Monday, March 31, 2008

50 tahun merdeka - Anak-anak kita?

50 tahun merdeka...
Dengarlah orang-orang yang menyokong kerajaan, tentang anak-anak kita setelah 50 tahun merdeka...Pembangunan di Malaysia pesat dan maju, bangunan pencakar langit tumbuh merata. Jalan-jalan yang bertaraf dunia, sekolah-sekolah juga percuma, cahaya letrik dan saluran air sampai ke seluruh pelusuk negara. Itu tidak dinafikan, hebatnya Malaysia setelah 50 tahun merdeka.

Tetapi apa guna kemajuan itu jika anak melayu LAH yang paling ramai masuk pusat serenti ?
ApaLAH gunanya pembangunan itu kalau ramai anak-anak melayu yang meringkuk dalam penjara?
Apa guna kepesatan itu, jika ramai anak melayu yang kandungkan anak luar nikah, ramai anak melayu yang minum arak (BERSEPAH, jangan kata takde), ramai anak melayu yang terjebak dengan maksiat...

Salah siapakah ini, anak-anak siapa yang sosialnya teruk ini? adakah salah anda? atau salah mereka?
Atau anda-anda semua nak kata anak-anak melayu yang masuk jail dan pusat serenti itu adalah salah mereka?
Atau anda-anda semua nak kata anak melayu yang terjebak maksiat itu perkara biasa? kerana peredaran zaman?
Atau anda2 semua nak kata anak melayu yang minum arak itu adalah dosa mereka? bukan dosa anda?
Atau anda2 semua nak kata anak luar nikah yang dikandungkan itu bukan anak anda?

SedarLAH bahawa mereka adalah orang kita, orang melayu kita, orang seagama kita, saudara seislam kita, semua anak-anak melayu adalah anak-anak kita... anak bangsa kita!!! sedarLAH...

Apa yang nak dibangga dengan 50tahun merdeka jika mentaliti masih ditakuk lama. Mudah diperlekeh, mudah ditertawa, mudah ditipu, mudah dipermainkan oleh kerajaan bongkak dan zalim yang mengaut semua warisan peninggalan nenek moyang kita untuk keluarga mereka tanpa mempedulikan anak-anak melayu kita yang makin melara, yang makin bergelumang dosa...

Kemajuan dan kepesatan pembangunan itu memanglah dituntut oleh agama, tetapi biarlah ianya selaras dengan taraf kehidupan yang lebih selesa, lebih baik, lebih sempurna dan didokongi oleh Islam sepenuhnya, untuk anak-anak kita, untuk semua anak-anak kita. anak bangsa kita....
Demi agama, demi bangsa, demi anak-anak kita dan demi negara, marilah menuju kejayaan bersama Islam nescaya Allah akan merahmati kita dan ingatlah janji Allah bagi umat yang memperjuangkan agamaNYA.

Takbir!!!!
nukilan edyesdotcom

Himpunan Rakyat di Stadium Shah Alam, semua dijemput hadir

Himpunan Rakyat di Stadium Shah Alam, semua dijemput hadir

HarakahdailyFri Mar 28, 08 11:26:17 am MYT

KUALA LUMPUR, 28 Mac (Hrkh) -Orang ramai dan penyokong Barisan Alternatif diminta hadir beramai-ramai ke Stadium Melawati, Shah Alam, Selangor untuk program 'Himpunan Rakyat' pada 31 Mac (Isnin) ini bermula jam 8 malam.

Dalam program tersebut, Presiden PAS akan menyampaikan amanatnya kepada seluruh rakyat. Selain beliau, Menteri Besar Selangor yang baru, Tan Sri Khalid Ibrahim; Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa dan dua Exco Kerajaan Negeri, Dato' Dr. Hasan Ali dan Teressa Kok dari DAP akan turut sama berceramah.

Program julung kali dianjurkan PAS negeri itu, akan dimulakan dengan solat Isyak dan solat Hajat dan kemudiannya diikuti bacaan Al-Quran dan dendangan nasyid.
Seluruh warga Selangor dan rakyat Lembah Klang dipelawa hadir ke program perdana peringkat negeri Selangor ini. Bagi maklumat lebih lanjut, sila dapatkan Harakah keluaran terbaru yang mula dipasarkan hari ini. - mks.

edyesdotcom wrote:

kepada muslimin dan muslimah, jangan lupa bawa sejadah.

Takbir!!!

Sunday, March 30, 2008

10,000 or 25,000? + Nasib 23 Adun







Bernama says 10,000 welcomed the Agong; The Star has it at 25,000.

In any case, the reception for the Agong at the Kuala Terengganu airport this morning, after the dressing down he gave the PM over the appointment of his state's Menteri Besar, was rousing. A Deputy Minister in the PM's Department was also at hand to welcome home the Agong. And it seems that the 22 Assemblymen [who said they would resign if the palace appoints anyone else other than Idris Jusoh] will turn up for the swearing-in of Ahmad Said at the istana tomorrow.

Hypocrites, all of them.

source : rocky's bru


KUALA TERENGGANU, 29 Mac: Lebih 30,000 rakyat Terengganu berhimpun di Lapangan Terbang Kuala Terengganu bagi menyambut kepulangan DYMM Yang Dipertuan Agung ke negeri ini pagi tadi. Mereka mula berkumpul sejak jam 9.00 pagi dengan pelbagai jenis banner dan sepanduk menyokong Tuanku Mizan.

Di samping itu, pelbagai jenis pelekat kereta, reben kuning dan juga gambar dibawa ke perkarangan lapangan terbang itu. Mereka berteriak daulat Tuanku dan sesekali teriakan Takbir berkumandang apabila konvoi baginda bergerak keluar dari lapangan terbang kira-kira jam 10.45 pagi.

Turut serta dalan konvoi adalah anakanda Baginda yang menjadi pemangku Raja di samping anggota Majlis Penasihat Pemangku Raja. Rombongan Tuanku kemudiannya begerak ke Lembah Bidung. Di sana, Majlis Pemuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat) dan beberapa NGO menyerahkan memorandum sokongan kepada baginda.
6:05 PM

source : siasahdaily



edyesdotcom wrote :

Pertama, berkenaan jumlah sambutan. Seperti perhimpunan BERSIH, angka yang diperkatakan di media perdana ialah 25ribu tetapi jumlah sebenar ialah melebihi 100ribu. Jadi, tidak hairanlah sekiranya permainan angka ini sekali lagi dijadikan sandaran oleh kerajaan kuno UMNO.

Kedua, berkenaan memorindum yang disampaikan. Tuanku menyokong rakyat, menerima memorandum yang diberikan dan rakyat juga memberi sokongan padu kepada tuanku dengan rangkuman memorindum tersebut. DAULAT TUANKU !!

Ketiga, berkenaan 22 Adun + 1 Adun Natang tu. Terang-terang dalam buletin utama mereka berjanji akan meletak jawatan jika Deris Natang tidak menaiki tahta MB T'ganu. Idris Natang tetap ditolak dari menjadi MB dan 22 Adun ni apa nak jadi? Lembu berpegang pada tali, beruk berpegang pada dahan... Manusia berpegang pada janji...22+1 Adun nie berpegang pada apa..?? JANJI HARUS DIKOTA !!!!

Friday, March 28, 2008

Saya sedia dicabar, kata Pak Lah


Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bersedia dicabar untuk jawatan tersebut dalam pemilihan parti yang akan diadakan pada 16-20 Disember. "Saya terpaksa menghadapinya... saya tidak boleh lari (daripada berdepan dengan cabaran)," katanya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat Majlis Tertinggi petang tadi.

Pemilihan Umno yang dijadual November tahun lalu, ditangguhkan untuk menghadapi pilihanraya umum 8 Mac. Perlembagaan parti itu membenarkan penangguhan pemilihan parti dibuat selama 18 bulan, sehingga pertengahan tahun depan.

Menurut Abdullah, pemilihan di peringkat cawangan akan bermula pada 17 Julai-24 Ogos, dan bahagian pada 9 Oktober-19 November. Sebelum ini kalangan pemimpin Umno berbelah-bagi berhubung cadangan supaya pemilihan parti ditunda sehingga tahun depan.

Bagaimanapun, jawatankuasa pengurusan parti yang bermesyuarat malam tadi berpendapat bahawa pemilihan wajar diadakan tahun ini juga. Ahli parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah telahpun mengumumkan hasratnya untuk mencabar jawatan presiden dalam pemilihan kali ini.


edyesdotcom wrote:

Kalau paklah sedia dicabar, kenapa tangguhkan pemilihan parti ? bukan ke itu namanya tidak sedia dicabar??

"Saya terpaksa menghadapinya... saya tidak boleh lari (daripada berdepan dengan cabaran),"
PAKLAH

Kenapa kata 'terpaksa' menghadapinya? siapa pulak yang kata paklah boleh lari daripada berdepan dengan cabaran. sepatutnya paklah bernada seperti ini : "Saya tetap akan menghadapinya, Ini adalah hakikat yang perlu ditempuhi !". BaruLAH dikatakan seorang pemimpin yang berani!!

Dewasa ini, kita seharusnya mewujudkan mentaliti berasaskan result oriented bukanya reason oriented. Hanya ada 2 pilihan sahaja untuk paklah dalam situasi ini ;

1. Lawan - tidak kira sebesar mana badai melanda, paklah harus lawan tanpa menangguhkan tarikh pemilihan parti, yang juga menunjukan bahawa paklah benar-benar sedia!

2. UndurLAH - jika paklah tidak berani atau tidak sedia, adalah lebih baik paklah berundur dan beri laluan kepada pemimpin lain untuk bertanding. Penangguhan ini mencerminkan kelemahan paklah dari pelbagai aspek.

Saya percaya lebih ramai yang akan 'respek' pada paklah walaupun jika kaLAH pada pemilihan yang berlangsung pada bulan ogos. Kira kalah bermaruahLAH. Tetapi jika menang atau kalah pada pemilihan yang berlangsung pada bulan 12 nanti, maka tidakLAH ia memberi sebarang erti kerana kita semua tahu, betapa kecutnya pucuk pimpinan UMNO pada masa kini dan selamanya... itupun jika jodoh UMNO masih panjang sebagai pemerintah pada bulan 12 nanti...

Lagi Teori Pergolakkan Di T'ganu


oleh ipacat


Pagi ini saya mendapat maklumat dari satu sumber yang sangat rapat dengan istana berkaitan pertemuan di atas. Menurut “Tok Faqir” (sumber berkenaan), pertemuan antara Tuanku Mizan dan Abdullah tidak membawa kepada sebarang penyelesaian lagi. Belum ada sebarang keputusan.


Ini kerana Tuanku Mizan bertegas menyokong Ahmad Said, manakala Abdullah pula tetap berkeras mahukan Idris Jusoh. Kenapa Abdullah berbuat begitu? Sebenarnya si durjana dan penderhaka Rosol Wahid telah menggertak dan mengugut Abdullah. Jika Idris tak dilantik semula sebagai MB, mereka akan beramai-ramai meletakkan jawatan! Maka pilihanraya semula akan diadakan. Abdullah amat takut dengan ugutan itu. Maka Abdullah terpaksalah berkeras dengan Tuanku Mizan, walaupun sehingga menderhaka kepada Tuanku Mizan!


Yang mengejutkan lagi menurut “Tok Faqir”, pertemuan Abdullah dengan Mat Said yang dilaporkan diadakan dua hari lepas turut dihadiri oleh si Kamaluddin Abdullah dan Khairy Jamaluddin! Apa ke hal nya ni? Apa kena mengena dengan b***k dua e**r ni? Nak ugut apa? Atau nak buat janji timbal balas dengan Mat Said? Apa yang berlaku dalam pertemuan tu taklah kita ketahui. Namun, kita percaya si samseng Khairy tak akan mudah-mudah berdepan dengan Mat Said yang terkenal gedebe tu.Mak benar lagi sahihlah bahawa Abdullah ni lemah, anak menantu yang control dia.


Setiap keputusannya dibayangi oleh anak menantunya itu. Yang penting agenda merompak harta rakyat Terengganu dapat diteruskan!Sebelum ini, saya juga telah dedahkan mengapa Tuanku Sultan sangat murka kepada Idris. Tuanku mempunyai senarai 25 kes penyelewengan dan salah laku Idris. Antaranya penyelewengan pengurusan dana royalti minyak 800 juta setahun dan penjualan kawasan balak yang melibatakan ribuan ekar kepada pihak lain sebelum PRU baru-baru ini. Maklumat ini juga telah diberikan oleh “Tok Faqir” yang rapat dengan Istana Terengganu itu.


Saya juga mendapat maklumat bahawa peratusan Idris Jusoh dan Rosol Wahid akan ditarik balik gelaran Datuk kini mencapai 80%. Din Adam juga akan dikenakan tindakan serupa, tetapi mungkin selepas semua konflik ini selesai.Rakyat menunggu-nunggu kesudahan episod ini… Daulat Tuanku! Rakyat bersama Tuanku!"


Thursday, March 27, 2008

Earthquake At Pwtc


Lattest Update - 8.10pm

1) Tiada gempa bumi berlaku di PWTC

2) MT menyokong sepenuhnya Datuk Ahmad Said sebagai MB T'ganu

3) Pemilihan Agung UMNO tidak ditangguh ke tahun hadapan tetapi dijadualkan pada 16-20 Disember.

4) Isu perhimpunan khas yang dibawa oleh Tengku Razaleigh Hamzah tidak menjadi topik perbincangan.

PS: Kalau setahun ada 24 bulan, dah tentu pemilihan agung UMNO jatuh ke bulan 24...

original news:

Earthquake At Pwtc

The Umno Supreme Council meeting ends in half an hour or so. One of the items on the agenda is to recognize the new MB of Terengganu. But I've been told to wait for an earth-shattering piece of announcement. Rumours have been flying about another resignation.

Wait for it.

source : Rocky's Bru

Gegak Gempita Perkembangan Mutakhir


27 March 4.25pm

Sumber-sumber memberitahu blog ini sebentar tadi bahawa beberapa perkembangan politik menggemparkan mungkin berlaku di Malaysia dalam tempoh sehari dua ini di mana kemuncaknya ialah Mesyuarat MT yang sedang berlangsung. Perkembangan ini dikatakan mungkin membawa impak besar kepada status Barisan Nasional (BN) dan juga Barisan Rakyat (BR) di Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia.

Sementara itu, sumber-sumber lain pula memberitahu bahawa Majlis Tetinggi UMNO Malaysia akan bermesyuarat jam 3.00 petang ini. Agenda dijangka berkisar sekitar perkembangan politik semasa yang membabitkan UMNO secara khusus dan politik negara secara umumnya. Tengku Razaleigh Hamzah pula dijangka menghadiri satu majlis makan tengah hari bersama sekumpulan pemimpin UMNO di Kuala Lumpur.

Blog ini difahamkan beberapa lagi Timbalan Menteri sedang diperingkat akhir membuat keputusan seperti Datuk Ghapur. Bagaimanapun, tidak wajar untuk kita membuat apa-apa spekulasi mengenainya dan harus kita ikuti perkembangan selanjutnya dengan cermat, sabar dan tenang.

sumber : Datuk Ruhanie Ahmad

Nukilan Reformist Sabah


Menghalalkan Rasuah Demi Mempertahankan Rasuah

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera kepada semua rakyat Malaysia.


Kita bukan ahli politik,
Kita hanya rakyat biasa,
Kita bukan jenis yang tak ambil kisah,
Kita cuma tiada upaya untuk mengubah,
Kita menjunjung pemimpin mulia,
Kita tolak pemimpin rasuah,
Kita cuba sedaya upaya,
Kita tetap akan kalah,
Kita kalah bukan kerana tiada usaha,
Kita kalah kerana rakyat sendiri memuliakan rasuah,
Kita jangan mudah menyerah kalah,
Kita terus berjuang sehingga ke akhir hayat kita,
Kita nampak rakyat terima rasuah,
Kita lihat rakyat hidup bergelumang dengan fitnah,
Kita tahu tanda-tanda kiamat kecil telahpun tiba di depan mata,
Kita tahu dunia akhir zaman itu “fitnahnya” akan menjadi lebih bahaya,
Kita jangan lupa dirikan solat,
Kita jangan lupa selalu berdoa dijauhkan daripada “fitnah” selepas solat,
Kita jangan mudah lupa,
Al Quran dan Hadis Undang-Undang di Dunia dan Akhirat,
Kita jangan terikut rentak penentang,
nanti perjuangan kita juga sama seperti mereka,
Kita telah nampak perubahan,
Kita nampak ada harapan,
Kita tolak semua pemimpin rasuah dan pemimpin lemah,
Kita pilih pemimpin mulia tidak kira dari mana sekalipun partinya,

Terima kasih Datuk Seri Anwar Ibrahim,
sungguhpun saya tak mengenali Datuk Seri,
saya mengenali perjuangan yang di bawa oleh Datuk Seri,
ia adalah perjuangan yang benar,
Perjuangan menentang Kezaliman iaitu kezaliman daripada pemimpin yang zalim,
yang memuja Machavelli , yang mengamalkan “Matlamat menghalalkan cara”

Saya kenal perjuangan Datuk Seri, menolak pemimpin yang rasuah,
kerana hampir kesemua pemimpin yang saya tahu/lihat mempunyai kekayaan yang tak munaSabah dan datang sekelip mata setelah mendapat kuasa dan kedudukan,
Alhamdulillah sekiranya mereka ini mendapatkannya dengan cara yg betul tanpa bertindak zalim dan menindas org lain dan menghakis amanah rakyat…

Saya kenal perjuangan Datuk Seri, untuk membela dan memperjuangkan rakyat miskin Melayu, India, Cina, Iban, Kadazan dan lain-lain lagi peribumi di Malaysia ini,
saya kenal perjuangan Datuk Seri, untuk terus mempertahankan Melayu/Bumiputra dengan cara yang boleh diterima oleh bangsa-bangsa lain,
saya kenal perjuangan Datuk Seri, untuk terus mempertahankan kesucian Islam dan seterusnya mempertingkatkan Islam di mata dunia dengan cara yang disenangi, tanpa menidakkan hak anutan Kristian, Buddha, Hindu dan lain-lain lagi…

Teruskan perjuangan Datuk Seri,
sesungguhnya menegakkan kebenaran memang begitu rencamnya,
Al Quran dan Hadis banyak menceritakan keperitan dan kepayahan para Nabi dan Rasul dalam menegakkan Kebenaran dan Keadilan,
dan sememangnya perjuangan Datuk Seri menegakkan Kebenaran dan Keadilan adalah perjuangan yang betul dan tepat sekali dikala ini,
tatkala pemimpin-pemimpin,
penyokong-penyokong “mereka” mahupun rakyat telah “menghalalkan” perbuatan rasuah,
Mereka ini telah lama mengamalkan “Matlamat Menghalalkan Cara” sebagai cara hidup mereka,

Mereka “menghalalkan” rasuah “demi” mempertahankan Islam,
Mereka “menghalalkan” rasuah “demi” mempertahankan Diri Mereka,
Mereka “menghalalkan” rasuah “demi” mempertahankan Ahli Keluarga,
Mereka “menghalalkan” rasuah “demi” mempertahankan Sahabat Handai,
Mereka “menghalalkan” rasuah “demi” mempertahankan Penyokong-Penyokong,
Mereka “menghalalkan” rasuah “demi” mempertahankan Kroni-kroni mereka,
Mereka “menghalalkan” rasuah “demi” mempertahankan rakyat Malaysia,
dan akhir sekali,
Mereka “menghalalkan” rasuah “demi” mempertahankan “rasuah” yang mereka amalkan selama ini,

Maka hiduplah seluruh rakyat Malaysia dengan amalan rasuah yang telah “dihalalkan” oleh pemimpin yang rasuah….
akhirnya,
Malaysia akan menjadi negara Islam yang porak peranda dan berpecah belah,

Semoga dijauhkan dari menjadi seperti negara-negara Islam yang bergolak yang lain..
Hanya orang-orang yang berpesan kepada kebenaran dan bertindak melakukan pembetulan dapat menyelematkan Malaysia… Sebagai rakyat biasa Malaysia.. saya melihat Datuk Seri mempunyai kepimpinan yang dianugerahkan oleh Allah SWT utk melakukannya…Teruskan …. Doa dan Dukungan saya dan rakyat Malaysia yg sedar akan terus bersama Datuk Seri…

Amin


“Segala yang baik itu datangnya dari Allah SWT dan Segala yang Buruk itu Datangnya dari Diri saya Sendiri”

oleh Reformist dari Sabah

Tiga Timbalan Menteri Sudah Letak Jawatan


Tiga Timbalan Menteri Sudah Letak Jawatan

Mar 27, 2008

Datuk Abdul Ghapur Salleh menggemparkan negara apabila meletak jawatannya sebagai timbalan menteri sumber asli dan alam sekitar kira-kira seminggu selepas lantikan.

Surat peletakan jawatan ahli parlimen Kalabakan itu dikirim semalam kepada Perdana Menteri dan berkuatkuasa serta-merta.Dua lagi menolak pelantikan jawatan pada hari barisan kabinet diumumkan 18 Mac.

Ahli parlimen Kimanis, Datuk Anifah Aman, menolak jawatan timbalan menteri pengangkutan. Manakala ahli parlimen Jerantut, Datuk Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar, menolak jawatan timbalan menteri luar.

Telah digembar-gemburkan sebelum ini bahawa semua ahli dan pemimpin dalam Barisan Nasional akan taat setia kepada parti tetapi apa yang berlaku ialah hilangnya kepercayaan satu persatu dan akhirnya melibatkan perpecahan di kalangan parti komponen BN. Inikah yang dinamakan "setia kepada parti" seperti yang dimaksudkan oleh paklah dan najib monggolia? UMNO dan rakan komponenya masih mempunyai pemimpin-pemimpin yang menongkah arus mahukan pembaharuan secara menyeluruh dan bertekad untuk menyelamatkan parti yang hampir musnah dilanda tsunami.

Tidak kurang juga terdapat pemimpin yang telah bersedia untuk kembali berkhidmat di bawah bekas timbalan perdana menteri suatu masa dulu. Tamparan demi tendangan telah diterima oleh paklah. Sepahit-pahitnya rakyat menderita dan tertekan, sepahit itu jugalah paklah menelanya. Paklah kian tersepit dengan tekanan yang semakin hebat dari dalaman UMNO hingga ke parti komponan, dari MIC hingga ke SUPP, dari MCA hingga ke Gerakan, dari rakyat hingga ke istana sultan.

UndurLAH sebelum ramai lagi menteri lain memprotes dan hasilnya, paklah tidak akan percaya dengan undi tidak percaya.



edyesdotcom

DSAI : One Foot In The Door !








Timbalan Menteri Kesihatan Letak Jawatan




Timbalan Menteri Letak Jawatan


Oleh yb_pmn


Abdul Ghaffur Salleh Timbalan Menteri Kesihatan yang menang tanpa bertanding memalukan PM Bedolah Bedawi apabila meletak jawatan kelmarin.

Beliau merupakan salah seorang drp tiga Timbalan Menteri yang meletakkan jawatan selepas Pak Lah membentuk Kabinet baru-baru ini.'Tidak Pernah Sebelum Ini' yang sering dilaungkan oleh Pemimpin Ameno dalam menjalankan program mereka nampaknya sudah terpalit ke muka sendiri. Jika sebelum ini tidak pernah berlaku, ianya berlaku secara besar-besaran dalam era Bodolah Badawi.

Sungguh memalukan! Walaupun tidak mengeluarkan sebarang kenyataan, Bedolah sudah tentu menerima malu besar di atas protes secara terang kepadanya.Namun, sebagai seorang yang tahu malu, beliau buat 'BodoLAH' tanpa sanggup menanggung tanggungjawab dengan melepaskan jawatan PM.

Bagi rakyat, ini merupakan satu pembalasan yang nyata diterima oleh seorang PM yang pengecut dan bacul.Dengan perletakkan jawatan Abdul Ghaffur, maka kabinet Pak Lah semakin bergoncang dan tidak selamat. Dan dengan situasi ramai lagi MP BN yang menang baru-baru ini tidak puashati dengan kepimpinan PAK LAH, diharap Barisan Rakyat mampu mengambil alih tampuk kepimpinan negara suatu hari nanti. Insyallah!
>
edyesdotcom wrote:
>
Hari demi hari, Barisan Nasional makin goncang! Parti2 komponen mereka di seberang sana mula mencetuskan huru-hararey dan ini pastinya menguatkan teori DSAI menjadi PM dalam masa terdekat.
>
Namun begitu, buat masa ini keselamatan DSAI harus diutamakan kerana dalam keadaan yang agak gawat sebegini, mereka2 yang gila kuasa pastinya melakukan sesuatu yang di luar dugaan apabila terdesak!!

Wednesday, March 26, 2008

4 Sebab Sultan Murka Pada Idris Jusoh


Maklumat Oleh ipacat

Oleh kerana Idris Jusoh dan kuncu-kuncunya sudah terlalu biadap dan derhaka pada Sultan, maka disini diperturunkan sebahagian sebab musabab mengapa Tuanku sangat murka kepadanya. Maklumat ini diperolehi dari sumber yang sangat rapat dengan pihak Istana Terengganu!

Tuanku SANGAT MURKA kerana :

1) Idris Jusoh memasukkan duit royalti minyak sebanyak RM800 juta ke
dalam akaunnya. Duit itu diuruskan oleh Wan Farid, Wan Hisham & Khairy Jamaluddin!

2) Projek Monsoon Cup adalah silap mata sahaja. Ia untuk Idris dan
puak-puaknya mengaut duit dengan sebanyak-banyaknya!

3) Sebelum PRU-12, Idris telah menjual seluas 30,000 ekar tanah pada
tauke cina dengan mengambil jutaan duit lagi untuk diri dan kroninya!

4) Dan ada sebanyak 25 KES lagi dalam tangan Tuanku Sultan!

Tuanku Sultan melantik Datuk Mat Said kerana hanya beliau seorang sahaja yang berani melawan Idris Jusoh dan puak-puaknya. Pak Lah pula pertahankan Idris kerana beliau mempunyai kepentingan dalam projek-projek untuk baham duit rakyat!

Wahai rakyat sekelian, marilah bangkit menyokong Tuanku Sultan! Baginda bertindak demikian semata-mata untuk mempertahankan hak rakyat! Jangan biarkan Tuanku bersendirian berdepan dengan puak-puak yang selama ini berlagak membela rakyat, padahal merekalah perompak harta rakyat!


edyesdotcom wrote:


Sungguh Melampau !!! Makin miskinlah rakyat Terengganu jika Derih masih memerintah !!


HIDUP SULTAN MIZAN !!!

876 Ketua Kampung Letak Jawatan


876 ketua kampung di Perak akan letak jawatan beramai-ramai.

26/03/2008 5:09pm

IPOH 26 Mac – Sebanyak 876 ketua kampung di seluruh Perak akan meletakkan jawatan beramai-ramai mulai 1 Mei ini kerana tidak sehaluan dengan kerajaan campuran negeri ini pimpinan DAP, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Selain mereka, sebanyak 13,140 ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) akan turut berbuat demikian.

Presiden Pertubuhan Ketua Kampung Negeri Perak, Zukiman Jalil memberitahu satu sidang akhbar di sini hari ini, semua ketua kampung itu akan memberi notis peletakan jawatan kepada kerajaan Perak pada 1 Mei.

- Utusan


edyesdotcom wrote :


Berita Baik!!


Tindakan sedemikian sudah pasti akan melancarkan lagi proses pemilihan ketua kampung di seluruh negeri Perak seperti yang direncanakan oleh kerajaan Barisan Rakyat negeri Perak.


Mungkin selepas ini pemilihan wakil di peringkat PBT juga boleh dijalankan dalam bentuk pencalonan dan pengundian!!


Pembaharuan mesti diteruskan!

Pak Lah Juga Perlu Bertanding


Pak Lah juga perlu bertanding

Muda Mohd Noor Mar 26, 08 12:06pm

Semua jawatan, termasuk presiden Umno yang kini disandang oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, perlu dipertandingkan supaya mereka yang terpilih merupakan barisan pemimpin yang benar-benar dikehendakli oleh ahli, kata ketua bahagian Umno Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee.

Oleh itu, beliau menggesa dimansuhkan sistem kuota yang diwajibkan ke atas calon-calon yang ingin bertanding jawatan presiden, timbalan presiden, najib presiden dan majlis tertinggi (MT) Umno.

Kuota pencalonan yang dikenakan ialah 30 peratus bagi jawatan presiden, timbalan presiden (20 peratus), naib presiden (10 peratus) dan lima peratus untuk kerusi MT.



edyesdotcom wrote :

Semakin ramai yang mula mendesak supaya jawatan presiden UMNO dipertandingkan lalu mengeruhkan lagi suasana dalaman UMNO. Selepas surat desakan Mukhriz di ikuti pula dengan tawaran Ku Li untuk membaik-pulih UMNO melalui pemilihan presiden, kini muncul pula Datuk Syed Ali Alhabshee iaitu ketua pergerakan UMNO bahagian Cheras yang secara terbuka mendesak agar jawatan presiden dipertandingkan tanpa kouta.

Inilah malapetaka seperti yang diperkatakan oleh Mike Tysetan dalam cubaanya untuk menangguhkan pemilihan parti. Pastinya pemberontakan akan berlaku dari dalam dan mana perpecahan perpecahan tidak dapat dielakkan di antara penyokong paklah dan anti-paklah-khairy!

Biar apa pun yang terjadi di dalam perbarisan UMNO, Barisan Rakyat akan terus maju ke hadapan menjadi penyelamat dan pendukung utama rakyat !!

REFORMASI !!!

Harga Minyak Dan Gas KEKAL


Dalam ucap utamanya pada Persidangan Pelaburan Malaysia 2008 di sini hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menghuraikan perancangan bagi melegakan keresahan rakyat berhubung kenaikan kos sara hidup yang menjadi isu dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 8 Mac lalu.

Tiga langkah itu ialah:

* Mengurangkan impak kenaikan harga minyak dunia bagi golongan berpendapatan rendah dengan mengurangkan pembaziran dan kerugian kesan daripada subsidi.

* Mengkaji semula pelaksanaan rancangan-rancangan ekonomi bagi memastikan manfaatnya dapat dirasai golongan yang benar-benar memerlukan.

* Kerajaan akan terus bekerja ke arah mengurangkan jurang pendapatan antara kumpulan-kumpulan etnik, dan pada masa yang sama memastikan keadilan untuk semua rakyat.

seterusnya (utusan)


edyesdotcom wrote :

Hasil keuntungan pengundi-pengundi Barisan Rakyat pada PRU12 semakin banyak yang telah di pertunjukkan. Inilah buktinya tanpa majoriti 2/3, BN tidak mampu untuk menaikkan harga gas dan minyak !

Percaya atau tidak, sekiranya keputusan PRU12 membenarkan majoriti 2/3 BN, sudah pasti tajuk berita hari ini ialah "Minyak Naik" "Tarif Letrik Naik kerana Gas Naik" Tol PLUS naik sebab dah 5 thn tak naik".

BERSYUKURLAH...

Tuesday, March 25, 2008

Tangguh pemilihan UMNO ?


Tangguh pemilihan UMNO
25/03/2008 2:23pm

PUTRAJAYA 25 Mac – Kesemua perwakilan Badan Perhubungan UMNO negeri yang menemui Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi baru-baru ini, mahu pemilihan parti yang dijadualkan pertengahan tahun ini ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditentukan kelak.
Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, tarikh berkenaan akan diputuskan pada mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) parti Khamis ini.

"Cadangan ini bagi mengelakkan `mala petaka’ kepada politik negara kerana dalam keadaan sekarang semua orang tidak boleh berfikir dengan waras,’’ katanya kepada pemberita ketika memulakan tugas sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah di pejabatnya di sini hari ini.

- UTUSAN

edyesdotcom wrote :

Mereka sudah semakin gentar !! Selama ini mereka angkuh dan bongkak!!! tetapi hari ini mereka takut dan gentar... Menggigil ketakutan !!! Dengan isu2 terbaru, mereka juga telah dianggap penderhaka !!

Bersedialah untuk menghadapi Perubahan !!

UMNO BIADAP !!!








PENDERHAKA MESTI DIHUKUM !!

Biarlah Aku Dengan DEB ku...

Berikut adalah bidasan saya di mesra.net untuk tatapan tetamu di blog ini.


Assalamualaikum, merujuk kepada post ini, saya terpanggil untuk membidas;

QUOTE(creep @ Mar 25 2008, 08:18 AM)

Dai-Chen Dai-Chen, lawak tul, inilah hasil produk Anwar Ibrahim! TAHNIAH! Produk yang hanya tahu tengok dengar dan percaya bulat-bulat kata-kata ketua dia (Anwar Ibrahim).

Dari nick awak pun kita dah tau perwatakkan awak. Memang DSAI adalah pemimpin kami, tetapi kami bukan taksub untuk membabi-buta menyokong seseorang atau sesuatu dasar. Terdapat pelbagai penipuan dalam pemerintahan kerajaan BN, dan jika ada insan yang ketengahkan penipuan ini, kita wajar untuk mengambil tahu dan menyiasat jika mampu. Untuk pengetahuan creep dan semua, jika DSAI meng'iya'kan dasar kroni di dalam UMNO dan BN, jika DSAI bersekongkol dengan manusia2 yang mengaut duit rakyat, jika DSAI bekerjasama dengan kroni2 yang membahagikan kekayaan Malaysia sesama mereka, sudah tentu PM kita sekarang bukanlah paklah koridortidor tetapi Dato' Seri Anwar Ibrahim !!


Yang pegi letak gambar rumah usang tu buat per, letak le gambar rumah Dai-Chen, rumah ko camtu ke Dai-Chen ? apa punyer otak ler boleh percaya dengan gambar2 camtu, jangan percaya semua yang org letak depan mata ko, tu pasal tuhan bagi manusia ni otak yang boleh berfikir. Tak macam lembu, ikut jer tuan dia pukul ... dia pun jalan.

Tuhan pun bagi awak akal untuk berfikir dengan waras, dan jangan lah berfikiran lurus untuk memandang sesuatu dari hanya satu sudut. Awak pernah tengok ke rumah Arwar Datuk Zakaria Kelang? itu bukan gambar semata2 tu, itu kenyataan sahih!! pasal gambar rumah usang tu, kalau betulah DEB betul2 membantu, sepatutnya tiada lagi orang melayu yang menderita sebegitu setelah hampir 40tahun DEB dilancarkan!!!


DEB ler yang lahirkan menteri besar pkr di selangor tu bang oii. Dah kaya raya lepas tu kutuk balik dasar tuh, apa punya orang yg ko sanjungkan nih?

Setahu saya, MB selangor tu dilahirkan oleh mak dia. Dan jangan fikir pejuang sebegini takleh hidup tanpa DEB.


Anwar dulu masa dalam UMNO, ada ko dengar dia kata UMNO tak elok? semua elok kan, tapi bila dah keluar, UMNO semua tak elok! hahahaha budak2 bodoh pun boleh pikir. Dia bukan perjuangkan agenda ekonomi melayu tapi agenda ekonomi dia sendiri.

Saya ulang lagi, sudah tentu PM kita sekarang bukanlah paklah koridortidor tetapi Dato' Seri Anwar Ibrahim jika beliau mengikut arus PM terdahulu!! Cuba luangkan sikit masa untuk baca rencana penuh AEM dan awak akan tengok analisis2 yang menunjukkan 'Malaysia yang maju bersama rakyatnya yang tertindas!!!'


Kenapa ko tak tgk kemajuan yg ada di malaysia sekarang nih? ni ha internet yang ko pakai, dulu ada ker? kereta ko pakai, lebuhraya, macam-macam lagi, ni semua hasil usaha anwar ibrahim ke? anak kamu (kalau kamu ader anak) pegi sekolah tak nampak ke sekolah anak kamu camner? takder elektrik? Takder komputer? kamu sendiri kalau masuk universiti, duit mana dtg? kalau kamu kaya takper la, kamu tak pikir berapa banyak budak-budak melayu yg pinjam duit kerajaan untuk belajar? tapi taknak bayar balik.

Fikiran tu jangan la sempit sangat. Jangan la fikir kalau takde UMNO / BN kita tak boleh hidup maju. Tuhan kan ada!!

1. Internet? kita antara negara terawal yang maju dalam bidang ini, tetapi kita jauh ketinggalan kepada negara2 lain yang pesat walaupun bermula lebih lambat.

2. Kereta? kita beli kereta 3 kaliganda harga kos untuk kereta tempatan, 5 kaliganda harga kos untuk kereta import. apa yang nak dibanggakan?? semuanya sewa-beli!!!!

3. Lebuhraya? Boleh dikatakan kita mempunyai lingkaran lebuhraya terbaik dunia. syabas! tapi kos untuk lalu di highway ini juga antara terhebat di dunia. syabas lagi!! ada roadtax pun jalan (yg tanpa tol) masih lagi teruk dan berlubang!!!!

4. Sekolah? Yes, kita mempunyai pendidikan percuma yang merangkumi yuran khas (RM 4.00 sahaja). Terdapat beberapa negara yang memberi pendidikan percuma hingga ke level University!! (cthnya Jerman & New Zealand kalau tak silap saya)

5. Biasiswa? Biasiswa biasanya untuk anak pemimpin dan kroninya. Pinjaman pula untuk rakyat biasa dgn interest 4%(macam beli kereta pulak)

Kemajuan di Malaysia. Satu perkara ingin saya tekankan di sini, apalah gunanya kemajuan sesebuah negara itu sekiranya rakyat hidup dalam keadaan tertekan dan tertindas. Biarlah kemajuan itu selaras dengan kehidupan rakyat yang selesa dan mudah dan aman dan banyak masa...


cakap kamu macam malaysia ni tak bertemadun langsung. lu bangkang semua tanpa usul periksa. ikut jer cakap pemimpin kesayangan lu, hahahahha hancur melayu camni. hancur!!! Lu Pikir La Sendiri!

hmm... Sahlah awak ni baca Berita Hairan dan Utusan Merapu jer... hidup awak dimanipulasi oleh mainan wayang UMNO yang mengaut semua kekayaan negara di satu sudut dan di sudut yang lain, memperjuangkan bangsa melayu... chit poorah!!

REFORMASI !!
Makkal Sakti !!

Monday, March 24, 2008

TUANKU USAH GENTAR, KAMI HAMBA RAKYAT BERSAMA TUANKU


oleh : ning

ASSALAMUALAIKUM...

AMPUN TUANKU SEMBAH PATIK HARAP DIAMPUN ....

Ampun tuanku,Kelmarin terpahat satu lagi sejarah ditanah air payung pemerintahan tuanku bila watikah perlantikan MB diserahkan kepada mat said. Terpahat sejarah tuanku bertindak tegas dan mengikut saluran undang undang yang mengizinkan tuanku membuat pilihan siapa patut menjadi memanda menteri.

Patik hamba rakyat menjunjung kasih dan merapatkan janji taat setia tanpa belah bagi kepada keputusan tuanku itu walaupun di sana ada segelintir rakyat tuanku yang berperangai seperti beruk beruk di jalanan. Usah khuatir, usah bimbang dan usah ragu tuanku telah membuat keputusan terbaik berdasarkan plihan yang ada. Patik hamba rakyat akan berada dibelakang dan didepan tuanku untuk mempertahankan keputusan ini.

Ampun tuanku sembah patik harap diampun,Rakyat jelata sudah lama menderita kerana kerakusan manusia berupa beruk bernama matyeh. Dulu rakyat tuanku ditembak disepak diterajang dengan sewenang wenangnya. Sekarang matyeh hina tuanku lagi. Ungkapan natang menunjukan matyeh sudah hilang akal dengan keputusan tuanku.

Patik rapatkan sembah pohon tuanku tegas dengan keputusan ini. Biarkan matyeh terus gelabah dan biarpun matyeh bawak semseng jalanannya dan biarpun matyeh gila babi meroyan tuanku jangan ubah keputusan ini. Biarpun peguam negara berjumpa tuanku biarpun pok dollah kutuk tuanku biarpun beruk khairi hantar samseng biarpun patrick badawi tawar jutaan ringgit tuanku tak usah layan puak beranok beruk ini biarpun apa berlaku tuanku tetap dengan keputusan tuanku.

Patik hamba rakyat berjanji taat setia bersama tuanku dan bilamana tuanku memukul gedok memanggil, akan bersegeralah patik patik mengumpulkan hamba rakyat untuk mempertahankan tuanku. Raja berdaulat raja disanjung, sultan payung rakyat. Itulah tekad patik patik yang bernaung di negerimu Terengganu Daruliman. Daulat Tuanku.


edyesdotcom wrote :

DAULAT TUANKU !!

DAULAT TUANKU !!

DAULAT TUANKU !!

DEMI RAJA, DEMI SULTAN, DEMI YANG DIPERTUAN BESAR, DEMI DULI YANG MAHA MULIA SPBYDP AGUNG, PATIK RELA BERJUANG HINGGA KE TITISAN DARAH YANG TERAKHIR !!


Bakal MB terlucut keahlian Umno



Bakal MB terlucut keahlian Umno
Mar 24, 08 10:35am

Dalam perkembangan yang semakin menggemparkan di Terengganu, calon menteri besar Datuk Ahmad Said telah terlucut keahliannya dalam Umno kerana mengengkari arahan Umno Malaysia supaya tidak menerima watikah pelantikannya itu.

Ahmad, yang gagal mengangkat sumpah jawatan tersebut hari ini akibat pemulauan 23 lagi wakil rakyat BN, menerima watikah pengisytiharan pelantikannya daripada Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR), Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman Sultan Mahmud, di Istana Tetamu, Kuala Terengganu.Bagaimanapun, tarikh upacara angkat sumpah belum ditentukan lagi.


edyesdotcom wrote :

Apakah UMNO sudah tiada kesepakatan lagi ? Selepas apa yang berlaku di Perlis, kini ia berulang lagi malah lebih sadis. Seorang ahli UMNO yang bakal ditabal sebagai MB kini dilucutkan keahlianya. Apakah tiada lagi muafakat di dalam UMNO? tidak sefahaman? tidak sepakat? ataupun ada agenda yang tertentu? siapa yang boleh jawab persoalan ini, adakah paklah? hishamuddin? khairy jamaludin?

Perkara sebegini sudah pasti mencerminkan kelemahan UMNO dan keretakkanya semakin jelas terpacar. UMNO dan BN seperti sudah tiada modal lain (juga tiada modal insan) dengan cuba mengalihkan perhatian ke negeri2 di bawah pemerintahan Barisan Rakyat. Sedarlah bahawa pertelingkahan di Terengganu itu amat menjengkilkan!


Definasi BIADAP dan PENDERHAKA

Dalam keadaan di mana institusi raja memainkan peranan, pelbagai perkara telah berlaku semenjak dua-menjak ini. Kepada kerajaan BN dan akhbarnya yang agak rajin menggunakan perkataan BIADAP dan PENDERHAKA, perasaan ingin tahu saya membuak-buak untuk memahami apakah definasi BIADAP mengikut persepsi kerajaan dan akhbarnya? apakah definasi PENDERHAKA mengikut pandangan para pemimpin UMNO khususnya? adakah BIADAP ditafsirkan hanya bagi mereka yang bukan melayu dalam konteks memperkatakan hal2 istana? adakah PENDEHAKA hanya dituju kepada rakyat yang bukan ahli UMNO atau BN dalam konteks mempertikaikan keputusan Sultan?

Oleh demikian, saya mencadangkan 23 ADUN yang memberontak di Terengganu itu dikenakan hukuman penjara seumur hidup sebagai penderhaka. dan tidak lupa juga, tolong heret Shahidan kasim ke ISA atas akta menderhaka dan hasutan. Dari sini juga kita boleh mendefinasikan bahawa kerajaan kita melalui akhbarnya, hanya memperjuangkan satu pihak sahaja iaitu kroninya.

Ingatlah, rakyat semakin bijak menilai melalui peristiwa yang terjadi, bukan dari lidah akhbar semata2.

Saturday, March 22, 2008

P'raya kecil jika lompat parti...?



P'raya kecil jika lompat parti...

Mar 22, 08 5:35pm

Parti Gerakan mencadangkan supaya pilihanraya kecil diadakan sekiranya wakil rakyat yang telah dipilih oleh pengundi melompat parti.

Naib Presidennya, Datuk Dr S Vijayaratnam berkata ini kerana wakil rakyat yang melompat parti telah mengkhianati keyakinan pengundi yang memilih mereka."Jika mereka berbuat demikian, maka satu pilihanraya kecil hendaklah diadakan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.



edyesdotcom wrote :

ohh... skarang baru tunjuk prihatin yer? Baru nak cerita pasal khianat mengkhianati yer? Dulu masa pembangkang Sabah melompat, korang sapu tak hingat yer... buat-buat lupa...? memang la, UMNO mudah lupa !! Gerakan pun sama je!! Viceversa, bila tiba turn kemungkinan lompatan berlaku dari BN ke pembangkang, cepat2 korang nak ubah dasar tak ubah seperti orang yang tiada pendirian!

"Ini adalah untuk melindungi kepentingan pengundi yang memilih mereka, dan berdasarkan kepada parti politik yang mereka wakili ketika pilihanraya,"

Kepentingan pengundi atau kepentingan PARTI ?


"Pada saya ini tak ada integriti, saya harap kerajaan boleh adakan undang-undang khas, sudah sampai masa kita ada Undang-undang Antilompat Parti supaya tak timbul lagi perkara seperti ini," - Senator Datuk Mohd Zaid Ibrahim

Takdak intigriti ? cuba senator jelaskan di mana letaknya integriti Barisan Nasional sewaktu 'menerima' lompatan pembangkang Sabah dgn hati terbuka pada 1990 ? di mana integritinya ? atau tinggal inti saja kah?


Rencana Penuh Agenda Ekonomi Malaysia


Rencana Penuh Agenda Ekonomi Malaysia

Wacana mengenai Dasar Ekonomi Baru perlu mengisi perbahasan mengenai Agenda Ekonomi Malaysia. Saya sertakan semula rencana tersebut dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.


edyesdotcom wrote:

Kepada rakan seperjuangan, saudara/i sekalian,

Inilah harapan baru untuk Malaysia, harap anda semua dapat menerimanya seadanya.

SILA PRINT UNTUK PEMBACAAN YANG LEBIH BAIK DAN LEBIH JELAS.

Post Ringkas Anwar Ibrahim - 21 Mar 2008




Ramai pengunjung mengeluh kerana saya terlambat memberikan respon atau mencatat pandangan.

Walaubagaimanapun, sekalung penghargaan atas setiap respon, komentar dan hujah-hujah yang saudara/i kemukakan melalui blog ini. Cuma kesuntukan masa menghambat saya untuk memberi jawapan balas.

Arakian sebaik selesai Pilihanraya Umum, kita terpaksa menumpukan perhatian memantapkan persefahaman antara ketiga-tiga parti, membentuk kerajaan negeri dan memastikan agar kerajaan melaksanakan janji kepada rakyat.

Selain itu saya dan rakan-rakan sibuk melayani kunjungan ahli Parlimen!


ANWAR IBRAHIM



edyesdotcom wrote :

Penyokong BR semua pasti yakin dengan kepimpinan DSAI dan dapat dibayangkan sebagaimana sibuknya pemimpin kita dalam menyatukan kesemua parti komponen BR. Dan Beliau juga sibuk melayani kunjungan sahabat lama dan baru dari Parlimen.
Dari P.Pinang ke Perak, dari Perak ke Selangor, pastinya DSAI bertungkuslumus untuk 'monitor' pergerakan dari membentuk kerajaan negeri hingga ke pembahagian exco dan hasilnya kerajaan negeri di bawah pentadbiran Barisan Rakyat kian bersatu teguh dan telah memulakan Agenda Ekonomi Malaysia.

Mereka tidak lagi menoleh ke belakang, mereka terus maju ke hadapan membawa harapan baru memperjuangkan rakyat dan membasmi kemiskinan tegar. saya yakin kerajaan BR tidak akan mempersiakan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat pada PRU12 yang lalu.

Dalam akhbar minggu lepas, telah kita saksikan kempen BN telahpun bermula. Sentimen2 perkauman juga telah tersebar di dada akhbar kononya DAP biadap, kononya kerajaan Perak dan Selangor bercelaru. Sedangkan hakikat yang berlaku ialah, kerajaan Perlis dan Terengganu lebih bertelagah dan mereka cuba mengalihkan perhatian.

Akhir kata, semoga arus perubahan ini berterusan hingga tumbangnya kerajaan bongkak yang tidak mahu menghidu nasib rakyat.


Friday, March 21, 2008

Perbincangan DSAI Dengan Wakil BN






Malaysiakini melaporkan, memetik satu sumber dekat dengan Richard, wakil Serian telah menyerahkan surat keluar parti kepada Chan pada hari yang sama Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan barisan kabinetnya.

Chan kemudian dilaporkan menghantar setiausaha agungnya Sim Kheng Hui pergi memujuk Richard tetapi gagal menemuinya, kata sumber itu.Hari ini Chan dilaporkan berkata Richard gagal dihubungi dan sehingga kini ahli parlimen itu sendiri belum membuat kenyataan.

Sementara itu, penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui berbincang dengan wakil-wakil BN di Semenanjung, bukan hanya dari Sabah dan Sarawak, berhubung kemungkinan perpindahan mereka kepada parti-parti pembangkang. Menurut satu laporan, Anwar berkata bukan tradisi partinya membeli wakil-wakil rakyat tetapi "ia menjadi amalan Umno dan BN". Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan hormat ke pejabat Menteri Besar Perak, Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini.

Turut hadir, lapor laman web New Straits Times, presiden parti Dr Wan Azizah Wan Ismail dan naib presidennya Dr Lee Boon Chye.

edyesdotcom wrote :

Hidup Anwar Ibrahim !!

Perjuangan Rakyat... Barisan Rakyat !!!

Pak Lah’s Exit Plan on the Way




Pak Lah’s Exit Plan on the Way

March 21, 2008

‘Someone’ in Putrajaya told me, Pak Lah is ready to step down. I chased my source after a senior member of the press informed me about the exit plan. How soon will this happen, however, nobody is willing to speculate? Nevertheless, UMNO insisted the exit plan to be implemented before the new Dewan Rakyat sitting or somewhere in April.

In another development, a senior adviser in the fourth floor has tendered his resignation letter.
While Najib’s future remain in doubt, my sources said, UMNO has managed to neutralise Khairy Jamaluddin.


Take a good rest for this weekend. Next week will be another battle for all.

Source : kickdefella (lawan arus)

edyesdotcom wrote :

anything can happen beyond this...

logik..? logik...

sahih..? belum tentu...

Keadaan skarang boleh dikatakan agak celaru. Saya dapat rasakan banyak perkara yang boleh berlaku sebelum bermulanya persidangan dewan rakyat. Ada yang menjangkakan 5 Apr menjadi titik-tolaknya dan sama2lah kita nantikan spekulasi yang bakal timbul selepas ini.

REFORMASI !!

TAMBAHAN :-

Kalau paklah letak jawatan sekarang, dan diambil alih oleh Najib Monggolia, kemungkinan BN akan kembali berpadu.Ini kerana hanya perletakan jawatan paklah sahaja yang akan menyelamatkan UMNO - BN dan mereka yang benci pemerintahan lembab paklah serta hyperactive menantunya akan mula memberi 'muka' kepada struktur baru pemerintahan.

Cuma, ingin juga saya nyatakan di sini. Walaupun bertukar tampuk pemerintahan dari paklah koridortidor ke najib monggolia, segala dasar pemerintahan termasuklah dasar yg membawa kepada coruption, kronisme, nepotisme, ISAsme, dasar bolot-kekayaan-negara-tanpa-memikirkan-rakyat-yang-tertekanme, dan pelbagai lagi dasar kuno umno akan diteruskan !!!!

Oleh demikian, ingin saya rumuskan di sini bahawa UMNO sudah tidak relevan, sudah tidak diperlukan lagi, sudah terlambat untuk dirawat!!! .Tiada lagi pemimpin UMNO yang benar2 memperjuangkan hak Melayu dan membela nasib rakyat. ada pun tak nampak dek mata kasar kerana kebanyakanya berkepentingan peribadi!

Kita harus memandang ke hadapan. Harus berani menghadapi risiko perubahan. "For A Better Malaysia, its worth dying for"

Lagi wakil BN keluar parti?



Lagi wakil BN keluar parti?
Mar 21, 08 2:08pm


Selepas tersebar ahli parlimen Serian kecewa kerana tidak tersenarai dalam barisan kabinet dan mungkin menyertai pembangkang, kini ahli parlimen Mas Gading, kedua-duanya di Sarawak, pula diura-urakan berada dalam nasib yang sama.


Dr Tiki Lafe, wakil Mas-Gading, digugurkan daripada jawatan timbalan menteri kini bercuti dan enggan mengesahkan atau menafikan laporan beliau meninggalkan BN.Sementara itu, seorang pengarang kanan akhbar harian memberitahu Malaysiakini hari ini, ada arahan agar tidak menyiarkan laporan atau kenyataan Tiki kerana ia boleh menggoncang kestabilan politik negeri itu. Pengerusi BN negeri Tan Sri Abdul Taib Mahmud dikhabarkan "sangat tidak gembira" dengan perkembangan terbaru itu. Sumber itu juga menyebut Tiki masih di Kuala Lumpur dan akan bertolak ke luar negara.


Semalam ahli parlimen Serian, Richard Riot, dilaporkan telah keluar daripada Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), parti komponen BN, bersama ramai ahli parti itu dari kawasannya selepas beliau tidak dilantik sebagai timbalan menteri.Presiden SUPP Tan Sri Dr George Chan Hong Nam bagaimanapun menafikannya dengan menyatakan parti itu belum menerima surat Richard.Sebelum itu Malaysiakini melaporkan, memetik satu sumber dekat dengan Richard, wakil Serian telah menyerahkan surat keluar parti kepada Chan pada hari yang sama Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan barisan kabinetnya.


Chan kemudian dilaporkan menghantar setiausaha agungnya Sim Kheng Hui pergi memujuk Richard tetapi gagal menemuinya, kata sumber itu.Hari ini Chan dilaporkan berkata Richard gagal dihubungi dan sehingga kini ahli parlimen itu sendiri belum membuat kenyataan.


edyesdotcom wrote :


Apa yang diura-urakan semakin menjadi kenyataan. Barisan paklah menghadapi tekanan dari 'rakanya' yang di seberang sana yang berpendapat, setelah membantu BN dalam PRU12, sepatutnya lebih banyak tanggungjawab / portfolio yang lebih berat diserahkan kepada wakil2 mereka. Di semenanjung juga tekanan merata-rata, dari Jerlun ke Gua Musang, dari Arau ke Kuala Kangsar dan dari Kubang Pasu ke Rembau.


Paklah juga sudah ketandusan pahlawan dari semenanjung untuk dilantik dalam kabinet dapurnya dan satu demi satu kesilapanya terserlah dalam pada membaikpulih kapal BN melalui pemilihan kabinet baru. Perlantikan MMTaib yang penuh dengan sejarah kotor dan kronik menimbulkan kemarahan seantero Malaya yang juga menunjukkan paklah tersepit di persada pemerintahanya walaupun beliau menggugurkan Rafidah, YM Tengku Adnan dan meminggir menantunya.


Berbalik kepada bakal rakan kita dari Borneo, saya yakin mereka mempunyai rancangan yang tersendiri yang pasti menguntungkan diri sendiri dengan cuba bermain tarik tali. Mereka juga tiada masalah untuk melompat kerana sedar bahawa keputusan siapa yang bakal memegang tampuk pemerintahan boleh dikatakan berada dalam tangan mereka buat masa ini dan sudah pasti rakan Borneo tidak akan melepaskan peluang sebegini.


Pada pengamatan saya, tiada masalah untuk menerima kerajaan baru pimpinan DSAI. Kerna saat ini juga ditunggu2 sejak sekian lama dan sejak sekian lama itu jugalah rakyat tertekan dengan ekonomi yang hambar dan jenayah yang berleluasa. Jangan kita biarkan kekayaan negara ini diraih sewenangnya oleh segelintir umat yang mengaku, merekalah pejuang rakyat, pembasmi kemiskinan. Sedangkan kesusahan dan kemiskinan di merata, tatkala mereka mewah meragut harta dan lupa bahawa masih ada rakyat yang kais pagi makan pagi dan tak kurang juga yang habis bulan habis gaji.


Yakinlah bahawa kita berhak menjalani kehidupan yang lebih selesa, lebih selamat dan lebih masa...

Ceramah Maulidul Rasul DSAI di Pulau Pinang

[Jumaat, 21 Mac 2008]
Ceramah Maulidul Rasul

“Harapan Baru Masyarakat Malaysia”

Masa: 9.00 pm
Masjid Bayan Baru, Pulau Pinang
edyesdotcom wrote :

Saya harap pihak kerajaan pusat akan menimbangkan untuk memberi live telecast ceramah Maulidur Rasul oleh DSAI.

Mungkin pernyataan di atas adalah mimpi buat masa ini, tetapi ianya pasti akan jadi kenyataan apabila kerajaan bertukar kelak di mana DSAI akan membenarkan Najib buat ceramah di mana2 yang Najib suka dan juga menggunakan mana2 dewan yang Najib nak ceramah asalkan bayar duit sewa dewan tu.

Saya juga tertarik dengan kenyataan YB LKSiang yang mahukan live telecast di parliment. jika ini dituruti oleh paklah, sudah tentu saya tidak sabar untuk melihat KJ dan mertuanya dihentam oleh pemidato hebat dari pembangkang. saya nak lihat sejauh mana KJ menepis segala serangan pembangkang kononya dialah hero UMNO. iyolah…

Thursday, March 20, 2008

Eksklusif Dan Terkini:Lima Ahli Parlimen UMNO “Memberontak”


Eksklusif Dan Terkini:Lima Ahli Parlimen UMNO “Memberontak”

Blog ini menerima satu panggilan telefon pada awal pagi, 19 Mac 2008, yang mengatakan bahawa lima Ahli Parlimen UMNO, termasuk seorang menteri dan tiga timbalan menteri, memang sedang “memberontak” kerana tidak puas hati dengan perlantikan kabinet baru oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.


Dua daripada Ahli Parlimen berkenaan dipercayai akan menolak perlantikan ke atas diri mereka yang diumumkan oleh Abdullah pada 18 Mac 2008, tetapi tidak akan mengosongkan kerusi parlimen mereka yang dimenangi dalam PRU12. Bagaimanapun, dua daripada mereka pula dijangka menolak perlantikan daripada Abdullah dan mungkin juga mengosongkan kerusi parlimen masing-masing. Seorang daripada mereka pula dikatakan akan memutuskan selepas satu sidang akhbar di PWTC esok, sama ada akan mengosongkan kerusi parlimen yang dimenanginya baru-baru ini dan juga melepaskan jawatannya di dalam UMNO Malaysia.


Kesemua Ahli Parlimen yang “memberontak” ini dikatakan menudingkan jari kepada Khairy Jamaluddin sebagai individu yang telah memanipulasikan senarai perlantikan kabinet yang diumumkan oleh Abdullah.Kata mereka, sebilangan besar muka-muka baru yang dilantik ke jawatan menteri penuh dipercayai adalah kroni-kroni Khairy.

Berita dari Blog Kuda-Kepang.blogspot


edyesdotcom wrote :


Saya sedikit terlambat memaparkan berita ini. Lagi dalil2 anwar bakal PM dalam masa terdekat. Sila ikuti dan amati perkembangan ini.


REFORMASI !!!

Kabinet Serba Runcing

Nampak gayanya dolah pun dah cuba perbaiki kelemahan yang ada dan menyedari akan kelemahan itu iaitu BEBAN yang ditanggunginya. Kabinetnya dengan muka2 baru, dan menantu kesayanganya tidak disenaraikan. Ianya jelas menunjukkan bahawa KJ itu adalah maha beban kepada pemerintahan dolah.

Baru2 ini KJ timbul dengan pernyataan "saya tiada niat nak jadi menteri" sedangkan kita tahu wawasan beliau ialah PM termuda. Jika itulah matlamat KJ, seharusnya beliau memegang jawatan menteri supaya matlamat 'SS' si KJ ini menjadi kenyataan.

Keadaan sekarang jelas menunjukkan UMNO sudah 'berceramok' dengan desakan Mukhriz yang berakhir tanpa apa2 hukuman padanya, dengan desakan Ku Li dan khabarnya ingin mencabar dolah untuk jawatan Presiden UMNO. Juga terdapat pecah-belah dalam UMNO di Perlis bersama YB Shidan, lagi bekas menteri letak jawatan setiausaha agung UMNO, dan akhir sekali bendera putih telah dinaikkan oleh YB Toyo.

Inilah antara bukti2 perpecahan yang berlaku dalam UMNO dan mereka sungguh sibuk untuk menyatakan perbalahan Barisan Rakyat dalam akhbar mereka. jagalah dulu Barisanmu UMNO sebelum melihat bangkitnya Barisan Rakyat!
ikutilah antara berita2 yang menjelaskan keretakan UMNO ;

Ku Li mahu cabar presiden Umno
Mar 19, 08 6:01pm, kemaskini 10:45pm
Ahli parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, hari ini mengisytiharkan kesediaannya untuk mencabar Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bagi jawatan presiden Umno.Beliau akan bertanding menentang Abdullah jika pencalonannya cukup untuk melayakkannya bersaing merebut jawatan teratas Umno. "Terpulang kepada bahagian-bahagian Umno, kalau mereka mencalonkan saya dan cukup 30 peratus maka saya sedia untuk bertanding jawatan presiden," katanya
>
>
Radzi letak jawatan SUA Umno, BN
Mar 19, 08 11:01am, kemaskini 3:26pm
Ahli parlimen Kangar, Datuk Radzi Sheikh Ahmad yang tidak dilantik semula ke kabinet, meletakkan jawatan sebagai setiausaha agung Umno dan Barisan Nasional (BN) berkuatkuasa serta-merta.Beliau memberikan alasan tidak dapat lagi meneruskan tugas-tugas tersebut secara berkesan."Saya rasa saya tidak boleh lagi bekerja. "Pertamanya saya tidak lagi berada dalam kabinet. Jadi saya tidak boleh bekerja dengan berkesan sebagai setiausaha agung ... "Saya tidak boleh bekerja," katanya dalam sidang akhbar di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.