Saturday, May 31, 2008

BMC : Peta Laluan Tol yang amat membebankan !


Gabar ehsan nestapa (takgedebe.blogspot)

Peta ini sangat jelas menunjukkan tol grand saga tersebut bukan sahaja menyusahkan rakyat dari segi bayaran tol, tetapi membebankan rakyat dari segi duit minyak, masa dan sebagainya.

Sepatutnya sesebuah lebuhraya itu berfungsi sebagai alternatif untuk memilih di antara masa/penjimatan minyak dan wang. Jika pengguna nak cepat, guna tol. Jika pengguna tidak mengejar masa, mereka boleh memilih untuk jalan alternatif.

Tetapi apa yang berlaku di BMC ialah, pengguna tidak diberi pilihan malah dibebankan oleh perjalanan yang jauh dengan membayar tol ! Inilah yang berlaku selama 3 tahun ini.

Saya begitu hairan, apakah kerajaan sengaja membebankan rakyat ? apakah tiada perkiraan dari perancangan bandar yang berkualiti sebelum meluluskan lebuhraya ?

Dalam konteks ini, jelaslah bahawa rakyat setempat menderita dengan bebanan tol dan juga bebanan perjalanan yang berganda lebih jauh.

Tahniah dan syabas kepada mereka yang berjuang demi keadilan. Kita sebagai rakyat harus buktikan bahwa Suara Rakyat Suara Keramat !! Kita rakyat celik harus membela bangsa dari ditipu dan diperlekeh oleh kerajaan zalim !

Takbir!!

REFORMASI !!

Friday, May 30, 2008

Kabinet arah jalan BMC dibuka

Kabinet hari ini mengarahkan supaya jalan akses yang digunakan oleh penduduk Bandar Mahkota Cheras (BMC) bagi mengelak membayar tol di Lebuhraya Cheras-Kajang dibuka kepada laluliintas.

Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat mingguan kabinet hari ini dan berkuatkuasa serta merta.

Pengerusi Jawatankuasa Buka Jalan BMC, Tan Boon Hwa berkata, beliau telah dimaklumkan oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Ong Tee Keat mengenainya tengahari tadi.

Menteri Kerja Raya, Datuk Mohd Zin Mohamed kemudiannya membuat pengumuman rasmi mengenainya apabila mengadakan pertemuan dengan penduduk BMC hari ini.

Zin juga berkata, syarikat konsesi tol Grand Saga juga diarahkan supaya memperbaiki jalan tersebut.

Pertikaian berhubung tindakan syarikat konsesi lebuhraya, Grand Saga, membina benteng menutup jalan tersebuttelah berterusan sejak tiga tahun lalu tetapi ia sampai ke kemuncaknya pada 21 April lalu apabila penduduk di situ, dengan sokongan beberapa ahli exco kerajaan negeri Pakatan Rakyat, bertindak memusnahkan benteng yang dibina pada 2005.

Grand Saga kemudiannya membina semula benteng di situ, tetapi penduduknya bertindak memusnahkannya semula.

Bagaimanapun, percubaan Grand Saga untuk membina benteng konkrit setinggi tiga kaki - bagi kali ketiga - pada malam 8 Mei lalu terganggu, apabila pihak polis melepaskan tembakan gas pemedih mata untuk menyuraikan penduduk yang berhimpun di situ.

Empat hari kemudiannya, penduduk gagal mendapatkan perintah dari Mahkamah Tinggi untuk menghalang syarikat konsesi lebuhraya itu mendirikan semula benteng konkrit di jalan tersebut.

Selepas mahkamah membuat keputusan yang memihak kepada Grand Saga, Zainal Abidin mengeluarkan notis tiga hari lalu bahawa benteng konkrit akan dibina semula di situ dan berharap orang ramai tidak
mengengkari penghakiman mahkamah tersebut.

Bagaimanapun, kelmarin, penduduk Bandar Mahkota Cheras (BMC) sekali lagi bertindak membuang semula benteng tersebut yang menutup jalan akses tersebut.

edyes wrote:

Akhirnya, setelah 3 tahun 'berperang', laluan yang meringankan beban terbuka jua.

Sejak 3 tahun lalu penduduk melakukan pelbagai cara untuk menafikan kutipan tol grand saga dan kemuncaknya ialah 'perang' pada awal Mei lalu yang diketuai oleh beberapa pemimpin pakatan rakyat.

Jika sebelum ini kerajaan hanya memandang rakyat yang berhimpun sebagai beruk dan sampah, hari ini mereka tunduk juga. Ini tidak akan berlaku dalam hidup kita jika negeri selangor masih di bawah pemerintahan BN.

Setelah beberapa pemimpin Pakatan Rakyat cedera dipukul, disembur dan sebilangan penduduk dibelasah teruk, kerajaan akur juga dengan kehendak RAKYAT !

Tahniah kepada si berani yang berusaha, tidak kira apa bangsa asalkan untuk kepentingan rakyat semua. Kepada si pengkhianat yang merompak kekayaan negara, masa semakin hampir untuk engkau dilupuskan dari muka bumi negara tercinta ini.

Sekarang, Melayu Cina India sudah bersatu untuk menolak kerajaan BN. Mereka tidak lagi termakan dengan propaganda perkauman yang ditiup kencang oleh kerajaan untuk memperkuatkan kembali parti lapuk UMNO.

Polis Mengganas ?

Artikel Sebagai rakyat Malaysia, marah bercampur geram apabila melihat Polis bertindak seperti “anjing yang kelaparan” menerkam mangsa tanpa usul dan periksa.Oleh Amin Iskandar @ Black

Gambar ehsan Malaysiakini. Chang Jiun Haur terlantar dihospital selepas diganasi polis.

Sedih apabila membaca berita, melihat gambar dan menonton video mengenai kejadian di Bandar Mahkota Cheras (BMC) malam semalam yang dilaporkan oleh Malaysiakini. Klik disini untuk membaca berita dan melihat video mengenai tindakan polis yang tidak bertamadun itu.

Keganasan polis bukanlah perkara baru. Pada tahun 1998, ketika menyertai salah satu perhimpunan Reformasi, saya pernah melihat bagaimana polis memukul seorang makcik tua tanpa belas kasihan. Beliau dipukul hanya kerana bersama-sama dengan perhimpunan aman.

Peristiwa tersebutlah yang telah merubah hidup saya. Selepas peristiwa tersebut, saya terus aktif dengan gerakan reformasi walaupun tidak menyertai mana-mana parti politik.

Di Malaysia telah terbukti polis hanya menjaga kepentingan Barisan Nasional (BN) dan akan bertindak ganas apabila sesiapa cuba menggugat kekusaan dan kepentingan ekonomi BN. Selepas pilihanraya umum yang lalu, ramai pemimpin-pemimpin Umno yang kecewa kerana kehilangan kepentingan ekonomi dibeberapa buah negeri menganjurkan beberapa siri demonstrasi.

Dengan menggunakan alasan “kepentingan Melayu tercabar”, Umno menganjurkan demonstrasi dibeberapa buah negeri seperti Selangor, Pulau Pinang dan Perak. Kononnya hak Melayu sudah dirampas tetapi sebenarnya poket mereka yang semakin kosong!

Ketika itu adakah anda melihat polis bertindak terhadap mereka? Sudah tentulah tidak. Ini adalah kerana Polis Diraja Malaysia adalah sebahagian daripada Umno. Seperti juga di Indonesia, Angkatan Bersenjata Republik Indonesia (ABRI) pada zaman Soeharto adalah sebahagian daripada Parti Golkar.

Bagi yang pernah bersama-sama dengan demonstrasi-demonstrasi aman, keganasan polis bukanlah satu perkara yang baru. Tidakkira dizaman Mahathir atau Abdullah, polis tetap begitu. Sebab itu Musa Hassan bermati-matian tidak mahu IPCMC dilaksanakan di Malaysia. Jika ada IPCMC, polis akan menjadi lemah dan “rakyat tidak dapat dipukul lagi” seperti gambar diatas.

Sebagai orang Melayu dan beragama Islam, saya merasa sangat malu oleh kerana saya percaya 20 anggota polis yang membelasah Chang Jiun Haur sudah pasti majoritinya orang Melayu yang beragama Islam.

Dimanakah letaknya nilai kemanusiaan? Apakah “halal” untuk memukul Chan Jiun Haur semata-mata beliau orang Cina?

Tuesday, May 27, 2008

Parlimen : Gobala berbisik kepada Speaker

oleh Malaysiakini

Tindakan seorang ahli parlimen Pakatan Rakyat menghampiri tempat duduk speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menimbulkan bantahan penyokong kerajaan yang berpendapat ia tindakan biadap dan tidak boleh dimaafkan.

N. Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai) bertindak demikian untuk berbisik kepada Pandikar Amin bagi menjelaskan perkataan Tamil "ukker" (bererti duduk) yang disebut oleh timbalan menteri pengajian tinggi Datuk Idris Haron semasa meminta Mohd Nasir Zakaria (PAS-Padang Terap) untuk duduk.

Gobalakrishnan mahu menjelaskan bahawa perkataan itu boleh membawa maksud berbeza jika tidak disebut dengan betul, demikian menurut laporan Bernama.

edyes wrote:

Link bagi video klipnya telah saya muatkan dibawah, sila tonton gelagat ahli parlimen kita.

klik sini

War With Singapore, is it unthinkable ?


Hi there, I want to bring you to rocky bru's recent entri. Actually its about 'our-enemy-within', but the comment in this entri will be amause all reader.

Please click here and read all over.

From my oppinion, the war is not an option because there would be a totally 'lost-lost' situation. But, as what they did to us such as the water issue, 'isu tambak laut', and recently claiming P.B.Putih issue, of course we can't bare any losses again. If they dare to claim again (Pulau Pisang), I'm myself will go to P.Pisang to defend it !!! they claiming any of our soil, its mean they call for a war !

Yes, war is not an option, but still remain as the last resolved.

I rather die to see our soil being raped !!

Monday, May 26, 2008

SEDIH kerana tidak dapat memiliki Middle Rock ?

oleh ahmadhadeed

Siapa kata Singapura sudah cukup kenyang dengan Pulau batu Putih. Di dalam satu wawancara President Singapura masih MERASA SEDIH kerana tidak dapat memiliki Middle Rock dan juga South Ledge. Ini jauh sekali andaian ramai Singapura sensitif kepada kesedihan rakyat johor kehilangan tanah pusaka mereka kepada Singapura. Dari sejarah, Singapura pun di bawah Johore sebelum kerajaan Johor memberinya kepada British.

Adakah pemberian itu tidak kekal saperti HONG KONG , itu hendaklah di kaji balik. Hong Kong kembali ke tangan Republic Cina apabila habis tempoh nya. Isu sempadan baru juga akan menjadi satu lagi kes punca pertingkaian. Adakah sempadan baru singapura 20 nm mengikut undang undang antarabangsa akan sampai kepantai Johor. Bertambah kompleks lagi ialah middle rock berada di selatan Batu Putih dan kalau Malaysia turut sama mendesak 20 nm , maka berlaku pertindihan sempadan yang mungkin mengakibatkan konfliks. Soal keras kepala singapura berkaitan hak mereka 20 nm di sebut oleh MFA atau ministry of foreign affair Singapore.

Kita mesti ingat Singapura bukan berseorang dalam sebarang krisis kerana Singapura adalah kawan baik USA dan israel. Mereka mempunyai kawan yang lebih dari cukup untuk menguatkuasakan apa yang mereka mahu namun kita masih memberi statement berkaitan nelayan johor boleh menangkap ikan . Bila berlaku kematian di Kem khidmat negara, semua meraung marah kerana meletakkan anak mereka dalam bahaya. Sedar kah mereka , rakyat America telah berperang di Vietnam pada umur tingkatan enam dan mereka tidak pernah merungut apabila di kerah tenaga untuk mempertahankan sempadan atau kepentingan negara, Walau bagaimanapun banyak dasar luar America adalah menceroboh hak asasi manusia dan jahat , namun semangat patriotik mereka secara sistematik merupakan kekuatan mereka.

Berikut adalah statement Goh Singapore PM yang tak pernah kenyang dengan habuan percuma dari Malaysia semenjak tertubuh Singapura.


It was Mr Goh – then prime minister of Singapore – and former Malaysian prime minister, Dr Mahathir Mohamed, who had decided to bring the Pedra Branca dispute to third party arbitration, back in 1994. However, Mr Goh expressed disappointment that Singapore was not awarded the Middle Rocks as he had thought the judgement would be all or nothing since the rocky outcrops are so close to one another. Describing the ICJ decision as having a 'hint of Solomon', he said it is perhaps the best outcome for both sides. Responding to queries on the implications of the ICJ's decision regarding Singapore's entitlement to territorial maritime zones around Pedra Branca, an MFA spokesman said that the court was not asked to determine such questions of maritime space or boundary delimitation.

Berikut adalah statement MFA Singapura berkaitan kemungkinan akan jadi krisis sempadan

However, Singapore's rights and interests on these matters will be pursued in accordance with international law. A 1980 press statement from MFA had said that Singapore has an Exclusive Economic Zone and a territorial sea limit that extends up to a maximum of 12 nautical miles. This is consistent with the United Nations Convention on the Law of the Sea of 10 December 1982. Singapore's foreign ministry said the precise coordinates of Singapore's territorial sea and Exclusive Economic Zone will be announced at an appropriate time. Should the limits of its territorial sea or Exclusive Economic Zone overlap with claims of neighbouring countries, Singapore will negotiate with those countries with a view to arrive at agreed delimitations, in accordance with international law.

edyes wrote:

Biadap !!

Kepada aktivis reformasi, anda di minta membuat panggilan untuk perhimpunan aman bagi membantah kenyataan Singapura, bagi membantah sebarang argument tuntutan Pulau Pisang !

Aku dah tak boleh tahan lagi dah... Jom Demo !

Batalkan JK bersama M'sia-S'pura

oleh Malaysiakini

Parti Rakyat Malaysia (PRM) menggesa kerajaan Malaysia membatalkan niat membentuk jawatankuasa bersama dengan Singapura dalam projek Iskandar Malaysia susulan jatuhnya Pulau Batu Putih ke tangan negara jiran itu minggu lepas.

Presidennya Hassan Abdul Karim berkata tidak ada rasionalnya republik itu terlibat dalam pembangunan Malaysia dan tidak mahu kejadian yang sama "berulang seperti yang terjadi pada Pulau Batu Putih".

"Pengajaran yang perlu diambil kini ialah kerajaan Malaysia perlu membatalkan niat untuk membentuk jawatankuasa bersama peringkat menteri-menteri antara Malaysia dengan Singapura dalam projek Iskandar Malaysia," katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mencadangkan penubuhan jawatankuasa bersama itu dalam pertemuan tidak rasmi dengan perdana menteri Singapura di Langkawi tahun lepas.

Susulan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) Jumaat lepas, PRM juga mendesak kerajaan mengambil alih kuasa mentadbir rumah api di Pulau Pisang di perairan Selat Melaka dalam daerah Pontian, Johor.

edyes wrote:

Jangan biarkan selatan Johor tergadai !! Banyak dah tanah diorang kena lelong kat tycoon Pulau Singapura !!

Apa kena mengena pulak nak bagi orang Pulau Singapura tadbir WPI ? Tak logik dek akal !! Takde maruah ke PM kita nie??

Pertahankan Kedaulatan Kita : Ayuh Demonstrasi !

Masih saya ingat, kata-kata keyakinan bahwa pihak Malaysia tiada masalah untuk menang. Kerana sejarah, kerana logistiknya terletak hanya 7 batu berbanding 25 batu dari Pulau Singapura.

Pulau Singapura? ya, mulai hari ini, saya menganggapnya Pulau Singapura kerana kebiadapanya menuntut HAK kita.

Kita sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab HARUS menunjukkan rasa amarah dan 'unsatisfied feeling' dengan membuat bantahan terhadap Gani Patail dan pasukanya. Adakah perlu saya minta Tian Chua untuk memulakan perhimpunan? Bersediakah kita untuk satu perhimpunan aman bg menuntut tanggungjawab kerajaan di atas kekalahan ini.

Sekurang-kurangnya nama Gani Patail dibuang jauh-jauh dari senarai peguam negara. Dia harus bertanggungjawab dan meletak jawatanya sebagai ketua peguam negara. Bahkan institusi perguaman harus di'reform'.

Penghujahan pihak Kerajaan Malaysia ternyata lemah dan dangkal. Hanya bergantung kepada sejarah semata-mata sedangkan pada hujahnya kita tidak terdaya untuk meyakinkan hakim. Jika sejarah di ambil kira, adakah US dikuasai oleh kaum pribumi?

Kini penguasa dan media Umno mula bermadah, Pulau Batu Putih hanya sebesar setengah padang bola dan Batu Tengah (yang dianugerah kepada Malaysia) tenggelam di kala air pasang! Tidakkah anda semua terluka dengan pernyataan sebegini?

Sebelum Pulau Pisang yang kedudukanya di daerah Pontian itu dirampas, sebelum usaha-usaha 'menjual' Pulau Pisang dijalankan. Adalah wajar untuk kita mengorak langkah bagi membantah permainan kerajaan ini.

Pulau Pisang tidak sepatutnya dipertikai hanya kerana Pulau Singapura mempunyai rumah api dalam pulau tersebut. Pulau Pisang tidak sepatutnya di bawa ke Belanda untuk diadili! Mereka tiada hak untuk mempertikai.

Pulau Pisang adalah hak kedaulatan negara, juga hak rakyat negara ini ! Aku tak rela berputih mata lagi. Darah gelegak mengenangkan hal kedaulatan ini. Mana Melayu ?? Di mana kekuatan bangsa mempertahankan kedaulatan negara?

Jika kita terlepas untuk berjuang bersama-sama pahlawan Tok Janggut, Jika kita terlepas untuk berjuang bersama-sama pahlawan Dol Said, inilah masanya kita bangkit!! Inilah masanya kita tunjukkan bahawa kita adalah bangsa berdaulat yang tidak sewenang-wenangnya melepaskan tanah kita walau setapak !!

Bangkitlah wahai melayu. Cukup sudah kita dihina di zaman penjajah. sekarang buktikan anak merdeka yang betul-betul MERDEKA !!!

ALLAH HUAKBAR !!

HIDUP MELAYU !!!!


EDYES
25 MEI 2008

Sunday, May 25, 2008

Filem P.Ramlee pun Kutuk UMNO !

Siapa sangka, filem Arwahyarham Tan Sri P.Ramlee pun ada menghina UMNO dengan cara yang agak halus dan tidak disedari.

UMNO disamakan dengan 'sarkis'.

Sila klik sini untuk menyaksikan aksi P.Ramlee, Sudin dan Ajis mengutuk UMNO.

Saya pasti ramai di antara saudara yang tidak perasan mengenai lawak halus ini. Saya sendiri pun baru tahu hari nie kerana selama ini hanya gelak ketawa aje yang mengiringi lawak tersebut, tak sempat nak fikir lain.

Memang sekarang UMNO itu bagaikan sarkis, penuh dengan sandiwara termasuklah tipu daya yang selama 50tahun ini cuba menutup mata rakyat. Sarkis juga mempunyai fungsi yang sama iaitu mengkaburi mata penonton dengan tipu helah.

Terima kasih kepada Bro Rocky yang telah mengutarakan lawak ini dalam blognya rocky bru.

Beliau juga akan muncul di tv1 dalam rancangan Blog yang ke-6 selepas turn si Kuda Kepang (Ruhanie ahmad). sila ikuti entri ini .

Akhir sekali, di kesempatan ini juga ingin saya ucapkan selamat bercuti sempena cuti sekolah ini. Yang kahwin, yang menolong kenduri kahwin, yang anaknya bersunat, yang akan pergi mana2 vacation, saya ucapkan selamat.

Saya juga akan bercuti dari berblog selama seminggu melainkan terdapat berita tergempar, maka saya akan bagi entri. ok selamat bercuti...

Friday, May 23, 2008

Peta Baru Asia Tenggara : Persempadanan Semula !


SILA KOMEN

Pulau Batu Putih : BERTANGGUNGJAWAB'LAH' !!

Saya baru sahaja selesai mengikuti siaran langsung dari The Heague dan tidak terkejut dengan keputusan ICJ. Kalau di teliti dengan cermat perbezaan persiapan yang di lakukan oleh pehak Justices Malaysia dengan Singapura begitu ketara bila mana pehak Singapura begitu bersungguh-sungguh dengan home-worked mereka sehingga sanggup menyelungkar di serata arkib dunia bagi menguatkan hujah-hujah mereka. Taraf Ghani Patail hanya sebagaimana yang di tunjukkan dalam kes "BATU BURUK" sahaja. Sama sahaja dengan para menteri yang ada di masa kini, pencuri, penyamun, peraba, perogol dan lain-lain.

Mungkinkah ALLAH hendak mempelihatkan kepada puak-puak UMNO yang sejak dari dulu asyik menekan "ISLAM" tanpa mahu menegakkan undang-undang hudud, kisas, ijmak dan kias, serta memperbodohkan juga berkehendak agar umat Melayu terus miskin untuk kelangsunggan cengkaman mereka untuk berkuasa yang hanya bersifat sementara sahaja.

Kini puak UMNO/BN sudah pun merintis jalan dengan memperkenalkan Wilayah Pemangunan Iskandar(WPI) untuk kemaraan pehak Singapura menjajah sebahagian Negeri Johor. Walau pun ada suara-suara yang menyeru agar ia nya di batalkan namun pehak UMNO/BN buat pekak badak sahaja.

Beberapa tahun yang lepas melalui seorang Dato' Rakyaat Singapura saya telah mendengar bahawa pehak Singapura sedang berusaha untuk mempeluaskan jajahan Negara nya yang di panggil Singapura Raya. Ia nya akan bermula dari Kulai hingga keSedili. Saya yakin dan percaya bahawa dengan home-work yang mereka laku kan serta dengan jalan yang sudah di rintis pehak Singapura akan berjaya. kecuali orang-orang Melayu Johor sama sama berjuang di bawah panji-panji "ISLAM".

Sedar lah wahai "MELAYU JOHOR" terutama yang mendiami kawasan WPI bahawa apa yang Tun Mahathir perkatakan bahawa kemungkinan kesemua kamu akan tinggal ti pinggir hutan kalau pun tidak di dalam hutan akan menjadi kenyataan andai kata kerjaan UMNO/BN yang angkuh masih mahu meneruskan projek WPI itu.

Walau pun saya bukan penyokong Tun Mahathir dan parti yang telah di tinggalkan nya tapi saya menyokong projek "JAMBATAN BENGKOK" yang telah di batalkan oleh regim Pak Lah setelah saya mendapat gambaran sebenar mengapa jambatan tersebut perlu di bena. Saya begitu terkilan mengapa ia nya di batalkan.

Terserlah lah sudah betapa lemah, lembik, buta, pekak, tuli dan kerap terlena, merupakan sifat PM Malaysia Al-Imam Hadhari Pak Lah Badawi. Pada P/R yang lalu hilang 5 negeri termasuk negeri nya dan WP kini kedulatan Pulau Batu Putih pula. Mari kita tunggu dan lihat apa pula yang bakal berlaku selepas ini.

Untuk pengetahun semua di kawasan perairan tersebut(Pulau Batu Putih) mengandungi emas hitam. Elok juga kalau ianya benar, kalau tidak apa yang di alami rakyaat Terengganu pasti akan di alami oleh rakyaat Johor - tanpa dapat menekmati apa apa dari kekayaan tersebut.

Ya ALLAH Kau hapuskan lah para pemimpin pusat yang sedia ada dan bukakan lah hati-hati orang Islam di Negara ini agar bersama berjuang di jalan yang telah lama di rintis oleh PAS demi untuk kelangsunggan serta kesejahteraan hidup di muka bumi MU ini sebelum bertemu dengan MU di alam Baqa' kelak. Amin, amin Ya Rabbal A'lamin.

Oleh ahliprihatin

Pulau Batu Putih milik Singapura !!

23/05/2008 5:56pm


Pulau Batu Putih


THE HAGUE 23 Mei – Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di sini hari ini memutuskan bahawa Pulau Batu Putih adalah milik Singapura.

Bagaimanapun, dalam penghakiman itu yang dibacakan oleh Hakim Awn Shawkat Al-Khasawneh, ICJ memutuskan Middle Rocks dimiliki oleh Malaysia.

Pulau Batu Putih, yang berukuran lebih kurang separuh daripada keluasan sebuah padang bola sepak, terletak 7.7 batu nautika di luar pantai Tanjung Penyusoh di Johor.

Singapura memanggil pulau kecil itu dengan nama Pedra Branca (perkataan Portugis yang bermaksud Batu Putih).

Pertikaian antara Singapura dan Malaysia mengenai Pulau Batu Putih bermula pada 14 Februari 1980, apabila republik itu membantah tindakan Malaysia menerbitkan sebuah peta pada 1979, yang dengan jelas menunjukkan pulau itu terletak dalam wilayahnya.

Pada Februari 1993, Singapura meluaskan tuntutannya ke atas Middle Rocks dan South Ledge, yang terletak berhampiran pulau itu.

Pada 6 Februari 2003, kedua-dua negara menandatangani satu perjanjian khas bagi merujuk perkara itu kepada ICJ. - Utusan


edyes wrote:


Seperti telah diduga, kita kalah jua akhirnya. Ibarat kalah perang, kedaulatan kita tercemar !!

saya dalam keadaan takde mood nak komen lebih, sila klik di sini dan di sini dan di sini

UMNO HARUS BERTANGGUNGJAWAB PENUH !!!

Saya masih ingat lagi, dengan konfiden mereka katakan mustahil ianya jatuh ke tangan Singapura !

'Malaysia boleh' ke 'Malaysia bodoh' ?

oleh Adam

Bro, ini tak berkenaan dengan topik, tapi harap boleh di siarkan:

Saya sering ke Slim River dari Petaling Jaya menggunakan NKVE. Toll sudah RM10 dari RM4.50 beberapa tahun lalu.

Saya lihat banyak kerja 'naik taraf' di laksanakan yang menyusahkan dan mengganggu pengguna lebuhraya. Permukaan jalan dan railing masih elok, saya tak tahu kenapa wang mesti di belanjakan untuk membetulkan dan mengganti yang tak rosak. Terlalu banyak wang kot?

Atau mungkin kerana akan ada 'review' concession daripada kerajaan nak tunjuk toll operators mesti 'belanja' Atau nak bagi business kepada sub-kontraktor tertentu...

LDP pula akan dapat 'a cool RM630 million as compensation'...alahai habis lah duit rakyat - kerajaan ini memang kaya.

Mungkin kita patut tukar slogan dari 'malaysia boleh' ke 'malaysia bodoh'

edyes wrote:

Marah betul sedara Adam kita nie.

Memang perkara sebegini sering bermain di kepala hotak saya. Kalau cerita pasal tol memang takkan habis satu hari. Saya selalu ulang alik dari KL ke Seremban, dan saya dapati pada waktu peak hour, kereta sepenuh-penuhnya keluar masuk dari tol Sg Besi. Kadang2 boleh jem dekat sebelum simpang ke Kajang dan jem lagi bila sampai Nilai (hari Jumaat).

Ketelusan. Kalau kerajaan betul2 telus, tunjukkan laporan statistik kenderaan yang keluar masuk di semua tol dalam Malaysia ni. Jadi kita akan lihat samada wajar atau tidak kenaikkan tol itu diusulkan.

Cerita pasal budjet pulak, memang banyak projek yang keperluanya di tahap tidak kritikal dihabiskan wang ringgit rakyat manalaka projek2 kritikal tidak diberi keutamaan. Contohnya isu menangani banjir, isu jalan2 negeri / bandar yang teruk berlubang, isu kemiskinan tegar terutamanya kedudukan ekonomi orang2 melayu di P.Pinang.

Di Terengganu, masjid kristal beratus juta didirikan tetapi rakyat disekelilingnya masih hidup daif. Berapa banyak rumah kos sederhana dapat didirikan dengan duit ratus2 juta tu? Duit kerajaan adalah duit rakyat, jadi mereka apa peduli dengan duit yang dibelanjakan itu. Perkara pokok ialah poket mereka penuh dengan duit haram yang cukup untuk buat istana mewah sedangkan ada rakyat yang berumah tanpa bekalan letrik.

Pada hari ini kita lihat, segala projek yang tidak mendatangkan untung tidak menjadi keutamaan. Hanya yang mereka nampak adalah projek koridor yang memberi pulangan berBilion kepada orang2 tertentu dengan menggadaikan tanah orang2 melayu kita.

Yang kaya semakin kaya, yang miskin semakin melarat! adakah salah mereka kerana ketinggalan? tidak, mereka tertindas dengan keadaan ekonomi yang menekan!!

Malaysia oh Malaysia, kita yang mencorakkanya dan kita bertanggungjawab mengubah wajah negara kita kepada negara yang lebih pentingkan kebajikan rakyat. kita adalah rakyat juga ada kuasa. celik lah!

Pulau Batu Putih : Keputusanya Petang Ini !


oleh malaysiakini
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) akan mengumumkan petang ini penghakimannya berhubung tuntutan bertindih antara Malaysia dan Singapura ke atas kedaulatan Pulau Batu Puteh, Terumbu Karang Tengah dan Terumbu Karang Selatan sejak 28 tahun yang lalu.

RTM akan menyiarkan secara langsung pengumuman penghakiman tersebut dari Hague mulai jam 4 petang ini.

Malaysia dan Singapura telah merujukkan kes tuntutan bertindih ke atas Pulau Puteh, Terumbu Karang Tengah dan Terumbu Karang Selatan kepada mahkamah dunia itu.

edyes wrote:

Sekiranya kemenangan berpihak kepada Singapura, saya yakin peta dunia akan berubah di mana Singapura akan menjadi sebesar dua Singapura.

Bayangkan, jika ditambak dari Pulau Singapura hingga ke P.Batu Putih, Sudah tentu Singapura akan menjadi sebesar dua kali ganda !

Apabila tanah mereka sudah semakin besar, mereka akan menjemput 'rakan2' mereka dari Hong Kong, US, europe dan tidak mustahil dari Israil juga. Maka kita akan lihat zionis semakin menghampiri bumi kita dengan agenda menyekat kuasa islam dari timur.

Bagi menambak laut pula, ianya bukanlah perkara yang rumit bagi negara proxy Israil itu. Mereka telah melakukanya sejak 80an lagi. Dalam masa 20-30 tahun, lengkaplah penambakkan hingga ke P.Batu Putih.

Kos penambakkan pasir berpuluh kali lebih murah dari penempatan baru. Oleh demikian, sang pelingkup negara akan menjadi sasaran oleh Singapura untuk menjalankan tugas2 'mengagihkan' pasir untuk menambak. Tanah dari tanah melayu dikorek untuk membesarkan tanah singapura, itulah nasib bangsa Melayu hasil dari kejayaan gemilang terbilang UMNO dulu kini selamanya...

Sama-samalah kita tunggu keputusan dari Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dalam satu jam dari sekarang. 2.45pm.

satu quote menarik dari rakan TKO ,


oleh merdeka

Bab batu putih ni kita tak boleh beralah. Kalau kalah
pun tak perlunya kita redha atau akur. Bagi saya itu perkataan orang pengecut.
Tak payah akur. Tak suka pada keputusan adalah hak individu.


Batu putih bukan sekadar penentu hak siapa. Sang Singa
kurang ajar, tidak menghormati jiran. Kenapa dihalau nelayan yan berteduh
dipulau itu. Apa ancaman yang ada pada nelayan? Ini kes nak tunjuk kuasa.


Dahla ada pengkianat jual pasir dan tanah semenanjung
buat mereka menambak tanah diperairan selat, nanti dah sampai kekawasan Johor,
dia kata dia ada hak pula. Kes penambakan tanah pun diam macam tu je. Mungkin
duitmasuk dak cukup bagi menutup mulut pengkianat2 negara ni.

Kenapa harus naik harga minyak ?

Negara kita menghasilkan minyak. Jadi kenapa harga minyak kita perlu naik?
  • Malaysia mengeluarkan minyak jenis Tapis, namun minyak tersebut tidak digunakan dalam negeri kerana berkualiti tinggi serta harga lebih mahal dan lebih menguntungkan jika dieksport. Oleh itu, Malaysia mengimport minyak jenis lain yang harganya lebih rendah untuk kegunaan tempatan. Dengan ini Malaysia mendapat keuntungan dengan mengeksport minyak yang lebih mahal dan mengimport minyak yang lebih murah

Unit Perancang EkonomiJabatan Perdana Menteri11 Februari 2008 www.epu.gov.my"

edyes wrote:

Jangan tertipu... banyak penipuan di sini.

Kerajaan memberi subsidi kepada syarikat pengeluar tenaga indipenden.

sila lihat entri ini.

1. Ingatlah, jumlah pengeluaran minyak negara melebihi jumlah penggunaan. Sebab itu Malaysia di gelar negara pengeluar.

2. Minyak bersubsidi diseludup? itu sepatutnya ditangani oleh kastam yang kayaraya tu.

3. Kenapa hanya libatkan PETRONAS dalam aspek pembangunan negara? mana hasil kelapa sawit? mana hasil segala jenis cukai2? mana hasil getah? mana hasil agensi kerajaan?

4. Levi pendatang Asing macamana pulak? kan berjuta pendatang asing dengan izin... levi bukan one time payment, tapi annual payment.

5. Oleh sebab minyak kita berkualiti tinggi, kita terpaksa eksport minyak kita dan rakyat hanya layak minyak kualiti rendah. sepatutnya bila eksport untungnya harus lebih besar dari import kerana kita import minyak murah. Jadi, kenapa harus naik harga minyak dalam negara?

Rentetan : Johor Menjadi "Singapore occupied territory"

oleh tarabusi_2008

Saya merujuk kepada artikel "Wilayah Pembangunan Iskandar = Wilayah Pembangunan Singapura" oleh abeemonster yang diterbitkan oleh TKO pada 21 May 2008 dan juga artikel "Zionis Sudah Sampai Ke WPI" oleh orangjohorlama yang diterbitkan pada 22 May 2008.

Saya ingin pula menambah sedikit mengenai ancaman kerjasama dua hala dengan Singapura dalam membangunkan WPI terhadap keselamatan dan kemerdekaan negeri Johor. Berdasarkan 'Singapore's defence blueprint' (kertaskerja pertahanan) yang digubal oleh kerajaan Singapura pada awal tahun 1970an dan dikemaskinikan dari masa kesemasa, Johor itu dianggap penting sekali bagi ekonomi dan pertahanan Singapura. Kalau kita kaji kertaskerja pertahanan Singapura (defence bluprint) tersebut, maka kita akan faham makna yang tersirat apabila mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir telah menyatakan bahawa kerajaan Abdullah Badawi mahu menjual negara kita kepada Singapura.


Johor perlu dijadikan 'hinterland' ekonomi dan ketenteraan bagi Singapura samada secara aman melalui penjajahan ekonomi atau pun secara penaklukkan ketenteraan, iaitu Johor ditakluki dan dijadikan 'occupied territory' sama seperti Israel menakluki dan menjajah 'occupied territories' di negara-negara Arab.

Dari mana saya dapat maklumat tentang kertaskerja pertahanan Singapura ini. Bukankah ini rahsia besar kerajaan Singapura. Adakah saya hendak ada-adakan sesuatu yang tak wujud?

Lebih kurang 20 tahun dahulu saya telah menghadiri suatu kursus, dan turut menghadhiri kursus tersebut adalah beberapa pegawai-pegawai kerajaan dan pegawai-pegawai tentera Australia. Mereka lah yang memberi saya lihat 'Singapore's blue print of defence' tersebut, bukan keseluruhannya, hanya cebisan-cebisan yang berkaitan dengan dasar pertahanan Singapura terhadap Malaysia.

Mereka enggan memberi saya salinan dokumen tersebut. Bila dilaporkan kepada pihak tertentu di tanah air, saya diberitahu bahawa kerajaan kita sudah sedia maklum akan perkara tersebut. Maknanya kerajaan Abdullah Badawi pun mengetahuinya, tetapi mungkin kerana hendak kayakan keluarga dan kuncu-kuncu, soal keselamatan dan pertahanan negara diketepikan.

Seperti yang telah disebutkan di atas, Johor itu dianggap penting dan hendak dijadikan 'hinterland dari segi ekonomi dan ketenteraan bagi Singapura.

Satu dari penekanan dasar pertahanan Singapura itu adalah menanam modal yang banyak dalam pembangunan Johor. Jika berlaku rusuhan kaum atau kacau bilau di semenanjung maka tentera Singapura akan ambil kesempatan untuk menyerang dan menakluki Johor atas alasan mahu menyelamatkan serta mempertahankan kepentingan pelaburannya yang banyak di bumi Johor itu.

Setelah menaklukki Johor Singapura akan memileh antara bebrapa opsyen untuk tindakan selanjutnya. Opsyen yang pertama adalah setuju undurkan tentera Singapura dari Johor dengan syarat kerajaan Malaysia memberi pelbagai keistimewaan kepada kaum Cina dan India. (DAP sebagai cebisan PAP boleh diperalatkan untuk membakar isu-isu yang boleh membawa kepada tercetusnya rusuhan di Malaysia)

Satu lagi opsyen adalah tentera Singapura akan terus menetap di Johor dan Johor menjadi 'occupied territory' yang sama kaedahnya dengan 'Israeli occupied territories' di negara-negara Arab.

Dalam perhitungan Singapura, tindakan mereka menakluki Johor itu tidak akan dibantah oleh Amerika Syarikat dan negara-negara Barat. Malah Amerika dan Barat akan anggap penjajahan Singapura ke atas Johor itu sebagai sesuatu yang akan menjamin kemerdekaan Singapura. Sama kaedahnya dengan 'occupied territories' di negara-negara Arab.

Cukuplah sedikit sebanyak maklumat untuk kita semua sedar akan betapa merbahayanya kerjasama antara kerajaan Malaysia dan Singapura dalam projek Wilayah Pembangunan Iskandar. Saya diberitahu bahawa kerjasama ini sudah pun berjalan lancar. Singapura, Barat serta Yahudi akan banyak nanti melabor di Johor. Di samping meraih keuntungan, mereka ingin 'prepare the grounds' untuk Singapura di masa yang akan datang menyerang dan menakluki Johor atas nama memperlindungkan kepentingan-kepentingan pelaburan Singapura dan Barat di negeri kuda kepang itu.

Tarabulsi

edyes wrote:

Satu lagi rentetan mengenai dasar-dasar yang di bawa oleh Singapura.

Selama ini kita sudah banyak berlembut dengan pulau itu terutamanya di zaman paklah. Sindiran Tun Mahathir terhadap paklah juga menunjukkan paklah begitu beralah kepada Singapura. Dari jambatan bengkok, hingga ke projek pasir dan berakhir di Pulau Batu Putih.

Kita akan lihat, jika PBP jatuh ke tangan Singapura, maka negara kecil itu akan menjadi dua kali ganda besar dengan penambakkan laut. Dari mana hasilnya tanah dan pasir yang menambak laut tersebut? jawapanya dari Kepala Batas dan Rembau.

Bila dah siap tambak laut dekat PBP nanti, boleh la paklah main golf di sana.

Thursday, May 22, 2008

Demo against DBKL : Friday, 11am

Demo against DBKL
source : rocky bru

People vs Datuk BandarFriday, 23 May 200811amat Dewan Bandaraya KualaLumpur, Jalan Raja Laut, KLEven if you don't have an issue with DBKL, you may join residents of Kuala Lumpur at the DBKL tomorrow in a demonstration that aims to tell the Datuk Bandar to have a heart (or resign).

YB Wee Choo Keong, together with several other MPs, will submit a memo to the Datuk Bandar to protest what he described as "high-handed" and "indiscriminate" demolition of stalls in Taman Desa Setapak.

Some 130 stalls were flattened by City Hall workers despite a "deal" between Wee and DBKL for a two-week grace period to try and resolve matters.Two police reports were lodged against City Hall demolition army yesterday.

Stories and pictures h e r e.

edyes wrote:

DBKL sepatutnya bersikap lebih berhemah dan berperikemanusiaan. Sekarang, DBKL begitu terkenal dalam bab roboh-meroboh nie.

Orang nak meniaga apa salahnya. Dah banyak sangat kes macam nie. Salah satunya dalam ada dalam entri di blog ini. klik sini.

Adakah kerana tempat yang nak dirobohkan itu sudah menjadi terkenal dan strategik untuk 'business', maka DBKL merobohnya dengan alasan pembangunan?

Come on la, kita semua dah tau. Di sebalik pembangunan semula itu, akan ada terma sewa-menyewa yang akan menguntungkan DBKL atau orang tertentu dengan berlipatkaliganda.

Saya bagi satu contoh, di sebuah kawasan yang mempunyai 30 gerai makan, penuh dengan pelbagai juadah, banyak pilihan dan ramai pengunjung. Kawasan tersebut telah menjadi 'top', semakin dikenali dan amat disenangi oleh penduduk setempat.

Tetapi setelah 2 tahun, tempat yang dah 'top meletop' diarahkan berpindah dengan notis oleh DBKL. Juga dijanjikan dengan gerai yang baru dan serba moden. maka roboh lah...

Kemudian, jika DBKL bangunkan kawasan yang top tadi sebuah foodcourt dengan sewaan stall RM180 sebulan, itu mungkin boleh diterima dan disenangi semua. Tetapi al-maklumlah, mana ada untung kalau diurus oleh DBKL. Maka akan dibangunkan kompleks medan selera oleh pengusaha / kontraktor yang bertunjangkan 'si pelingkup negara'. Kadar sewaanya pula mencecah RM2-3 ribu sebulan.

Arakian ini berlaku, si pelingkup negara akan mengaut keuntungan yang tidak putus-putus dan jangan lupa untuk menyalurkan suku keuntungan itu kepada si 'pelobi' !

Yang susah siapa? rakyat lah... kerana kawasan yang dibangunkan dengan sewa sedemikian rupa, akan membabitkan perbelanjaan yang lebih tinggi. Parking singgit sejam, nasik ayam tak mungkin dapat harga RM3 dan macam2 lagi lah...

Oleh demikian, apakah pembangunan sebegini memberi impak positif? mungkin dari beberapa aspek, tetapi yang tertinggal akan lebih ketinggalan. Hanya mereka yang ada wang akan lebih beruntung dalam perniagaan sebegini !

Rentetan : Tak Merdeka Pun Takpa !

oleh ucoptripod

So kat sini lah sesalan yang tak berguna aku bangkitkan lg.. Biar tak merdeka sampai sekarang... Biar bermandi darah... Malaya utk tanah Melayu...

Tengok dan contohi le negara Brunei Darussalam...Tanya diaorang,bila diaorang Merdeka?Merdeka macamana?Kalau merdeka yang boleh menyebabkan barah dalam negara,baik tak payah..Nyusahkan generasi dan cucu cicit je...Apa ertinya 50 tahun Tanah Melayu merdeka??

Biar bermandi darah..berputih tulang asal jgn berputih mata...Tanah Melayu lebih tergadai lepas 1957..Harga kemerdekaan dibayar lebih tinggi untuk merdeka.."Virus Barah" MALAYSIA..

Itulah nilai kemerderkaan yg ditinggalkan penjajah..Islam dan Melayu dipermainkan. Pejuang bangsa..Mat Kilau,Tok Bahaman,Tok Janggut,Mat Saleh,Rentap..Aku rasa mereka lebih bahagia hidup sebelum tahun 1957...

Tiba2 lepas 1957 pejuang2 harta keturunan cetti, yap ah loy,chin peng dan yg lain2 yg sewaktu dgnnya..menjadi warganegara..Macam2 lah konflik lepas tu, antaranya ialah Trajedi 13Mei... Singapura atau Temasik menjadi Singapore...Lepas ni tak tau lah..Tunggu lah 23 Mei ni, Ada ke tidak lagi daulat Pulau Batu Putih tu..

Itulah virus pendatang era british ni...Orang Melayu senantiasa diprovokasi..yang susah cucu cicit kita..Politik orang Melayu pun jadi susah..Asik berbalah..maka virus2 ni mula la mainkan peranan....

Bagi aku kalau tak merdeka sampai sekarang pun takpe..Asal jangan ada bangsa virus barah ni jadi warganegara..Mau Kaya??Mau Bisnes?No problem..Warganegara??Sorry maaa...sorry macak...No way..

Ini semua gara2 pemimpin Melayu (UMNO ketika itu)..yang tidak ada ketegasan... kelam-kabut sgt nak merdeka...Terlampau baik sangat dgn bangsa2 ni..boleh main mahjong sama2...Sekarang baru nak fikir??yang susah cucu-cicit jugak..Ya..memang Melayu terlalu baik..Lemah-lembut dgn bangsa2 asing ni..Habis kuat( last sekali) "Mengamok".

Itu pasal la susah nak berpolitik.. Orang Melayu pulak yang kena jaga hati diaorang..Dia orang mau ka jaga hati Melayu???Penyudahnya Melayu Islam sesama Islam berbalah(biasala kut).

Sekarang tengok...macam2 diaorang mintak..bagi betis nak peha..macam2 lagi...tunggu je la..Cucu cicit..generasi Melayu Islam kita yang susah...Biar bermandi darah untuk merdeka dari diserang virus barah yang menyerang emosi..

Andaikata atau sekiranya atau contohnya jika Tanah Melayu diserang Singapore atau "negara lain",Kita tengok, siapakah yang akan mempertahankan tanah Melayu dan siapakah yang akan membantu Singapore atau "negara lain" tu... Lepas tu barulah Tanah Melayu (Orang Melayu Islam) dan generasi kita boleh merdeka..

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani(kafir) tidak akan pernah redha kepada kamu sehingga kamu mengikuti milah mereka” [TMQ al-Baqarah (2):120].

“...Mereka tidak akan pernah berhenti memerangi kalian sehingga mereka dapat memalingkan kalian dari agama kalian (kepada kekafiran) seandainya mereka mampu...” (TMQ al-Baqarah : 217)

edyes wrote:

Penuh dengan sesalan... penuh dengan emosi... Melayu oh Melayu... Malaysia oh Malaysia...

berikut adalah antara komen yang berpaut:


MELAYU MUDAH LUPA ....... DAN MELAYU MUDAH DIBELI........ OLEH CINA
oleh aki

Nasib baik aku tak jadi Perdana Menteri, kalau tidak bukan setakat PULAU BATU PUTIH, PULAU SINGAPURA pun aku tuntut balik.
oleh lancerwrx40


Kalau dalam bab jual-menjual; serah-menyerah ni serah kat UMNO. Memang hebat. Ada yang kahwin, serah bini kat orang pun ada.

Sense of belonging takde pada mereka.

Kes Batu Putih ni jelas salah UMNO dan kerajaan, yang biarkan anak dara sendiri dinoda dek orang. Sebabnya?UMNO sibuk dengan kepentingan sendiri... isi tembolok, sama seperti kisah mereka 'hijacted' kemerdekaan negara dari tangan pejuang sebenar (yang disumbat ke penjara 7 tahun melalui Undang-undang Darurat 1948).

WPI tu pun sama juga. Mereka ajak S'pore tadbir secara bersama. Apa akan jadi sekiranya kepentingan S'pore terancam, mereka akan sanggup berperang... jadi macam kat Palestin sekarang.

Pernah ke UMNO fikir semua ni?

Tidak.Mereka tau duit masuk banyak, isi tembolok. Masalah, kemudian kira.

Samalah halnya dengan jus soli yang kita terpaksa terima sekarang. Semua ikut suka orang putih, dan terima segala jenis manusia pendatang jadi rakyat.

50,000 pelacur CIna yang tidak dapat dikesan, ada UMNO mau ambil berat? Semua tu akan jadi rakyat negara ni, kemudian nanti... dan Malaysia akan jadi seperti perempuan 'jalang'.Inilah jenis manusia paling tidak bertanggungjawab; UMNO.

oleh ikanlepu

Zionis Sudah Sampai Ke WPI?

credit kepada : orangjohorlama

Petikan ini saya ambil dari 2 sumber iaitu pertama dari blog YB Zulkifli (riding MP) dan yang kedua dari Harakah.

Petikan 1: Halliburton di Negara Islam Hadhari

Parlimen Malaysia dikejutkan pagi ini Rabu 15 J'Awal 1429/21 Mei apabila Timbalan Menteri MITI mengesahkan bahawa Syarikat Halliburton dari US diberi keizinan untuk melabur di Wilayah Pembangunan Iskandar [WPI]. Umum mengetahui Halliburton adalah syarikat Yahudi yang telah mengaut keuntungan berbillion dollar hasil penaklukan Iraq. Malahan kontraktor keselamatan Halliburton telah dilapur membunuh rakyat Iraq dengan sewenang-wenangnya. Mereka bertindak saperti koboi yang tiada langsung berperikemanusiaan.

Jadi sangatlah mengejutkan apabila Malaysia yang mendabik dada sebagai negara Islam Hadhari boleh membenarkan pembunuh kemanusiaan saperti Halliburton melabur hasil keuntungan haram mereka di negara ini. Apakah kita rela darah rakyat Iraq dihalalkan atas nama pembangunan ekonomi. Moga rakyat Malaysia membuka mata dengan perkosaan kedaulatan negara ini oleh golongan yang rakus ini. Umum mula memperkatakan tentang penguasaan WPI oleh Singapura. Terdapat dakwaan bahawa Singapura mendapat sokongan rejim Yahudi dalam pelbagai bentuk termasuk nasihat ketenteraan. Apakah kemasukan syarikat Halliburton ini sebagai sebahagian agenda Yahudi! Moga negara kita dilindungi ALLAH.

Adios

Zulkifli Noordin

Petikan 2: Sikap kerajaan terhadap syarikat Halliburton dipersoal

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Hrkh) - Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) hari ini menimbulkan persoalan adakah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri memikirkan perasaan orang Islam di negara ini, berhubung syarikat Halliburton Manufacturing and Technology (M) Sdn Bhd yang membuka kilang di Johor, sedangkan ia merupakan syarikat yang mempunyai kaitan dengan Zionis, yang meluaskan penjajahan di Iraq, Palestin dan Mesir.

Beliau ketika mengemukakan soalan tambahan, di Dewan Rakyat, turut membangkitkan persoalan adakah kerajaan menerima tekanan dari Amerika Syarikat untuk membenarkan kilang syarikat itu dibuka.

"Adakah kementerian menerima tekanan dari AS atau tidak mempunyai pilihan lain dalam urusan pelaburan negara, sedangkan syarikat ini berkait dengan penjajahan Zionis di Iraq, Plstin dan Mesir?" soal beliau.

Menjawap soalan tersebut, Timbalan Menteri, Dato' Jacob Dunggau Sagan, berkata kerajaan memang sentiasa mementingkan prinsip-prinsip yang dijalankan untuk membangunkan negara ini termasuk prinsip Islam dan etika.

Bagaimanapun katanya, kerajaan juga ingin melihat negara ini dibangunkan supaya industri yang berteknologi tinggi ini diadakan di negara ini dengan meluluskan beberapa syarikat lain dari Perancis, Norway, Ireland, dan negara-negara lain.

Dalam soalan asal, Dato' Mukhriz Tun Mahathir (BN-Jerlun) meminta kementerian terbabit menyatakan sama ada kerajaan sedar bahawa syarikat Halliburton itu adalah pembekal senjata yang terbesar bagi tentera AS di Iraq, sekali gus melibatkan mereka dalam pembunuhan lebih 1 juta rakyat Iraq yang tidak bersalah dan bagaimana ia dibenarkan membuka kilang di Johor.

Jacob, dalam jawapannya berkata adalah menjadi dasar kerajaan untuk menarik dan menggalakkan pelaburan, termasuk pelaburan asing dalam industri-industri yang terpilih dan berteknologi tinggi.

Beliau juga berkata keputusan kerajaan untuk membenarkan syarikat terbabit membuka kilang di Johor merupakan satu keputusan yang dibuat berasaskan faedah terkumpul yang boleh diperolehi dari pelaburan tersebt.

"Kementerian juga telah dimaklumkan bahawa Halliburton sudah tidak terlibat lagi dengan apa-apa perkhidmatan dan peralatan yang dikaitkan dengan ketenteraan sejak awal 2007, iaitu sebelum kelulusan lesen pengilang diberikan," jelas Jacob lagi. - mns


Persoalannya:

Jika syarikat ini sudah bertapak di Malaysia dan berkawan pulak dengan Singapore macamana kesan kepada keselamatan negara?

Adakah boleh untuk kita menghalau diorang ni bila dah duduk kat situ?


Maklumat lanjut berkenaan WPI dan isu tanah, sila layari blog:

http://wilayahpembangunaniskandar.wordpress.com


edyes wrote:

Dulu Singapore, sekarang Zionis pulak...

Apa nak jadi dengan Malaysia sekarang ni. Tanah orang2 melayu kat johor tu habis dah kena lelong kat orang singapore.

Wahai mereka2 yang terlibat, tolonglah jangan utamakan kekayaan diri, tolong jangan utamakan wang ringgit daripada menjual khazanah negara. Wang ringgit boleh dicari, rezki ada di mana2 berkat usaha, tapi jagalah martabat negara !

Manusia jenis apakah yang tergamak menjual tanahair sendiri demi wang ringgit yang berjuta? Di mana letaknya harga diri?

Selamatkan negara ini dari penjajah era baru... Melayu yang menjajah melayu....

sila rujuk tajuk
Wilayah Pembangunan Iskandar atau W.P Singapore ? sekiranya belum di baca.

Mari bermunajat selamatkan Pulau Batu Putih

PARIT BUNTAR, 22 Mei:- Esok adalah tarikh penting bagi seluruh rakyat Malaysia, dimana status Pulau Batu Putih akan ditentukan oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung tuntutan bertindih Pulau Batu Putih, Middle Rocks dan South Ledge adakah milik Malaysia atau Singapura.

Satu kenyataan rasmi telah dikeluarkan oleh Timbalan Yang Di Pertua PAS kawasan Parit Buntar, yang juga ADUN Titi Serong, YB Drs. Khalil Idham Lim supaya semua cawangan PAS di Parit Buntar mengadakan Zikir Munajat dan Majlis Bacaan Yassin bagi memohon daripada Allah supaya kedaulatan Pulau Batu Putih memihak kepada Malaysia.Sehubungan dengan itu, ADUN Titi Serong juga berharap program yang sama dilakukan oleh seluruh peringkat parti di seluruh Malaysia.

edyes wrote:

Marilah kita sama2 berdoa agar kedaulatan kita terselamat dari mala petaka!

Demi Allah, Saya tidak akan terima jika tanah air kita dirampas !!! UMNO harus bertanggungjawab penuh !

Sudahlah singapore 'diagihkan', kini pulau batu putih pula dirampas secara halus!!

Tidak lupa juga, Wilayah Pembangunan Iskandar akan menjadi "Singapore Two" dengan taburan duit kepada sang pelingkup negara.

Berkenaan keputusan Pulau Batu Putih oleh mahkamah antarabangsa, Hint telah diberikan oleh Dr. Rais Yatim, yang membayangkan akan kekalahan yang bakal diterima oleh Malaysia. Beliau menyeru rakyat supaya bersabar dan akur dengan keputusan yang bakal dikeluarkan kelak.

Di manakah UMNO dalam mempertahankan hak bangsa ! UMNO yang saya kenal sering menyebut hak-hak ketuanan melayu tetapi sedikit demi sedikit hak melayu itu hilang dari genggaman.

Apapun, esok adalah hari penentu dan sekali lagi saya menyeru agar kita berdoa serta bermunajat agar hak negara tidak dirampas lagi.

Sila baca artikel di bawah, oleh sahabat saya Khairul Faizi, Ketua Dewan Pemuda PAS Johor, Ketua Penerangan PAS Kluang.

Sungguh ikhlas pandangan yang diberikan oleh Dr Rais Yatim terhadap sikap Malaysia sekiranya keputusan akan memihak kepada Malaysia. Singapura sudah
tentunya bersetuju untuk menubuhkan jawatankuasa bersama terhadap pulau tersebut kerana sememangnya mereka telah 'menguasai' pulau tersebut sejak sekian lama.

Beberapa tahun yang lalu, Pemuda PAS Johor telah mengadakan lawatan ke lokasi
berhampiran dengan Pulau Batu Putih untuk melihat sendiri bagaimana keadaannya
pulau tersebut yang telah dikuasai oleh Singapura. Pulau tersebut telah dibuat dengan beberapa struktur bangunan dan diawasi dengan begitu ketat oleh Singapura.

Pulau tersebut telahpun ditawan oleh mereka dan rakyat Malaysia sememangnya
tidak dibenarkan untuk menghampiri pulau tersebut.

Saya melihat bahawa bukanlah menjadi satu kesepakatan untuk sama-sama
menubuhkan jawatankuasa bersama sekiranya keputusan tersebut berpihak kepada
Singapura. Maksud saya, sekiranya ICJ memutuskan bahawa pulau tersebut adalah
kepunyaan Singapura maka adakah jawatankuasa tersebut akan dilaksanakan untuk
sama-sama mengawasi perairan dan keselamtan disekitar pulau tersebut?

Sedangkan, ketika ini pun Singapura tidak membenarkan kita menghampiri pulau tersebut sedangkan ICJ masih lagi belum memutuskannya.

Bila melihat kenyataan Rais Yatim bahawa Malaysia-Singapura akan menubuhkan
jawatankuasa bersama, saya teringat kepada kenyataan yang hampir serupa apabila
Pak Lah mengumumkan bahawa jawatankuasa bersama dengan Singapura diwujudkan untuk membangunkan WPI ataupun sekarang ini dikenali sebagai Iskandar Malaysia.

Namun, Singapura tidak pernah pula ingin mengadakan atau mewujudkan
jawatankuasa bersama apabila berlaku isu-isu yang melibatkan Malaysia-Singapura.
Apakah Singapura pernah berbincang dengan kerajaan Malaysia untuk menambak laut sehingga menyempitkan laluan terutamanya di kawasan perairan berdekatan Kota Tinggi?

Malaysia sememangnya terlalu baik dengan negara jiran walaupun seringkali negara jiran 'besar kepala' dengan Malaysia. Saya bukan menyatakan bahawa kita perlu bersikap seperti mereka apabila berhadap dengan apa jua isu tetapi apa ertinya kita menang dalam kes Pulau Batu Putih sekiranya selepas daripada ini, pulau tersebut terus 'ditadbir' oleh Singapura kerana faktor-faktor rumah api atapun struktur bangunan lain yang telah dibina oleh Singapura?

Kenapa ia tidak diambil alih oleh Malaysia dan kita menguruskannya sendiri
kerana ia adalah milik Malaysia? Perayalah, pergabungan jawatankuasa bersama
hanya akan berlaku sekiranya Malaysia diistiharkan sebagai pemilik kepada Pulau
Batu Putih tetapi ia akan berlaku sebaliknya sekiranya Singapupa yang berjaya dalam kes ini. Congaknya mudah, sejak awal lagi sekiranya Singapura ikhlas untuk
berkerjasama maka kes ini tidak perlu sampai ke peringkat perbicaraan di
Mahkamah Keadilan Antarabangsa.

Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Jalan Raja Laut, KL
22 Mei 2008, 8.05 pagi

Selingan : Parti BABI NEGARA (mesti tonton)


PARTI BABI NEGARA
Presiden : K.J a.k.a Khinzir Jantan
Timbalan Presiden : Nazri Ajis a.k.a Nangoi Antarabangsa
Naib Presiden : Adnan Mensor a.k.a Rajah Melaka

Sultan tegur Adun BN boros

oleh Malaysiakini

Sultan Selangor menegur amalan kerajaan negeri bawah pentadbiran Barisan Nasional kerana tidak mengamalkan perbelanjaan berhemah.

"Beta memandang serius perbelanjaan peruntukan (seorang) ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) tahun 2008 yang habis dibelanjakan pada dua bulan pertama tahun ini," titah Sultan Sharafuddin Idris Shah ketika merasmikan pembukaan persidangan penggal pertama DUN Selangor hari ini.

"Kerajaan negeri telah melaksanakan budaya perbelanjaan berhemah dengan memastikan semua perbelanjaan dibuat secara lebih efisien dan berkesan bagi mengelakkan berlakunya pembaziran sumber.

"Beberapa surat pekeliling telah dikeluarkan sebagai garis panduan perbelanjaan berhemah yang efektif di mana program-program jabatan dilaksanakan berdasarkan ketepatan kos,” titah baginda lagi.

Sultan Selangor dipercayai merujuk laporan seorang wakil rakyat BN yang membelanjakan RM500,000 tidak sampai 60 hari hingga Februari lalu untuk beberapa projek di kawasan DUN Kampung Tunku.

Brita selanjutnya di sini

edyes wrote:

DAULAT TUANKU

Sultan sudah bertitah. Apa yang perlu rakyat tunggu? apa yang nak difikirkan lagi?

Sudah jelas dan nyata, dan akan lebih diterangkan lagi jika anda lihat lapuran di sini di mana seorang wakil DAP mengemukakan report perbelanjaan adun dan exco kerajaan negeri.

Sejauh mana kesahihanya lapuran ini saya tidak pasti tetapi nampaknya seperti benar kerana ianya melibatkan campurtangan Sultan.

salah satunya ialah :

23/2/08 Bali Bina Enterprise "Kerja membaikpulih tiang gelanggang bola keranjang di ss 3/14" RM5000

RM5000 untuk membaikpulih tiang gelanggang bola keranjang? apa rasionalnya?

Kita layak untuk memiliki negara jauh yang lebih baik jika semua perbelanjaan sebegini dikaji kos sebenarnya terlebih dahulu sebelum sebarang approval dijalankan.

Kaut Untung 1.5 Juta SEHARI ??

Syarikat kaya-raya dapat gas subsidi

May 21, 08 9:08pm
oleh Malaysiakini

Syarikat-syarikat pengeluar tenaga independen (IPP) mendapat keuntungan berlipat kali ganda akibat sistem subsidi bahan api yang tidak masuk akal.

Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi hari ini mengakui "tidak munasabah" IPP mendapat bekalan gas dengan harga RM6.40 bagi setiap mmBtu (juta unit Termal British) sedangkan harga pasaran RM41 mmBtu.

Menterinya Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, Petronas sendiri menjual gas kepada IPP di bawah harga kos pengeluarannya, sebanyak RM15 hingga RM16 mmBtu.

Tambahnya, keadaan ini menyebabkan "IPP mampu mengaut keuntungan yang tinggi."

Berita lanjut di sini

edyes wrote:

Satu demi satu kepincangan dan kebocoran dirungkai !

Cuba siasat, siapakah yang berada dibelakang tabir syarikat itu. Kenapa masih ada rakyat yang menderita dikala sebuah syarikat diberi subsidi BERBILION?

Apabila subsidi petrol dikurangkan, apabila rakyat semakin tertekan dengan keadaan harga petrol, mengapa sewenangnya subsidi itu di beri kepada syarikat atau individu tertentu? Ini tidak adil.

Wajarlah rakyat mengundi pembangkang pada PRU lepas. Jika tidak, sehingga hari ini kita masih diperbodohkan dengan pembahagian subsidi yang tidak adil ini.

Wednesday, May 21, 2008

Mokhzani Ikut Jejak Tun

Mokhzani pula keluar Umno
May 21, 08 12:48pm
Oleh Malaysiakini

Anak kedua bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Mokhzani, hari ini mengumumkan keputusannya meninggalkan Umno, mengikut jejak langkah bapanya yang berbuat demikian dua hari lalu.

mokhzani mahathirMokhzani berkata beliau telah menghantar surat mengenai perkara itu ke pejabat Umno bahagian Merbok menerusi faksimili semalam.

"Saya membuat keputusuan untuk keluar Umno kerana bersetuju dengan pendapat ayah saya bahawa Umno yang ada sekarang bukan lagi Umno sebenar," katanya dalam laporan Bernama.

Mokhzani, 47, bekas ketua Pemuda bahagian Merbok, kini lebih aktif dalam sektor korporat.

Semalam adik beliau, Datuk Mukhriz yang juga ahli parlimen Jerlun, membuat keputusan untuk terus berada dalam Umno sungguhpun beliau bersependapat dengan bapanya mendesak perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan dengan segera "bagi menyelamatkan Umno".

Dua hari lalu, Dr Mahathir mengumumkan beliau meninggalkan Umno kerana hilang keyakinan terhadap kepimpinan Abdullah, dan menyatakan akan kembali menyertai parti itu selepas Abdulllah meletak jawatan atau tidak lagi menjadi pemimpin negara.

Di Sungai Petani, timbalan ketua Umno bahagian Merbok, Datuk Tajul Urus Md Zain melahirkan rasa kecewa dengan tindakan Mokhzani itu tetapi menjelaskan bahawa ia tidak memberi sebarang kesan terhadap kepimpinan Umno bahagian kerana beliau hanyalah seorang ahli biasa Umno dari cawangan Sungai Layar Hujung.

"Beliau tidak lagi aktif selepas tempoh jawatannya sebagai ketua Pemuda bahagian berakhir pada penggal lepas," katanya kepada agensi berita itu.

Pusingan Akhir - Anwar VS Najib : Hishamuddin Rais

Jangan salah baca. Jangan salah congkak. Pembacaan politik yang betul amat penting untuk mengambil tindakan yang tepat. Politik wajib ditakrif sebagai perang di atas meja. Jika perang di atas meja ini gagal maka perang senjata di darat, laut, padang pasir atau hutan akan di mulakan.

Sejarah manusia adalah sejarah perang untuk mengambil kuasa. Sejarah manusia ialah sejarah pertempuran satu kelas dengan yang lain untuk merebut kuasa demi kepentingan ekonomi. Hukum alam ini tidak pernah beralih-alih atau berubah. Inilah perjalanan sejarah tamadun manusia. Perebutan ekonomi adalah asas yang menimbulkan perang – sama ada perang di meja mahu pun perang di hutan.

Pakatan Rakyat sekarang ini sedang melancarkan perang untuk mengambil alih Kerajaan Persekutuan. Pakatan Rakyat sedang melakukan perang ini agar punca-punca ekonomi dapat disusun kembali. Penyusunan ekonomi ini amat penting. Punca-punca ekonomi Malayssia wajib di agih-agihkan semula secara demokratik dan adil. Dasar ekonomi Pakatan Rakyat ialah untuk kesejahteraan ramai. Bukan kesejahteraan kroni, anak bini atau penyokong parti.

Selama 50 tahun ini punca-punca ekonomi telah di monopoli dan di kawal dengan ketat oleh gerombolan United Malays National Organisation dan sekutunya. Kekuatan ekonomi inilah yang membolehkan United Malays National Organisation dilihat kuat dan dapat terus berkuasa. Hari ini gerombolan ini sedang terdesak. Kekalahan mereka dalam PRU ke 12 yang lalu memungkinkan punca-punca ekonomi dalam tangan mereka tergelincir hilang dan di ambil alih oleh Pakatan Rakyat.

Waspada ! Gerombolan United Malays National Organisation dan konco-konconya TIDAK akan melepaskan kuasa dengan senang. Ini hakikat. Gerombolan yang selama ini hidup bermewah-mewahan tidak mungkin akan melepaskan berbilion juta ringgit yang pada hari ini masih lagi dalam kawalan mereka. Justeru, mereka akan melawan kembali. Mereka akan melakukan apa sahaja untuk mempertahankan punca-punca ekonomi ini. Perlawanan merebut punca ekonomi inilah yang di panggil perang politik.

Dalam perang politik ini semua mungkin berlaku. Dalam berperang semua kemungkinan akan dilakukan. Dalam perang semua kemustahilan akan difikirkan. Dalam perang ini semua taktik akan dilakukan untuk mengambil alih kuasa. Dalam perang ini tidak ada lubang cacing yang tidak akan digali. Dalam perang tidak ada sebuah gua batu yang tidak akan di selongkar. Tujuan akhir perang ini adalah untuk menang dan mengalahkan gerombolan United Malays National Organisation dan meletakkan kembali Malayssia ke atas landasan Ketuanan Rakyat.

Pertempuran politik di antara Pakatan Rakyat dengan gerombolan United Malays National Organisation ini pasti akan bertambah sengit. Apa yang kita baca, dengar dan lihat di pentas politik negara hari ini ialah penyambungan perang yang belum selesai sesudah PRU ke 12. Berita-berita yang kita baca di media atau di lihat di kaca TV semuanya adalah taktik dan strategi peperangan.

Orang ramai wajib sedar bahawa perang politik yang hakiki pada hari ini adalah di antara Anwar bin Ibrahim dengan Najib bin Razak. Jangan silap baca. Jangan silap menganalisa. Jika silap, hasilnya ialah kekalahan.

Abdullah Badawi, Mahathir Muhamad, Tengku Razaleigh, Muhideen Yassin - kesemua mereka ini bukan lagi pemain utama dalam perang ini. Pada awalnya dahulu mereka dilihat penting, kini mereka hanya watak-watak sampingan. Watak-watak ini dilihat keluar masuk gelanggang seolah-olah mereka penting tetapi dalam naratif pertempuran ini, mereka TIDAK penting lagi.

Dalam peperangan ini kita sebagai warga dituntut untuk tidak ada berkecuali. Sesiapa yang berkecuali ertinya sama bersekongkol untuk mempertahan kuasa yang sedia wujud. Kuasa yang sedia wujud ialah kuasa gerombolan United Malays National Organisation. Kuasa yang wujud ialah kuasa yang dimiliki oleh Najib bin Razak. Kuasa Najib bin Razak inilah yang sedang ditempur oleh Anwar bin Ibrahim.

Warga dan rakyat Malayssia wajib membuat pilihan sekarang. Pada hakikatnya warga Malayssia hanya ada dua pilihan – Anwar atau Najib. Apakah rakyat mahukan Anwar memimpin negara dengan agenda Ketuanan Rakyat atau mahukan Najib untuk meneruskan kerenah agenda kapal selamnya.

Najib mewakili politik lama - politik feudal yang memerangkap manusia Melayu dengan slogan Hidup Melayu. Slogan Hidup Melayu yang diwakili oleh Najib selama 50 tahun telah memaksa manusia Melayu duduk dalam cengkaman budaya feudal. Budaya feudal ini telah memastikan fikrah manusia Melayu terus bebal dan bodoh. Ertinya dasar budaya feudal yang di kembangkan oleh United Malays National Organisation bertujuan khusus untuk memperbodoh dan membebalkan manusia Melayu.

United Malays National Organisation tidak mahu manusia Melayu cerdik dan berani berfikiran bebas. Melayu yang cerdik dan berani berfikiran bebas akan berduyun-duyun meninggalkan United Malays National Organisation.

Tidak cukup dengan memperbodohkan Melayu gerombolan United Malays National Organisation ini juga tanpa henti-henti telah dan sedang menakut-nakutkan manusia Melayu dengan dua ekor hantu – satu hantu dipanggil Cina dan satu lagi dipanggil Kaum Asing.

Apabila mereka kalah dalam PRU ke 12 mereka terus menakut-nakutkan manusia Melayu dengan mengatakan bahawa Melayu telah hilang kuasa. Negara ini akan diambil oleh Cina. Kuasa politik Melayu hilang diambil oleh Cina dan Kaum Asing.

Manusia yang takut dengan hantu-hantu ini pasti akan mencari pertolongan dan bantuan bomoh dan pawang. Inilah taktik yang selama ini telah digunakan oleh United Malays National Organisation; mereka menyebarkan cerita hantu dan kemudian mereka juga menjadi pawang menghalau hantu.

Memang tepat dan betul ada orang yang hilang kuasa dalam PRU ke 12 dahulu. Yang hilang kuasa ialah United Malays National Organisation. Bukan orang Melayu. Selama 50 tahun ini yang berkuasa ialah gerombolan United Malays National Organisation dan konco-konconya bukan orang Melayu. Manusia Melayu memang tidak memiliki apa-apa kuasa, tidak memiliki apa-apa ketuanan dan tidak memiliki apa-apa yang istimewa. Melayu hidup menunggu janji dan mati dalam harapan.

Kemenangan Pakatan Rakyat di 5 buah negeri ialah satu kemenangan tetapi BUKAN untuk Melayu, bukan untuk Cina , bukan untuk Iban, bukan untuk Dayak, Kadazan atau India. Kemenangan itu untuk semua rakyat Malayssia. Inilah bezanya Anwar dan Najib. Agenda Anwar untuk rakyat Malayssia dengan Ketuanan Rakyat. Manakala agenda Najib hanya untuk kuncu-konco kapal selamnya dan para kroni dalam gerombolan United Malays National Organisation.

Pada ketika ini taktik-taktik perang ini semakin jelas dan tidak kabur lagi. Dari awal lagi langkah Pakatan Rakyat telah disabotaj dan di serang. Fail-fail dihilangkan. Dokumen-dokumen penting dikoyak-koyak. Ini taktik-taktik perang awal untuk memporak perandakan pentadbiran Pakatan Rakyat.

Yakinlah taktik dan serangan dari konco-konco Najib dan gerombolan United Malays National Organisation akan lebih kerap dan ganas. Menuduh Karpal Singh sebagai tidak hormat kepada Raja adalah taktik perang. Menyokong pegawai kerajaan negeri Perak agar enggan menjalankan tugas adalah taktik perang. Menuduh Anwar Ibrahim sebagai ejen Yahudi adalah taktik perang. Menutup jalan raya, menyembur orang ramai dengan air kimia dan tembakan gas pemedih mata kemudian menuduh Pakatan Rakyat sebagai mengancam suasana perniagaan adalah taktik perang.

Mahathir, Razaleigh, Muhideen, Ali Rustam, Syed Hamid, Rafidah Aziz – semua telah dipukul teruk oleh Pakatan Rakyat. Kini mereka lebam-lebam dan duduk membebel di luar gelanggang. Zam, Razi, Shahidan, Sharizat telah sesak nafas dan telah menanggalkan sarung penumbuk sambil duduk bersila di luar gelanggang.

Abdullah Badawi sendiri kelihatan letih dan lebam-lebam. Abdullah akan dibawa ke luar gelanggang untuk direhatkan mungkin seawal bulan Jun tahun hadapan. Kini yang tinggal dalam gelanggang untuk terus berperang ke pusingan akhir hanyalah Anwar dan Najib.

Rakyat seantero dunia sedang menunggu dan ternanti-nanti bunyi loceng akhir yang akan mengosong Najib bin Razak keluar gelanggang. Bila ini berlaku maka Pakatan Rakyat akan dinobatkan sebagai Kerajaan Baru untuk Malaysia.


edyes wrote:

saya meminati tulisan Hishamuddin Rais sejak dulu. Bapa Aktivis Kebebasan dan Reformasi

Forum Baru : Mymesra.net


Di atas permintaan rakan-rakan, saya terpanggil untuk menyokong sebuah forum baru iaitu mymesra.net
>
Kepada yang berminat untuk berforum di arena baru yang lebih menarik, mymesra.net adalah platform terbaik.
>
Admin dan 'orang kuat' di mymesra.net ini adalah pecahan dari Mesra.net. Mengamalkan dasar keterbukaan dan sangat friendly.
>
Sila lah mendaftar dan mula berforum. Klik sini atau logo di atas.

Tuesday, May 20, 2008

Cadangan : PAS dan PKR buka Booth Pendaftaran Segera

oleh hj sahri kg kedah

Assalamualaikum.

Saya harap PAS diperingkat nasional dgn didahuli PAS kawasan P Buntar , bersempena dgn nazaknya UMNO disaat ini , segeralah membuka kaunter dan booth di pasar pasar malam, supermarket , pejabat-pejabat kerajaan dan swasta dan terus daftar ahli baru . Ini bukan janggal, cuma PAS tak pernah buat.

Dlm setiap meeting dan ceramah kita berteori agar PAS kena tambah ahli . Namun belum kelihatan cara yg saya sebut ini dipraktikkan. Ia bukan cara pelik . Lihat saja bagaimana Bank bersaing dan membuka kaunter di mana mana . Jangan segan , jangan malu. Lakukan dgn meluas diperingkat nasional, tak cukup dgn pelawa ja, kini masanya cukup cantik melakukan perang saraf. Pedulikan kata kata sinis.

Buka booth dan kembangkan payung PAS di mana mana , semarakan bagai tumbuhnya cendawan selepas hujan disetiap ruang pejalan kaki , di desa , di kota , baik di stesen bas atau di stesen teksi !

Lihat bagaimana pada tahun 1999, ketika UMNO hampir nazak, muncul disegenap kampong dan lorong papan tanda papan tanda berlogo UMNO! Ia menyemarakan semangat kekitaan UMNO walaupun di ambang maut! Dan mereka berjaya. Kesan psikologinya sangat kuat.

Kpd PAS Nasional, arahkanlah agar setiap cawangan naikan logo logo kekal ini disetiap lorong walaupun kecil . Kutip derma untuk ini dan terus tempah logo/sign board dan terus pacak. Jangan tunggu .

Namun jika cadangan ini dirasa pelik, buatlah cara lain pun untuk kita kelihatan segar, berwawasan dan sebagai perang saraf ke atas parti UMNO yg sedang sakratul itu!
edyes wrote:

Cadangan yang bernas. AMK sila ambil perhatian !

Walaupun agak lewat mengutarakanya, tapi pastinya masih belum terlambat.

Mukhriz desak lagi PM letak jawatan

Mukhriz desak lagi PM letak jawatan
oleh malaysiakini.

Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir hari ini mendesak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya meletakkan jawatan.

Beliau membuat desakan tersebut dalam satu sidang akhbar di ibunegara lewat petang ini.

Mukhriz bagaimanapun berkata beliau tidak akan mengikut jejak langkah bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad dan ibunya, Tun Siti Hasmah Mohd Ali, keluar dari Umno.

Mukhriz berkata beliau akan menjelajah ke seluruh negara untuk mendesak Abdullah supaya meletakkan semua jawatan tersebut.

Beliau juga mendakwa, mendapat sokongan, bukan sahaja dari Umno tetapi juga dari kalangan Pemuda, Wanita dan Puteri Umno.

Hadir sama di sidang akhbar tersebut ialah kira-kira 20 ketua Pemuda bahagian dari seluruh negara dan tiga exco Pemuda - Kamaruzzaman Kambias, Hasrizal Nizam Bidin dan Harison Hassan - untuk menyatakan sokongan terhadap tindakan Mukhriz itu.

Mukhriz berkata, beliau tidak akan meletakkan jawatan dalam Umno sebagai ahli Parlimen Jerlun mahupun sebagai ahli Umno

"Inilah pendirian saya pada waktu ini, saya tidak akan teragak-agak untuk mengubah pendirian saya ini sekiranya keadaan tidak beransur pulih," katanya.

Beliau berkata, keputusannya untuk tidak meninggalkan Umno mungkin mengecewakan bapanya.

Bagaimanapun, Mukhriz berkata, beliau akan menjelaskan pendiriannya kepada bapanya itu.

edyes wrote:

Saya kurang pasti, apakah Mukhriz sayangkan kerusi parlimenya ? atau memikirkan bahwa peluang beliau untuk menjadi PM akan terhakis jika meninggalkan UMNO??

Beliau secara jelas telah meninggalkan bapanya seorang diri dalam hal 'abandon' ini, namun dalam masa yang sama Mukhriz sekali lagi mendesak Paklah supaya berundur.

Dengan kerusi parlimen Jerlun yang masih lagi tertera nama UMNO, Mukhriz mengorak langkah. Sekali lagi beliau mendesak Paklah kali ini tanpa bapanya yang kini hanya rakyat biasa tanpa parti.

Apapun, mari kita tunggu hukuman Datuk Mukhriz setelah kali kedua mendesak Paklah. Apakah kali ini Mukhriz dipecat daripada UMNO selepas 'terlepas' daripada hukuman pada mesyuarat MT yang lalu?

UMNO semakin bergolak. Tiba masa untuk paklah 'to make a move' atau akan sampai giliran Dato Seri Anwar Ibrahim melunaskan hasrat'nya' dan hasrat sebilangan besar rakyat Malaysia !

ps: 'Abandon' merupakan antara perkataan yang pertama dalam kamus dwi-bahasa.

Mukhriz quits Umno?

Dato' Mukhriz Mahathir will hold a Press Conference at 5.30pm today at Bilik Meranti, Pan Pac, Kuala Lumpur.

Source by Rocky Bru

edyes wrote:

Sama2 kita nantikan debaran ini.

Pada hemat saya, Datuk Mukhriz harus berani mengikut jejak bapaknya sepertimana anak2 yang lain. Ini bukan lagi soal anak dan bapa, ini adalah soal perjuangan seorang bapa yang wajib ditantang oleh seorang anak. Lagipun, apa yang dilakukan oleh Tun sebenarnya untuk menyelamatkan UMNO dari banyak aspek termasuklah ancaman DSAI dalam menumbangkan Barisan Nasional.

Seperti sebelum ini, saya berterima kasih kepada Paklah kerana telah membuka mata rakyat dan telah menyebabkan hilangnya majoriti 2/3 BN.

Kini, saya berterima kasih pula kepada Tun Dr Mahathir kerana beliau juga sayangkan Malaysia, sayangkan Melayu... bukan menyayangi UMNO yang dipimpin Paklah.

Keputusan Mukhriz akan membawa impak yang lebih besar kerana beliau adalah seorang ahli parlimen. Maka akan ada 2 orang MP bebas selepas ini jika keputusan 'positif'.

ISA Mengganas Lagi!! Dipukul hingga Lumpuh ?

Oleh Malaysiakini

Seorang surirumah mendakwa suaminya didera dan gagal dirawat dengan rapi sewaktu ditahan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sehingga mengalami kelumpuhan.

Dalam laporan polisnya hari ini, Sharmila Uthiakumar mendakwa pasangannya Sanjeev Kumar Krishnan dibelasah dalam tempoh siasatan selama 55 hari sejak 28 Julai tahun lepas.

"Bahagian badan dan kepala beliau ditumbuk dan ditendang dengan kasut. Bahagian tulang beliau ditendang beberapa kali dengan menggunakan kaki.

"Kaki kiri dan tangan kiri beliau dipukul beberapa kali dengan menggunakan objek yang keras seperti kayu.

"Selain itu, beliau juga selalu dipukul dengan menggunakan botol yang berisi air," kata Sharmila dalam aduannya di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur pagi ini.

edyes wrote:

apa nak jadi nie? sampai lumpuh !!

Pertama sekali perkara ini harus disiasat terperinci. bukan oleh polis yang 'sentiasa betul' tetapi oleh sebuah badan bebas.

Sekiranya laporan ini sahih, sekiranya post mortem menunjukkan memang benar lelaki ini didera sewaktu di tahanan ISA, siapakah yang akan menjawabnya?

Siapakah yang akan jawab kejadian ini dan siapa yang akan bertanggungjawab?? Polis? Paklah ? Tun Mahathir? Ini soal kehidupan, lebih baik mati dari menderita kerana lumpuh !

ISA harus dimansuhkan !

Kekejaman ini harus lenyap dari bumi Malaysia !!!

TAMBAHAN

"Selain itu, beliau juga selalu dipukul dengan menggunakan botol yang berisi air," kata Sharmila dalam aduannya di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur pagi ini.

Beliau, diiringi tiga anggotanya, hadir bersama pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) Syed Ibrahim Syed Noh dan beberapa aktivis gerakan tersebut. Sharmila juga mendakwa suaminya didera dengan teruk, termasuk "dipaksa meminum air kencing sendiri, selain kemaluannya dipukul dan dijolok dengan objek keras".

Selepas ditahan hampir dua bulan, katanya lagi, suaminya dipindahkan ke kem tahanan Kamunting di Taiping mulai 22 September lalu.

Sharmila, seorang pengawal keselamatan, mendakwa akibat kesakitan yang dialami suaminya di bahagian tangan dan kaki kiri, Sanjeev Kumar terpaksa dibawa ke hospital Taiping bulan lalu tetapi tidak mendapat rawatan sewajarnya. "Pada malam hari yang sama (11 April lalu), Sanjeev Kumar mengadu sakit dan kali ini beliau telah dimasukkan dalam wad (hospital Taiping) kerana keadaan yang serius," katanya lagi dalam aduan polis itu.

Seminggu kemudian, tambahnya, suaminya dibawa keluar dari hospital tersebut. "Namun, beliau kini menggunakan kerusi roda untuk kehidupan hariannya kerana kaki dan tangan sebelah kiri tidak lagi berfungsi dan beliau menjadi lumpuh," katanya.

"Akibat kesihatan beliau yang amat teruk, kini suami saya telah kehilangan berat badan yang amat banyak. Beliau sentiasa kelihatan tidak bermaya dan sakit."Syed Ibrahim pula, dalam kenyataannya, berkata Sanjeev Kumar ditahan di kem tersebut atas tuduhan "agen perisik asing."...

Tindakan Dr Mahathir itu tidak akan menjejaskan Parti


Hanya lima minit masa yang diperuntukkan untuk membincangkan soal Tun Dr Mahathir. Semua ahli parlimen yang hadir dalam perjumpaan tergempar paklah sebulat suara memberikan taat setia kepada Paklah dan kekal sebagai ahli UMNO.

Dalam perjumpaan selama 35 minit itu, perdana menteri telah memberi penerangan kepada mereka mengenai isu-isu semasa.

Ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim berkata tindakan Dr Mahathir itu tidak akan menjejaskan parti. Menurutnya, perkara itu dibincangkan secara umum selama kira-kira lima minit.

Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Ghafur Salleh juga mengesahkan bahawa isu mengenai tindakan Dr Mahathir keluar Umno dibincangkan selama lima minit. Katanya, kebanyakan ahli Parlimen Umno merasakan tindakan Dr Mahathir itu tidak akan menjejaskan parti.

Ghafur berkata, beliau juga memberi pandangan bahawa tindakan 'keluar masuk' parti adalah perkara biasa yang tidak perlu dirisaukan. Bagaimanapun, beliau berpendapat tindakan Dr Mahathir itu tidak sesuai dengan kedudukannya sebagai bekas pemimpin besar Umno.

Sementara itu, Ahli parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir dilaporkan tidak kelihatan menghadiri perjumpaan tersebut.

Sumber dipetik oleh Malaysiakini

Jika PRU lagi, SPR akan lebih Neutral !

Inilah masanya untuk pengurusi SPR buktikan bahawa SPR adalah sebuah badan bebas dan tidak terikat kepada 'bekas kerajaan' sewaktu period pembubaran parlimen. Kali ini juga, tiada alasan lagi untuk membelakangkan penggunaan dakwat kekal dalam proses pembuangan undi.

Pada PRU12 yang lalu, SPR dipersalahkan dan diugut secara halus untuk bertanggungjawab dalam soal penggunaan dakwat kekal. Kerajaan juga menyerahkan keputusan samada dakwat itu digunakan atau tidak digunakan kepada SPR walhal keputusan itu dibuat oleh 'kerajaan'.

Kini pengurusi SPR tampil mempertahankan seluruh kredibiliti SPR sebagai badan yang bertanggungjawab sewaktu pemilihan kerajaan baru.

Oleh demikian, seandainya akan berlaku pilihanraya semula seperti yang digembar-gemburkan, pembangkang akan mendapat kelebihan yang mutlak dan bakal melalui sejarah pilihanraya bersih.

Kabinet tidak mahu dakwat kekal

May 17, 08 3:19pm

Kabinet membantah pelaksanaan dakwat kekal di jari pengundi, kata pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman hari ini.

Saya dimaklumkan bahawa saya harus bertanggungjawab (sendiri) jika bersetuju melaksanakannya.

"Tidak mudah menjadi pengerusi SPR. Saya kena memikul kecaman selama setahun,
" katanya kepada wartawan selepas satu majlis di Kuala Lumpur hari ini.

Kenyataannya itu menjelaskan sedikit tanda tanya terhadap misteri keputusan SPR membatalkan saat-saat akhir penggunaan dakwat kekal menjelang hari mengundi pilihanraya umum 8 Mac lepas."



Kenyataan Datuk Mukhriz Selepas Tengahari

Datuk Mukhriz yang juga ahli Parlimen Jerlun akan mengeluarkan satu kenyataan selepas waktu makan tengahari. Beliau memerlukan lebih masa sebelum mengulas tindakan bapanya keluar dari Umno.

Sementara itu Paklah juga telah memetik loceng untuk bertemu dengan semua MP UMNO yang seramai 78 orang termasuk MP Jerlun.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan mengadakan perjumpaan dengan semua ahli parlimen Umno tengahari ini dipercayai berkaitan dengan tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad keluar dari Umno semalam.

Politik Malaysia berada pada tahap yang agak getir sekarang dan kemuncaknya pada petang ini.

Ramai pemimpin UMNO sedia ikut Mahathir

Oleh: Blackroses

 BEBERAPA pemimpin dan bekas pemimpin UMNO dikatakan akan mengambil tindakan drastik keluar dari parti terbesar itu dalam tempoh terdekat ini.

Tindakan tersebut diambil sebagai tanda hilang kepercayaan terhadap kepimpinan atasan parti terutama Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Badawi yang gagal melaksanakan tanggungjawab membela nasib orang Melayu sambil mengikut jejak langkah mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kelmarin mengumumkan keluar dari UMNO berkuatkuasa serta merta.

Menurut sumber boleh dipercayai, kebanyakan pemimpin dan bekas pemimpin itu bukan sahaja kecewa dengan hala tuju parti semakin tersasar dari objektif sebenar perjuangan memastikan nasib orang Melayu terbela tetapi curiga dengan sikap pemimpin atasan lebih terdorong mengejar impian masing-masing sehingga lupa tanggungjawab terhadap ahli dan orang Melayu di peringkat akar umbi.

"Jika kepemimpinan atasan merasakan keputusan diambil Mahathir sebagai perkara biasa, itu terpulang kepada merekalah. Bagi kami, keputusan Mahathir berbuat demikian selepas mengambilkira semasak-masaknya terhadap masa depan parti. Atas sebab itu, tidak hairan ada dikalangan pemimpin dan bekas pemimpin bersedia mengambil langkah sama,"ujarnya.

Setakat berita ini ditulis, beberapa pemimpin dan bekas pemimpin khususnya di peringkat bahagian dan cawangan difahamkan telah menemui Mahathir untuk menyatakan sokongan tanpa berbelah bagi terhadap tindakannya itu serta sanggup bersama-sama beliau keluar dari UMNO.

Tak kurang juga ada dikalangan mereka menemui Mahathir semata-mata mahu meminta bekas ADR Kubang Pasu itu menarik balik keputusan diambil dengan harapan satu peralihan kuasa kepimpinan atasan parti dibuat secepat mungkin tanpa perlu menunggu tempoh masa sepertimana perbincangan Abdullah dan Najib Tun Razak.

Perkembangan terbaru ini jelas menggambarkan bahawa keutuhan UMNO sebagai sebuah tunggak parti orang Melayu tercalar sudah. Bagaimana Mahathir begitu bersungguh-sungguh mahu keluar parti sedangkan dia sendiri tahu UMNO adalah darah dagingnya. Barangkali dia sedar kuasa tertinggi dan setiap keputusan melibatkan hal-hal parti hari ini terletak ditangan Presiden dan Majlis Tertinggi tanpa perlu mengikut kehendak ahli parti.

Mungkin juga Mahathir sendiri merasakan bahawa Abdullah tidak boleh mentadbir negara berlandaskan situasi sekarang. Sokongan terhadap BN semakin merosot, imej UMNO sebagai tunggak kekuatan bangsa sendiri turut tergugat . Amat jelas sekali kekuatan PAS dan PKR ketika pilihanraya lalu membuktikan orang Melayu beralih arah dan teruja untuk berpaksikan pihak pembangkang.

Alangkah malangnya UMNO ketika heboh memasang niat mahu memulihkan imej parti, dalam masa sama dirundung pula masalah gerakan pemimpin dan bekas pemimpin untuk meninggalkan parti laksana sebuah kapal besar yang memiliki pelbagai keistimewaan kini menunggu masa untuk karam ditengah lautan samudera.


edyes wrote:

Berikut adalah pendapat dari seorang rakan seperjuangan.

Saya sependapat denganya tetapi masih tak nampak dan tak dapat bayangkan gerombolan pemimpin atau ahli UMNO meninggalkan parti.

Ini kerana, mereka berbelah bahagi ! kareer politik akan menjadi pertaruhan, samada mengikut jejak Tun itu memberi anjakkan yang bermanfaat atau sebaliknya.

Siapa ahli UMNO yang mahu meninggalkan pangkat dan darjat demi bangsa dan negara? Siapa yang sanggup kehilangan tempat dan kuasa? Sebab itu langkah mengikut Mahathir merupakan satu pertaruhan hidup mati dalam aspek karier politik sebagai pemimpin bertiket UMNO.

Wadah perjuangan... wadah kerakusan kuasa... wadah mempertahankan pangkat dan darjat... itulah wardah ahli UMNO yang ragu2 untuk mengikut bekas pemimpin agung mereka.

Tolonglah buktikan jangkaan saya ini salah dan meleset. Tolonglah wahai pemimpin dan ahli UMNO. Ikutlah jejak langkah Tun Dr. Mahathir, yakni pemimpin yang disanjung tinggi olehmu (dan olehku jua)...

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan