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak, kerana terlalu gelojoh, sehingga mencetuskan persepsi, beliau akan ‘lebih rakus’ jika menjadi Perdana Menteri.

Kegelojohan beliau menimbulkan amarah penyokong Pakatan Rakyat. Sehingga ada kalangan kaum Tionghua membawa ‘colok Cina mati’ untuk menyambut kehadiran beliau pada sambutan Tahun Baru Cina di Ipoh baru-baru ini.

“Wa..nasib baik dia talak latang wo..kita olang sikalang pakai baju hitamwo..itu serupa (sambut) mati punya olang. Ini semua Cina cakap talak baik oo..ini macam kasi Nizar jatuh, serupa ‘najis’ punya olang,” getus seorang peniaga pasar besar Ipoh.

Hasil mainan politik kotor BN rakyat menganggapnya sebagai mainan politik yang amat kotor dan bahaya.

Lazimnya kekotoran dikaitkan dengan najis, sama ada ia merujuk kepada individu yang membuat onar dalam politik atau politiking menjatuhkan sesebuah kerajaan dengan cara yang tidak bermoral.

Justeru, kita orang Melayu, jangan sesekali salahkan kaum Tionghua yang pandai menggunakan istilah ‘najis’ dalam kegawatan politik negara.

Malah kita harus berbangga kerana merekalah yang memahami falsafah sastera dan perumpamaan Melayu seperti dalam novel SHIT, tulisan Sasterawan Negara, Dato’ Shahnon Ahmad.

Tetapi bukan sahaja rakyat yang bangkit menentang BN, di kalangan Umno sendiri juga, walaupun kembali memperolehi kuasa, masih terbelengu dengan politiking dalaman parti.

Menurut sumber Umno, perlantikan Zambry sendiri sebagai Menteri Besar Perak tidak dapat ‘perkenan’ mudah di kalangan pemimpin-pemimpin Umno.

Najib selaku Pengerusi Umno Perak, mahukan orang lain menjadi MB kerajaan mi segera BN.

Namun, khabarnya dengan campurtangan the one and only Khairy Jamaluddin Abu Bakar, PM Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi terpaksa bergegas ke istana pada petang itu untuk mengemukakan nama Zambry. Malam itu nama Zambry diumumkan.

Abdullah khabarnya berjaya memintas Najib. Calon dipilihan Najib diberikan jawatan Exco Kanan.

Zambry sendiri bukannya dari grup Umno tulen. Beliau dulunya adalah budak Anwar (Dato’ Seri Anwar Ibrahim) dalam Umno.

Zambry adalah aktivis ABIM dan rakan rapat bekas Ketua AMK KeADILan, Mohamed Ezam Mohd Nor, manakala Ezam adalah sekutu rapat dan ‘balaci’ Khairy. Grup ini adalah grup anti Najib.

Namun Najib masih tidak berputus asa. Beliau enggan berbicara walaupun kecewa dengan pintasan Abdullah.

Najib hanya perlu menunggu selepas Mac. Gilirannya menjadi PM dan Presiden Umno. Jika Zambry tidak mengikut ‘line Najib’ selepas ini, maka kerajaan mi segera pimpinan Zambry juga tidak lama hayatnya.

Pusing ke kiri, pusing ke kanan. Zambry akan sentiasa berada dalam keadaan tertekan kerana BN dan Umno sentiasa terbelengu dengan masalah dalaman yang kronik.

Pihak yang defect dan bias juga sedang tertekan. Ibarat ‘diluah mati mak, ditelan mati bapa.’ Mereka berada dalam keadaan buntu dan confuse.

Rakyat akan mengadili mereka. Penghalang kuasa rakyat ini akan tumbang dan dibalas dalam Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau April depan. –HarakahDaily.net

Kesilapan Teknikal : Moderate Comment

Salam hormat,

Patut lah dua tiga hari nie tiada comment dari pengunjung. Ini kerana saya dah set untuk moderate setiap comment yang masuk, tapi tak perasan bila komen dah masuk tak dipublish.

Tujuan moderate comment ini tidak lain tidak bukan, untuk menapis komen-komen yang SANGAT tidak berbudi-bahasa terutamanya dari anonymous (dan juga cik anon).

Di harap kita semua dapat sama-sama bertukar pendapat dan pandangan bersama etika seorang 'gentleman'. Blog edyesdotcom adalah untuk semua, memberi dan menerima maklumat, berkongsi maklumat, berkongsi pandangan bersama hujah2 yang kongkrit. Kerana itulah blog ini dikenali sebagai "COURT oF PUBLIC OPINION"

Kesilapan teknikal amatlah dikesali.

selingan dari the scribe A Kadir Jasin

[ANONYMOUS comments with not be entertained. When commenting, your real identity is preferred. But a suitable pseudonym is accepted. If you have to use anonymous, please print your name or pen name at the bottom of your message. Please avoid seditious, defamatory and libelous statements. Unrelated comments will not be given priority.]


Monday, February 23, 2009

Khir Toyo Dan Tempe-Tempenya - Malaysiakini

Menyebut tentang kes rasuah yang dihadapi oleh MB Khalid sehinggakan beliau didesak untuk meletakkan jawatan, saya berasa sangat jijik dengan permainan UMNO yang menggunakan SPRM demi mengekalkan kuasa dan juga bagi tujuan merampas kuasa.

Lebih mengharukan apabila kes rasuah yang disabitkan kepada MB Khalid bersangkutan dengan pemberian lembu korban terhadap rakyat di bawah parlimenya. Bukan kita nak menghalalkan sesuatu yang haram, tetapi apalah yang hendak dikira apabila daging-daging ini di agih kepada orang ramai, bukan dijual. Berbanding dengan rasuah pemimpin UMNO yang bertongkol-tongkol banyaknya.

Kononnya, SPRM telah di'upgrade' dari BPR menjadi sebuah suruhanjaya, maka tindakkan segera diambil ke atas MB Khalid bagi menunjukkan ke'efisyen'an suruhanjaya tersebut. Namun apa yang sebenarnya berlaku selama ini ialah, BPR atau SPRM hanya digunakan untuk mendakwa mereka yang tidak sehaluan dengan arus Barisan Nasional.

Jika aduan terhadap sesuatu kesalahan rasuah itu datangnya dari pembangkang, tiada langsung tindakkan yang di ambil malah tidak disiasat sekali pun. Kebalnya UMNO, kebalnya barisan nasional.

Masih kita ingat lagi, sewaktu Yong Teck Lee bersama Parti SUPPnya keluar dari Barisan Nasional, sekononyong-konyong itu jugalah BPR mengeluarkan statement kesalahan rasuah yang berlaku pada tahun 1996 yakni 12 tahun yang lalu. Mengapa perkara ini dibangkit setelah 12 tahun? kerana selama 12 tahun itu Yong Teck Lee menjadi orang penting dalam BN dan juga penyokong BN. Tetapi setelah Yong keluar dari BN, 12 tahun punya cerita pun kembali diselongkar. Politik ugut mengugut, supaya yang selebihnya takut untuk bertindak keluar BN.

Senarai kesalahan di bawah ini adalah bukan 12tahun, tetapi lebih kurang 2-3 tahun dulu punya cerita. Mengapa SPRM yang hebat lagi gah tidak mengambil sebarang tindakkan?

Sejarah Khir Toyo dan Tempe-Tempenya...


Rasuah Khir Toyo

oleh Webmaster MSK

1. Meluluskan projek pembina jalan merentasi bendang termahal, di Sekinchan, sejauh 20.5 km, bernilai RM92.5 juta kepada kontraktor yang hampir disenaraihitamkan, Meram Holdings.

Menurut taksiran JKR, kos jalan itu tidak boleh melebihi RM50 juta. Subkontraktor yang menjalan semua projek berkenaan, Cabaran Wangsa, di miliki Pua Kim An, 27 tahun, tuan rumah yang pernah disewa oleh Khir, manakala seorang lagi pengarah syarikat, Ahmad Tarmizi Tajjeury adalah kroni Khir yang juga mendapat 100 ekar tanah yang memberi keuntungan minimum RM20 juta.

2. Meluluskan tanah 400 ekar di Shah Alam, pada 20 Disember 2000 kepada empat syarikat berbeza (Layar Kekal/ Tirai Gemilang, Samasys, Usahasewa Sdn Bhd), tetapi seorang nama pengarahnya (Samsuri Rahmat) hadir dalam semua syarikat tersebut, iaitu seolah-olah Khir meluluskan tanah berpontensi tinggi itu kepada seorang sahaja.

Nilai tanah di kawasan berkenaan boleh mencapai RM1 juta untuk satu ekar. Samsuri boleh untung minimum RM300 juta dari tanah tersebut.

3. Meluluskan tanah kepada kroninya secara berulang kali dalam tempoh masa singkat. Daripada hanya dua mesyuarat Exco Kerajaan Negeri yang diambil secara rawak, iaitu pada 20 Nov. 2000 dan 4 Julai 2001, sekurang-kurangnya empat nama bertindan yang mendapat 100 ekar setiap orang, Ahmad Tarmizi Tajjeury, A.Rahman Mokhtar, Suzilawani Mustaphin dan Ali Nordin. Semua mereka ada hubungan, sama ada dengan Khir ataupun Setpol, Dr Karim Mansor. Sebahagian tanah ini telah dijual, dan pemiliknya boleh mengaut keuntungan RM200,000 seekar tanpa mengeluarkan modal walaupun satu sen.

4. Meluluskan tanah seluas 50 ekar setiap seorang kepada empat pemohon yang hanya baru berusia 20 tahun (Ahmad Azmir, Noor Ashikin, Mardhiah, Azril Yusri).Salah seorang darinya adalah anak pegawai Daerah Kuala Langat, di mana lokasi tanah itu dikesan. Difahamkan sebahagian anak-anak muda ini tidak tahu pun yang mereka mendapat tanah berkenaan kerana mereka hanya penama bagi pihak yang rapat dengan Khir. Mereka ini hanya menjadi pengarah syarikat, tidak pun sampai 40 hari sebelum Exco meluluskan permohonan mereka. Beberapa syarikat terbabit dikenal pasti mempunyai pemegang syer yang sama, yang terdiri dari dua wanita yang ketika permohonan diluluskan baru berumur 24 tahun.

5. Bagaimana Khir, pada bulan Mac 2001, hanya selepas 5 bulan menjadi MB, boleh membayar semua baki pinjaman rumahnya sebanyak RM150,000 secara tunai kepada BBMB Kajang. Kalaupun beliau tidak membelanjakan langsung elaun MBnya, beliau tidak mampu membayar semua pinjamannya itu.Rumah itu juga diubahsuai dengan kos yang besar, ini belum lagi dikira kos membina rumahnya sekarang di Simpang Lima, Tanjung karang, yang menelan belanja lebih RM300,000.

6. Menggunakan kuasa dan pengaruhnya sebagai Pengerusi PKNS untuk mendapatkan sebidang tapak banglo di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi dengan diskaun hebat, 50%. Khir berbohong di Dun Selangor pada 31 Oktober 2001 apabila mendakwa beliau tidak membeli tanah itu, kononnya kerana tidak mampu dan dia juga menafikan pernah menerima dua tawaran dari PKNS dengan harga yang berbeza-beza. Salinan pembayarannya telah diperolehi.

7. Khir memberi sumbangan peribadinya, berbentuk telur ayam, ayam dan peralatan sekolah kepada pengundi di kawasannya, di Sungai Panjang pada 25 Disember 2000. Nilainya hampir RM200 ribu. Apabila dipersoalkan dari mana sumber kewangannya, beliau, melalui akhbar Malay Mail pada 15 Januari 2001 mendakwa sumbangan ayam diperolehi dari Lintang Bistari Sdn Bhd sebuah syarikat bumiputera yang menurut Khir adalah syarikat ternakan ayam terbesar di Sungai Panjang. tinjauan menunjukkan bukan ayam atau reban tidak ada di kawasan berkenaan, malahan bulu dan tahi ayam pun tiada.

8. Pada 17-18 April 2001, meluluskan kawasan kayu balak Kompartment 78 Hutan Simpan Hulu Langat kepada Fungsi Mewah Sdn. Bhd, seluas lebih 1200 ekar. Fungsi Mewah dimiliki oleh Pua Kim Seng, adik Pua Kim An, yang mana rumahnya bersebelahan rumah sewa Khir di Sekinchan dahulu. Pua Kim An juga dikesan mendapat tanah 100 ekar di Shah Alam. Keluarga Pua ini menyumbangkan dana kewangan yang besar kepada Khir semasa kempen pilihan raya 1999 dahulu.

9.Projek membekal dan memasang paip air besi keluli MS1200mm, dari Semenyih ke Banting sejauh 37.3 km, bernilai RM82,385,182.. Projek ini terlalu mahal dari taksiran awal, yang tidak boleh melebihi RM40 juta. Dan jika sumber air diambil dari Pekan Dengkil kemungkinan jaraknya dapat dipendekkan menjadi hanya 20 km dan ini lebih menguntungkan. Ahli keluarga terdekat Khir didakwa mendapat imbuhan berpuluh juta daripada kontraktor LBH Engineering.

10. Meluluskan konsesi membekalkan peralatan paip air untuk jabatan Bekalan Air Selangor kepada syarikat milik Naib Ketua Umno Tanjong Karang, JAKS Sdn Bhd. Harga paip JAKS 50% lebih tinggi daripada harga kilang. Bayangkan, untuk 1 meter paip, harga JAKS adalah RM900 sedangkan harga kilang hanya RM600. Selangor mahu tukar 5,000 km paip,jadi berapa untung JAKS?

11. Meluluskan kawasan balak di Kompatmen 78, Hutan Simpan Hulu Langat, seluas lebih 1,200 ekar kepada Fungsi Mewah, milik Pua Kim Seng, iaitu abang kepada Pua Kim Seng, bekas tuan rumah yang pernah disewa Khir di Sekinchan. Keluarga Pua ini juga mendapat kontrak membina jalan termahal (RM4.6 juta untuk 1km)merentasi sawah padi daripada Meram Holdings, kontraktor yang hampir disenarai-hitamkan.

12. Khir membayar RM10,000 sebulan bagi tapak banglonya, di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi, yang dibelinya daripada PKNS dengan harga diskaun 50 peratus. Sumber pendapatannya dipertikai kerana sebelum ini beliau membayar tunai RM150,000 untuk selesaikan pinjaman rumahnya di Kajang, selepas lima bulan menjadi MB.

13. Beliau mengarahkan Pengarah JKR Selangor, melalui nota pensil (agar dapat dipadam jika timbul kontroversi kelak), agar menyerahkan projek yang membawa keuntungan lumayan kepada kontraktor kroni. Antara projek terbabit ialah pembinaan jalan di Sabak Bernam, masjid di Puchong Perdana, kem wataniah dan kuaters kakitangan SUK di Shah Alam.

14. Khir mempunyai hubungan rapat dengan kontraktor yang memohon projek kerajaan negeri, misalnya beliau bersama keluarga pernah bermalam di sebuah resort mewah di Janda Baik milik kroninya. Majulia Sdn. Bhd. Ini bercanggah dengan surat akujanji yang ditandatanganinya di depan Sultan Selangor.

15. Menswastakan kutipan tunggakan pembayaran ansuran bulanan rumah awam kos rendah seluruh Selangor kepada syarikat kroni, Noble Nexus Sdn Bhd melalui perjanjian konsesi pada 27 September 2001. Untung lumayan dapat dipungut secara mudah kerana tugas Nobel Nexus hanya menghantar notis saman dan 30% kutipan menjadi miliknya.

16. Meluluskan pembelian kenderaan rasmi kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor dan Menteri Besar (dirinya sendiri) melalui mesyuarat Exco ke 25/2001 pada 26 September 2001, tanpa melalui prosedur yang lazim digunakan. Usia kereta rasmi MB belum sampai lima tahun (didaftarkan pada Jun 1997), dan tempoh Khir menjadi MB baru setahun iaitu tidak sampai lima tahun seperti sepatutnya. Beliau juga tidak merujuk kes ini kepada Perbendaharaan dan Ibu pejabat JKR di Kuala Lumpur. Meskipun menyentuh kepentingannya, di mana kereta rasminya Merc S320L, no. plat BGF7337 ditawar untuk dijual kepadanya, Khir masih mempengerusikan mesyuarat dan tidak mengisytihar kepentingannya.

17. Khir mengarahkan agar semua minit dan kertas mesyuarat exco dikutip semula selepas mesyuarat tamat, manakala segala bahan-bahan penting mesyuarat Exco yang dipengerusikannya sejak Ogos 2000 tidak dibenarkan disimpan oleh Exco lain. Selalunya kertas-kertas penting itu diedarkan kepada anggota Exco sehari sebelum mesyuarat, iaitu pada Selasa, tetapi selepas isu rasuahnya terbongkar, ia hanya diserahkan selepas setiap Exco duduk di kerusi masing-masing. Maknanya, “Exco Selangor masuk mesyuarat berlenggang, keluar pun berlenggang.”

18. Meluluskan hampir 11 ekar tanah di Bandar Baru Bangi, yang diwartakan sebagai kawasan rekreasi, kepada syarikat kroni, Bestarama Sdn Bhd. Masyarakat setempat membuat bantahan kerana setakat ini banyak kawasan hijau dibangunkan demi mengejar keuntungan lumayan. Bestarama boleh untung segera lebih RM14 juta. Menariknya, pemegang syer Bestarama juga pemegang syer Noble Nexus. Kedua-dua wanita itu hanya penama bagi suku-sakat Khir.

19. Menggunakan ratusan ribu ringgit wang kerajaan negeri untuk membeli iklan dua muka penuh berwarna dalam Utusan Malaysia, sekurang-kurangnya pada 1 Feb, 16 Mac 2002, bagi menjawab serangan Lutfi Othman yang mendakwa Khir mengagihkan tanah (yang luas dan mahal), pelbagai projek besar, balak, buat kroni dan suku-sakatnya.

20. Mengeksploit mesyuarat Majlis Tindakan ekonomi Selangor (MTES), untuk meluluskan segala tanah & projek kepada sesiapa yang disukainya tanpa kehadiran Exco lain. Mesyuarat Exco esoknya (pada setiap Rabu) hanya mengesahkan saja. MTES, menurut bekas penasihat undang-undang negeri, adalah tidak sah dari segi legal kerana ia merampas kuasa mesyuarat Exco.



Friday, February 20, 2009

Hingga Titisan Darah Terakhir Atau Hingga Titisan Arak Terakhir?


Justify Full

Dalam ucapannya, Hishammuddin yang juga berkata, Pemuda BN akan tetap mempertahankan institusi Raja-raja Melayu sehingga titisan darah terakhir.

"Kita tahu angkara siapa ini semua. Inilah yang hendak memecahbelahkan orang Melayu," katanya disambut jeritan nama Anwar dari kalangan hadirin.



edyes wrote:

Bila sokongan dari rakyat terhadap UMNO dah semakin berkurangan, bila rakyat telah mula menolak politik perkauman, politik sempit, politik ugut, politik umnoputra dan politik pelbagai helah permainan UMNO, maka timbullah satu situasi terdesak yang menggambarkan terkuburnya pemerintahan UMNO dalam PRU akan datang.

Bila sudah terdesak, institusi raja pula menjadi sasaran adu domba. Institusi raja digunakan dan dipergunakan oleh UMNO demi menarik kembali sokongan rakyat yang kononnya rakyat akan sentiasa bersama raja. Inilah taktik yang digunapakai oleh penjajah British untuk mendapatkan kuasa dan juga dalam masa yang sama, merompak khazanah alam milik tanah melayu ketika itu.

Demi mengharapkan sokongan rakyat, UMNO mempertahankan raja sedangkan merekalah yang memulakan sengketa. UMNO mencipta suatu jalan supaya penyokong pakatan bangkit menentang raja disanggah.

Oleh demikian, apakah maknanya Hisham Tun Hussin bersama gerombolan pemudanya mempertahankan institusi raja? Apakah maksudnya apabila UMNO benar-benar menjadi 'royal defender'? Atau UMNO menjadi penasihat kepada raja-raja melayu sepertimana yang dilakukan oleh JWW Bicth?

Walaubagaimanapun, Bolehkah barisan Pemuda UMNO mempertahankan institusi raja dalam keadaan mabok tonggang? Dengan ketuanya, dengan timbalanya... ahli-ahli jangan cerita lah...

Bila Paklah Kata 'Tiada'...

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) di Perak tidak bercadang untuk mengadakan pilihanraya sebagai cara untuk menyelesaikan kemelut politik di negeri itu, tetapi akan terus memerintah demi rakyat di negeri berkenaan.

"Dalam situasi yang ada sekarang ini, saya fikir lebih baik sekiranya kerajaan BN terus dengan pemerintahannya. Buatlah apa yang boleh untuk rakyat negeri Perak," kata Perdana Menteri. -Malaysiakini


edyes wrote:

Masih ingat lagi, apabila sebelah pagi paklah mengatakan tiada pembubaran parlimen, sebelah petangnya dewan parlimen dibubarkan. Tiada siapa yang boleh lupa, Perdana Menteriku flip-flap-flop.

Kini sekali lagi Paklah mengatakan tiada pembubaran, siapa yang mahu percaya? Atau mempercayai sebaliknya lebih daripada mempercayai apa yang dikata.

Menjadi satu kehairanan, mengapa paklah pula yang mengumumkan perkara berkaitan negeri Perak, bukan Najib? Di manakah Najib yang suatu ketika dulu cukup ligat dalam usaha menumbangkan kerajaan sah Nizar?

Hari ini hari Jumaat, yakni dua minggu selepas kerajaan haram dibangunkan. Sekiranya sesuatu berlaku pada hari ini, maka dapatlah dikira kerajaan haram acuan BN ini hanya bertahan selama 2 Jumaat sahaja. Apa yang akan berlaku hari ini?

Paklah mengatakan bahawa kerajaan BN harus meneruskan pemerintahan 'demi rakyat'. Benarkah demi rakyat? atau demi projek landasan berkembar? atau demi projek-projek gajah putih tergendala? atau berkenaan koridor utara?

Bagaimana boleh saya lupa, kerajaan lebih memberi penumpuan terhadap isu gambar privasi separuh telanjang seorang Adun amoi berbanding isu kegawatan ekonomi. Inikah yang dinamakan pemerintahan demi rakyat?

Kerajaan UMNO led BN tetap perompak di mata rakyat, kerajaan BN merampas negeri perak untuk meneruskan rompakkan demi rompakkan. Rakyat menilai, tiada ruang lagi untuk UMNO memerintah negeri perak, tiada ruang dan peluang...

Thursday, February 19, 2009

4.5 Bintang Untuk GENG The Movie ! + DUN Perak Bubar?






Berita Selingan : 4.5 Bintang untuk GENG The Movie

Filem animasi terbaik yang dihasilkan oleh anak tempatan. Kepada peminat filem animasi, jangan lepaskan peluang untuk menonton filem kelas pertama ini di pawagam.

Mulanya saya agak cerita ini cuma mempunyai animasi yang cantik sahaja tanpa jalan cerita yang menarik (cam biasa la cite melayu kan), tapi sangkaan saya meleset 100%. GENG The Movie setanding cerita SHREK keluaran Dreamworks.

Cerita mesti tonton! Korang akan gelak sampai terbubar DUN Perak...

Hot..! Hot..! Hot..!

Mulanya alkisah tersebarnya berita tu masa kami balik dari program kedua MB semalam. on the way nak ke Sungai Betul, Rungkup, dah kecoh pasai keputusan Speaker Dewan Undangan Negeri Haramkan MB Haram dari memasuki sidang DUN selama 18 bulan sebab ketegaq ikut kepala otak dia sendiri. EXCO Haram pulak diharamkan dari memasuki sidang DUN selama 12 bulan.

Dari situ member aku dekat KL dah start dok call aku. bukan aku je, MSK pun sama naik tak menang tangan ngan mulut dok menjawab call yang masuk bersimpang-siur.

Bota Pecah Berita

Paling ralat bila kami dapat berita dari sumber tertinggi mengatakan yang Dato' Nasa dah ambik keputusan nak letak jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Bota sebab tak tahan dengan tekanan dari para pengundi Bota.

Mula-mula sms masuk, kami dok agak ni berita bangang je ni. tapi macaam ada lojik jugak. sementelah pulak berita dari Ipoh habaq ada konvoi 3 bijik kereta pi rumah Dato' Nasa. konvoi dari mana aku tak leh bagitau. kalau hangpa nak tau jugak, hangpa tanya Makcik Kiah.

Kami pun start dok berhubung dengan informer-informer nak mintak kesahihan berita ni. lo... tau-tau semua informer semua macam dah sepakat, semua tutup handphone... ni apa punya komplot ni?

Jelapang Tunggu Terompah

Dekat-dekat nak maghrib, dapat lagi info habaq YB Jelapang pun dah standby nak letak jawatan. yang ni ada cerita lawak sikit. Mat Nor yang telipon aku ni budak Jelapang, meniaga dekat Pasar area mana aku tak tau. yang aku tau rumah dia dekat dengan rumah YB Hee.

Dia habaq YB Hee ni lama dah tak balik, anak beranak dia dekat sana sekarang ni hidup segaaan mati tak mau pasai kena pulau dengan semua orang. ni bahaya penangan orang kampung dia. bukan setakat kena pulau, pi pasar nak beli lauk pun tak dak langsung hamla nak jual dekat depa. nak beli babi pun tak buleh... Mat Nor habaq, orang sana bagi syarat, nak beli babi buleh, tapi kena belli sekoq... kah kah kah kah kah...!!! nasib kau la labu...

Tu yang buat Hee tertekan sangat-sangat sampai dia nak letak jawatan... confirm tak confirm kita tak tau lagi, lagi belum jadik, jangan dok percaya... tapi kalau nak percaya jugak, tu hangpa punya pasai.

Bubar DUN Perak

Belum habis cerita Bota dengan Jelapang, dapat pulak info dari KL... ada delegasi UMNO/BN pi jumpa Raja Muda Nazrin, mintak bubar DUN Perak... pergh...

Ni yang bom habis ni... kami pun pakat-pakat publish berita khabar angin yang belum sahih ni. lepas kami publish, nah kau... telipon tak renti-renti dok bunyi, sms masuk macam sakai... bertindan-tindan. mana yang sempat, aku balas, mana yang tak sempat, aku buat bodo... mintak maaf...

Sampai la ni 3 berita tu belum sahih lagi, tapi angin dah bertiup kencang dan keluar jugak dalam malaysiakini.

KERAjaan Haram "Tenat" Dan "Penat"

Sampai la ni, aku tak reti nak kata apa-apa sebab kami masih kabur. tapi kalau fikir-fikir, KERAjaan Haram UMNO/BN Perak sekarang memang dalam keadaan yang amat-amat tenat. MB Haram sendiri diharamkan dari menghadiri sidang dewan, EXCO Haram pun diharamkan jugak dari menghadiri sidang dewan.
*berapa banyak haram daaa...

KERAjaan apa ni? macam mana nak buat kerja kalau tak buleh masuk dewan? dekat sini kita dah mula nampak dah kecelaruan yang timbul akibat dari sikap tamak, sikap gila sangat naak tunjuk kuasa, gila nak jadi gila... last sekali... amik kau...!!!

Bakal Pi EM Yang Gagal

Kalau ikut lojik, perancangan pengambil-alihan kuasa ni datang dari kepala otak sapa? aku dok nampak muka Mat Monggol sebab dia yang pegang jawatan tertinggi dalam UMNO Perak - Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perak Darul Ridzuan.

Orang macam ni hangpa nak angkat jadik Pi Em? nak bawak parti naik atas pun terlungkup, macam mana nak handle sebuah negara? dalam parti UMNO cuma ada "melayu", dalam negara Malaysia pulak ada berbagai-bagai bangsa. hangpa harap ka orang macam ni nak tadbir negara?

Nak handle kaum sendiri pun pun awal-awal dah gagal, lepas ni alamatnya mampuih negara ni.

Kalau Jumpa Ulaq...


Ada lagi 1 cerita aku nak kongsi dengan hangpa... cerita ni datang dari MB Nizar sendiri. masa Najib nak bentuk KERAjaan Haram Perak, Najib namakan ADUN Sungai Rapat Hamidah Osman sebagai calon Menteri Besar Haram Perak. hangpa tau sape Hamidah Osman ni dan apa kehebatan dia?

Kehebatan Hamidah ni ialah SIFAT PERKAUMAN yang menebal dalam diri dia. dalam sidang DUN bulan 11 tahun lepas, Hamidah pernah berkata dalam Dewan - kalau jumpa ulaq dengan India, hang katok India dulu..! kalau hangpa tak percaya, hangpa pi tanya sendiri ADUN-ADUN DAP, PKR dengan PAS Perak.

Gabungan yang cukup baik... sekor kaki bom anak dara orang, sekor kaki assobiyah... lagi cepat negara jahanam kalau bagi dekat 2 ekoq ni.

Apapun kita tunggu perkembangan seterusnya hari ni... bagi aku, aku tak harap sangat berita-berita yang menyebelahi Pakatan Rakyat sebab sebagai warganegara Malaysia, aku cukup paham "kelebihan-kelebihan" dan "kebolehan-kebolehan" KERAjaan pusat pimpinan UMNO/BN.

Bukan hangpa tak tau... Malaysia penuh dengan kejutan, penuh dengan "magic"... kalau depa nak, 1+1 depa boleh habaq 35 dan kita kena terima samada suka atau tak suka, samada betul atau tidak... yang tu belakang kira... yang penting, slogan "MALAYSIA BOLEH" tu jarang gagal mencapai matlamat.

Tapi kalau khabar angin tak sahih tu betul-betul berlaku, DUN Perak dibubarkan... Alhamdulillah...

sumber asal : albanjari
sumber bersama : perisik rakyat

Tuesday, February 17, 2009

Kickdefella : Time To Go Lizzie

By Sheikh Kickdefella

Invasion of one privacy no matter by whom is an idiotic act. Violated the rule of engagement during courting and spread the intimate moment to public is ungentlemanly behaviour.

My heart is with Elizabeth Wong, a lady I am proud to call a friend. A lady whom I would welcome to the warmness hospitality by my family anytime at all.
I have only good thing to talk of Lizzie.

If I can stand by ‘Viagra’ Chua during his forced “public demonstration” of a healthy Health Minister, why cannot I do the same with my fellow lady friend?

Although I did not agree with Viagra Chua forced resignation but the incident have put much dignity to the whole episode. Chua Soi Lek is the man. He had took it with guts. For a moment, he had single-handed put back the much lacking dignity into our national politic.

Nevertheless, Chua’s episode is a totally different story from Lizzie.

As I haven’t seen both, Chua’s performance and Lizzie’s act, nothing much to state about my reaction to their involvement. However, both happen not while being in the company of the person they have taken their vow. While Chua is married, Lizzie is not.

Religiously I do not thing their religion condone their action although culturally it may have been acceptable.

While Chua did reach the seventh heaven at some point of his performance, Lizzie meanwhile was deep in ‘Taiwan’ enjoying her sleep. Nevertheless, unless the person who captured the digital photos breaks into the room without Lizzie’s permission, she actually do play some part in taking such risk.

But again, as a wise lady, Lizzie does know the risk well. I shall not speculate about her relationship with the person, but again, having said that, the person has no right at all to violate and then distribute the moment he captures.

While maybe the country is searching high and low for a glimpse of Lizzie’s skin, the political arena is searching for an action.

My personal opinion is Lizzie should go. At least let go of the State Executive Councillor position. The question of morale cannot be let hanging at the entrance of door.

Nevertheless, the most ideal way is for Lizzie to look deep into her and ask the question whether she can continue to perform under current situation. Next will be whether her colleague will not be affected by the current expose and third, how the situation is taken by her constituents

Lizzie cannot afford to be self-thinking. As a representative, she should base her decision on those who she represents.

As a politician, Lizzie lost he right to decide for he future, her priority now is to decide for the future of her political party, their partners and their supporters.

Yet, Lizzie should not lose herself. She should be the Eli we knew. Nothing change and for that, my family and I would welcome her anytime into our privacy.


edyes wrote:

I'm totally agree with him. It was ungentlemanly behaviour by taking a serial photo of your nude girlfriend while she sleep, and the worst thing to spread it. May the Hell suitable for the photographer.


Pilihan Raya 'Tiga Bukit' Serentak? Terbaru PRK Bukit Lanjan


Selangor executive councillor Elizabeth Wong will be offering to tender her resignation from her cabinet post and state assembly seat following her nude photographs controversy.

She will be making the annoucement at a 11am press conference to be held at the PKR headquarters in Tropicana to make the announcement.

It was reported yesterday that nude photographs of Wong, who is PKR Wanita publicity chief, were being distributed in public.

It is believed that the photographs were taken - most likely by a former boyfriend - while she was sleeping and without her consent. Apart for the photos, it is learnt that a video clip is also in circulation.

Wong, 37, has been serving as state cabinet member in charge of tourism, consumer affairs and environment for the past 11 months.

According to sources, top PKR leaders who met late last night to discuss the scandal have decided to end the controversy swiftly ahead of two key by-elections.

By-election in Bukit Lanjan

Wong was elected the state assemblyperson for Bukit Lanjan - one of the three state constituencies in the Subang parliamentary seat. The constituency covers parts of Damansara, Bandar Sri Damansara and Bandar Utama.

With her resignation as state representative, the Election Commission will have to call a by-election in the mostly middle-class constituency in 60 days.

It is expected that the EC to hold the Bukit Lanjan’s by-election at the same time as two other by-elections - Bukit Selambau, a state seat in Kedah and Bukit Gantang, a parliamentary seat in Perak.

The two other ‘bukits’ by-elections will be held on April 7.

In the general elections last year, Wong was one of the many opposition candidates unexpectedly swept into power on the back of widespread dissatisfaction against the ruling Barisan Nasional.

The PKR politician, in her maiden election campaign, polled 12,125 votes against then incumbent assemblyperson Gerakan’s Yong Dai Ying, who bagged 6,970 votes. Wong won with a majority of 5,155.

According to sources, among the likely PKR candidates to contest the Bukit Lanjan is former Gerakan Federal Territory chief and ex-deputy minister Dr Tan Kee Kwong.

Kee Kwong, who was MP for Segambut, joined PKR in August last year.

Another possible contender is ex-MCA Klang Wanita chief and former Klang MP, Dr Tan Yee Kew, who also defected to PKR last year.

Meanwhile, Kajang state assemblyperson Lee Kim Sin from PKR is favourite to fill the exco post to be vacated by Wong.


edyes wrote:

Kini, pilihanraya kecil akan berlaku di tiga bukit termasuklah yang terbaru Bukit Lanjan.

Mungkinkah semua pilihanraya ini akan diadakan serentak?

Mengenai kontrovesi gambar bogel Elizabeth Wong, saya berpendapat bahawa privasi beliau telah dicemari. Eli bukan Islam, dan kalau diikutkan mandi bogel pun dilarang dalam Islam. Adakah kita tak pernah mandi bogel? Jadi kita tiada bezanya dengan Eli

Apabila Menteri Pelancongan bersuara, saya bertambah geram. Sedar atau tidak, pengkid sorang nie pun hari-hari berbogel di bahagian atas. Telanjang rambut kita panggil, dan ramai lagi yang telanjang rambut di merata tempat. Tak boleh ambik kira ke kes macam nie?

Samada Eli memang berbogel bersama teman lelakinya, atau Eli tidak sedar kehadiran teman lelakinya, tiada siapa yang tahu melainkan mereka. Jadi, saya tidak mengatakan Eli berada di pihak yang benar atau pihak yang bersalah, saya hanya akan kata Eli dianiaya. Itu sahaja.

Bila dah kena naya, dengan tak semena menjadi liabiliti kepada kerajaan negeri, menjadi liabiliti kepada parti. Bukan ini yang Eli mahu, bukan ini yang kita mahu, tetapi liabiliti tetap liabiliti. Eloklah jawatan itu dilepaskan dgn memberi jalan kepada orang lain atas dasar memuaskan hati semua pihak.

Oleh demikian, kita akan menyaksikan sebuah lagi sejarah di mana tiga bukit akan menjadi medan pertempuran pilihanraya. Bukit Gantang, Bukit Selambau dan yang terbaru Bukit Lanjan...

Friday, February 13, 2009

Kah Kah Kah... Tak Berani Lawan FRU?

umno youth demo against karpal singh penang 130209 02


Polis Halang Demo Depan Rumah Karpal

Kira-kira 100 penyokong Umno tidak jadi mengadakan perhimpunan bantahan di depan rumah Karpal Singh di Pulau Pinang selepas dihalang oleh polis.

Kumpulan itu yang diketuai oleh ahli Majlis Tertinggi (MT) Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo dan ketua Pemuda Umno Permatang Pauh, Mohd Zaidi Mohd Said disekat polis pencegah rusuhan lebih kurang 500 meter dari rumah pengerusi DAP itu dekat Taman Botani Pulau Pinang.

Polis juga meminta Dr Mohamad Khir dan Mohd Zaidi hadir di balai berdekatan untuk memberikan keterangan berhubung perhimpunan tersebut. - Malaysiakini


edyes wrote:

Kah kah kah.... camana nak pertahankan Sultan, kalau FRU berapa kerat tu pun tak boleh nak redah? Ingatkan hebat sangat, FRU belum tembak gas lagi, belum tembak air kuning gatal lagi, korang dah stop... kah kah kah...

Tuah oh Tuah, dah ada keris taming sari pun nak takut lagi...

Berkubu Di Bukit Gantang - 7 April 2009

Pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang di Perak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, di Kedah akan diadakan serentak pada 7 April depan.

Manakala tarikh penamaan calon pula - bagi kedua-dua kerusi tersebut - ditetapkan pada 29 Mac.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof selepas mempengerusikan mesyuarat suruhanjaya itu di Putrajaya pagi tadi.

Ini bermakna kedua-dua pilihanraya kecil itu akan diadakan selepas perhimpunan agung Umno yang bakal menyaksikan pemilihan pucuk pimpinan parti terbesar orang Melayu itu.

Perhimpunan agung Umno dijadualkan berlangsung dari 24 hingga 28 Mac depan.-Malaysiakini


edyes wrote:

Lambat lagi lah gamaknya prk di kedua-dua bukit ini. Lagi 7 minggu 3 hari dari sekarang, macam macam boleh berlaku. Dalam period ini juga kita akan melihat samada cita-cita Najib untuk mengikut jejak ayahandanya Tun Razak tercapai atau dicantas atas dakwaan bersangkuta altantuya.

UMNO gamaknya, mahu peristiwa hitam rampasan kuasa yang berlaku di negeri Perak menjadi sejuk terlebih dahulu sebelum mereka mulakan kempen ini dengan isu-isu yang baru sedangkan peristiwa di Ipoh dan Bukit Chandan pasti meninggalkan kesan mendalam. Apakah 7 minggu itu cukup lama untuk membersihkan tahi yang berpalit pada UMNO?

Kita tunggu dengan penuh ketenangan kerana UMNO juga pasti mengambil langkah selamat dan penuh hati-hati pada minggu-minggu yang mendatang.

Pilihanraya kecil jatuh pada hari Selasa, tak mengapa. Saya akan turun lebih awal kerana tiada masalah bagi saya untuk memohon cuti dua hari iaitu Isnin dan Selasa.

Insyaallah jika tiada aral melintang, Saya akan sampai di Bukit Gantang pada pagi hari Sabtu 4hb April untuk membantu kempen di sana. Di mana bermalam itu tiada masalah, kita ada MSK and the gang yang sudah mangli dengan gaya hidup hippies...

Namun, lambat lai lah... kasi buat kerja dulu.. ok


Thursday, February 12, 2009

Gambar Terbaik Minggu Ini


KAH KAH KAH KAH KAH !!!

sumber gambar di atas : adun titi serong



Ini pulak gambar 'kembar zamry'

KAH KAH KAH KAH KAH !!!

Oh cik Anon, UMNO Kalah Lagi...

Seorang pengunjung UMNO totok telah meluahkan perasaan tidak puas hatinya terhadap beberapa individu termasuklah penulis blog edyes sendiri. komen berikut adalah dari entri berkenaan artikel Hishamudin Rais di sini.

woi edyessial...sapa kata kitorang tkt kalah.setakat adun ni apedehal.ko amik la adun2 ni sume.biar ko bergaduh ngan DAP tu.org PR x kenang sejarah.ikutkan sgt anwar gay tu.tlg la pegi tnye karpal..anwar tu homoseks ke x?tlg la tnyer.karpal tu brani sbb dia tau anwar homosek tau x.ms dia jd peguambla dulu..masa tu anwar da citer sume kt dia da.mmg aku menyampah ngan hisyamudin tu..org yg ckp merapu...perasan diri dia je la yg btul.padahal bkn ikhlas pon.dia wat ni sume sbb sakit hati je tu.bodoh nyer anak rais..tgn pegang tasbih mulut hisap rokok.

Jadi saya juga dengan hati yang tenteram di kala kesuntukkan modal untuk menambah entri, ingin membeli tulisan cik anon di atas dengan jawapan seperti berikut;

1. Terima kasih sebab menokok-nambah nickname saya, semoga Allah membalas mengikut budi bicaraNya.

2. Adun ke Parlimen yang cik anon maksudkan? cik anon nie, dengar je akan ada prk kat Perak, terus ghaplah... takut kalah lagi ler gamaknya. UMNO akan kalah lagi, ramai rakyat yang dah sedar dan berubah hati, bila lagi cik anon nak sedar? Baca balik tulisan h.rais tu, moga2 dapat hidayat untuk berubah, kerana kita dituntut untuk hijrah ke arah kebaikkan.

3. Cerita fasal Anwar dan Karpal, mana cik anon kutip cerita nie? apa kata cik anon jumpa karpal dan tanya dia sendiri, jangan lupa bawak recorder.

4. Sekurang-kurangnya, sebelah tangan h.rais pegang tasbih... cik anon pulak, dua2 belah tangan pegang apa? pegang 50ringgit yang umno dok bagi supaya berani pegang bendera BN pada hari penamaan calon?? Selebih-lebihnya, asap rokok yang dihisapnya memberi ilham untuk menulis dengan lebih baik, dan jauh lebih baik dari cik anon.


Cik anon, cuba fikir baik-baik. Jika pun ada perkara yang tak betul berkenaan Pakatan Rakyat di hati saudara, apakah itu lebih buruk dari Barisan Nasional yang selama ini merompak khazanah negara?

Apakah benar undang-undang yang dijalankan di negara ini mengikut lunas yang betul? Atau terdapat orang-orang tertentu yang kebal terhadap undang-undang ? Seperti Ahmad Ismail dari Pulau Pinang yang langsung tidak dihukum oleh kerajaan atas kelaku perkaumanya, seperti Idris Jusoh Rosul and the gang yang juga ingkar perintah AGONG, tetapi mengapa Nizar dikaitkan pula dengan ISA? tidakkah cik anon fikir?

Jika benarpun Pakatan Rakyat itu banyak kelemahan, banyak kepincangan. Apakah ia lebih pincang daripada sebuah kerajaan yang menyonglap ribuan jutaan duit rakyat melalui kenaikkan harga minyak, melalui pembelian bilion-bilion tanpa tender, melalui penipuan komisyen pembelian sukhoi dan scorpene, dan antara yang terpincang dalam 50tahun, UMNO gagal mempertahankan tanah rezab orang melayu yang 'short' sejuta hektar.

Cik anon, saya tidak kata Pakatan Rakyat itu hebat, saya tidak kata ia sempurna. Tetapi apa yang diperjuangkan dalam Pakatan Rakyat adalah untuk semua, demi rakyat, dan ia jauh berbatu lebih baik dari amalan yang berlaku dalam kerajaan Barisan Nasional.

Saya percaya, jauh di sudut hati setiap orang yang selama ini menyokong UMNO, terdetik satu persoalan yang membuatkan mereka kian sedar, "Apakah benar apa yang aku sokong?". Saya juga yakin, rakyat kebanyakkan kini bersama Pakatan Rakyat, yang tinggal bersama UMNO hanyalah mereka-mereka yang punya kepentingan tertentu yang tidak ada pada orang kebiasaan.

Kami di Pakatan Rakyat sudah mangli dengan kekalahan, sudah biasa kalah. Kini tibalah giliran UMNO pula mengharungi kekalahan demi kekalahan. Di tolak oleh rakyat setelah kepincangan 50tahun itu terbongkar. UMNO telah kalah di medan sendiri, kalah sebagai tuan rumah. Dan UMNO akan kalah lagi... Ayuh berubah, hidup hanya sekali. Jika perubahan itu membawa ketenangan pada jiwa, mengapa tunggu. Orang sudah ke bulan, katak masih di bawah tempurung.

Jika kita mempunyai hanya dua pilihan, dan kedua-duanya pilihan yang ada itu membawa pincang dan mudarat. Adalah harus bagi kita untuk memilih sesuatu yang kurang mudarat daripada kedua-dua pilihan itu. Pilihlah yang diketahui tidak melakukan penipuan gelap dan terang.

Terimalah sajak buatan sendiri yang bertajuk UMNO Kalah Lagi

UMNO Kalah Lagi


UMNO kalah lagi UMNO kalah lagi UMNO kalah lagi

mengapa tak puas hati?

UMNO kalah lagi UMNO kalah lagi UMNO kalah lagi

mengapa sokong lagi?

UMNO kalah lagi UMNO kalah lagi UMNO kalah lagi

Bukit Gantang menanti, Bukit Selembau menyeri

UMNO kalah lagi UMNO kalah lagi UMNO kalah lagi

adun Kedah rapi, adun Kelantan sepi,

UMNO kalah lagi UMNO kalah lagi UMNO kalah lagi

adun selangor jampi, adun penang menari

UMNO kalah lagi UMNO kalah lagi UMNO kalah lagi

berkali-kali, acap kali, selepas ini...

UMNO kalah lagi UMNO kalah lagi UMNO kalah lagi

tiada yang rugi, tiada siapa yang rugi

UMNO kalah lagi, kerajaan pusat berganti

Wednesday, February 11, 2009

"Datuk, tolong beredar. Saya hanya mengikut arahan."

11/02/2009

Kira-kira jam 11.05 pagi, beliau dan rombongannya tiba di depan pintu masuk bangunan tersebut tetapi kenderaan mereka dihalang oleh polis.

Mohammad Nizar kemudian keluar kenderaan rasminya dan berjalan menuju pintu masuk tetapi dihalang oleh polis yang kendengaran berkata, "Datuk, tolong beredar. Saya hanya mengikut arahan."

Menteri besar Pakatan Rakyat itu kemudian menjawab:

"Tidak dapat masuk tidak mengapa. Hari ini tidak ada banyak temu janji. Hari ini adalah hari (bertemu) pelanggan."

- Malaysiakini

Hishamudin Rais : Jangan Salah Nilai

Saya mengambil satu peluang untuk menyiarkan sebuah lagi hasil tulisan Hishamudin Rais. Seperti sebelum ini, saya sering memapar artikel dari Abg Isham dengan tujuan menyebarkan idealogi-idealogi yang bersangkutan dengan isu semasa.

Kadang-kala, belum sempat artikel seperti di bawah ini menjadi bahan bacaan orang ramai, entri seterusnya masuk di blog Tukar-Tiub dan menyebabkan hanya segelintir sahaja yang sempat melihat artikel yang sebaik ini.

Sejak dulu saya meminati penulisan Hishamuddin Rais kerana idealoginya. Oleh demikian, ingin saya kongsi dengan semua pembaca yang singgah di blog edyesdotcom. Selamat membaca, Membaca Itu Pelita Hidup...


Jangan Salah Nilai

oleh Hishamudin Rais

Meninggalkan sesebuah parti politik dan memasuki parti politik yang lain bukan satu yang aneh. Ini adalah sebahagian dari amalan hak kebebasan untuk memilih. Menukar parti ini bukan hanya berlaku di Malaysia. Dimana-mana saja kita akan mendengar atau membaca ada orang politik, ada ahli parlimen atau menteri yang berubah parti.

Biasanya seseorang akan meninggalkan parti atau memasuki ke dalam parti politik yang lain kerana tidak bersetuju dengan dasar yang dibawa oleh partinya. Dia tidak ingin lagi menjadi ahli atau tidak mahu menjadi wakil rakyat parti itu.

Parlimen British adalah tuang dan acuan parlimen kita. Justeru untuk sesama mendewasakan politik kita maka saya akan memberi contoh dari Parlimen British. Negara Mat Saleh inilah yang telah mewujudkan kosep Parlimen, konsep Raja Berpelembagaan dan konsep lembaga Dewan Rakyat dan Dewan Negara yang kita ikuti semenjak tahun 1957 hingga ke hari ini.

Pada tahun 2003 George Galloway telah dibuang dari Parti Buruh Britain kerana tidak bersetuju dengan dasar Tony Blair yang bersekongkol dengan George Bush untuk melancarkan perang ke atas Iraq. Galloway menubuhkan parti baru untuk bertanding kembali dan dia menang. Pada Disember 2005 YB George Galloway pernah datang ke seminar untuk mengembangkan sikap Anti Zionis di Kuala Lumpur sebagai ahli parlimen Britain.

Ertinya susuk yang bernama George Galloway ini berperinsip. Dia mengambil sikap anti-perang,anti-Zionis dan menyokong perjuangan adil rakyat Arab. Dia meninggalkan parti politiknya kerana prinsip anti-perang. Susuk ini beralih parti bukan kerana duit, ringgit atau dinar. Dia meninggalkan parti politik kerana dasar yang tidak dipersetujui.

Ini amat jauh berbeza dari apa yang kita lihat sedang dan akan berlaku dalam negara kita.

Jangan salah faham dan jangan salah nilai. Meninggalkan Barisan Nasional dan masuk ke dalam Pakatan Rakyat TIDAK sama dengan keluar dari Pakatan Rakyat untuk memasuki atau mencampuri Barisan Nasional. Dua pekara yang dilihat serupa tetapi TIDAK sama. Ada perbezaan yang amat ketara seperti petai dengan kerayong.

Tidak boleh disamakan perjuangan Yasser Arafat mengangkat senjata dengan Monshe Dayan yang juga mengangkat senjata. Tidak boleh di samakan Che Geuvera yang meninggalkan Cuba dengan Thaksin yang meninggalkan Thailand. Tidak boleh di samakan Nelson Mandela yang di penjara dengan Razak Baginda yang juga di penjara.

Ada nilai salah dan ada nilai benar di sini. Yang salah tetap salah dan yang benar tetap benar. Kebenaran tetap benar bukan bersangkut paut dengan pandangan majoriti atau pandangan minoriti.

Pada satu ketika dahulu majoriti menganggap dunia ini leper. Pasa satu ketika dahulu majoriti menganggap matahari berpusing mengelilingi bumi. Garam di mana-mana pun di letakan tetap masin. Air tetap H2O – satu molikul hydrogen dan 2 molikul oxygen – walau pun ditemui di bintang Marikh. Kebenaran terus wujud sama ada ditenggelami oleh majoriti atau di tengelami oleh minoriti

Meninggalkan kejahatan dan kemungkaran adalah betul walau pun kejahatan dan kemungkaran itu masih di miliki dan di sanjung majoriti. Yang zalim tetap zalim walau pun di dondang sayangi oleh majoriti. Yang jahat tetapt jahat. Yang menipu tetap menipu walau pun mereka di baluti oleh kuasa.

Apabila Yaseer Arafat bangun melawan tentera Isreal, kita tidak boleh disamakan dengan Ehud Barack menyerang gerila Palestin. Satu berjuang untuk menghapuskan kezaliman dan menegakkan kebenaran. Dan yang satu lagi menyerang untuk meneruskan kemungkaran dan kezaliman.

Justeru jika ada ahli Gerombolan atau wakil rakyat United Malays National Organisation yang meninggalkan gerombolan mereka dan memasuki Pakatan Rakyat, kita anggap langkah ini adalah satu tindakan yang revolusiner. Mereka meninggalkan kejahatan dan menerima kebenaran. Ini satu tindakan yang di hormati.

Tindakan ahli atau wakil rakyat United Malays National Organistion ini sama seperti tindakan warga Isreal yang lari dari Tel Aviv datang ke Gaza untuk mempertahankan hak rakyat Palestin.

Justeru, kita semua wajib menggalakan dan membantu ahli-ahli gerombolan United Malays National Organisation dan para sekutu dari Barisan Nasional untuk meninggalkan gerombolan mereka dan datang memasuki Pakatan Rakyat. Ini samalah seperti Hamas, Fatah atau Hisbullah yang mengalakkan warga-warga Isreal meninggalkan fahaman Zionis mereka dan datang membantu perjuangan adil rakyat Palestin.

Adalah tidak salah jika kita lari dari kegelapan dan kejahilan untuk datang mencari cahaya keilmuan. Justeru, jika ada ahli-ahli gerombolan United Malays National Organisation yang berbuat demikian maka mereka dianggap berperinsip dalam perjuangan.

Lihat bagaimana sambutan dan sentimen rakyat apabila seorang wakil rakyat gerombolan United Malays National Organisation masuk ke dalam Pakatan Rakyat. Seluruh rakyat Malaysia mengalu-alukan. Lihat pula sepuluh hari kemudian apabila tiga orang wakil rakyat Pakatan Rakyat pergi mencampuri ( hanya mencampuri ) bukan menjadi ahli – mereka semua di kutuk dan di maki hamun.

Lihat betapa jauh bezanya sentimen orang ramai. Ini samalah seperti seorang warga Arab Palestin yang membelot membantu regim Zionis di Tel Aviv. Sumpah seranah tidak akan putus-putus.

Perhatikan pula, ketika wakil rakyat dari Gerombolan datang ke saf Pakatan Rakyat – susuk ini tidak di culik. Tidak di kurung. Tidak ditawarkan harta , dolar, ringgit dan dinar. Tidak ada apa-apa yang dijanjikan kecuali untuk menerima dasar Pakatan Rakyat. Dan menerima konsep Ketuanan Rakyat.

Lihat pula bagaimana tiga orang wakil-wakil rakyat Pakatan yang pergi mencampuri Gerombolan. Beberapa hari mereka hilang entah kemana. Apabila muncul kembali mereka mula bijak berdulak dalik. Sekejap kata ‘yes’ sekejap kata ‘no’. Cakap-cakap mereka, tindak tanduk mereka tidak jauh bezanya dari warga Palestin yang sedang belot dan bersubahat dengan Zionis Isreal.

Apabila pembelotan terbongkar dan dilakukan siasatan rapi akan terbukti semua yang belot dan bersubahat dengan regim Zionis ini dibayar dan di upah. Mereka memiliki masalah pribadi seperti mencari makan menjual dadah, menjalankan pelacuran atau menggelapkan harta Majlis Tempatan. Tidak ada seorang pun warga Palestin yang belot bekerja untuk Zionis Isreal seorang yang jujur, ikhlas dan berperinsip. Ini samalah seperti wakil-wakil rakyat Pakatan yang ‘mencampuri’ gerombolan Untited Malays National Organisation – mereka memiliki masaalah.

Perhatikan temu bual media dengan mereka yang belot – sama ada di Perak atau Palestin. Tidak ada sepatah pun ayat-ayat dari mulut mereka yang mengatakan mereka beralih pegangan kerana prinsip perjuangan. Betul, mereka ada menyebut-nyebut nama Tuhan Yang Maha Esa. Ini hanyalah sebagai kelongsong.

Mereka tidak akan lakukan tindakan berprinsip untuk meletakan jawatan seperti George Galloway yang tidak mengucapkan nama Yang Maha Esa atau memakai jubah agama. Mereka tidak akan berani menguji kekuatan mereka dengan undi rakyat.

Memang tidak salah bertukar parti. Bertukar dari kumpulan jahat ke kumpulan baik adalah satu tindakan berprinsip. Tetapi bertukar dari kumpulan baik masuk ke Gerombolan jahat ialah kerja orang gila yang akan di kutuk rakyat selama-lamanya.(TT)

Monday, February 9, 2009

Tragedi Black Februari - Jalan Pintas Kejatuhan UMNO ?



Apakah persamaan antara rampasan kuasa negeri Perak '09 dan rampasan kuasa negeri Sabah '90? Persamaanya ialah kedua-dua buah negeri itu dirampas oleh pihak yang sama iaitu pihak yang taksub kepada demokrasi, demokrasi terpimpin barangkali.

Ingin saya tahu, apakah rakyat Malaysia ini terlalu lurus untuk mempercayai helah-helah UMNO yang merampas kuasa dua buah negeri setakat ini? Adakah rakyat tidak menilai? Rampasan terbaru bermula di Perak tetapi persoalan setiap rakyat ialah di manakah ia akan berakhir?

Setelah hampir tersungkur di PRU Mac '08, UMNO terus tewas di hati rakyat dengan menaikkan harga minyak mendadak. UMNO tewas lagi di Permatang Pauh dan akhirnya UMNO menerima kekalahan yang paling memalukan apabila gagal mempertahankan P36 Kuala Terengganu malah kehilangan beberapa ribu majoriti. Dalam keadaan tewas demi tewas, gerombolan ini bukan sahaja tidak melihat ke bawah dengan mengkaji kelemahan yang mereka punyai, gerombolan ini tidak bertanya kepada rakyat apakah salah mereka hingga saban hari ditolak rakyat, gerombolan ini juga tidak insaf serta muhasabah diri dengan kekurangan yang ada. Malah, gerombolan UMNO semakin membabi buta dalam usaha kononnya mengembalikan semula kepercayaan rakyat.

UMNO kehilangan negeri Perak melalui pilihanraya umum ke 12. Mengikut jumlah undi juga, mereka kekurangan lebih 40ribu undi majoriti. Jadi tiada sebab untuk mereka memiliki negeri yob ini. Jikapun gerombolan mempunyai bilangan ahli DUN majoriti yang mencukupi sekalipun, yang membolehkan kuasa berpindah milik, itu adalah amalan yang mengikut peruntukkan undang-undang. Tiada masalah dengan cara sedemikian sepertimana yang dirancang DSAI melalui projek 916nya. Tetapi apabila beberapa ahli DUN pakatan rakyat hilang, apabila berlaku beberapa siri kejadian 'culik dan tukar', pasti sesuatu telah berlaku samada mangsa culik telah ditawarkan sesuatu yang lumayan atau ugutan melampau telah berlaku.

Sekiranya seorang rakyat biasa telah diperas ugut oleh perompak ataupun penjahat, dia mempunyai satu jalan terbaik iaitu membuat aduan kepada pihak polis dan memohon bantuan dari agensi kerajaan yang berkaitan. Tetapi bagaimana pula jika seseorang itu diugut oleh kerajaan itu sendiri? Apakah jalan terbaik untuk mereka selain daripada tunduk memenuhi permintaan dengan harapan 'diri dan keluarga' mereka tidak di-apa-apakan. Mungkin kehilangan beberapa personnel tanpa berita termasuklah penyiasat Bala membuatkan mereka yang diugut ini ketakutan dan seterusnya rela dalam terpaksa. Sebab itu wajah Adun Bota seperti ada yang tidak kena ketika press confrence bersama Najib.

Kita tahu rancangan gerombolan yang serampang beberapa mata. Dengan merampas negeri Perak, mereka akan menyalurkan seberapa banyak gula-gula kepada seluruh rakyat negeri perak lantas menuntut bahawa merekalah yang membela rakyat, sedangkan kita semua tahu gula-gula itu di tabur untuk mendapatkan 'chocalate indulgence' melalui projek-projek yang sudah di atur sebelum PRU13. Dalam masa yang sama juga, potensi Nizar sebagai Menteri Besar harus disekat oleh gerombolan. Itulah usaha UMNO, Rakyat tahu semua ini, rakyat sudah celik.

Dalam masa yang sama, UMNO mengharapkan gula-gula yang ditabur itu bakal memberi pulangan moral sokongan terhadap mereka dan apabila Selangor juga dirampas pada pertengahan tahun ini, maka mereka akan mengatakan bahawa rakyat Malaysia telah kembali memberi kepercayaan kepada UMNO seperti dulu, seperti sejak 50tahun yang lalu. Itulah angan-angan UMNO melalui Najib, mengaku telah berjaya diterima semula dipangkuan rakyat secara paksa dan secara perasan di media perdana.

Terdesaknya UMNO untuk merampas Perak dengan cara paling kotor dalam sejarah kerana mengikut arus keputusan P36, mereka bakal kehilangan kerajaan pusat dalam PRU akan datang. Jadi mereka datang merampas negeri sambil merampas sisa-sisa demokrasi.

Setelah mereka rampas, dengan pantas menteri besar yang baru dilantik. Dengan tidak semena-mena proses angkat sumpah berlaku dalam keadaan yang begitu tergesa-gesa. Dengan Najib ke hulu ke hilir, dari Ipoh ke Kuale Kangsar, dari Putrajaya ke Ipoh kemudian ke Kuale, siapakah najib untuk mengurus-hal negeri Perak. Di lantik sebagai pengurusi UMNO Perak semata-mata untuk projek terbengkalai Tajul Rosli? supaya dikenang sebagai wira yang mengembalikan kegemilangan UMNO?? itu lah UMNO.

Bagi memerangi penubuhan sebuah kerajaan 'haram', rakyat kembali bangkit dijalanan. Jika tahun '98 dulu mereka bangkit menuntut keadilan untuk demokrasi Anwar Ibrahim, kini mereka bangkit di Perak untuk mempertahankan MB Nizar tersayang, seorang pemimpin yang begitu berpotensi untuk membawa Perak ke arah seumpama negeri Kelantan yang menjaga rakyatnya.

Baring dijalan beramai-ramai bagi menghalang majlis angkat sumpah MB baru dilangsungkan adalah idea yang sangat berani. Kita yang tidak dapat bersama yob dijalanan sana 'salute', Masjid Ubaidiah menjadi saksi kehebatan mereka. Semoga Allah membalas kesengsaraan mereka dengan merejam UMNO dengan jutaan kebencian dari rakyat. Agar lebih ramai rakyat sedar dan bangkit menentang kerajaan penjajah.

Akhirnya, Allah memberi sebuah rahmat dari sebuah kehilangan. Sewaktu saya menulis artikel ini, Ahli Parlimen Bukit Gantang Ustaz Roslan Shahrum, baru sahaja kembali ke rahmatullah. Al-fatehah kepada beliau, salam takziah kepada keluarganya, semoga roh beliau akan dicucuri rahmat. Pilihanraya tetap akan berlaku di negeri Perak, bezanya yang dimohon adalah pilihanraya DUN tetapi yang diperoleh ialah pilihanraya parlimen. Syukur, Satu anugerah dari Allah.

Saya ada dengar cadangan seseorang yang bernama hadi di perak express, calon yang paling sesuai untuk kerusi PRK Parlimen Bukit Gantang ialah MB Nizar sendiri. Biar rakyat negeri perak buktikan sebuah sokongan melalui PRK yang bakal dijalankan dalam masa 60 hari. Pasti tiada harapan buat UMNO walau Raja Nazrin sekalipun diletakkan sebagai calon BN.

Berbalik kepada cerita rampasan kuasa UMNO terhadap Perak, berapa lama ia dapat bertahan? Semaklum saya, PRU-13 adalah tarikh luput bagi gerombolan UMNO, ia dapat disahkan dengan berlakunya peristiwa Black Februari, UMNO pasti ditolak habis-habisan oleh rakyat. Kerana hari ini keadilan dan demokrasi itu dihentak oleh segala kekuasaan UMNO melalui pelbagai agensi milik mereka, melalui ugutan yang tidak bermaruah ala-ala politik hindustan, dan tidak ketinggalan juga melalui Sultan.

Namun begitu, apakah benar PRU 13 adalah tarikh luput UMNO di jasad kerajaan pusat? atau peristiwa Black Februari ini membuka jalan pintas kejatuhan UMNO dari jasad kerajaan pusat? Artikel panjang di bawah menceritakan sebuah counter-konspirasi. Artikel oleh Abg Mat Saman Kati. sila hayati;

Sebelum itu, saya akhiri artikel ini dengan sebuah pantun;

Dari melaka ke hutan pencala
Puyuh berlari di hujan lebat
Siapa durhaka sultan durjana
Ayuh, layari semangat Jebat !


Konspirasi Nizar-Anwar

oleh: MSK

Dubai merupakan kayu ukur yang telah diterima oleh dunia untuk mengetahui ekonomi dirantau Teluk, kerana ia merupakan Bandar yang paling moden. Untuk sekian lama, peniaga berpusu-pusu kesana untuk mencari kekayaan terutamanya dalam sector hartanah.

Tetapi pasaran hartanah sudah merudum akibat kemelesetan ekonomi dunia dan melibatkan banyak syarikat-syarikat dari Malaysia. Banyak projek-projek digantung atau dibatalkan. Dan salah satu syarikat yang menerima tempias ialah Gamuda Berhad, syarikat terbesar di Malaysia dimana tumpuan utama mereka adalah dalam sector pembinaan, air, tol dan hartanah. 7% daripada pendapatan Gamuda datang dari Dubai. Gamuda menghadapi masalah selepas projek dibawah WCT Berhad dan Meydan LCC untuk membina padang lumba kuda di Dubai yang bernilai RM4.6 billion dibatalkan. Pengarah Urusan Gamuda,, Lin Yun Ling, baru-baru ini telah menjual sahamnya menyebabkan saham Gamuda jatuh merudum.



Satu lagi fakta menarik tentang Gamuda ialah – pemegang saham terbesarnya juga merupakan wanita kedua terkaya di Malaysia. Beliau adalah Raja Datuk Seri Elena Raja Azlan Shah, anak Sultan Perak, Raja Azlan Shah. Beliau bernilai RM773 juta pada tahun 2007 dan mendapat tempat ke 25 daripada 40 orang terkaya di Malaysia. Tetapi kekayaanya merosot kepada RM510 juta pada tahun 2008 dan turun ketangga ke 35 daripada senarai 40 orang terkaya diMalaysia. Berdasarkan kepada nilai saham RM1.91 sesaham hari ini, kekayaan beliau telah jatuh kepada RM287.46 juta…berdasarkan pegagangan beliau sebanyak 7.5% didalam Gamuda menerusi Generasi Setia (M) Sdn Bhd. Oleh itu, keengganan bapanya untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri, sudah pasti mengundang pelbagai spekulasi.

Politik di Malaysia mungkin yang terkotor tetapi kita tak boleh menyalahkan rakyat apabila mempunyai persepsi bahawa kerajaan persekutuan mengugut Sultan. Dan kita tidak memerlukan pakar untuk menilai bahawa sebenarnya Gamuda adalah dibawah ihsan Kerajaan Persekutuan. Apabila peruntukan dibekukan oleh kerajaan persekutuan terhadap Selangor, Perak dan Pulau Pinang, Gamuda merana dan merayu diberikan projek. Negara mempunyai wang, malah lebih daripada sebelum pilihanraya March 2008 kerana BN tidak tahu kemana wang yang sepatutnya disalurkan kepada lima negeri Pakatan rakyat dibelanjakan.

Dalam masa yang sama, Gamuda tertekan kerana projek landasan berkembar menghadapi banyak masalah. Terutamanya di Pulau Pinang dan Perak. Dan kemelut ini menyebabkan Gamuda terpaksa melutut kepada Najib, sebagai Menteri Kewangan, untuk membantu Gamuda yang semakin kesempitan.

Bakal Perdana Menteri akan menjadi Perdana Menteri pada March 2009 dan pastinya beliau akan membuat beberapa pengumuman popular. Suntikan pertama sebanyak RM7 billion mungkin sudah dibelanjakan. Dr. Mahathir telah memberikan ‘clue’ bahawa suntikan kedua sepatutnya berjumlah RM35 billion ataupun 5% daripada KDNK Negara. Bersedia lah untuk mendengar pengumuman ini. Sama ada RM35 billion ini akan masuk kepasaran saham ataupun projek, semuanya sudah menunggu – termasuk Gamuda. Najib akan mengumumkan bahawa negara kita bebas dari kemelesetan, dan sudah pasti..pasaran saham akan melonjak semula. Dan salah satu saham tersebut ialah Gamuda.

Mari kita bayangkan tentang satu teori konspirasi…dan apa yang berlaku diPerak hanyalah ‘the tip of an iceberg’.

Andaikan….Anwar akan mengambil alih kerajaan Persekutuan tetapi beliau sedar, kalau itu yang dilakukannya, rakyat sudah pasti akan menentang beliau sepertimana rakyat menentang Umno hari ini.

Anwar cuba memulakanya dengan mengumumkan pembelotan Ahli-ahli Parlimen abah dan Sarawak, riuh dengan 916 dan sebagainya. Selepas Permatang Pauh dan Kuala Terengganu, Anwar tahu Najib perlukan sesuatu untuk menunjukkan bahawa beliau juga mampu berbuat sesuatu, lantas Anwar bersedia mengorbankan Perak.

Anwar menerima umpanan Najib yang dibuat melalui Datuk Nasarudin. Satu strategi menarik, untuk menyingkir wakil rakyat PKR yang tidak berkemampuan dan bermasalah, dan dalam masa yang sama..menggantikan dengan mereka yang berwibawa, maka Perak perlu ‘diserahkan’ kepada Umno/BN.

Sekarang Najib sudah mendapat Perak untuk ditunjuk kepada ahli-ahli Umno dalam Perhimpunan Agung Umno nanti dan mengatakan bahawa Anwar memulakannya skandal pembelotan ini dan beliau hanya menyudahkannya. Episod seterusnya ialah…Anwar akan mengambil alih Kerajaan Persekutuan bersama ‘pembelot-pembelot’ nya dan berkata..” Najib memulakannya dan beliau hanya menyudahkannya’.

Kalau rakyat menerima rampasan kuasa di Perak oleh Najib dan diperkenankan oleh Sultan, mengapa rakyat perlu menolak sekiranya Anwar merampas kuasa Kerajaan Persekutuan dan diperkenankan oleh Yang Di Pertuan Agong?

Satu perkara menarik…dalam episode rampasan kuasa di Perak ini, kemarahan dan penghinaan ditujukan hanya kepada dua EXCO PKR, Jamaludin dan Osman, tetapi tidak kepada Dato Nasarudin! Mengapakah kepimpinan PKR tidak menyalahkan Nasarudin, sebaliknya menyalahkan dua EXCO ini? Apakah Dato Nasrudin benar-benar mahu kembali kepada Umno…ataupun beliau telah disuruh?

Aku percaya..Nasrudin memang benar-benar ‘trojan horse’. Tetapi untuk tunggangan siapa? Najib atau Anwar?

nizar_anwar1

Semalam pun, aku masih mencari jawapan. Mengapa Nizar sanggup bertahan walaupun mengingkari arahan Sultan? Dan sejak peristiwa rampasan kuasa Najib ini berlaku, aku masih belum melihat Nizar berwajah sedih..sebaliknya sentiasa ceria dan relax..Begitu juga Anwar…bila ditanya tentang rampasan kuasa ini, dia masih boleh melawak..”hangpa tok sah ghafla la. Buat kerja hangpa..yang ni semua bagi kat kami.”

Bila ditanya berapa lama Nizar akan bertahan diKediaman Menteri Besar, Nizar menjawab dia akan keluar beberapa hari lagi, tetapi dengan sinis dia berkata..” kita keluar kejap…bulan depan kita masuk balik.”

Perancangan Anwar dan Nizar ini hampir berjaya, sekiranya Sultan bersikap berkecuali dan adil, kerana itulah persepsi yang ada dikalangan rakyat dan kepimpinan PR. Apa yang mungkin tidak diketahui mereka, Raja Nazrin memainkan peranan utama untuk memaksa Dato Nasrudin kembali kedalam Umno. Malah Dato’ Nasarudin menangis kerana dipaksa kembali kedalam Umno.

Dan semalam, aku mendapat beberapa rakaman perbualan telefon diantara orang kita dengan Jamal, Osman, Dato Nasarudin dan isterinya yang dirakamkan secara rahsia. Kami akan siarkan rakaman telefon ini secara berperingkat dan belum pasti sama ada ianya akan disiarkan di Perakexpress. Mungkin di blog Sya-reformis, Albanjari, Cyberboron, Cenangau…kerana kami semua sedang diekori oleh SB dan MIO.

Saturday, February 7, 2009

Bersalahkah Anwar Bin Ibrahim ?

Tepuk dada tanya hati, apakah begitu mudah kita menyalahkan seseorang?


oleh dragsuperstar

Ketika keputusan pilihanraya pada 8 Mac 2008 diumumkan, semua rakyat bersorak kegembiraan. BN hilang 2/3 majoriti, BN hilang 5 negeri, Samy Vellu kalah, Sharizat kalah, KJ pada kiraan awal kalah lepas itu menang dengan penurunan majoriti dengan begitu mendadak. Semuanya disambut dengan penuh rasa kegembiraan, tangisan, dan sambutan terhadap kemenangan tersebut diraikan dengan penuh rasa syukur.

Namun apabila kerajaan Pakatan Rakyat di Perak goyah dan telah dirampas kekuasaannya dengan tidak mengikut undang - undang. Mula kedengaran suara - suara busuk mengeji Anwar Bin Ibrahim. Ada yang mengatakan beliau tidak pandai memilih calon. Ada yang mengatakan sebab beliau yang sibuk - sibuk cakap fasal 16 September maka inilah hasilnya. Perak hilang.

Bezanya Anwar dan Najib adalah Anwar mahu peralihan kuasa itu dilakukan dengan cara mengikuti undang - undang. Anwar telah meminta agar Pak Lah memanggil satu sidang khas parlimen dijalankan. Adakah Pak Lah akur dengan tuntutan beliau, sudah pasti tidak. Kenapa tidak akur kerana Pak Lah tahu pasti ada beberapa Ahli Parlimen BN yang akan memberi undi tidak percaya kepada beliau. Speaker Dewan Rakyat juga telah beberapa kali menolak usul undi tidak percaya yang diusulkan oleh Pakatan Rakyat. Anwar tidak gopoh seperti mana Najib. Anwar tidak menculik dua Adun KeADILan dan membawanya ke Pekan. Anwar tidak terus memaksa Agong memecat Pak Lah. Anwar tetap mahu melakukannya dengan mengikut perlembagaan negara. Kerana apa? Kerana beliau tidak mahu peralihan kuasa itu berlaku dengan kekacauan. Lihat di Perak. Apabila kekuasaan itu dilakukan tidak mengikut perlembagaan Sultan sendiri terasa bahananya. Itulah yang membezakan upacara LOMPAT ANWAR dengan NAJIB.

Apabila terjadinya pembelotan oleh dua Exco KeADILan, segera tampil beberapa insan yang mengutuk Anwar Bin Ibrahim kerana tidak pandai mengenal calonnya itu. Baik, biar saya berikan beberapa contoh. Contoh yang pertama, ibubapa mana yang tidak mahu anaknya menjadi insan yang berguna. Anak - anak diberi didikan supaya mereka tidak menjadi gangster, amanah, tidak rasuah, tidak bunuh orang dengan C4, tidak bunuh orang di penjara dan bermacam lagi perkara buruk yang tidak terjadi kepada mereka. Tapi apabila anak - anak itu tetap juga menjadi jahat adakah ianya salah ibubapa. Nabi Nuh a.s juga gagal mendakwah anak dan isterinya. Adakah Nabi Nuh a.s gagal? Tidak, ini semuanya berlaku diluar jangkaan kita. Contoh kedua, apabila si suami berkahwin dengan isterinya sudah pasti mereka mahu perkahwinan mereka kekal dan bahagia senantiasa. Segala kasih sayang dan pengorbanan dilakukan dengan ikhlas dan dengan rela hati semahunya. Tapi jika si suami mempunyai perempuan simpanan adakah si isteri mengetahuinya. Bila si suami membawa perempuan simpanannya pergi ke mana - mana untuk melepaskan nafsunya adakah si isterinya tahu dan begitu juga sebaliknya. Semuanya ini berlaku diluar jangkaan kita. Kita bukannya Tuhan. Hanya Tuhan sahaja yang mampu mengenal makhluk ciptaanNya. Walaupun tarbiyah, usrah, sekolah, kelas - kelas diberikan kalau sudah ditakdirkan mereka menjadi jahat maka jahatlah mereka. PAS pernah hilang Allahyarham Asri Muda, Nakhaie. PRM pernah hilang Kassim Ahmad. DAP pernah hilang Lee Lam Thye. Adakah ini semua salah pucuk pimpinan. Tidak dapat dinafikan mungkin ada beberapa perkara yang menyebabkan mereka khianat. Tapi adakah mereka boleh menjangkakan. TIDAK!!

Saya merasa jijik dan sedih kerana beberapa insan yang telah mengutuk Anwar dan Pakatan Rakyat. Semua orang mahu melakukan terbaik. Tapi jika sudah begini suratan takdir apa yang kita boleh buat. Cukup sekadar kita menjadikannya sebagai iktibar dan pedoman. Jadikan peristiwa ini sebagai satu pemangkin semangat untuk terus berjuang mereka yang zalim ini. Perompak tidak akan berhenti merompak. Perompak tidak akan merompak ikut pintu depan sahaja. Mereka akan merompak dari semua segenap penjuru. Walaupun kita ada pengalaman dari tahun 1961 tapi mereka yakni Zionis Malaysia ini tidak akan berhenti merompak. Mereka akan menggunakan taktik - taktik yang licik sampai ada satu tahap menculik wakil - wakil rakyat kita. Tidak boleh beli RM 50 juta, diculiknya mereka.

Saya bukannya taksub dengan Anwar Bin Ibrahim. Tapi saya simpati dengan beliau kerana beliau bersungguh - sungguh untuk memastikan Malaysia selamat dari cengkaman Zionis Malaysia. Beliau bersungguh - sungguh membawa PAS dan DAP duduk semeja. Beliau bersungguh - sungguh membawa usul tidak percaya dan memanggil sidang khas Parlimen tapi tidak berjaya. Adakah ini salah beliau. Kita merancang wahai sahabatku. Selebihnya Tuhan yang menentukan.

Jadi buat mereka yang mengkritik yang keterlaluan terhadap beliau renung - renungkan. Kuatkan semangat dan teruskan berjuang. Buat mereka yang hanya duduk didalam pejabat yang berhawa dingin, di rumah dan yang tidak pernah berjuang hatta menampak poster di pokok ketika pilihanraya you can shut your mouth!!!!

Friday, February 6, 2009

RE-FOR-MA-SI !

perak bn takeover protest mosque tear gas attack incident kuala kangsar rally 060209 21

perak bn takeover protest mosque tear gas attack incident kuala kangsar rally 060209 22



(gambar malaysianinsider)

(artikel dari edyesdotcom akan dipublish kemudian)


PERHATIAN
GAMBAR DI BAWAH DAN SETERUSNYA DI PETIK DARI AL-BANJARI ONLINE


TRAGEDI KUALE KANGSAR GATE














Lihat dengan mata, pandanglah kehendak rakyat marhaen, biar diri menjadi 'perisai'nya. Selami naluri rakyat yang menolak konspirasi 'sebacul' ini !









Tragedi rakyat Perak mencari keadilan dalam berkerajaan - siapa yang harus dipertanggungjawabkan atas insiden ini bila rakyat menunjuk rasa dan kemarahan ?








Suasana sebenar yang sebenar berlaku di Kuala Kangsar selepas solat jumaat tadi.












Group bloggers Perak kini bersiaran LIVE dari kediaman Menteri Besar Perak. Laporan Sidang Media oleh Menteri Besar, YB Kesavan, Ustaz Ahmad Awang, Presiden JIM Perak, dll pada jam 4.30 ptg~ 6 ptg tadi akan dikemaskini .

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan